You are on page 1of 8

1.

0 PENGENALAN Lumba lari dalam guni pada masa lalu sering dilakukan selepas menuai padi dan diadakan di tanah lapang atau pun disawah padi yang telah dituai. Jarak yang sesuai bagi perlumbaan ini ialah 30 hingga 50 meter.Permainan ini

dimainkan bergantung pada keluasan tempat perlumbaan dan boleh diikuti oleh seberapa ramai peserta lelaki ataupun perempuan Peserta perlu memasukkan kaki ke dalam guni. Mulut guni ditarik ke paras pinggang.Kemudiannya,kaki melangkah cepat (berlari) didalam karung. Peserta yang sampai ke garisan penamat dahulu dikira sebagai pemenang.

2.0 RASIONAL Perkembangan dari aspek fizikal

Perkembangan fizikal merupakan aspek asas yang menekankan asas pertumbuhan dan pembesaran kanak-kanak dalam keadaan sihat, selamat dan ceria. Aspek fizikal juga sering dikaitkan dengan kebolehan kanak-kanak menggunakan anggota badan, otot dan koordinasi untuk menjalankan aktiviti harian. Kanak-kanak dapat membina kemahiran pergerakan asas dan kekuatan fizikal untuk melibatkan diri dalam aktiviti ini dan kanak-kanak dapat mengamalkan cara hidup yang sihat dan selamat. Selain itu, permainan ini dapat membina minda yang sihat dan cerdas kanak-kanak.

Perkembangan dari aspek sosial. dari aspek sosial kanak-kanak merupakan satu proses

Perkembangan

perkembangan kanak-kanak untuk berinteraksi dengan orang lain dengan mengikut cara yang boleh diterima oleh sesuatu masyarkat serta budaya. Perkembangan sosial ini melibatkan proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial atau melakukan penyesuaian sosial dalam sesuatu persekitaran atau lingkungan sosial. Emosi

Perkembangan dari aspek emosi disampaikan lebih dalam bentuk tindak balas gerakan fizikal.

Emosi pemikiran pula akan berkembang ke peringkat yang seterusnya iaitu apabila seseorang itu mengaitkan emosi dengan pemikiran. Pengalaman yang dilihat oleh seseorang, didengar dan dialami direkodkan secara langsung sebagai reaksi emosi. Reaksi-reaksi tersebut akan disimpan dalam memori yang akan digunakan dalam proses pemikiran. Pada peringkat empati pula kanak-kanak yang bertindak dengan empati lebih suka berkongsi dan menolong apabila mereka melihat seseorang yang tengah bersedih.

Perkembangan dari aspek kognitif

Perkembangan kognitif pula merupakan kebolehan individu untuk berfikir, memberi pendapat, memahami dan mengingati perkara-perkara yang berlaku di persekitaran masing-masing. Perkembangan kognitif sebagai proses peningkatan keupayaan pemikiran, pengetahuan dan intelektual.
2

3.0 OBJEKTIF Memupuk semangat kesukanan selain memberi pendedahan mengenai sukan tradisional.

Memupuk sikap kerjasama dan bertolak ansur dalam permainan

Melatih pergerakan psikomotor melompat kanak-kanak dimana kanak-kanak perlu mencari melompat dengan pantas di dalam guni.

Meningkatkan kognitif kanak-kanak dalam berfikir untuk melepasi permainan Meningkatkan perkembangan mereka secara holistik iaitu dari aspek fizikal, sosial, emosi, dan kognitif.

4.0 TARIKH 10 MAC 2013

5.0 MASA 8.00-9.00 pagi

6.0 LOKASI Gimnasium Ungku Aziz

7.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

AJK pengelola : Mohamad Shahir AJK peralatan : Zati Bayani AJK tempat : Amaliah

AJK hakim/juri : Sharifah Asma Fasyihah

8.0 PERATURAN

1.Pertandingan ini terdiri dari 4 orang peserta dalam satu kumpulan 2.Setiap kumpulan diberi masa 5 minit bagi melengkapkan seberapa banyak larian dalam guni. 3.Kumpulan yang menamatkan larian mengikut peraturan lari dalam guni adalah dikira pemenang daripada nombor 1 hingga nombor 3 sahaja 4.Keputusan adalah muktamad

9.0 ALATAN Empat guni plastik bagi setiap kumpulan

10. KESELAMATAN Pastikan kawasan atau tempat bermain selamat iaitu di atas rumput atau padang Pemain mesti memakai kasut jika bermain di padang untuk mengelak sebarang kecederaan Pemain hendaklah berlari dalam guni mengikut landasan masing-masing bagi mengelak perlagaan semasa sedang berlari Pemain mestilah berdiri ke belakang sedikit daripada pemain yang akan berlari. Semasa berlari pemain hendaklah memegang guni bagi mengelakkan pemain tersadung dan mengalami kecederaan

11.0 CARA BERMAIN

Semua peserta beratur dalam kumpulan masing-masing Setelah wisel ditiup,peserta pertama bagi setiap ahli kumpulan akan berlari. Peserta pertama akan memulakan larian sejauh 10 meter untuk mengambil guni, masuk ke dalam guni dan lari ke garisan penamat secara berganti-ganti.

Peserta pertama akan lari dari A ke B. Peserta seterusnya akan menggantikan peserta pertama dari B ke A. Seterusnya peserta kedua akan lari dari A ke B dan peserta kedua terakhir akan lari dari B ke A (garisan penamat). Permainan diteruskan sehingga masa 5 minit yang telah ditetapkan tamat.

12.0 JADUAL PERTANDINGAN KUMPULAN A

KUMPULAN B KUMPULAN C

KUMPULAN D

13.0 ANGGARAN PERBELANJAAN BAHAN KUANTITI HARGA SEUNIT (RM) GUNI PLASTIK 4 JUMLAH 0.30 1.20 1.20 HARGA (RM)

14.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, permainan tradisional amat sesuai dimainkan oleh kanak-kanak kerana ianya dapat memperkembangkan fizikal, emosi, sosial dan kognitif kanakkanak secara optima.Permainan lari dalam guni ini mencabar pergerakan psikomotor melompat kanak-kanak secara pantas. Dari segi emosi pula, kanak-kanak perlu mengawal emosi mereka agar mereka dapat bermain dengan baik manakala dari segi sosial pula, kanak-kanak dapat bersosial dan mendapat ramai kawan-kawan sepermainan. Akhir sekali, kanak-kanak dapat meningkatkan kognitif dimana permainan ini membolehkan kanak-kanak berfikir apakah cara yang sesuai untuk melepasi setiap peringkat permainan lompat getah ini. Demikian, permainan tradisional membolehkan perkembangan kanak-kanak secara holistik.

15.0 SENARAI RUJUKAN

Iqbal Izhar (2011) Permainan Tradisional (Lari Dalam Guni) http://www.scribd.com/doc/48496926/PERMAINAN-TRADISIONAL Diakses pada 12 Februari 2013

Hanisah Zaiti (2012) Permainan Lari Dalam Guni http://ixoratldm.blogspot.com/2012/09/permainan-lari-dalam-guni.html Diakses pada 12 Februari 2013

PERTINA SMK Sri Kukup (2008) Lari Dalam Guni http://pertinasmksk.blogspot.com/2008/05/lari-dalam-guni.html Diakses pada 12 Februari 2013

Azizul Nizam (2012) Lari Dalam Guni http://ajijoi.blogspot.com/2012/04/temasya-sukan-pasti-gopeng-2012-acara_02.html Diakses pada 12 Februari 2013

You might also like