You are on page 1of 16

Rujukan : http://lifeasaartstudentlilizala.blogspot.com/2012/03/alat-pertahanan-diri.

html BIDANG : MENGENAL KRAF TRADISIONAL ALAT PERTAHANAN DIRI Alat pertahanan diri ialah senjata yang digunakan untuk mempertahankan diri sendiri daripada serangan musuh, binatang liar dan sebagainya. Alat ini juga adakalanya menjadi bahan dalam majlismajlis yang melibatkan semangat halus serta menjadi lambang keberanian pahlawan melayu.

CONTOH-CONTOH ALAT PERTAHANAN DIRI -Keris -Lembing -Perisai -Golok CONTOH-CONTOH GAMBAR ALAT PERTAHANAN DIRI

CONTOH BAHAGIAN-BAHAGIAN KERIS

PENGENALAN Senjata tradisional amat berkait rapat dengan sejarah Melayu yang diwarisi oleh orang Melayu sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi. Persejarahan senjata di Malaysia amat rapat dengan unsur-unsur seni mempertahankan diri seperti silat. Keterampilan rekacipta Pandai Besi maka kepelbagaian alat persenjataan telah terhasil, antara yang amat digemari sehingga kini seperti keris, parang, kelewang, beladau, tombak dan banyak lagi. Peranan senjata amatlah penting dalam naluri hidup manusia, selain dari digunakan sebagai alat berperang atau mempertahankan diri serta hiasan ianya juga dikaitkan dengan unsurunsur alam ghaib. Sesetengah mereka mempercayai sesuatu senjata itu mempunyai kuasa dalaman yang dapat membantu mempertingkatkan ilmu kebatinan kepada si pemiliknya. Kelok-kelok yang dibentuk pada senjata melambangkan nilai-nilai estetika yang tersendiri dalam menggambarkan daya imaginasi kemelayuan sejak zaman-berzaman dengan teliti dan kreatif. Dengan pelbagai bentuk senjata tradisional yang kebanyakkannya berasal-usul dari luar yang diwarisi oleh nenek moyang mereka juga melambangkan ketinggian daya pemikiran dalam mengungkapkan segala makna yang tersurat dan tersirat. Pada kebanyakan senjata seperti keris, lawi ayam, tumbuk lada, kelewang serta beberapa rumpunan yang serupa dengannya akan dihiasi dengan hulu yang diukir indah serta diberikan namanama tertentu seperti Jawa Demam, Kepala Nuri, Anak Ayam Teleng dan lain-lain. Tidak ketinggalan juga dengan sarung atau rangka yang kebiasaannya diperbuat dari kayu yang baik seperti teras nangka, tempinis, kayu kemuning, raja kayu dan sebagainya.

BADIK

Bentuk badik, hampir sama dengan bentuk tumbuk lada tetapi lebih besar dan kurang pula daripada segi ukiran. Matanya lebih tegak, hulunya membongkok ke bawah. Badik mempunyai mata yang lurus dan berkeluk seperti keris. Panjang matanya diantara 18 - 20sm. dan lebar 2sm. Hulu dan sarungnya diperbuat daripada kayu, tanduk dan gading serta dihias dengan motif awan larat. Badik mempunyai mata yang tebal dibahagian belakangnya dan meruncing dihujungnya.

KERAMBIT

Kerambit atau kurambi juga dikenali sebagai lawi ayam, kuku ayam atau rambai ayam. Senjata kecil yang berupa seperti sehelai bulu ayam jantan yang terdapat pada ekornya. Berkeadaan melentik dan tirus dihujungnya. Nama senjata ini juga dipercayaai mengambil nama dari taji atau lawi ayam. Sebab bentuk dan cara digunakan juga hampir serupa. Kerambit pada kebiasaannya berhulukan daripada kayu atau tanduk, yang terdapat lubang sebesar jari tangan. Dibahagian pangkalnya disimpaikan dengan rotan atau logam, agar mengukuhkan lagiukatan hulu tersebut. Saiz hulu adalah sepanjang 8sm. dan mata diantara 6sm. hingga 8sm. Cara menggunakannya adalah dengan memasukkan jari telunjuk kedalam gelang yang terdapat pada hulunya, dan bahagaian matanya yang tajam meruncing itu akan terkeluar dari gengaman di bahagian kelingking. Tikaman dibuat dengan mengaritkan mata pada objek secara tumbukan yang tidak tepat kesasarannya, atau secara rautan.

KERIS

Keris merupakan senjata pendek yang digunakan oleh orang Melayu sejak zaman keagungan pemerintahan Kesultanan Melayu, lebih daripada 800 tahun yang lampau terutamanya pendekar, pahlawan serta kalangan pembesar istana. Satu alat kebesaran bagi raja-raja atau lambang kekuasaan atau kedaulatan. Keris mempunyai dua belah mata, melebar dipangkal dan tirus dihujungnya serta tajam. Terdapat mata keris yang lurus dan berlok-lok dengan keindahan pamor serta hulu yang menarik dan juga sarungnya. Sang Guna adalah orang pertama dizaman Sultan Muhammad Syah Melaka telah membuat keris tempa panjang, berukuran tiga jengkal. Unsur logam campuran besi dan tahi bintang adalah bahan utama membuat keris tersebut.

Hulu Keris

Ulu keris berukuran sepanjang lebih kurang 15sm. berkeadaan membengkok dibahagian tengahnya seperti bentuk kepala tongkat. Diukir dengan tangan sepenuhnya dan mempunyai nilai estetika Melayu yang diperbuat daripada perdu atau tunjang kayu (kemuning, tegor, tempinis, sena,celagi, petai belalang, boai, lebang dan kayu hitam), gading gajah, tanduk, gigi ikan paus, emas, perak, besi dan kemor (sejenis batu karang). Pelbagai nama telah diberikan seperti Anak Ayam Teleng, Anak Ayam Sejuk, Jawa Demam, Kakaktua, Tapak Kuda dan Pekaka. Penjelmaan rekabentuknya menggambarkan kekuatan

dan kekuasaan senjata tersebut yang bersifat raksaksa dan garuda. Ragamhias hulu keris kebanyakannya bermotifkan bunga timbul, awan larat, bunga tebuk, ketam guri, bentuk fauna dan juga bentuk dewa Hindu dengan imbasan wajah manusia.

Pendongkok

Dikenali juga sebagai dokok, pendongkok, dulang-dulang keris atau memendak. Diperbuat dari logam, tembaga, perak atau emas. Berbentuk seperti bunga dan berukiran bunga dawai pintal yang bertatahkan batu permata atau ukiran biasa sahaja. Pendongkok dipasangkan melekap pada pangkal hulu keris dibahagian permukaan ganja.

Bilah Keris

Keris mempunyai berbagai-bagai bentuk dan ukuran. Kebanyakan keris terdiri dari jenis yang berlok, samada tiga, lima, tujuh atau sembilan dan lurus. Terdapat juga keris yang panjang berukuran 61sm. dengan matanya berbentuk mata pedang seperti Keris Sundang dan ada yang sehingga 29 lok. Tiga aspek penting mata keris adalah rupa awan larat dan corak pamor, bentuknya dan corak berombak yang wujud dari campuran logam dan nikel. Keris juga diibaratkan sebagai insan, sesetengah Empu atau pembuat keris memasukkan unsur magis atau penunggu kepada senjata itu, supaya ianya lebih memberikan kekuasaan.

Sampir dan Batang Sampir adalah sarung dibahagian ganja dan aring keris. Berbentuk seperti sampan melintang pada kedudukan keris. Diperbuat dari jenis kayu sama seperti hulu keris juga dan sesetengah sampir diukir pada kayunya atau disaluti emas, perak atau tidak diukir langsung, hanya corak urat kayu tersebut telah menampakkan keindahannya.

Batang merupakan sarung kepada bilah keris ia lurus serta agak meruncing sedikit pada hujungnya. Diperbuat daripada kayu dan diukir dengan ukiran bermotifkan flora, tetapi terdapat juga yang tidak diukir. Kebiasaannya pada hujung batang ini akan disarungkan dengan buntut yang diperbuat dari perak, emas, tanduk atau gading.

Jenis Keris Berbagai jenis keris terdapat di Nusantara Melayu dan kegunaannya selain sebagai senjata, regalia terhadap Raja Melayu dan perubatan. Keris Sepukal Keris Sempena Keris Cerita Keris Picit Keris Tajung Keris Sulok Belingkong - lok tiga Keris Apit Liang - lok lima Keris Jenoya - lok tujuh Keris Rantai - mempunyai sembilan hingga 21 lok Keris Andus - mempunyai 23 hingga 29 lok

LEMBING

Lembing pada dasarnya adalah senjata lontar. Batangnya diperbuat dari kayu lurus berukuran sedepa, mata lembing dimasukkan kedalam batang dan diperkuat dengan ikatan rotan atau simpai logam. Mata lembing lazimnya dibentuk seperti pisau dan jarang berduri. Lembing Melayu lebih pendek, rengan dan tajam mata dihujungnya.

Terdapat berbagai jenis lembing kebanyakannya bermata tajam diperbuat dari kayu atau buluh. Lembing bermata logam yang pada asalnya diperbuat daripada tembaga atau gangsa dan kemudian digantikan dengan besi atau besi waja, telah digunakan sejak berkurun dahulu. Pada masa sekarang lembing yang bermata lebar seakan daun sirih digunakan untuk upacara rasmi sahaja. Lembing yang digunakan untuk merejam musuh adalah dari yang berbentuk lebar matanya serta tangkai yang panjang dan ringan. Manakala lembing digunakan untuk pertempuran adalah dari jenis yang berabung pada matanya serta tangkai yang pendek sedikit serta lebih kukuh.

TUMBUK LADA

Matanya melengkung bongkok udang, bentuk balik sumpah, tajam sebelah dan meruncing di hujung; lebar di atas - menghasilkan garis gerak yang cepat. Mata tumbuk lada juga diperbuat daripada besi campuran, tetapi tidak berpamur. Tumbuk lada, yang berukuran lebih kecil daripada keris lazimnya dihiasi ukiran yang halus dan disaluti perak. Hulunya sering diukir penuh dengan bentuk tumbuh-tumbuhan. Ada ukiran tebuk tembus yang berbentuk bulat pipih di pangkal bahagian belakang sarungnya. Ukiran ini tidak kurang indahnya daripada yang terdapat pada hulunya. Ukiran yang halus ini sebanding dengan ruang kosong, yang bersalut dan bersendikan perak. Ukiran yang terdapat pada tumbuk lada ialah antara yang paling indah dan halus dalam seni rupa Melayu.

BIDANG : MEMBENTUK DAN MEMBUAT BINAAN Origami


Maksud:

berasal dari perkataan Jepun ORIKAMI yang bermaksud seni melipat kertas sehingga

membentuk bentuk-bentuk yang diinginkan. ORI bermaksud lipat dan KAMI bermaksud kertas. gambar: (diambil dari Google Images)

Tajuk : Origami Baju Kemeja Bahan: Kertas warna A4 Alatan :gunting. Langkah 1

1. Kertas warna A4 dilipat dua secara memanjang.

Langkah 2

1. Lipat kedua-dua belah kertas kebahagian dalam mengikut garis tengah yang telah dibuat.

Langkah ke 3

1. Lipat seperti yang tertera pada gambar.

Langkah 4

1. Lipatkan bahagian luar kertas ke atas. Pastikan bahagian belakang lebih panjang berbanding bahagian hadapan.

Langkah 5

1. Guntingkan sedikit bahagian atas untuk membentuk kolar baju kemeja. 2. Hiasalah baju mengikut kreativiti murid.

BIDANG : MENGGAMBAR GURISAN

DEFINISI

Teknik yang menggunakan sesuatu alat yang tajam untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut pada sesuatu permukaan. Permukaan kertas boleh disapu dengan warna krayon secara berlapis-lapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Alat yang keras atau tajam seperti kayu, paku atau lidi boleh digunakan untuk mengguris pada krayon yang tebal bagi menghasilkan gambar. Pelbagai jenis alat yang keras dan tajam itu akan memberi belbagai kesan yang berlainan pada garisan yang dihasilkan.

ALAT DAN BAHAN Alat : Pembaris, pensil , pen , gunting dan lidi (alat untuk mengguris). Bahan : Krayon dan oil pasttel.

LANGKAH-LANGKAH PENGHASILAN GURISAN

1.Warnakan kertas lukisan dengan warna krayon. Anda boleh mewarnakannya secara spontan. Tidak semestinya krayon itu diwarnakan berbaris seperti gambar diatas. Apa yang penting adalah kertas lu kisan itu dipenuhi dengan pelbagai warna krayon

2. Apabila kertas lukisan sudah dipenuhi dengan pelbagai warna, anda perlu mewarnakan kertas ters ebut dengan warna hitam hingga kertas tersebut menjadi hitam.

3. Akhir sekali anda boleh mula melukis pada permukaan kertas tersebut dengan menggunakan obje k tajam seperti batang lidi, hujung pembaris dan apa sahaja yang difikirkan sesuai.

CONTOH-CONTOH KARYA GURISAN

You might also like