You are on page 1of 23

1.0 Pengenalan 1.1 Definisi Bimbingan Othman Mohamed (2000), bimbingan merupakan sebahagian daripada proses menolong.

Ia melibatkan usaha memberi arahan secara teratur serta mengandungi maklumat sesuai bagi menentukan agar sesuatu matlamat tercapai oleh orang yang menerimanya. Lazimnya bagi penentuan kebajikan dan perkembangan dirinya. 1.2 Definisi Kaunseling Suatu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi. Ia dijalankan oleh kaunselor profesional bagi membantu perkembangan dan penyesuaian peribadi klien yang baik dan menyeluruh. Pertemuan adalah secara sukarela dan berterusan sepanjang hayat berlandaskan Etika Kaunseling. Kaunseling bukan bererti nasihat, walaupun terdapat nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien . Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri. Oleh kerana kaunseling bukan nasihat, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala. Kaunselor cuba memahami dengan mendengar dan memberikan layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memberihalkan masalah mereka dan cuba memahami dan mengambil tindakan menguruskan masalah tadi. Proses aksi dan reaksi di antara klien dan kaunselor turut membantu klien mengenali diri dan persoalan yang dihadapinya.

2.0 Pengenalpastian Masalah Untuk sesi bimbingan yang perlu kami laksanakan kami perlu mencari seorang murid yang mengalami masalah di sekolah. Oleh itu, kami perlu berjumpa dengan guru kaunseling di sekolah SK Pekan Nanas iaitu Puan Asmirah untuk mendapatkan maklumat berkenaan pelajar yang mengalami masalah di sekolah tersebut. Puan Asmirah telah mencadangkan kami supaya mengambil seorang pelajar perempuan daripada tahun 5 Terbilang. Pelajar ini pernah mendapatkan khidmat kaunseling daripada Puan Asmira pada awal tahun persekolahan.Beliau juga telah menerangkan sedikit sebanyak tentang latar belakang pelajar tersebut.

Kami telah berbincang dan bersetuju untuk mengambil beliau untuk sesi temubual yang akan kami jalankan untuk tugasan kami. Daripada maklumat latar belakang yang kami perolehi daripada guru kaunseling di sekolah tersebut kami mendapati beliau mengalami tekanan kerana mengalami masalah keluarga di rumah. Ibu dan bapa beliau mengalami krisis dan telah berpisah sejak hujung tahun 2012. Disebabkan perkara berikut pelajar tersebut mengalami tekanan di rumah. Bukan itu sahaja beliau juga tidak bersosial dengan rakan - rakan mahupun adik - beradik. Berikutan dengan hal berikut beliau juga sentiasa berfikiran negatif terhadap orang yang berada di sekelilingnya dan beliau mempunyai keyakinan diri yang rendah. Di sebabkan masalah - masalah peribadi yang beliau hadapi pelajaran beliau di sekolah juga terganggu. Semasa di rumah beliau tidak dapat membuat ulangkaji kerana ibunya selalu memarahinya.

Selepas itu, kami telah berbincang untuk menggunakan teknik yang sesuai bagi mengatasi masalah pelajar tersebut. Kami akan melaksanakan bimbingan jenis krisis berikutan dengan masalah - masalah yang di hadapi oleh pelajar tersebut. Kami akan cuba menggunakan teknik - teknik yang telah kami pelajari bagi membantu pelajar tersebut.

3.0 Teori Kaunseling 3.1 Teori Rasional Emotif Sebelum melaksanakan sesi temubual ini kami telah melaksanakan satu perbincangan berkenaan dengan penggunaan teori untuk menyelesaikan masalah murid tersebut. Oleh itu, setelah membuat rujukan dan kami mendapati Teori Rasional Emotif sesuai digunakan untuk masalahmurid tersebut. Pelopor untuk teori ini ialah Albert Ellis dan teori ini meliputi tiga aspek, iaitu pandangan terhadap manusia, peranan kaunseling dan teknik yang di gunakan untuk membantu klien menyelesaikan masalah mereka. Di dalam situasi yang kami hadapi, klien ini selalu menyendiri dan kurang bersosial dengan rakan-rakanya dan beliau juga selalu mengalami gangguan emosi, kemarahan, kebimbangan, kemurungan, putus asa, kekecewaan dan perasaan negatif yang sentiasa membelenggu dirinya sendiri. Sebab itu, kami merasakan teori ini amat sesuai digunakan semasa sesi temubual bagi mengenalpasti apa yang berlaku di sebalik masalah yang beliau hadapi. Peranan kaunseling yang berorientasikan teori rasional emotif ialah menstruktur semula kognisi klien, termasuk pemikiran dan kepercayaan tidak rasional agar klien memperoleh satu pandangan dan falsafah hidup yang lebih positif dan rasional. Bagi masalah murid ini beliau sentiasa berfikiran negatif kepada sesiapa yang berada di sekelilingnya. Beliau kurang bergaul dengan rakan-rakan dan menyebabkan beliau kurang bersosial dan suka menyendiri. Teori ini juga dikenali sebagai teori A-B-C-D-E dan C mewakili perkembangan satu - satu masalah, manakala D dan E mewakili rawatan.

A- Pencetus

B- Penilaian terhadap peristiwa


C- Konsekuen atau perasaan akibat daripada
penilaian

D- Usaha anda mengatasi penilaian tidak rasional. E-

Jawapan yang dijana bagi melawan pemikiran tidak rasional

Daripada sesi temubual yang telah kami laksanakan antara peristiwa yang dialami oleh murid tersebut ialah beliau kurang bersosial semasa berada di dalam kelas dan kurang keyakinan diri di dalam melakukan sesuatu perkara. Antara contoh peristiwa yang beliau pernah hadapi beliau merasakan diri beliau banyak kekurangan dan merasakan semua orang yang berada di sekelilingnya membenci beliau. Selain itu kebiasaanya beliau selalu menyalahkan dirinya sendiri jika berlaku sesuatu masalah yang menimpa diri beliau. Hidup beliau sentiasa di selubungi masalah. Daripada masalah yang beliau alami ia membuatkan beliau kurang untuk bergaul dengan rakan-rakan dan beliau seorang yang pasif di dalam kelas. Selepas beliau menceritakan segala masalah yang beliau hadapi beliau berasa sedih dan kecewa dengan apa yang terjadi kepada dirinya. Oleh itu klien telah memberikan kata-kata semangat yang positif bagi melawan perasaan dan pemikiran negatif yang terdapat di dalam diri beliau.

Pada akhir sesi klien telah dapat menerima apa yang telah terjadi pada diri beliau. Beliau cuba untuk berfikiran positif dan menganggap segala apa yang terjadi merupakan dugaan yang perlu beliau hadapi. Guru pembimbing juga perlu memberi sokongan kepada klien supaya beliau lebih bersemangat dan lebih berkeyakinan dalam melaksanakan sesuatu perkara. Antara teknik yang digunakan untuk membantu klien semasa sesi temubual ini ialah menggunakan teknik kognitif iaitu menstruktur semula pemikiran dan kepercayaan tidak rasional melalui penggunaan akronim A-B-C-D-E. guru pembimbing membuang semua pemikiran yang negative di dalam diri klien dan memberikan jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah yang beliau hadapi. Sebagai contoh yang kami jalankan di dalam temubual tersebut guru pembimbing memberikan jalan penyelesaiakan kepada klien supaya bergaul dengan rakan - rakan beliau. Selain itu teknik emotif juga di gunakan semasa sesi temubual dengan klien. Teknik emotif berfokuskan domain afektif atau emosi klien. Antara teknik yang digunakan ialah guru pembimbing telah memasukkan unsur-unsur kecindan untuk melihat situasi mereka dalam perspektif, dan tidak memandang rendah terhadap diri sendiri. Antara yang di laksanakan oleh guru pembimbing semasa sesi temubual tersebut ialah guru menggambarkan bagaimana mengatasi masalah kurang keyakinan diri. Klien merupakan seorang yang pendiam dan sukar untuk membuatkan beliau bercakap semasa temubual di jalankan. Kemungkinan beliau belum dapat merapatkan jurang diantara guru pembimbing dengan beliau. Teori rasional emotif bermatlamat untuk mengajar klien supaya berfikir dan bertingkahlaku secara rasional. Walau bagaimanapun, mereka bebas untuk memilih antara tingkah laku negatif dan positif. Dengan kata lain, mereka diajar untuk bertanggungjawab atas pemikiran masing - masing dan konsekuen tingkah laku yang berikutan. Akan tetapi, teori ini kurang sesuai bagi klien yang tidak mampu melibatkan diri dalam proses kognitif seperti mereka yang mengalami kerencatan akal, kecederaan otak, psikosis atau mania.

4.0 Kemahiran-Kemahiran Asas Kaunseling Semasa melaksanakan sesi temubual bersama klien kemahiran melayan dan mendengar amat penting untuk membina asas hubungan yang kukuh antara guru bimbingan dan kaunseling dan kanak - kanak yang dipertemukan di dalam sesi kaunseling tersebut. Seperti sesi rakaman yang telah di jalankan guru memberi tanda awal layanan mesra terhadap klien, guru bimbingan dan kaunseling menyambut murid berkenaan di pintu masuk bilik bimbingan dan kaunseling dengan penuh kemesraan, seterusnya memastikan keselesaanya di tempat duduk yang disediakan.

S H O V E

Pandang terus ke arah kank -kanak

Anggukkan kepala

Kedudukan badan yang terbuka

Pengesanan secara verbal

Percakapan

L
E R

Condong badan ke depan

Kontek mata

Berada dalam keadaan relaks.

Carta di atas menunjukkan singkatan daripada akronim yang menjelaskan ciri-ciri tingkah laku yang menunjukkan kemahiran yang digunakan semasa sesi temubual bersama murid tersebut. Semasa sesi temubual dijalankan guru bimbingan

memandang terus ke arah klien tersebut bagi menunjukkan bahawa kaunselor sedia untuk mendengar segala masalah klien. Selain itu, guru pembimbing ada

menganggukkan kepala semasa klien bercerita tentang masalah mereka. Ia bertujuan bagi menunjukkan guru pembimbing telah mendengar masalah yang klien luahkan. Guru pembimbing perlu mendengar setiap masalah yang di ceritakan oleh murid tersebut dan guru perlu bersifat empati dengan masalah yang di hadapinya. Oleh itu, guru bimbingan telah mendengar secara aktif dalam sesi bimbingan tersebut dengan memaparkan ciri-ciri tersebut. Selain itu, semasa sesi temubual percakapan amat penting bagi mendapatkan maklumat daripada klien tersebut. Semasa parafasa guru pembimbing telah menerangkan maksud bimbingan kepada murid tersebut dan menyatakan tujuan ingin melaksanakan sesi bimbingan tersebut. Guru juga ada memberitahu syarat-syarat yang semasa sesi temubual ini di laksanakan. Selepas itu, guru memulakan sesi soal jawab dan memberi peluang kepada klien untuk menyatakan masalah mereka. Semasa klien bercakap tidak boleh mencelah kerana ia akan menganggu tumpuan mereka untuk bercakap. Posisi semasa sesi temubual juga amat penting bagi memastikan keselesaan guru pembimbing dan juga klien tersebut. Di dalam sesi temubual yang di jalankan guru pembimbing telah menyediakan tempat duduk yang selesa kepada klien dan tempat yang sesuai untuk sesi bimbingan yang di jalankan. Kontek mata perlu juga digunakan oleh guru pembimbing semasa sesi bimbingan di jalankan. Guru pembimbing perlu memandang tepat ke muka klien bagi menunjukkan yang guru sentiasa menumpukan perhatian tentang apa yang mereka sampaikan. Antara kepentingan guru menggunakan kontek mata dengan klien ialah guru secara tidak langsung dapat mengintepretasi tingkahlaku bukan lisan daripada raut wajah muka murid tersebut. Mimik muka boleh melambangkan perasaan yang terdapat di dalam diri mereka. Oleh itu, guru bimbingan perlu tahu untuk mentafsir tingkah laku bukan lisan yang ditunjukkan oleh murid tersebut.

Guru pembimbing juga berada dalam keadaan relaks semasa sesi temubual tersebut dijalankan. Semasa sesi bimbingan dijalankan guru dan klien perlu berada di dalam keadaan yang tenang. Tempat juga memaikan peranan kepada guru dan klien supaya tidak terdapat sebarang gangguan yang boleh menjejaskan sesi bimbingan tersebut seperti bunyi bising daripada murid-murid lain. Guru pembimbing juga mempunyai kemahiran memberi tindak balas semasa sesi temubual dijalankan. Kemahiran ini memerlukan beliau memberi perhatian kepada perasaan dan pernyataan lisan klien sepanjang sesi kaunseling. Apabila kemahiran ini di gabungkan dengan kedua - dua kemahiran lain, klien akan terdorong untuk meneruskan perkongsian masalah dan pendedahan kendiri.

5.0 Teknik Intervensi 5.1 Terapi Seni Kami telah menggunakan intervensi terapi seni dan juga terapi muzik bagi sesi bimbingan yang telah kami rakamkan. Terapi seni ialah profesion perkhidmatan kemanusian yang mempergunakan media seni, imej, proses kreativiti seni dan tindak balas klien atau pesakit untuk menghasilkan produk sebagai mencerminkan perkembangan individu, kebolehan, personaliti, minat, kerisauan dan pertelingkahan. Kebiasaannya terdapat tiga jenis lukisan yang digunakan di dalam terapi seni iaitu potret diri, lukisan bebas dan spontan dan juga lukisan keluarga. Antara persedian yang dilakukan oleh guru pembimbing sebelum melakukan sesi temubual ialah seperti memilih bahan seni yang asas. Kami telah melaksanakan terapi ini di sebuah bilik khas di mana tiada gangguan daripada pelajar lain dan terdapat segala kemudahan yang diperlukan semasa melaksanakan terapi seni. Kami telah menyediakan sekeping kertas lukisan dan juga pensel warna untuk kegunaan klien semasa terapi seni. Selepas melakukan parafasa sebagai permulaan sesi yang tergolong di bawah kemahiran asas kaunseling iaitu kemahiran melayan dan mendengar, guru pembimbing berusaha untuk mewujudkan suasana yang selesa bagi klien dengan bertanyakan tentang keadaan klien tersebut, perasaan selain mewujudkan kepercayaan klien terhadap guru pembimbing. Selepas itu, kami terus menjalankan teknik seni iaitu dengan memasang muzik dan menyuruh klien melukis lukisan bebas atau spontan tentang apa yang terlintas di dalam fikiran mereka. Guru pembimbing memberikan masa selama 10 minit bagi klien menyiapkan lukisan beliau. Selepas tamat klien melukis guru akan mengintepretasi hasil karya seni yang di hasilkan oleh klien tersebut. Guru pembimbing akan menterjemahkan maksud yang terdapat di sebalik lukisan dan warna-warna yang terdapat di dalam lukisan tersebut.

Semasa klien melukis guru pembimbing menyelitkan terapi muzik iaitu dengan memainkan sebuah lagu instrumental yang tenang semasa klien membuat lukisan tersebut. Ini bertujuan untuk memberikan ketenangan dan idea kepada klien untuk menghasilkan sebuah lukisan. Oleh itu, klien akan berasa lebih santai ketika melaksanakan terapi tersebut. Semasa klien melaksanakan terapi tersebut guru harus memastikan bahawa tidak terdapat sebarang gangguan yang boleh menjejaskan tumpuan klien. Klien harus tenang semasa melukis supaya klien dapat memindahkan segala apa yang terpendam didalam lukisan tersebut. Pada mulanya klien berasa malu untuk melukis ketika guru pembimbing berada di situ, kemudian guru pembimbing keluar daripada bilik tersebut supaya klien tidak malu dan dapat melukis lukisan tanpa diganggu oleh sesiapa. Hasil daripada lukisan yang dihasilkan oleh klien apa yang kami dapat lihat klien menghasilkan lukisan bertemakan alam sekitar. Beliau melukis gambar pemandangan disebuah tasik yang mempuyai hidupan-hidupan yang mempunyai habitat di kawasan tasik tersebut iaitu angsa dan juga ikan-ikan yang sedang berenang. Selain haiwan beliau juga melukis awan, matahari dan juga tumbuhan akuatik yang terdapat di dalam tasik tersebut.Terdapat banyak makna yang tersirat di sebalik lukisan - lukisan yang klien telah hasilkan. Guru pembimbing juga perlu memberikan pujian kepada klien supaya beliau merasakan lukisan beliau sangat dihargai setelah beliau berjaya menghasilkan satu lukisan. Berikut merupakan tafsiran hasil karya seni terapi kanak-kanak: Dimensi Saiz dan kedudukan Hasil Karya Tafsiran

Rumput yang terdapat pada Ia menyatakan yang diri sudut kertas lukisan beliau banyak yang mempunyai dan

kekurangan

sentiasa bersendirian. Haiwan Angsa Ikan Hubungan yang renggang, tidak mesra dan mengalami konflik dengan ahli

10

keluarga. Memerlukan kasih sayang. Alam semula jadi Awan Matahari Awan melambangkan klien banyak menyimpan rahsia dan memendam sesuatu di dalam hati beliau. Matahari melambangkan

sifat agresif dan kemarahan yang bersifat pasif, beliau hanya memendam

perasaan tersebut. Warna Merah Kuning Biru gelap Melambangkan sifat marah Kemesraan, kegembiraan Beliau ketenangan Hitam Melambangkan yang beliau lalui. Haiwan Ikan yang sedang berenang Beliau inginkan kebebasan kesedihan memerlukan

11

6.0 Rakaman Temubual

12

7.0 Transkripsi Temubual Guru : Assalamualaikum Nurin, kita akan buat sesi kaunseling atau pun bimbingan, dan kita akan lakukan sesi ini selama lebih kurang 30 minit. Awak boleh kongsi masalah awak dengan saya, cerita apa sahaja yang awak ingin ceritakan kepada saya, dan apa sahaja yang awak ceritakan dengan saya adalah rahsia. Seperti yang saya cakap tadi, sesi kita ini adalah rahsia dan boleh saya mulakan sesi kita ni Nurin? Klien : Boleh cikgu. Guru : Awak sihat tak hari ni? Klien : Sihat sikit sikit. Guru : Awak demam ke? Klien : Demam sikit je. Guru : Semalam hujan tak? Tak kan. Awak memang selalu demam ke? Pening pening, sakit kepala? Klien : Selalu cikgu. Guru : Pernah pergi klinik? Doktor cakap apa? Klien : Pernah. Doktor cakap pening biasa je. Guru : Habis pagi tadi sebelum pergi sekolah awak makan ubat tak? Sarapan tak? Klien : Tak cikgu. Guru : Tak juga? Awak bangun tidur pukul berapa? Awak datang sekolah pukul berapa? Klien : Tak ingat. Guru : Tak kan la tak ingat Siapa yang hantar awak? Mak?

13

Klien : Aah, naik motor. Guru : Rumah awak dekat mana? Klien : Kampung pasir Guru : Ni saya nak tanya ni, awak adik beradik berapa orang? Awak yang ke berapa? Klien : Adik beradik lapan orang, saya yang keenam. Guru : Wah, ramainya. Adik beradik awak yang sulung berapa umurnya? Lelaki ke perempuan? Klien : Yang sulung lelaki, yang kedua perempuan, ketiga lelaki, keempat lelaki, kelima lelaki, keenam saya, dua orang adik saya lelaki. Yang sulung umur dia 20 lebih. Guru : Adik awak yang dua orang tu berapa umur dia? Klien : 9 tahun dan 4 tahun. Guru : Abang dengan kakak awak dah kerja? Klien : Belum lagi. Mereka belajar lagi. Abang belajar engineer dekat Kuala Lumpur, kakak belajar dekat India, jadi doktor. Guru : Owh baik. Kita sambung tadi ya Nurin, awak pergi sekolah pukul 7.15 pagi. Awak balik sekolah pukul 12.50 tengah hari, kemudian awak balik rumah buat apa? Klien : Saya balik sekolah rendah, balik rumah saya makan tengah hari. Ibu yang masak, lepas itu saya pergi sekolah agama. Sekolah agama mula pukul 3.30 petang tapi habis pukul 6.30 petang. Guru : Siapa ambil awak balik sekolah? Ibu awak? Klien : Ya cikgu. Guru : Ibu awak hantar awak pergi sekolah dengan ambil awak balik sekolah naik apa?

14

Klien : Ibu bawa motorsikal. Guru : Owh baiklah Nurin. Saya tanya awak lagi, awak nanti dah besar, cita cita awak nak jadi apa? Klien : Saya nak jadi jururawat sebab kakak saya suruh. Guru : Awak suka tak jadi jururawat? Klien : Sikit sikit je cikgu. Guru : Awak takut tak tengok darah? Klien : Takut sikit, tapi kalau darah sendiri tak takut. Guru : Awak kalau dekat rumah tak pergi rumah kawan kawan awk? Klien : Pergi. Masa hujung minggu je. Guru : Owh baiklah nurin. Kalau saya nak minta awak lukis boleh? Macam ni lah, saya akan pasangkan awak satu lagu dan awak dengar lagu ni. Saya akan bagi awak kertas dan awak boleh lukis apa sahaja yang awak nak lukis. Awak pun boleh warnakan lukisan awak. Ni kertas lukisan awak dan awak boleh mulakan. Klien : Terima kasih cikgu.

Klien melukis dan mewarnakan lukisan tersebut seterusnya guru meminta klien untuk berkongsi maksud lukisan yang dihasilkan.

Guru : Baiklah Nurin, awak dah lukis dan warnakan lukisan awak ni. Cantik lukisan awak. Boleh kongsikan kenapa awak lukis angsa ni? Saya tengok lukisan awak ada angsa, matahari pakai cermin mata hitam, ada ikan, ada batu. Cantik ni awak lukis.

15

Klien : Angsa ni dulu arwah nenek saya hadiahkan masa hari lahir saya umur 5 tahun. Arwah nenek hadiahkan dengan dua ekor anak angsa sekali. Angsa ni dulu ada dekat kolam belakang rumah saya. Guru : Apa maksud awak dengan dulu? Angsa angsa ni ada lagi tak sekarang? Klien : Sekarang angsa angsa ni dah mati. Ibu angsa lari, anak dia seekor kena langgar dengan kereta, seekor lagi kene makan dengan ular sawa. Guru : Masa anak angsa awak kena langgar, awak Nampak tak? Kemudian siapa yang angkat? Klien : Nampak cikgu. Masa itu adik saya yang angkat. Guru : Rumah awak pernah masuk ular sawa tak? Klien : Pernah cikgu. Guru : Nanti kan masa awak dah besar, awak nak bela lagi tak angsa ni? Klien : Nak cikgu, tapi ibu tak bagi sebab dia tak suka lagi dah. Guru : Habis ayah awak bagi tak? Klien : Tak tahu lah cikgu sebab ayah dah duduk tempat lain. Guru : Ayah awak dah tak duduk serumah dengan awak ke? Dia duduk mana? Klien : Tak tahu. Ibu cakap ayah dah memang tak nak duduk dengan kami. Guru : Dah lama ayah awak tak duduk serumah dengan awak? Klien : Dari tahun lepas lagi dah cikgu. Ayah saya dah tak serumah dengan saya. Guru : Awak selalu peluk ibu awak? Ayah awak? Klien : saya selalu cium tangan ibu saya sebelum tidur, peluk pun sama. Dengan ayah saya dah lama sangat tak buat macam tu cikgu. Guru : Awak sayang ibu dengan ayah awak?

16

Klien : Sayang. Kalau boleh saya nak kami duduk serumah kembali. Guru : Macam ni lah Nurin. Saya tahu awak sangat sayangkan ibu dengan ayah awak. Saya tahu awak sedih ayah awak dah tak duduk serumah dengan awak lagi tapi awak kena ingat selalu yang awak masih ada ibu awak yang sentiasa dekat dengan awak. Klien : Baik cikgu. Saya akan sentiasa sayang ibu saya, peluk ibu saya dan cium ibu saya sebab saya tahu ibu saya masih sayangkan saya. Guru : Kalau macam itu, bolehlah kiranya kita tamatkan sesi kita ini dan insyaallah kita akan sambung perkongsian kita ini pada sesi yang seterusnya, awak boleh balik kelas awak sekarang dan Nurin, kuatkan semangat awak ya. Klien : Baik cikgu. Terima kasih banyak - banyak ya cikgu.

17

8.0 Refleksi Setelah melaksanakan terapi seni semasa sesi temubual bersama klien apa yang saya dapati ialah terapi ini berkesan tetapi perlu ada sesi yang seterusnya supaya murid tersebut akan lebih yakin apa yang mereka lakukan. Sebelum melakukan terapi ini secara kebetulan klien memang gemar melukis, oleh itu beliau tidak mempunyai sebarang masalah untuk melaksanakan terapi ini. Selain itu, teknik ini juga merupakan satu teknik yang meyeronokkan dan amat sesuai untuk peringkat kanak-kanak. Daripada lukisan tersebut murid dapat meluahkan segala perasaan yang terpendam di dalam hati mereka. Kelebihan terapi ini dijalankan kepada klien tersebut ialah ia sesuai dengan jenis masalah yang klien hadapi. Klien juga seorang yang pasif dan sukar untuk bercakap dan berkongsi masalah beliau secara lisan oleh itu terapi ini telah memudahkan kerja guru pembimbing. Selain daripada itu, guru pembimbing perlu pandai mentafsir hasil lukisan yang telah klien hasilkan. Daripada lukisan tersebut juga guru pembimbing harus mengaitkan dengan masalah yang klien hadapi. Bagi masalah klien ini beliau menghadapi masalah keluarga dan beliau mengalami tekanan berikutan masalah yang berlaku di rumah beliau. Oleh itu, guru pembimbing perlu membuang perasaan negatif murid tersebut terhadap persekitarannya. Secara kesimpulanya terapi ini boleh dilaksanakan untuk sesi bimbingan dan kaunseling di sekolah dan mengikut kesesuaian masalah yang di hadapi oleh klien. Apa yang kami harapkan semasa melaksanakan sesi temubual tersebut ialah kami dapat membantu klien tersebut menyelesaikan masalah tersebut. Selain itu merupakan satu teknik yang menarik dan membuatkan klien tidak menghadapi tekanan semasa sesi temubual. Kami berasa berpuas hati dengan dengan terapi yang kami laksanakan, melalui terapi tersebut kami berjaya mendapatkan maklumat yang kami perlukan untuk tugasan ini.

18

9.0 Refleksi Kendiri AZIZI BIN ISHAK 900918-045143 Untuk tugasan Ilmu Pendidikan iaitu EDU 3107 pada semester ini kami telah di beri tugasan untuk melaksanakan satu sesi temubual dengan seorang pelajar di sekolah kami berpraktikum. Sesi temubual itu perlu dilaksanakan untuk mengenalpasti masalah yang murid tersebut hadapi. Melalui tugasan ini juga kami perlu merakamkan satu video perbualan bersama pelajar tersebut dengan menggunakan teknik intevensi yang telah kami pelajari. Tugasan ini perlu dilaksanakan secara berpasangan iaitu dengan pasangan praktikum di sekolah masing-masing. Setelah mendapat tugasan ini saya dan rakan saya melakukan perbincangan berkenaan perlaksanaan video rakaman yang akan kami laksanakan di Sekolah Pekan Nanas. Kami bernasib baik kerana sekolah kami mempunyai guru kaunseling yang terlatih. Langkah pertama yang kami laksanakan ialah berjumpa dengan guru kaunseling di sekolah tersebut iaitu Pn. Asmirah untuk mendapatkan pendapat beliau untuk tugasan kami. Kami juga telah meminta beberapa orang calon untuk kami menjalankan sesi temubual. Beliau telah mencadangkan seorang pelajar yang mempunyai masalah keluarga. Beliau juga telah menerangkan sedikit sebanyak berkenaan maklumat latar belakang pelajar tersebut. Selepas itu, saya dan rakan saya telah melakukan sedikit ulangkaji berkenaan dengan teori yang kami perlu gunakan untuk melaksanakan sesi bimbingan ini. Kami telah menggunakan teori rasional emotif dan kami telah bersetuju untuk menerapkan terapi seni semasa sesi temubual dilaksanakan. Teknik ini digunakan kerana kami berpendapat ia bersesuaian dengan masalah yang beliau hadapi.Ia bersesuaian dengan klien tersebut kerana ia juga merupakan salah satu hobi klien iaitu melukis. Oleh Itu, klien dapat melakukan terapi ini dengan tenang.

19

Bukan itu sahaja kami juga telah membahagikan tugas secara adil dan saksama. Bagi rakaman yang akan kami hasilkan Syazwan telah besetuju untuk menjadi guru pembimbing dan saya bekerja di belakang tabir iatu membuat rakaman. Sebelum rakaman di laksanakan kami menghadapi sedikit masalah iaitu kami mempunyai masalah kamera, tetapi ia bukan alasan kami tidak melaksanakan rakaman tersebut oleh itu kami terpaksa membuat rakaman menggunakan kamera talefon. Setelah selesai sesi rakaman kami pula perlu menghuraikan segala teknik dan kemahirankemahiran yang kami gunakan semasa sesi temubual. Setelah selesai melaksanakan kerja khusus ini saya mendapat banyak pengetahuan dan ilmu baru yang berkaitan dengan bidang bimbingan kaunseling. Sebelum ini saya tidak mempunyai sebarang pengalaman untuk membimbing murid tersebut dan melakukan sesi temubual dengan beliau. Oleh hal yang demikian terdapat kekurangan semasa saya dan rakan saya melaksanakan kerja kursus ini. Antaranya kami mengahadapi masalah semasa sesi temubual iaitu semasa sesi terapi seni kertas yang kami bagi terlu besar jadi ia memakan masa yang lama untuk klien tersebut menyiapkan lukisan beliau. Saya berasa bersyukur kerana dapat mempelajari kursus ini kerana ia akan berguna kepada kepada saya suatu hari nanti semasa di sekolah nanti. Walaupun ia bukan didalam bidang saya tetapi ilmu ini perlu di pelajari oleh semua bakal guru supaya mereka dapat mengaplikasi apa yang telah di pelajari semasa di sekolah. Walaupun terdapat masalah semasa melaksanakan tugasan ini tetapi saya berasa bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini dalam tempoh masa yang ditetapkan. Jutaan terima kasih kepada rakan saya iaitu Mohd Syazwan yang banyak memberikan kerjasama untuk menyiapkan tugasan ini dan jutaan terima kasih kepada individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk menjayakan kerja kursus ini. Segala kesilapan dan teguran akan saya ambil sebagai teguran yang positif dan akan saya perbaiki pada masa yang akan datang. Sekian Terima Kasih.

20

MOHD SYAZWAN BIN SULAIMAN 900807 14 5547 7 PISMP RBT / PJ / BM 1

Pada semester ini, saya dikehendaki menyediakan satu sesi temubual bersama dengan murid seperti yang diperlukan dalam tugasan kerja kursus subjek EDU 3107 Bimbingan Dan Kaunseling Kanak Kanak. Perincian tugasan tersebut adalah saya dikehendaki melakukan sesi temubual bersama dengan murid di sekolah yang saya menjalankan program Amalan Professional ataupun Praktikum Fasa 3 iaitu Sekolah Kebangsaan Pekan Nanas secara berpasangan. Temubual yang dijalankan perlu direkodkan sebagai bukti tugasan dilakukan dan juga transkripsi temubual perlu disediakan. Semasa temubual dijalankan, saya juga perlu memilih satu teknik intervensi bagi memenuhi syarat tugasan ini. Saya bersama sama dengan rakan praktikum saya iaitu Azizi Bin Ishak, bersetuju supaya saya memainkan peranan sebagai guru pembimbing manakala Azizi memainkan peranan sebagai jurukamera. Semasa saya melakukan temubual bersama dengan murid yang telah saya pilih, Azizi merakamkan sesi temubual saya bersama dengan murid itu selain mengambil beberapa keping gambar. Sebelum melakukan tugasan ini, kami terlebih dahulu berjumpa dengan guru kaunseling sekolah kami, Puan Asmirah bagi mendapatkan pandangan beliau mengenai tugasan kami. Antara pandangan yang diberikan oleh beliau adalah perancangan tugasan kami ini, bagaimana tugasan ini boleh dilakukan, dimana tempat yang sesuai untuk melakukan sesi temubual ini, dan juga murid yang bersesuaian. Puan Asmirah mencadangkan kami supaya melakukan sesi ini dengan murid tahun 5 Terbilang, Nurin Husrina Binti Saleh.

21

Setelah selesai melakukan sesi temubual dan juga teknik intervensi yang telah dipilih, saya dapati bahawa murid ini dapat meluahkan perasaannya dengan baik di dalam lukisan tersebut. Terapi yang dipilih bersesuaian dengan murid kerana secara kebetulannya, murid gemar menghasilkan lukisan yang kreatif. Perkara yang dapat saya perhatikan semasa murid melakukan terapi ini adalah murid berasa bosan kerana kertas yang diberikan oleh guru terlalu besar dan ini memakan masa yang lama untuk murid tersebut menyiapkan lukisannya. Jalan penyelesaian yang mungkin boleh dilakukan oleh guru mungkin menyediakan kertas lukisan yang lebih kecil supaya murid tidak berasa bosan untuk melukis lukisan yang besar. Sekiranya guru pembimbing ingin menggunakan terapi seni semasa sesi temubual, bimbingan, atau pun kaunseling, guru perlu mengambil kira tentang saiz kertas lukisan, tempoh masa yang diperuntukkan oleh guru bagi murid menyiapkan lukisan mereka, dan guru juga perlu meneka contoh lukisan yang akan dihasilkan oleh murid supaya guru mudah membuat tafsiran terhadap lukisan murid itu. Setelah murid selesai melukis, guru pembimbing meminta murid tersebut berkongsi tentang maksud lukisan tersebut. Semasa sesi perkongsian berlangsung, saya dapati bahawa murid ini mempunyai masalah keluarga dan mempunyai pandangan atau pemikiran yang negatif terhadap hidupnya dan juga persekitaran murid itu sendiri. Oleh hal demikian saya selaku guru pembimbing cuba untuk meneroka lebih dalam tentang hidup murid tersebut akan tetapi, murid tersebut berasa segan atau malu kerana perbualan kami dirakam. Berikutan dengan hal itu, saya dapat mengenal pasti bahawa murid ini mempunyai perasaan tidak selesa terhadap kamera tersebut. Sebelum memulakan sesi, saya mungkin boleh menyorokkan kamera tersebut supaya perasaan tidak selesa murid tersebut dapat diatasi sebagai cadangan penambahbaikan sekiranya saya dikehendaki untuk melakukan tugasan yang sama pada masa akan datang. Sungguhpun demikian, sesi temubual yang dijalankan bersama murid tersebut dapat berjalan dengan lancar walaupun murid berasa bosan semasa melukis dan saya berasa amat bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan ini.

22

10.0 Rujukan

Choong Lean Keow. (2010). Bimbingan Dan Kaunseling Kanak - Kanak. Selangor: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Cik Nad. (n.d.). Retrieved from Diari Cik Nad: http://nadzulkipli.blogspot.com/2011/12/terapi-seni.html h4ck3r. (2008, Ogos 27). Kaunseling Online. Retrieved from http://kaunseling.wordpress.com/2008/08/27/definisi-bimbingan-dan-kaunseling/ L.Y. (2009, April 8). Terapi Seni (Art Therapy). Retrieved from http://sabtuyangindah.blogspot.com/ Norhaidi Bin Hj.Sarponen. (2012, Ogos 28). Teacher's Department. Retrieved from http://cikguhaidi.wordpress.com/tag/bimbingan-dan-kaunseling/ Sektor Pengurusan Kaunseling Dan Disiplin Murid , K. (n.d.). Retrieved from http://www.ppdpendang.edu.my/ppdpendang/downloads/Pekeliling%20B&K1000 01.pdf

23

You might also like