You are on page 1of 7

Saidina hamzah memeluk islam

Apabila Rasulullah S.A.W. memulakan dakwah Islam secara terbuka tidak ada di kalangan anak Abdul Mutalib yang mahu memeluk Islam. Hanya Abu Talib yang menunjukkan rasa simpati terhadap Rasulullah. Abu Talib yang melihat sendiri peribadi Rasulullah dan kebenaran ajaran Islam. Malangnya hati beliau sendiri tidak terbuka untuk menerima Islam. Hamzah melihat perjuangan anak saudaranya itu dengan pandangan yang hormat, tetapi beliau tidak serta merta memeluk Islam. Hamzah sendiri menyaksikan kesungguhan serta kesabaran Rasulullah di dalam menyebarkan dakwahnya. Beliau juga menyaksikan bagaimana musuh-musuh baginda dari kalangan orang Quraisy membuat tipu helah dan berusaha menyakiti baginda. "Aku tahu bahawa Muhammad itu benar dalam dakwahnya kerana beliau orang yang dipercayai," kata Hamzah kepada dirinya. "Muhammad adalah semulia-mulia manusia dan beliau mempunyai keupayaan yang tinggi. Muhammad mempunyai hati yang teguh, jiwa yang luhur, roh yang suci dan setiap apa yang dikhabarkannya adalah benar." Hamzah mempercayai setiap kelebihan yang ada pada Rasulullah. Tapi, beliau masih belum bersedia untuk beriman secara terbuka. Hamzah berada di antara dua persimpangan. Beliau berasa kasihan melihatkan anak saudaranya ditindas oleh kaum Quraisy. Dalam masa yang sama, beliau terikat dengan kepercayaan datuk neneknya sebelum itu.

Hamzah serba salah. Beliau melihat Rasulullah menyeru orang ramai kepada Islam dengan tabah dan penuh semangat. Tetapi apabila melihat dirinya sendiri, Hamzah kehairanan. Hamzah hairan kerana beliau memang mahu mengikut agama yang dibawa oleh Muhammad, tetapi dalam waktu yang sama beliau ragu-ragu. Walaubagaimanapun, dalam perasaan yang berbelah bahagi itu, hamzah sentiasa mengawasi Rasulullah. Secara diam-diam, beliau berazam untuk melindungi dan menjaga keselamatan Rasulullah dalam setiap keadaan. Bagi memastikan keselamatan Muhammad terjamin, Hamzah selalu berjalan-jalan di sekitar Kaabah. Beliau ingin melihat dan mendengar apa yang diperkatakan oleh orang-orang Quraisy mengenai agama yang dibawa oleh Muhammad. Beliau selalu mengintip untuk mendengar tipu helah serta cacian mereka terhadap Muhammad. Cerita-cerita yang didengar hanya menambahkan kebingungannya. Orang-orang Quraisy mengadakan berbagai-bagai perancangan untuk menghapuskan dakwah Muhammad. Mereka mempersendakan Muhammad serta memanggil baginda dengan berbagai-bagai gelaran. Sebahagian daripad mereka bertaruh antara satu sama lain untuk membunuh Muhammad. Hamzah mendengar ancaman tersebut daripada pembesar-pembesar Quraisy ketika mereka berbincang di Kaabah. Hamzah sungguh sedih kerana beliau tidak berupaya untuk membuat sesuatu bagi melindungi anak saudaranya itu. Pada suatu petang, keadaan telah mengubah segala-galanya. Ketika itu, Hamzah baru pulang daripada memburu. Beliau terfikir untiuk singgah di Kaabah sebelum pulang ke rumah. Tiba-tiba beliau terdengar suara memanggilnya.

"Wahai Abu Amarah! Wahai Abu Amarah!" Abu Amarah adalah nama lain yang sering digunakan oleh orang ramai apabila memanggil Hamzah. Hamzah berpaling ke belakang. Beliau melihat seorang wanita berlari-lari ke arahnya. Wanita itu ialah hamba Ibnu Judan, seorang pembesar Quraisy yang kaya dan terkenal dengan sifat pemurahnya. "Wahai Abu Amarah! Abu Jahal telah memarahi Muhammad dan memukulnya di Kaabah. Beliau telah mencurahkan tanah di kepala baginda di hadapan bangsawan Quraisy,"kata wanita itu sambil tercungap-cungap. Hamzah melihatnya dengan perasaan gelisah. Beliau mula naik marah. "Di mana Muhammad sekarang ?" tanya Hamzah . "Muhammad telah pulang ke rumahnya. Baginda sungguh sedih dan dukacita,"jawab wanita itu. Hamzah tidak dapat mengawal perasaannya. Tanpa membuang masa, beliau terus menuju ke Kaabah. Di sana, beliau mendapati Abu Jahal sedang berkumpul bersama-sama pemuda Quraisy yang lain. Hamzah tidak berkata walau sepatah pun. Beliau terus mengeluarkan sebilah anak panah lalu melepaskannya ke arah Abu Jahal. Anak panah tersebut mengenai muka Abu Jahal. Darah mula mengalir keluar. "Inilah balasan terhadapmu, Abu Jahal!" herdik Hamzah. "Kenapa

engkau mencerca dan memukul Muhammad?Adakah engkau lupa bahawa datuknya Abdul Mutallib adalah ketua kaum Quraisy dan bapa saudaranya Abu Talib adalah saudaraku yang juga pemimpin kamu? Adakah engkau lupa semua ini sehingga engkau memukul dan mencercanya serta mencurahkan tanah ke atas kepalanya?" Abu Jahal tergamam denagn perkara yang tidak disangkasangkanya itu. Beliau menjadi takut lalu berteriak, "Wahai Abu Amarah, sesungguhnya Muhammad bukan dari agama kita! Mengapakah engkau mencederakanku dengan anak panahmu dan menolong seorang yang bukan dari agama kita?" "Wahai Abu Jahal!" kata Hamzah dengan lantang. "Mulai saat ini, aku menganut agama MuhammadAku memeluk Islam!" Kaum Quraisy berpandang-pandangan antara satu sama lain. Mereka terkejut dan tertanya-tanya dalam kebimbangan. Sebahagian daripad mereka berkata, "Celaka! Ini kerugiaan besar. Pengislaman Hamzah adalah kekuatan besar yang akan menolong Muhammad dalam dakwahnya serta melemahkan kita!" Itulah yang terjadi! Hamzah adalah seorang lelaki yang berani lagi unggul. Beliau telah meisytiharkan keislamannya di hadapan kaum Quraisy, sedangkan pada waktu itu, sesiapa yang diketahui memeluk agama Islam akan sentiasa terdedah kepada penyiksaan pembesar-pembesar Quraisy.

KISAH SAYANGNYA SYAIDINA HAMZAH PADARASULULLAH S.A.W.

BAPA saudara Nabi MUHAMMAD s.a.w. yang bernama Saiyidina Hamzah adalah seorang yang sangat gagah dan berani. Semasa kecil, Nabi MUHAMMAD s.a.w. dan Saiyidina Hamzah adalah dua saudara yang paling rapat hubungannya. Malah Saiyidina Hamzahlah orang yang paling banyak sekali mengetahui akan kelebihan yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. Sebelum beliau memeluk agama Islam, Saiyidina Hamzah adalah seorang penyembah berhala dan kegemarannya ialah berburu binatang. Hampir setiap hari Saiyidina Hamzah menghabiskan masnya dengan berburu di padang pasir. Meskipun Rasulullah s.a.w. menyebarkan agama Islam, Saiyidina Hamzah adalah seorang penyembah berhala, namun ini tidak menjejaskan hubungan mereka berdua. Saiyidina Hamzah tidak begitu terburu-buru memeluk agama Islam meskipun dia tahu agama yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. itu adalah benar. Dalam pada itu walaupun mereka berbeza anutan tetapi Saiyidina Hamzah tidak suka diri Rasulullah s.a.w.dimaki hamun oleh kaum Quraisy musyrikin. Diriwayatkan , pada suatu hari sekembalinya Saiyidina Hamzah dari berburu salah seorang pembantu rumahnya berkata kepada beliau: Tuantadi saya baru saja melihat anak saudara tuan MUHAMMAD

duduk-duduk di kaki bukit Safa bersendirian, tiba-tiba datanglah Abu Jahal dan terus memukul MUHAMMAD dan ditariknya sekuat-kuat hatinya kemudian dihempasnya ke tanah sehingga anak saudara tuan itu tidak berdaya. Saiyidina Hamzah berasa terkejut, kemudian dia bertanya: Apakah benar engkau melihat peristiwa itu dengan mata kepala engkau sendiri?. Benar tuan, saya melihat dengan mata kepala saya sendiri dan tidak ada seorang pun yang menolong MUHAMMAD. Saya berasa kasihan melihat anak saudara tuan itu kerana dia tidak bersalah apa-apapun. Sebaik saja mendengar berita itu, secara tiba-tiba muka Saiyidina Hamzah bertukar menjadi merah padam. Dengan perasaan marah yang meluap-luap Saiyidina hamzah terus keluar untuk mencari Abu Jahal. Sepanjang perjalanan itu hatinya berkata: Kalau aku diamkan saja perbuatan Abu Jahal ini, nescaya akan matilah anak saudaraku itu. Aku tidak akan membiarkan sesiapa pun melakukan sebarang kekerasan terhadap MUHAMMAD. Dengan perasaan yang geram, dia terus pergi ke Masjidil Haram untuk mencari orang yang telah menzalimi anak saudaranya itu, kerana dia takut Abu Jahal akan mengulangi perbuatannya itu. Saiyidina Hamzah tahu biasanya Abu Jahal suka duduk-duduk di sana. Setelah sekian lama berjalan di bawah terikan panas cahaya matahari akhirnya dia pun sampai ke Masjidil Haram. Sebaik saja dia sampai di muka pintu masjid, lantas dia pun ternampak orang yang dicari-carinya itu. Pada ketika itu Abu Jahal masih belum tahu bahawa Saiyidina hamzah menyebelahi Nabi MUHAMMAD meskipun pada masa itu dia belum lagi beragama Islam. Pada sangkaannya tentulah Saiyidina Hamzah menyukai perbuatannya memukul Nabi MUHAMMAD. Melihat kedatangan Saiyidina Hamzah , dia menyangka bahawa Saiyidina Hamzah ingin bertemu dengannya, lantas sambil tersenyum dia menyambut Saiyidina Hamzah dengan gembira. Tanpa membuang masa Abu Jahal terus menceritakan apa yang dilakukan terhadap Nabi MUHAMMAD s.a.w.

Dengan perasaan marah yang sedia ada dan ditambah pula dengan cerita terbaru yang didengarinya itu maka bertambah-tambahlah api kemarahannya terhadap Abu jahal. Dengan secepat kilat Saiyidina Hamzah menyambar anak panah yang terselit di pinggangnya.lantas menekan anak panah yang terselit di pinggangnya. Lantas menekan anak panah itu ke kepala Abu Jahal dengan sekuat hatinya. Abu Jahal menjerit-jerit kesakitan. Rakan-rakan Abu Jahal yang tercengang melihat kejadian yang tidak disangka-sangka. Mereka tidak menyangka bahawa pemimpin yang mereka hormati itu boleh diperlakukan sedemikian rupa. Dengan marah Saiyidina Hamzah berkata kepada Abu Jahal:Ingat, kalau kau ganggu anak saudaraku MUHAMMAD lagi, aku akan bunuh engkau. Mendengar gertakan dari Saiyidina Hamzah, Abu Jahal berasa terlalu takut sehingga dia tidak berani berkata walaupun sepatah perkataan. Sementara itu kepala Abu Jahal berdarah akibat di cucuk oleh Saiyidina Hamzah dengan anak panahnya. Kemudian Abu Jahal pun pulang ke rumah dengan perasaan geram. Mulai hari itu para pengikut dan sahabat-sahabat Abu Jahal mulai sedar betapa pemimpin yang mereka hormati selama ini takut kepada Saiyidina Hamzah. Mulai dari kejadian itu Saiyidina Hamzah telah mengistiharkan dirinya sebagai pengikut Nabi MUHAMMAD dengan mengucapkan dua kalimah syahadah. Saiyidina Hamzah telah meninggal semasa bertempur dalam perang Uhud. Beliau telah meninggal sebagai seorang syuhada dalam membela dan menegakkan agama Islam. Jenazahnya telah dikebumikan di Bukit Uhud iaitu tidak jauh dari tempat berlakunya peperangan itu.
Wallahualam

You might also like