Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
2Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
KAJIAN ASAS SISTEM BINAAN BERINDUSTRI ( INDUSTRIALIZED BUILDING SYSTEM - IBS): PERSPEKTIF PEMAJU PERUMAHAN NEGERI KEDAH DAN PERLIS

KAJIAN ASAS SISTEM BINAAN BERINDUSTRI ( INDUSTRIALIZED BUILDING SYSTEM - IBS): PERSPEKTIF PEMAJU PERUMAHAN NEGERI KEDAH DAN PERLIS

Ratings: (0)|Views: 499 |Likes:
Published by Mazri Yaakob
ABSTRACT

Industrialised Building System (IBS) is part of the technology innovation in construction industry. This system is believed could be one of the solution regarding to the issues of construction productivity, quality and the dependency of foreign workers in local construction scenario. However, the acceptance of this technology by the local construction stakeholders are still at the poor level. This research was carried out to discuss on the level of acceptance of IBS among the Malaysian construction stakeholders, the barriers of this system, the advantages and the disadvantages of IBS. The objective of this research is to capture the perceptions of housing developers which are operating in Kedah and Perlis. These perceptions are include the developers organizational knowledge on IBS, the sources of references on IBS, future potential of IBS and the barriers of implementing this system. This research has also come out with a few suggestions and alternatives to encourage the implementation of IBS especially in Kedah and Perlis.
ABSTRACT

Industrialised Building System (IBS) is part of the technology innovation in construction industry. This system is believed could be one of the solution regarding to the issues of construction productivity, quality and the dependency of foreign workers in local construction scenario. However, the acceptance of this technology by the local construction stakeholders are still at the poor level. This research was carried out to discuss on the level of acceptance of IBS among the Malaysian construction stakeholders, the barriers of this system, the advantages and the disadvantages of IBS. The objective of this research is to capture the perceptions of housing developers which are operating in Kedah and Perlis. These perceptions are include the developers organizational knowledge on IBS, the sources of references on IBS, future potential of IBS and the barriers of implementing this system. This research has also come out with a few suggestions and alternatives to encourage the implementation of IBS especially in Kedah and Perlis.

More info:

Categories:Types, Research
Published by: Mazri Yaakob on Jul 25, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/09/2014

pdf

text

original

 
1
KAJIAN ASAS SISTEM BINAAN BERINDUSTRI ( INDUSTRIALIZEDBUILDING SYSTEM - IBS): PERSPEKTIF PEMAJU PERUMAHAN NEGERIKEDAH DAN PERLIS
MOHD NASRUN MOHD NAWIWAN NADZRI OSMAN
Kolej Perniagaan Pusat Pengajian Pengurusan Teknologi dan Logistik Universiti Utara Malaysia
MOHD FAIZAL BAHARUMMOHD HANIZUN HANAFI
Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan PerancanganUniversiti Sains Malaysia
ABSTRAK
Sistem Binaan Berindustri (IBS) merupakan salah satu dari inovasi teknologi di dalamindustri pembinaan. Sistem ini diyakini dapat membantu dalam menyelesaikan masalah yang melibatkan kualiti dan produktiviti binaan serta permasalahan berkaitan dengan penggunaan tenaga buruh asing dalam sektor pembinaan tempatan. Bagaimanapun, penerimaan teknologi ini masih lagi di peringkat yang kurang memuaskan oleh pihak- pihak yang terlibat secara langsung dalam industri pembinaan di Malaysia. Justeru itu,kajian ini dijalankan bagi membincangkan sejauh mana kadar penggunaan IBS dikalangan pihak-pihak yang terlibat secara langsung dalam industri pembinaan di Malaysia , faktor-faktor yang menyebabkan halangan terhadap penggunaan teknologiini serta kelebihan dan kekurangan IBS. Tujuan kajian ini juga adalah untuk mendapatkan persepsi pemaju perumahan di negeri Kedah dan Perlis berkenaandengan IBS yang merangkumi pengetahuan organisasi pemaju mengenai IBS, sumber rujukan, potensi penggunaan pada masa hadapan serta halangan-halangan yangdihadapi. Kajian turut mencadangkan beberapa alternatif ke arah mempertingkatkanlagi tahap penggunaan IBS khususnya di sektor pembinaan di negeri Kedah dan Perlis.
Kata kunci
:
Sistem Binaan Berindustri (IBS), Pemaju Perumahan, Industri Pembinaan.
ABSTRACT
 Industrialised Building System (IBS) is part of the technology innovation in constructionindustry. This system is believed could be one of the solution regarding to the issues of construction productivity, quality and the dependency of foreign workers in localconstruction scenario. However, the acceptance of this technology by the localconstruction stakeholders are still at the poor level. This research was carried out todiscuss on the level of acceptance of IBS among the Malaysian construction
 
2
stakeholders, the barriers of this system, the advantages and the disadvantages of IBS.The objective of this research is to capture the perceptions of housing developers whichare operating in Kedah and Perlis. These perceptions are include the developersorganizational knowledge on IBS, the sources of references on IBS, future potential of  IBS and the barriers of implementing this system. This research has also come out witha few suggestions and alternatives to encourage the implementation of IBS especially inKedah and Perlis.
Keywords :
Industrialised Building System (IBS), Housing Developers, Construction Industry
PENGENALAN
Dalam rancangan Malaysia yang ke-9, negara masih memerlukan kira-kira 709,400 unitrumah untuk rakyat. Daripada jumlah tersebut sebanyak 92.8 peratus merupakan rumah baru manakala 7.2 peratus adalah rumah gantian manakala dari segi kategori perumahan,sebanyak 38.2 peratus merupakan kombinasi rumah kos rendah dan kos sederhanarendah serta rumah untuk golongan miskin manakala 61.8 peratus ialah untuk kategorirumah kos sederhana dan kos tinggi. Namun demikian, satu cabaran kepada pembida projek bagi Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMK-9) kerana masih terdapat 24,757unit rumah menerusi Program Perumahan Rakyat yang merupakan unit daripadarancangan Malaysia sebelum ini masih belum siap dibina walhal pelbagai insentif dan promosi telah dijalankan untuk menggalakkan pemaju perumahan melabur dalamkategori perumahan tersebut (Ismail, 2001).Statistik menunjukkan bahawa sehingga Jun 2011, kira-kira 70%-80% daripada jumlah1,214,000 pekerja berdaftar adalah warga asing (Hamid 
et al
., 2011). Kebiasaannya,apabila pertama kali tiba di Malaysia, kebanyakkan pekerja asing ini adalah tidak  berkemahiran yang memberi kesan pada produktiviti dan kualiti industri pembinaan(Nawi et al., 2011; Hamid 
et al.,
2011; CIDB, 2009; IBS Roadmap, 2003). Masalah inidibebani lagi dengan warga kerja tempatan dan graduan baru yang kurang berminatuntuk menceburi sektor pembinaan yang selalunya dikaitkan dengan sindrom ‘
3-D’
(dirty, difficult, and dangerous) (Hamid 
et al.,
2008; Ibrahim, 2003).Oleh yang demikian, penggunaan IBS yang memberikan penekanan ke atas proses kerjayang secara keseluruhannya di lakukan di kilang, sudah tentunya dapat menarik minatgraduan tempatan di samping meningkatkan tahap produktiviti projek serta dapatmengurangkan bilangan pekerja separa mahir dan kurang mahir di dalam sektor  pembinaan, selaras dengan matlamat kerajaan kearah mengurangkan pembaziran, pengaliran wang ke luar negara, pengurangan jumlah penggunaan bahan binaan, peningkatan tahap kebersihan dan keselamatan serta kawalan kualiti yang lebih baik (Nawi et al., 2011; IEM, 2001).
 
3Sungguhpun IBS telah diperkenalkan sejak awal tahun 1960-an oleh Kementerian KerjaRaya dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, hasil daripada beberapa lawatan kerja di Eropah dan hasil penilaian ke atas program pembangunan perumahan yang dijalankan di sana, namun sehingga kini penggunaannya sistem inimasih berada di tahap yang diharapkan. Usaha-usaha penyelidikan bagi mengungkil permasalahan ini walaupun telah giat dijalankan namun penyelidik mendapati masihterdapat lagi kekurangan kajian terutamanya yang melibatkan penggunaan IBS dari perspektif pemaju perumahan khususnya di negeri Kedah dan Perlis. Justeru itu, kajianini dijalankan adalah untuk mengkaji apakah punca permasalahan ini serta tahap penggunaan IBS dalam sektor pembinaan di Malaysia
DEFINISI IBS
Sistem Binaan Berindustri atau
Industrialised Building System
(IBS) didefinisikansebagai keseluruhan komponen sesebuah bangunan termasuklah struktur dinding, lantai, bumbung, tangga dan sebagainya yang telah dibina di kilang atau di tapak projek dengan pengawasan yang ketat terhadap faktor kualiti serta mengurangkan aktiviti di tapak bina(Trikha, 1999).Esa dan Nuruddin (1998) pula menyatakan bahawa IBS sebagai permulaan yang berterusan daripada penggunaan tukang bagi setiap aspek pembinaan kepada suatusistem yang menggunakan sepenuhnya penghasilan kilang bagi mengurangkan pembaziran sumber dan meningkatkan nilai kepada pengguna akhir.Definisi yang lebih mendalam mengenai IBS telah diterangkan oleh Junid (1986), dimana IBS di dalam industri pembinaan termasuk proses pengilangan yang manakomponen-komponen bangunan difikir, dirancang, direkabentuk, diangkut dan di pasangdi tapak. Sistem-sistem ini termasuk pergabungan yang seimbang di antara komponen perisian dan perkakasan.Manakala Warszawski (1999), mentakrifkan sistem bangunan sebagai set (kumpulan)elemen yang saling berhubungkait yang bertindak bersama-sama untuk membenarkania mengikut perlaksanaan rekabentuk bagi sesebuah bangunan. Ianya termasuklah pelbagai prosedur seperti penggunaan teknologi dan pengurusan bagi pengeluaran dan pemasangan komponen. IBS di perkenalkan bagi mencapai penyiapan kerja dalamtempoh yang singkat dengan pengeluaran komponen bangunan secara besar-besaranuntuk ditempatkan ke lokasi akhir di dalam bangunan. Sesetengah komponenmempunyai saiz dimensi yang piawai dan ciri-ciri yang khusus akan dihantar ke tapak dan disusun semula mengikut piawai tertentu bagi membentuk bangunan.
Sejarah Penggunaan IBS Di Malaysia
Selepas perang dunia kedua, idea penggunaan sistem binaan berasaskan industri telahdiberi banyak perhatian oleh negara yang lumpuh akibat peperangan. Walaupun

Activity (2)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 thousand reads
1 hundred reads

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->