You are on page 1of 11

Faktor-faktor Perkembangan dan Pertumbuhan Individu Posted: Julai 20, 2009 by Khairi in Isu Pembelajaran, Renungan 6 Muqaddimah Perkembangan

atau pertumbuhan boleh diertikan satu proses yang bertahap, yakni bermula dari bahan yang kecil menjadi besar mengikut tempoh-tempoh yang tertentu sehingga menjadi matan. Para penganut agama Islam sememangnya telah didedahkan lebih awal melalui al-Quran. Sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud, Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku (Surah al-Alaq: Ayat 2 ). Allah berfirman dalam ayat lain yang bermaksud, (12) Dan Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah. (13)Kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air benih pada penetapan Yang kukuh. (14) Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku. lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging, kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu Dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk Dia menjadi makhluk Yang lain sifat keadaannya. maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. (15) Kemudian, Sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati. (16) Kemudian Sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat. (Surah al-Muminun: Ayat 12 16). Berdasarkan pengertian ayat-ayat di atas, jelaslah kepada kita tentang turutan kejian manusia yang bermula daripada tanah sehinggalah menjadi makhluk yang bernyawa yang digelarkan sebagai insan. Soal perkembangan atau pertumbuhan seseorang individu itu sebenarnya prosesnya bermula ketika alam roh lagi, seterusnya alam rahim, alam dunia, alam kubur dan diakhiri alam akhirat yang kekal abadi. Bermula dari alam Roh sehinggalah ke alam akhirat seseorang insan itu tidak dapat tidak, mesti melalui beberapa pengalaman hidup, samada pahit atau manis. Faktorfaktor pahit atau manis inilah yang akan mempengaruhi perkembangan serta pertumbuhan individu itu samada dari aspek jasmaniah atau rohaniah. Apa yang disabdakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud, Sesungguhnya lahirnya seorang bayi itu dalam keadaan fitrah (suci bersih), maka terserahlah kepada kedua ibu

bapa mereka untuk mencorakkannya sebagai yahudi, majusi atau nasrani . Apa yang ingin pengkaji kaitkan di sini ialah faktor yang mana satukah yang lebih kuat mempengaruhi seseorang insan itu, samada faktor Baka atau Persekitaran. 1. Pertumbuhan dan Perkembangan Insan 1.1 Konsep Pertumbuhan dan Perkembangan Kita menumpukan banyak masa dan tenaga untuk memberi perhatian dan pendidikan kepada kanak-kanak. Setiap kanak-kanak adalah unik dan istimewa. Zaman kanakkanak adalah bermakna untuk menyediakan asas yang kuat untuk alam dewasa. Dengan demikian, kita menghargai zaman kanak-kanak sebagai masa untuk pertumbuhan dan perubahan. Dalam jangka waktu ini, kanak-kanak memperoleh kemahiran baru dan menghadapi tugasan alam baru, jadi, setiap individu pernah melalui kehidupan yang sama, belajar berjalan pada umur satu tahun, memasuki alam fantasi permainan kanak-kanak, belajar perkataan baru semasa di tadika dan berdikari apabila remaja. 1.2 Prinsip-prinsip Pertumbuhan dan Perkembangan Setelah memahami bahawa pelbagai aspek pertumbuhan dan perkembangan tidak berlaku serentak, kita perlu pertimbangkan beberapa prinsip berkaitan dengan pertumbuhan dan perkembangan yang penting. Antara lima prinsip-prinsip tersebut ialah:iiikerumitan. iiiivvPertumbuhan dan perkembangan berlaku pada kadar yang berbeza Pertumbuhan dan perkembangan yang mengikut tertib. Pertumbuhan dan perkembangan berlaku secara beransur-ansur. Pertumbuhan dan perkembangan berlaku dari umum ke khusus. Pertumbuhan dan perkembangan yang menunjukkan peningkatan

2. Teori-teori perkembangan (Teori Perkembangan Manusia)

Menurut kajian ahli psikologi, perkembangan manusia berlaku dari aspek perubahan jasmani, kognitif, emosi, sosial dan rohani yang dipengaruhi oleh dua faktor utama iaitu faktor baka dan faktor persekitaran. Konsep perkembangan manusia. Jadual di bawah menghuraikan perkembangan manusia dari aspek jasmani, mental, emosi dan sosial. Aspek Jasmani Perkembangan Kemahiran menggunakan pertumbuhan fizikal seperti berjalan, melihat, mendengar, membuat kerja. Mental Kemahiran berfikir, mengingat, menaakul, menganalisis. Emosi Kemahiran mengawal perasaan dalam situasi tertentu. Sosial Kemahiran didiplin dan dengan orang lain. 2.1 Teori Perkembangan Biologi Arnold Gesell Menurut Gesell, kematangan merupakan faktor yang penting dalam proses pembelajaran. Setiap kali seorang kanak-kanak memasuki satu peringkat perkembangan yang baru, kanak-kanak itu akan menunjukkan tingkah laku yang stabil. Menurut Gesell, terdapat lima peringkat perkembangan dalam masa lima tahun iaitu: 2.1.1 Peringkat pertama (0 hingga 1 tahun) Ketika berumur satu bulan, bayi sudah menghasilkan tangisan yang berbeza untuk menyatakan kehendak yang berlainan. Contohnya, tangisan bayi yang lapar adalah berlainan dengan tangisan yang inginkan perhatian ibunya. 2.1.2 Peringkat kedua (1 hingga 2 tahun) Perasaan seronok, gembira, duka, takut, bimbang, sedih. Meluaskan perhubungan, dengan orang lain. Bertambah keupayaan berfikir. Pertumbuhan Pertumbuhan saiz, berat, gigi, organ deria, anggota.

penyesuaian diri dalam pergaulan komunikasi dan pergaulan

Pada peringkat ini, bayi sudah boleh bertatih dan dapat memahami perkataan jangan apabila dilarang . Pada akhir peringkat dia boleh berjalan dan berlari serta mula bercakap tetapi masih pelat. 2.1.3 Peringkat ketiga (2 hingga 3 tahun) Kanak-kanak mula berjalan dengan dipimpin dan boleh makan sendiri serta bercakap dengan menggunakan ayat yang mudah. 2.1.4 Peringkat keempat (3 hingga 4 tahun) Kanak-kanak peringkat ini berupaya untuk menunggang basikal beroda tiga serta dapat menerima arahan daripada ibu bapa. 2.1.5 Peringkat kelima (4 hingga 5 tahun) Kanak-kanak mula bersosialisasi serta berupaya mengemukakan soalan berperingkatperingkat. Bersedia untuk dihantar ke sekolah. Setiap peringkat ini mempunyai ciri-cirinya yang tersendiri mengikut kematangan pada peringkat umur yang telah diklasifikasikan. Oleh itu, jika dilihat teori perkembangan Gesell, terutamanya bagi murid yang bermasalah, kita perlu melihat sejauhmana ianya ketinggalan daripada tahap yang sepatutnya dilalui pada peringkat umur tertentu. 2.2 Teori Tugas Tugas Perkembangan Robert Havisghurst Menurut Havisghurst aspek persekitaran amat penting dalam perkembangan seseorang individu. Keperluan seseorang juga berkait rapat dengan kebudayaan masyarakatnya. Misalnya, mengikut budaya Barat, cara seseorang bapa menunjukkan kasih sayang terhadap anak-anak mereka ialah dengan memeluk mereka tanpa mengira umur dan jantina. Amalan ini berbeza dengan budaya kita iaitu seorang bapa dengan anak remaja perempuan adalah tidak digalakkan. Justeru itu, beliau telah memperkenalkan tugas perkembangan iaitu tugas tugas atau fungsi fungsi yang lahir pada satu masa dalam kehidupan seseorang.

Havighurst membahagikan peringkat perkembangan kanak-kanak kepada tiga peringkat. 2.2.1 Peringkat lahir hingga awal kanak-kanak (0 hingga 6 tahun) 1. Belajar makan makanan pejal, berjalan, bercakap, membuang najis dan membuat penyesuian emosi. 2. Membezakan jantina 3. Membentuk konsep seperti betul dan salah. 2.2.2 Peringkat pertengahan dan akhir kanak-kanak (6 hingga 12 tahun) 1. Membentuk kemahiran fizikal untuk permainan. 2. Membentuk konsep diri yang sihat. 3. Menguasai konsep moral, nilai dan kemahiran hidup. 2.2.3 Awal remaja dan remaja (12 hingga 18 tahun) 1. Menjalin perhubungan baru yang lebh matang dengan rakan sebaya, terutama dengan yang berlainan jantina. 2. Belajar dengan cara sendiri dan tidak mengikut emosi ibu bapa atau orang dewasa. 3. Berusaha mencapai kesempurnaan kendiri. Berdasarkan teori perkembanagn ini, kita dapat membantu murid-murid melalui motivasi-motivasi supaya mereka tidak berputus asa jika pada satu peringkat mereka akan gagal untuk mencapai sesuatu. 2.3 Teori Perkembangan Kognitif Jean Piaget Menurut teori Piaget, pemikiran kanak-kanak terbentuk melalui proses akomodasi dan similasi. Melalui proses asimilasi, kita boleh membantu mereka dengan menerapkan semula nilai ataupun ilmu kepada murid supaya mereka dapat mengimbas kembali apa

yang dipelajari. Melalui akomodasi pula, kanak-kanak terpaksa membuat perubahan dan modifikasi kepada skima pemikiran yang sedia ada kerana pengetahuan yang baru diterima tidak sepadan skima pemikiran lama. Menurut Piaget, terdapat empat peringkat perkembangan intelek. 2.3.1 Peringkat deria motor (0 hingga 2 tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak banyak mengunakan deria motor seperti memegang untuk berinteraksi dan memahami alam sekitarnya. Kanak-kanak juga belum memperoleh kewujudan objek. Ini bermaksud apabila suatu objek yang pernah dilihat disimpan, maka mereka akan beranggapan objek itu tidak ada lagi. 2.3.2 Peringkat praoperasi (2 hingga 7 tahun) Pada peringkat ini, kanak-kanak menggunakan simbol untuk mewakili objek-objek yang dilihatnya. Kanak-kanak mula bertutur tetapi pertuturannya bersifat egosentrik iaitu topik perbualan berkisar tentang dirinya. Kanak-kanak juga belum memperoleh konsep pengekalan. Misalnya, dua biji gelas yang diisi air dengan isi padu yang sama dalam bentuk yang tidak sama saiznya. Mereka sebenarnya masih belum dapat membezakan isi padu air itu adalah sama dan mengatakan gelas yang lebih tinggi pasti mempunyai isi padu air yang lebih banyak. 2.3.3 Peringkat operasi konkrit (7 hingga 11 tahun) Kanak-kanak hanya dapat menyelesaikan satu-satu masalah yang melibatkan peristiwa atau objek yang konkrit. Mereka sudah boleh menerima pendapat orang. 2.3.4 Peringkat operasi formal (11 hingga dan ke atas) Penaakulan dan fikiran secara abstrak mula terbentuk. Mereka sudah boleh menggunakan prinsip-prinsip untuk menyelesaikan masalah konkrit dan abstrak serta membentuk hipotesis ketika menyelesaikan sesuatu masalah. Di sini, guru akan memberi bantuan dengan memberi bimbingan dan memberitahu sama ada apa yang difikirkan itu betul atau tidak.

2.4 Teori perkembangan Sigmund Freud Jika kita melihat teori perkembangan Sigmund Freud, kita dapati dalam teori ini terdapat 3 elemen penting iaitu id, ego dan superego. Jika kita melihat ketiga-tiga elemen ini bertindak dengan betul dan saling bekerjasama, maka tindakan yang bakal kita lakukan akan menjadi satu tindakan yang betul. Sigmund Freud menyatakan perkembangan emosi fizikal manusia boleh dibahagikan kepada 5 peringkat iaitu oral, anal, phallic, latency dan genital. 2.4.1 Oral (gigit dan hisap) Pada peringkat pertama oral (gigit dan hisap) ia melibatkan bayi yang berumur 0 hingga 1 tahun. Pada peringkat ini perkembangan emosi fizikal manusia memiliki ciri-ciri memperoleh kepuasan dan belajar menghisap, menggigit dan menelan selepas 8 bulan. Personaliti akan terbentuk melalui pengalaman yang dialami. Bagi kanak-kanak yang tidak suka menggigit dan makan mereka akan memperoleh tingkah laku agresif dan suka mengejek orang lain. 2.4.2 Anal (dubur) Peringkat kedua ini melibatkan kanak-kanak yang berumur 1 tahun hingga 3 tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak akan memperoleh kepuasan daripada aktiviti pembuangan najis. Mereka sudah boleh membentuk sifat bersih, kemas dan berjimat sekiranya dipupuk dengan cara yang sesuai. Mereka membentuk personaliti jenis pemarah jika diberi latihan tandas yang tegas. Namun, mereka mempunyai nilai tolak ansur sekiranya diberi latihan tandas yang positif. 2.4.3 Phallic (Falik) Pada peringkat ketiga ia melibatkan kanak-kanak yang berumur 3 hingga 6 tahun. Ciriciri perkembangan emosi fizikalnya ialah mereka akan memperoleh keseronokan daripada organ kejantinaan. Anak lelaki akan lebih tertarik dengan ibu yang dikenali

sebagai konflik oedipus . Anak perempuan lebih tertarik kepada ayah iaitu konflik elektra. Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah mula guna helah bela diri untuk melindungi dirinya daripada perbuatan yang telah dilakukannya. Di samping itu, timbul keinginan untuk meniru pekerjaan dan tingkah laku yang diamalkan oleh ibu bapa dan orang yang berdekatan dengannya. 2.4.4 Latency (Pendaman) Peringkat latency (pendaman) melibatkan kanak-kanak yang berumur 6 hingga 12 tahun. Mereka sudah mempunyai keinginan untuk cuba mengambil tahu tentang rakanrakan sebaya. Mereka mula menyimpan perasaan kasih sayang kepada orang lain. Mereka juga mempunyai perasaan untuk menjauhkan diri daripada anggota keluarga dan mengalirkan perasaan sentimen kepada orang lain. 2.4.5 Genital (Kejantinaan) Peringkat ini melibatkan mereka yang mula masuk ke alam remaja yang berumur 12 hingga 19 tahun. Pada peringkat ini, sudah ada timbul minat dan menaruh perasaan pada rakan yang berlainan jantina. Mereka gemar bersosialisasi dengan rakan sebaya dan melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan. Adanya keinginan untuk memilih kerjaya yang ingin diceburi selepas tamat sekolah dan mula berfikir pada perkara yang berkaitan dengan perkahwinan. 2.5 Teori perkembangan emosi Erik Erikson Dalam teori perkembangan Erik Erikson, konflik emosi memainkan peranan yang penting. Kegagalan untuk mengatasi konflik boleh membawa kepad masalah penyesuaian psikologikal. Namun begitu, Erikson percaya bahawa setiap individu mempunyai potensi untuk mencapai perkembangan emosi dan psikologi yang sihat. Dalam teori perkembangan Ausubel David yang juga dikenali sebagai teori pembelajaran penemuan. Ciri-ciri penemuan Ausubel termasuk resepsi, pembelajaran penemuan, bahasa dan pengajaran bermakna dan hafazan.

Keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah bergantung kepada perancangan yang dilakukan oleh guru mengikut peringkat perkembangan pelajar. 2.5.1 Perkembangan Jasmani Mengadakan sesuatu permainan dalam Pendidikan Jasmani sesuai dengan tahap perkembangan fizikal pelajar. Guru juga hendaklah memahami mereka tidak boleh mengadakan aktiviti yang begitu kompleks atau sukar untuk diikuti oleh pelajar sekiranya pelajar tersebut belum cukup matang atau mahir untuk mengendalikan sesuatu aktiviti. 2.5.2 Perkembangan Kognitif Alat bantu mengajar yang digunakan hendaklah bertepatan dan sesuai untuk digunakan. Isi pelajaran yang hendak diajar hendaklah diajar mengikut tahap daripada tahap yang mudah kepada yang lebih kompleks, umum kepada yang khusus dan daripada yang konkrit kepada abstrak. 2.5.3 Perkembangan Emosi Guru bertindak untuk memupuk emosi yang sihat dan mencegah tingkah laku yang tidak baik yang mungkin boleh berlaku di kalangan pelajar. Misalnya, menunjukkan sifat penyayang dan membantu pelajar mengawal emosi dalam situasi tertentu. 2.5.4 Perkembangan Sosial Perkembangan sosial pelajar boleh dibentuk dengan mengadakan aktiviti berkumpulan, perbincangan, dan bekerjasa untuk menyelesaikan masalah pelajaran bersama-sama. Dengan mengadakan aktiviti kumpulan, guru boleh membentuk perkembangan sosial mereka. 3. Faktor baka (genetik) dan persekitaran Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi perkembangan individu. Antaranya ialah: 3.1 Pengaruh genetik

Pengaruh baka dalam sel gamet didapati memainkan peranan penting sebagai penentu ciri-ciri anaknya. Pengaruh genetik terhadap perkembangan manusia dapat dilihat berdasarkan perbezaan individu dari segi fizikal, mental dan emosi. 3.1.1 Perbezaan fizikal Setiap individu,kecuali sesetengah kanak-kanak kembar mempunyai ciri fizikal yang berbeza sama ada saiz, tinggi, berat badan, warna kulit dan sebagainya. Ciri-ciri fizikal luaran seperti warna rambut atau organ deria adalah diwarisi daripada gen-gen ibu dan bapa. 3.1.2 Perbezaan mental (kognitif) Kajian ahli-ahli psikologi Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan Sheild (1962) membuktikan bahawa setiap individu mempunyai kebolehan intelek yang berbeza dengan rakan sebaya 3.1.3 Perbezaan Emosi Emosi seseorang individu juga diwarisi daripada ibu bapa. Misalnya, jika ibu bapanya mempunyai sikap yang pemarah dan panas baran, mereka akan melahirkan anak yang agresif dan autokratik. 3.2 Pengaruh Persekitaran Selain daripada keluarga, faktor rakan sebaya, jiran, guru sekolah, atau kepercayaan masyarakat juga mempengaruhi sikap setiap individu dalam proses perkembangannya. 3.2.1 Keluarga Institusi memberi pengaruh yang amat kuat dan utama terhadap proses perkembangan manusia. Unsur-unsur keluarga ini melibatkan corak kehidupan mereka di rumah, makanan, asuhan dan status ekonomi. Faktor-faktor inilah yang akan mempengaruhi perbezaan perkembangan setiap individu. 3.2.2 Guru dan sekolah

Guru turut berperanan dalam perkembangan pelajar dari segi intelek, emosi dan sosialnya. Guru yang penyayang dan cekap menguruskan aktiviti pengajaran dan pembelajarannya dalam bilik darjah akan melahirkan pelajar yang berilmu, pintar, berakhlak dan bertanggungjawab. 3.2.3 Kebudayaaan dan Kepercayaan Masyarakat Kebudayaan dan kepercayaan masyarakat yang berbeza akan mempengaruhi proses perkembangan kanak-kanak dari aspek sosio emosi, personaliti dan mental. Misalnya, perbezaan pegangan agama akan membezakan corak hidup dan perlakuan. Sehubungan dengan itu, murid-murid hendaklah dibahagikan mengikut kumpulan seperti kumpulan cerdas, sederhana dan lemah. Bagi murid yang lemah mereka hendaklah diberi pendidikan pemulihan, selain aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam kelas. 4. Kesimpulan Bila memperkatakan antara faktor baka atau persekitaran yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu. Ianya sebenarnya merujuk kepada yang mana lebih mempengaruhi, kerana kedua-duanya memberi kesan terhadap pertumbuhan dan perkembangan individu.

You might also like