You are on page 1of 1

INTERAKSI 3 : JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)

Jadual Spesifikasi Ujian menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta

memberikan panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan. Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi yang ditetapkan. Menurut Kubiszyan dan Borich (2003), Jadual Spesifikasi Ujian adalah carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran.

Dari segi pembinaan item ujian, JSU akan menjadi panduan kepada guru supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandungan pengajaran daripada awal sehingga akhir. Dengan itu, jadual

inimengandungi satu metrik yang terdiri daripada dua paksi, iaitu paksi kandungan dan paksi aras kemahiran. Kandungan merupakan topik dalam sukatan pelajaran manakala aras kemahiran merupakan taksonomi penguasaan. Jadual ini dibina setelah penguji dapat menetapkan jenis dan kandungan ujian

You might also like