You are on page 1of 9

Tokoh dan Karya Pilihan Pelukis Malaysia

Abdul Latiff bin Haji Mohidin, (A. Latiff Mohidin) Lahir : 20 Ogos 1938 di Seremban, Negeri Sembilan. Menerima Pen.Seni formal di Berlin, NY & Paris Sewaktu berumur 9 tahun, beliau telah pun mencipta beberapa lukisan cat minyak. Merupakan pengasas Persatuan Anak Alam

Pendidikan awal: Sekolah Melayu Lenggeng hingga lulus darjah IV. Menyambung pelajarannya di Sekolah Melayu Kota Raja dan Mercantile Institution, Singapura. Menuntut di Academy of Fine Arts, Berlin, Jerman selama empat tahun dengan biaya pemerintah Republik Persekutuan Jerman.

Kata-kata beliau: Umumnya seniman moden dari Asia memang mempunyai kebolehan untuk mempelajari pengolahan teknik dari Barat, tetapi yang lebih penting ialah bagaimana memperlihatkan keaslian, kesungguhan, dan kesegaran berkarya.

(1963-1969), beliau amat giat dan tekun mencipta, merangkumi 3 bidang seni yang berlainan iaitu: lukisan minyak ukiran arca goresan cetak Melalui siri-siri ciptaannya, Pago-Pago, Mindscape dan Langkawi, menjadikan Latiff seorang tokoh pelukis penting di negara ini.

Antara tahun 1962-1983, Latiff telah beberapa kali mempamerkan hasil karya seni lukisnya
Bona, Berlin, Frankfurt, Hamburg, Bangkok, Singapura, New Delhi, New York, Sydney, Sao Paulo, Osaka, Montreal, Manila, Jakarta, Dublin dan London, selain Petaling Jaya, Pulau Pinang, dan Kuala Lumpur.

Abdul Latiff Mohidin, (1964).Pagopago, cat minyak.

Tema: Alam yang digambarkan secara metaforikal. Gaya: Bentuk organik berlatar kesunyian landskap yang disinari bulan menimbulkan suasana yang puitis & romantik. Sapuan berus tebal, tidak memastikan identiti sebenar & bentuk berupa tumbuhan yang dihiasi jalinan. Nilai: Merakamkan pengalaman pelukis di rantau Melayu-Asia, mencerminkan pengembaraan yang luas di Indonesia, Thailand & Indo China.

You might also like