You are on page 1of 4

Khaulah_89 & Nur_Islah89

2013

SOALAN KUIZ IHYA RAMADHAN TAHAP (II)

PUSINGAN PERTAMA
Arahan : Soalan untuk semua kumpulan
* Nyatakan pengertian/maksud puasa mengikut hukum syarak JAWAPAN : Menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang membatalkannya bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

PUSINGAN KEDUA
Arahan : Setiap kumpulan boleh memilih salah satu sampul berwarna. Setiap kumpulan akan menjawab soalan yang diperolehi daripada sampul tersebut secara lisan. Apabila kumpulan yang sepatutnya memberi jawapan tidak dapat menjawab dengan betul, 2 kumpulan yang lain diberikan peluang untuk menjawab soalan.

Sampul biru : Waktu tamat untuk bersahur dikenali sebagai waktu ________________?
JAWAPAN : Imsak

Sampul hijau : Zakat yang dikenakan kepada umat Islam bersempena bulan Ramadhan dikenali sebagai ______________.
JAWAPAN : Zakat fitrah
SK ALOR LINTAH ( KUIZ IHYA RAMADHAN )

Khaulah_89 & Nur_Islah89


Sampul oren :
Berpuasa di bulan Ramadhan adalah rukun Islam ke ? JAWAPAN : Tiga

2013

PUSINGAN KETIGA Arahan : Tuliskan jawapan pada whiteboard yang disediakan bagi setiap kumpulan.

1) Malam ini hanya dijumpai setahun sekali iaitu hanya di bulan Ramadhan. Amalan di malam ini lebih baik dari amalan di 1000 bulan. Apakah nama malam tersebut?

JAWAPAN : Malam Lailatul Qadar

2) Nyatakan 3 perkara yang membatalkan puasa JAWAPAN : 1. Haid / Nifas 2. Muntah dengan sengaja 3. Makan dan minum dengan sengaja 4. Pengsan sepanjang hari 5. Gila

3) Senaraikan 3 perkara yang makruh dilakukan ketika berpuasa JAWAPAN :


a) Berkumur-kumur dengan keterlaluan b) Merasa makanan dengan lidah
SK ALOR LINTAH ( KUIZ IHYA RAMADHAN )

Khaulah_89 & Nur_Islah89


c) d) e) f) Bercakap perkara-perkara buruk dan keji Memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk Gosok gigi setelah gelincir matahari Menderma darah

2013

4) Apakah jenis solat sunat yang hanya dilakukan semasa Bulan Ramadhan?

JAWAPAN : Solat Sunat Tarawih

PUSINGAN KEEMPAT Arahan : Setiap kumpulan perlu mengangkat salah satu daripada kad jawapan yang diberikan kepada mereka setelah soalan dibacakan. Soalan : Rasyidah terus sahaja berbuka puasa sebaik sahaja mendengar azan maghrib. Tiba-tiba, dia dimaklumkan bahawa itu adalah suara anak jirannya yang berlatih azan. Bagaimana dengan puasanya? A. Batal B. Sah C. Makruh JAWAPAN : A Batal

PUSINGAN BONUS

Nyatakan lafaz niat bagi puasa Ramadhan dan juga maksudnya

SK ALOR LINTAH ( KUIZ IHYA RAMADHAN )

Khaulah_89 & Nur_Islah89

2013

Sahaja aku berpuasa pada besok hari bagi menunaikan fardhu Ramadhan pada tahun ini kerana Allah Taala.

SK ALOR LINTAH ( KUIZ IHYA RAMADHAN )

You might also like