You are on page 1of 13

KEDWIBAHASAAN PENGENALAN Kedwibahasaan berlaku dalam kalangan masyarakat yang menggunakan banyak bahasa.

Kedwibahasaan atau bilingualisme ialah penguasaan dua bahasa seperti penutur bahasa asli. Penggunanya sebagai bahasa komunikasi, yakni menggunakan satu bahasa rasmi untuk berkomunikasi, dan bahasa ibunda untuk hubungan lain misalnya orang Cina dan India yang menggunakan Bahasa Melayu untuk komunikasi rasmi tetapi bahasa ibunda di rumah. Kedwibahasaan yang sempurna ialah penguasaan sepenuhnya dua bahasa oleh penutur. Kedwibahasaan sepenuhnya jarang berlaku kerana jarang sekali seseorang individu dapat menguasai lebih dari satu bahasa dengan baik. Terdapat negara yang mempunyai dua bahasa atau lebih (bilingual atau multilingual) sebagai bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan. Negara Kanada dan Belgium misalnya mengamalkan bilingual, manakala Switzerland pula mengamalkan multilingual. Sesebuah negara itu tidak dapat dikatakan bilingual kecuali sebahagian besar daripada rakyatnya bertutur dalam dwibahasa. Mengikut Kamus Dewan Edisi ke empat, kedwibahasaan merupakan pemakaian dua bahasa oleh seseorang atau sesebuah masyarakat atau kefasihan bertutur dalam dua bahasa. (kamus Dewan,Edisi 4,186). Secara umumnya, menurut Mackey dan Fishman (Abdul Chaer & Leonie Agustina, 1995:112) penutur bilingualisme dapat ditakrifkan sebagai penggunaan dua kod bahasa oleh seseorang penutur dalam pergaulannya dengan orang lain secara bergantian. Untuk memeudahkan perbahasan pertama dari dua bahasa atau lebih. (Mackey dalam Fishman, ed.1968:555) dan untuk memudahkan perbicaraannya Mackey melihat empat aspek iaitubtingkat kemampuan dalam dua bahasa, fungsi atau pemakaian keduadua bahasa, pengertian atau peralihan dari satu bahasa ke bahasa yang lain dan pemakaian cirriciri kebahasaan sewaktu berbicara atau menulis bahasa lain. Seseorang itu harus menguasai keduadua bahasa itu untuk menggunakan kedua-dua bahasa. Pertama, bahasa ibundanya sendiri atau bahasa pertama dan yang kedua adalah bahasa lain yang menjadi bahasa keduanya. Orang yang menggunakan dua bahasa tersebut diistilahkan sebagai bilingual. Dalam keadaan bilingualisme, sesebuah bahasa akan menjadi dominan, dan yang lain menjadi subordinat, iaitu bahasa yang melibatkan proses terjemahan daripada bahasa dominan. Menurut Abdul Chaer & Leonie Agustina, selain istilah bilingualisme, terdapat istilah multilingualisme atau aneka bahasa, iaitu penguasaan dua jenis atau lebih bahasa dalam komunikasi seharian secara bertukar ganti. Berikut dinyatakan pendapat beberapa orang tokoh iaitu Bloomfield (1933:56) dalam bukunya Language mengatakan bahawa bilingualisme adalah dengan sama baiknya. Robert Lado (1964) mengatakan bahawa bilingualisme adalah kemampuan menggunakan bahasa oleh seseorang dengan sama baik atau hampir sama baik yang menjurus kepada pengetahuan dua bahasa dan tingkatannya. Maksudnya, penguasaan terhadap dua bahasa itu tidak perlu sama baiknya jika bahasa keduanya kurang mahir juga dikira sebagai bilingualisme. Haugen (1961), tahu akan dua bahasa atau lebih bererti bilingual. Seseorang bilingual tidak perlu aktif menggunakan kedua bahasa itu tetapi memasai dengan memahaminya sahaja. Menurut Haugen lagi, mempelajari bahasa kedua yakni bahasa asing, akan memberikan pengaruh terhadap bahasa pertamanya.Diebold (1968) menyebut terdapat bilingual pada tahap awal seperti kanakkanak yang sedang mempelajari bahasa kedua pada tahap permulaan.

Bernard Spolsky (1998) menyatakan speakers of a single language (putative monolinguals) control various styles and levels of that language, it is very common that people develop some knowledge and ability in a second language and so become bilingual. The simplest definition of a bilingual is a person who has some functional ability in a second language. This may vary from a limited ability in one or more domains, to very strong command of both languages (which is sometimes called balanced bilingualism). Ketika seseorang memakai dua bahasa dalam pergaulan dengan orang lain, dia berdwibahasa, iaitu dia melaksanakan kedwibahasaan yang disebut bilingualisme atau penutur bilingual. Bilingualisme adalah kebiasaan menggunakan dua bahasa dalam interaksi dengan orang lain. Menurut Nabahan (1993:27) membezakan kedwibahasaan (untuk kebiasaan) dan kedwibahasawanan (untuk kemampuan) dengan menggunakan istilah bilingualism dan bilingual.Bilingual merupakan suatu kemampuan seseorang menggunakan dua bahasa atau lebih. Weinreich (1968:1) menjelaskan, peristiwa pemakaian duabahasa atau lebih secara bergantian oleh seseorang penutur disebut kedwibahasaan, dan orang yang berdwibahasaan disebut dwibahasawan. Hubungan logik antara bilingualisme dan penutur bilingual, adalah bahawa tidak semua yang mempunyai ciri bilingual mempraktikkan bilingualisme dalam kehidupan sehari-hari, kerana penggunaannya bergantung pada situasi kebahasaan lingkungannya. Orang yang tahu dua bahasa menggunakan satu bahasa selama dia di satu tempat atau keadaan dalam waktu yang pendek atau lama, dan memakai bahasa yang kedua sekiranya dia berada di tempat atau keadaan yang lain (dalam waktu pendek atau lama). Bilingualisme seperti ini dilaksanakan secara berurutan yang dapat berjarak waktu yang lama. Namun dapat juga kita mengerti bahawa tidak dapat seseorang mengerjakan bilingualisme tanpa dia mempunyai ciri bilingual tersebut (Nababan, 1993: 28). Pengertian tentang kedwibahasaan selalu berkembang luas kerana istilah kedwibahasaan bersifat nisbi atau relatif (Suwito, 1996:48). Pada mulanya kedwibahasaan selalu didefinisikan sebagai native control of two languages atau mempunyai dua bahasa seperti menguasai bahasa ibunya (Bloomfileld, 1968: 56). Kedwibahasaan, iaitu jika kefasihan dalam kedua-dua bahasa itu adalah lebih kurang sama, maka ia disebut penutur bilingual seimbang atau disebut oleh Halliday (1964) ambilingualisme atau dalam peristilahan kita penutur ambilingual (Nababan, 1993: 33). Manakala Mackey (1956:155) mengatakan bahawa kedwibahasaan adalah pemakaian yang bergantian dari dua bahasa. Beliau merumuskan kedwibahasaan sebagai kebiasaan menggunakan dua bahasa atau lebih oleh seseorang (the alternative use of two or more languages by the same individual). Perluasan pendapat ini dikemukakan dengan adanya tingkatan kedwibahasaan dilihat dari segi penguasaan unsur gramatikal, leksikal, semantik, dan gaya yang tercermin dalam empat keterampilan berbahasa, yaitu mendengarkan, berbicara, membaca, dan menulis. Hartmann & Stork ( 1972:27) menyatakan bahawa pemakaian dua bahasa oleh seseorang penutur atau masyarakat ujaran. Ada beberapa jenis bilingualism, misalnya seorang yang tuanya berbahasa ibu yang berbeda atau tinggal dalam salah satu masyarakat ujaran atau seseorang yang telah mempelajari bahasa asing melalui pengajaran formal. Para penutur dwibahasa tidakalah selalu mereka yang ditakdirkan jadi penterjemah atau interpreter, kerana keahlian berpindah-pindah antara dua bahasa mesti diperoleh secara terpisah dan demikaian pula bahawa orang-orang yang sama fasihnya dalam dua bahasa dalam segala situasi (ambilingual) jangat jarang ditemukan.

Kebanyakan penutur tidak semestinya cekap dalam dua bahasa-bahasa. Mereka mungkin lebih cekap dalam satu bahasa dan kurang cekap dalam sebuah lagi. Di Malaysia bukan luar biasa untuk mencari orang yang dianggap sebagai seimbang bilingual (kefasihan serupa dalam dua atau lebih

bahasa) dan sesiapa yang semilingual (kekurangan-kekurangan mereka dalam kedua-dua bahasa berbanding dengan monolingual). Rakyat Malaysia kebanyakannya adalah penutur dwibahasa dan banyak juga penutur pelbagai bahasa. Oleh itu, bilingualisme ialah satu fenomena kedwibahasaan yang semakin meluas di Malaysia (Gaudart, 1992; Nair-Venugopal, 2000; dan Ain Nadzimah Abdullah).

ANALISIS DAN PERBINCANGAN Jenis Kedwibahasaan Dalam situasi seperti ini, ada beberapa perkara yang dapat dibezakan, iaitu antara situasi belajar bahasa, proses pemerolehan bahasa, dan individu yang belajar bahasa. Situasi pertembungan bahasa dan proses pemerolehan bahasa kedua itu disebut sebagai bilingualisasi (pendwibahasaan) dan individu yang belajar bahasa kedua pula dinamakan sebagai dwibahasawan. Oleh itu, terdapat istilah kedwibahasaan, iaitu dwibahasa koordinat dan juga dwibahasa subordinat. Dwibahasa koordinat merujuk kepada keadaan penutur dimana dapat menguasai kedua-dua bahasa dengan agak baik, tidak kira sama ada bahasa-bahasa itu dipelajari sama ada sejak kecil mahupun diperolehi kemudian. Manakala dwibahasa subordinat pula ialah keadaan seseorang itu boleh menguasai bahasa kedua, tetapi tidak secekap penutur asli bahasa tersebut. Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa kedwibahasaan bukanlah gejala bahasa, kerana ia berlaku melalui sifat penggunaan bahasa. Mengetahui dua bahasa bererti seseorang itu mengetahui dan menguasai dua bahasa. Ini bermakna seseorang itu mempunyai pengetahuan tentang dua bahasa tetapi tidak semestinya mengamalkan dalam kehidupan seharian mereka. Terdapat beberapa keadaan iaitu kedua-dua bahasa itu diketahui dan dikuasai sepenuhnya dengan sama baiknya dan ini dikenali sebagai ambilingual terdapat juga keadaan dimana mempunyai pengetahuan tentang dua bahasa tetapi pengetahuannya tidak sama baik dan ini berlaku pada kebanyakan dwibahasawan. Ada juga yang mempunyai pengetahuan tentang dua bahasa tetapi salah satu bahasanya sangat lemah, sehingga dia hanya boleh memahami sahaja tetapi tidak boleh bertutur atau menulis. Pengetahuan yang lemah ini dianggapsebagai pengetahuan yang pasif. Selain itu, ada juga yang mengetahui kedua-dua bahasa tetapi bahasa yang satu lagi tidak pernah digunakan sama ada dalam bentuk pertuturan ataupun tulisan. Bahkan, cuba menyembunyikan pengetahuan tersebut daripada pengetahuan orang lain atas sebab-sebab tertentu. Kedwibahasa ini dikenali sebagai covert bilingual.

Sebab-sebab Berlakunya Kedwibahasaan 1. Masyarakat majmuk

Kedwibahasaan terjadi disebabkan beberapa keadaan tertentu. Antara punca berlakunya kedwibahasaan ialah melalui masyarakat majmuk. Masyarakat majmuk terjadi apabila berlakunya kemasukan kaum Cina dan India pada satu ketika dulu untuk dijadikan pekerja di sektor bijih timah dan perladangan getah. Kemasukan secara beramai-ramai ini menyebabkan wujudnya kawasan penempatan mereka. Kemasukan mereka ke negara kita dengan membawa masuk budaya,bahasa dan agama dari negara asal menyebabkan wujudnya pelbagai bahasa, budaya, agama, etnik, bangsa dan suku kaum

di Negara kita. Disebabkan adanya masyarakat majmuk di negara kita, kedwibahasaan telah wujud apabila rakyat mula mempelajari bahasa yang lain selain daripada bahasa Melayu.

2.

Pertembungan budaya

Pertembungan budaya biasanya terjadi di kota-kota yang besar seperti Singapura, Hong Kong, Jakarta, Karachi, dan lain-lain. Di kota-kota yang besar seperti ini, mereka bertembung antara satu sama lain, berinteraksi dan berkomunikasi yang akhirnya masing-masing menguasaisatu lagi bahasa yang lain.

3.

Penjajahan

Melalui penjajahan pula ialah, apabila berlakunya proses penjajahan para penjajah yang datang dan memerintah sesebuah Negara, akan menggunakan bahasa mereka dalam pemerintahan. Bahkan, terdapat para penjajah yang memaksa anak jajahan mereka mempelajari bahasa mereka seperti melalui pendidikan di sekolah-sekolah yang dibina oleh penjajah. Sebagai contohnya, bahasa Inggeris yang menjajah Malaysia telah mendirikan sekolah-sekolah Inggeris dan akhirnya orang Melayu dan bangsa yang lain mempelajari bahasa Inggeris.

4.

Perdagangan

Seorang pedagang perlu mengetahui dan memahami pelbagai bahasa untuk memudahkan interaksi dan proses untuk mendapatkan pelanggan-pelanggan baru dan juga dalam melariskan penjualan barang-barang dagangan serta untuk transaksi perdagangan. Perdagangan memainkan peranan utama apabila bahasa merupakan wahana untuk berkomunikasi dan berinteraksi untuk urusan jual-beli. Penerokaan dunia baru juga memerlukan individu memahami dunia yang dilawati untuk memahami budaya bangsa merentasi pelbagai Negara

5.

Melalui pengembaraan

Para pengembara akan melalui pelbagai jalur pengembaraan, yang merentasi pelbagai negara. Dalam pengembaraan itu, pengembara bukan setakat dapat merentasi pelbagai negara tetapi juga dapat mengetahui pelbagai perkara. Antaranya ialah budaya, agama adat dan termasuklah penggunaan bahasa mereka. Dengan ini secara tidak langsungpara pengembara akan mempelajari pelbagai bahasa untuk memudahkan interaksi dengan masyarakat di situ. Sebagai contohnya, Marco Polo dan Ibnu Battutah yang dapat menguasai pelbagai bahasa selepas mengembara selama berpuluh-puluh tahun dari Eropah Barat dan Afrika Barat hingga ke Timur, iaitu negeri China dan Asia Tenggara. 6. pengembangan Agama

Setiap agama di dunia ini mempunyai bahasa yang khas yang digunakan untuk mengembangkan agama masing-masing. Sebagai contohnya, bagi agama Kristian yang bermazhab Katolik Roma, mereka menggunakan bahasa Latin sebagai bahasa untuk mengembangkan agama mereka. Manakala agama Islam menggunakan bahasa Arab, agama Hindu menggunakan bahasa Sanskrit, agama Buddha menggunakan bahasa Prakrit dan kemudian menggunakan pula bahasa Pali, dan agama Yahudi menggunakan bahasa Yahudi.

Dengan adanya bahasa-bahasa ini, para penganut agama tersebut terpakasa mempelajari bahasabahasa agama tersebut. Dengan cara inilah wujudnya kedwibahasaan. Pengembangan agama oleh mubaligh Kristian dan Islam membawa masuk bahasa asing ke alam Melayu, iaitu Bahasa Inggeris, Belanda, Portugis,

7.

Pendidikan

Dalam tahun-tahun menuju kemerdekaan, telah timbul kesedaran di kalangan pemimpin dan rakyat Malaysia tentang betapa mustahaknya diadakan satu sistem pendidikan kebangsaan untuk mengganti sistem pendidikan penjajah bagi memenuhi kehendak negara. Atas kesedaran inilah lahir satu Dasar Pendidikan (Pelajaran) Kebangsaan melalui Penyata Razak 1956 dan dimaktubkan dalam Ordinan Pelajaran, 1957. Dasar pendidikan ini telah disemak semula dalam tahun 1960 yang menghasilkan Laporan Rahman Talib. Laporan Rahman Talib ini kemudian dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961. Kemudian, sebuah Jawatankuasa Kabinet telah ditubuhkan pada tahun 1974 untuk mengkaji semula Dasar Pendidikan dengan tujuan untuk memperbaiki pelaksanaannya supaya matlamat untuk melahirkan satu masyarakat yang bersatupadu dan berdisiplin serta memenuhi keperluan tenaga rakyat yang terlatih bagi pembangunan negara dapat dicapai. Antara matlamat dasar ini ialah menjadikan bahasa Kebangsaan dan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah dan memberi peluang yang sempuma bagi pembelajaran bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Cina dan Bahasa Tamil. Keaadan inilah yang menyebabkan wujudnya kedwibahasaan apabila pelajar mula mempelajari bahasa lain selain bahasa utamanya.

8.

Dasar bahasa

Dalam dasar ini, kerajaan biasanya telah menetapkan bahasa atau bahasa-bahasa yang perlu dipelajari. Sebagai contohnya, Malaysia telah menetapkan bahawa bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan tetapi menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, dasar kerajaan Brunei Darusaalam yang menetapkan dasar dua bahasa rasmi iaitu bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Manakala di Switzerland pula menetapkan dasar empat bahasa rasmi iaitu bahasa Perancis, Jerman, Itali dan Romanch.

9.

Perkahwinan campur

Dalam perkahwinan campur, suami isteri biasanya akan bercakap menggunakan bahasa yang berlainan. Satu lagi unsur yang mewujudkan kedwibahasaan ialah perkahwinan campur dalam masyarakat majmuk yang melahirkan kanak-kanak yang berdwibahasa sejak dari lahir lagi. Pemerolehan dua bahasa serentak berlaku apabila kedua ibu dan bapa menggunakan kedua-dua bahasa ibunda mereka dalam kehidupan seharian.

Kesan-kesan 1.0Gangguan bahasa Gangguan bahasa atau linguistic interference bermaksud penyimpangan daripada norma kedua-dua bahasa yang berlaku dalam bahasa yang digunakan oleh dwibahasawan sebagai akibat kebiasaan menggunakan lebih dari satu bahasa (Weinreich dalam Penalosa, 1991). Gangguan bahasa berlaku dari banyak segi, antaranya ialah :

1.1 Fonologi Fonologi ialah satu cabang ilmu yang mengkaji tentang sistem bunyi yang diucapkan oleh manusia yang berfungsi atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami bahasa yang difahami oleh kedua-dua belah pihak. Bahasa Melayu mempunyai 25 fonem asli iaitu 19 konsonan dan 6 vokal. Tetapi kini, jumlah itu telah meningkat kepada lebih daripada 30 fonem. Hal ini kerana, bahasa Melayu banyak menerima pengaruh dari luar. Sebagai contohnya, fonem-fonem sy, f, kh, v dan lain-lain yang dipinjam daripada bahasa Arab, bahasa Inggeris dan lain-lain bahasa. Perkataan-perkataan yang mempunyai fonem / z / dalam bahasa Melayu merupakn perkataan pinjaman. Apabila bercampur-campur dengan pelbagai unsur ini, maka berlakulah gangguan dalam bahasa Melayu. Sebagai contohnya, perkataan [ function ] yang telah dimelayukan menjadi [ fungsi ]. Tetapi masih ada orang yang mencampuradukkan bunyinya menjadi [fangsi] bukan [ fungsi ]. Gangguan ini berlaku kerana penguasaan dua bahasa. Begitu juga terdapat segelintir masyarakat yang terpengaruh dengan bahasa Inggeris tetapi cuba menyebutkannya dalam bahasa Melayu.

1.2 Morfologi Morfologi merupakan satu bidang ilmu yang mengkaji bentuk perkataan. (Abdullah Hassan, Morfologi, 2006). Manakala mengikut Siti Hajar Abdullah, (Bahasa Melayu 1, 2008) morfologi merupakan bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan ayat. Secara umumnya, setiap struktur morfologi terbina dari unsur-unsur yang lebih kecil. Struktur bahasa juga mempunyai unsure yang dicantum agar menjadi satu perkataan.Kajian struktur perkataan dipanggil morfologi manakala kajian mengenai binaanayat pula dipanggil sintaksis.

Terdapat dua unsur yang terlibat dalam membina perkataan iaitu Morfem dan kata.

Dalam bahasa Melayu tidak banyak jumlah morfem terikat atau imbuhan, iaitu hanya lebih kurang 12 sahaja yang dikira asli Melayu. Oleh itu, orang Melayu telah meminjam banyak morfem terikat daripada bahasa Inggeris, Sanskrit, Arab dan bahasa-bahasa lain. Apabila morfem-morfem ini diserap tanpa perancangan maka timbil masalah pencemaran bahasa. Sebagai contohnya, dalam penggunaan perkataan [ sasterawanis ]. Sepatutnya perkataan ini menjadi [ sasterawan ] bukannya [ sasterawanis ].

1.3 Sintaksis Sintaksis merupakan cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan ayat. Sintaksis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hukum-hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur ayat, iaitu unit-unit ynag membentuk ayat. Dalam ayat dan frasa terdapat pengaruh bahasa asing iaitu bahasa Inggeris dan Arab. Dalam buku-buku terjemahan daripada Inggeris ke bahasa Melayu terdapat banyak ayat dan frasa yang berbentuk Inggeris. Begitu juga dalam kitab-kitab Melayu lama, terjemahan al-Quran, unsur pengaruh Arab yang mencemarkan bahasa Melayu. Contohnya:

Sunat berbuka atas tamar.

Melalui contoh ini, jelas dapat dilihat pengaruh bahasa Arab yang boleh mencemarkan bahasa Melayu

1.4 Semantik Semantik dapat diertikan sebagai makna atau pengertian. Dalam apa juga jenis bahasa, makna kadang-kadang boleh berubah oleh banyak faktor. Antaranya ialah (a) perubahan budaya dan penggunaan kata.

Setiap budaya mempunyai penggunaan bahasa mereka tersendiri dimana hanya kelompok mereka sahaja yang memahami dan penggunaan kata yang digunakan adalah berbeza Contohnya perkataan khalwat. Dalam bahasa Arab khalwat bererti menyendiri untuk melakukan ibadat kepada Allah s.w.t. tetapi dakam bahasa dan budaya Melayu khalwat bererti seseorang bukan muhrim berdua-duaan di kawasan yang sunyi untuk membuat maksiat dan kemungkaran. Begitu juga dengan perkataan raja iaitu dalam bahasa Sanskrit bererti ketua bagi sesebuah negeri manakala dalam bahasa dan budaya Melayu bermaksud gelaran warisan bagi satu golongan masyarakat bangsawan Melayu. (b) Berlainan makna dan pandangan dunia

Seterusnya ialah berlainan makna dan pandangan dunia (World-View) atau Weltanschaung yang berbeza. Seperti dalam bahasa Inggeris first floor bererti tingkat yang pertama dia atas tingkat yang bawah ground floor. Bagi budaya Melayu first floor telah menjadi tingkat yang kedua. Perbezaan makna ini disebabkan oleh perbezaan pandangan atau world-view antara orang Melayu dan Inggeris dimana budaya Inggeris melihat sesuatu itu dari darat ke laut manakala orang Melayu melihat sesuatu dari laut ke darat. ( c ) Kata istilah diberi terjemahan yang sama Kata istilah diberi terjemahan yang sama, tetapi konsepnya berlainan. Contohnya, ialah leaf green (Inggeris) diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu menjadi hijau daun. Tetapi dari segi konsep leaf green itu lebih cerah warnanya daripada hijau daun. Hal ini disebabkan oleh, orang Inggeris melihat warna itu dari kawasan yang tidak begitu panas manakala orang Melayu hijau daun dari sudut atau kawasan yang berbeza. Orang Melihat keadaan ini dari dunia Melayu iaitu di kawasan khatulistiwa, di mana pancaran matahari yang begitu panas. Hal ini sangat berbeza dengan keadaan

orang Inggeris iaitu warna hijau daun bagi mereka adalah cerah tapi bagi orang Melayu adalah sedikit gelap.

1.5 Ungkapan Setaiap ungkapan dalam sesuatu bahasa merupakan kata-kata yang diulang-ulang sehingga menjadi satu ungkapan yang tetap. Ungkapan-ungkapan itu lahir daripada pengalaman diri seseorang yang mencipta ungkapan tersebut. Ungkapan-ungkapan itu terdiri daripada simpulan gahasa, peribahasa, pepatah-pepatah Melayu, perbilangan dan banyak lagi. Pengalaman dan peristiwa yang berlaku adalah khas orang Melayu dengan latar belakang budaya, bahasa, pandangan alam dan lain-lain bertitik tolak padabudaya dan pemikiran orang Melayu. Dengan itu, apabila seseorang mula menterjemahkan ungkapan-ungkapan itu, maka sedikit sebanyak akan mmengubah maksud dan makna asal perkataan itu. Sebagai contohnya, Out of frying pan into the fire yang diterjemahkan kepada Terlepas dari mulut harimau masuk ke mulut buaya, dan Where there is a will there is a way, yang diterjemahkan menjadi Kalau hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Mungkin terjemahan kedua-dua peribahasa itu hampir sama maknanya, tetapi perbezaan tetap wujud dimana keadaan akan menjadi semakin teruk sekiranya menterjemahkan simpulan bahasa. Antara simpulan bahasa ialah kaki botol, kaki bangku, ambil angin, makan angin anak tangga, anak emas dan banyak lagi. Terjemahan bagi simpulan bahasa seperti ini tidak akan tepat seratus peratus diaman perbezaan yang ketara tetap wujud dan perbezaan inilah yang mengganggu dalam keadaan kedwibahasaan.

1.6 Kosa kata Penggunaan dua bahasa juga boleh menyebabkan seseorang itu menggunakan kosa kata daripada kedua-dua bahasa yang dipelajarinya. Hal ini boleh mengganggu salah satu daripada bahasa atau kedua-dua bahasa yang dikuasai. Antara gangguan tersebut ialah wujudnya kata-kata yang sinonim, yang lebih banyak jumlahnya dalam satu-satu bahasa seperti dalam bahasa Melayu ada kata orang (Melayu), insan (Arab), manusia (Sanskrit) atau perkataan bandingan bagi bahasa (Melayu), nisbi (Arab), dan relatif (Inggeris). Apabila kata-kata ini digunakan secara serentak, ini akan mengganggu pengguna dalam penggunaan bahasa-bahasa tersebut. Kemasukan kata-kata asing tidak semestinya mendatangkan gangguan yang tidak baik, bahkan ada juga kebaikan yang wujud. Umpamanya perkataan orang, insan, dan manusia sekaligus pada asasnya sama maknanya tetapi kita boleh memberikan makna yang lebih khusus. Sebagai contohnya bagi orang dan contoh penggunaannya ialah Tiga orang pencuri. Manakala bagi insan dalam penggunaan ayat seperti Sebagai insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang dan bagi manusia pula ialah Kita sebagai manusia yang berakal. Bahasa Inggeris menjadi kaya dengan kosa kata walaupun pada asalnya terganggu oleh bahasa asing. Contohnya dalam bahasa Inggeris pada mulanya hanya terdapat perkataan cook (masak), untuk pengertian pelbagai masakan seperti goring, rebus, bakar, kukus, panggang, salai dan lain-lain. Semua itu sememangnya berbeza cara memesak atau mengolah masakannya, tetapi bahasa mereka menggunakan satu perkataan sahaja iaitu cook untuk mengolah semua yang berkaitan dengan memasak.

Namun begitu, selepas bahasa Inggeris menerima kata-kata lain daripada bahasa ising melalui gangguan bahasa asalnya, bahasa Inggeris menjadi kaya dan jumlah perkataan semakin bertambah dengan pelbagai kosa kata. Antara perkataan yang meresap ke dalam bahasa Inggeris ialah fry, roast, bake, stew, simmer, boil, brew, steam, barbeque, grill dan lain-lain yang tiap-tiap satunya mempunyai pebgertian yang tersendiri dan berbeza.

1.7 Pencemaran bahasa Menurut Kamus Dewan Edisi Empat pencemaran bahasa bermaksud penggunaan bahasa yang tidak betul di kalangan masyarakat. Definisi pencemaran bahasa ini turut disokong oleh Nik Safiah Karim (1986), menurut beliau pencemaran bahasa ialah penggunaan bahasa yang melanggar perauran-peraturan bahasa yang telah dipersetujui, sama ada pada peringkat sebutan, pilihan kata atau susunan frasa dan ayat. Menurut Hassan bin ahmad (1979:20) pula, pencemaran bahasa bermaksud bahasa yang amat buruk digunakan sehingga mencemarkan imej bahasa Malaysia. Berdasarkan kepada definisidefinisi di atas maka, boleh katakan bahawa istilah pencemaran bahasa amat sesuai digunakan dalam melihat masalah penyalahgunaan bahasa dalam kalangan masyarakat kita hari ini. Antara contoh pencemaran bahasa ialah bahasa rojak. Bahasa rojak ialah fenomena bahasa kacukan semasa yang berkaitan dengan percampuran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris. Menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa dasarnya. Bahasa rojak boleh dirumuskan sebagai satu variasi atau satu ragam bahasa basahan yang dapat diterima penggunaannya dalam suasana tidak rasmi. Apabila ragam bahasa itu digunakan dalam urusan yang rasmi, maka timbullah masalah kesalahan pemilihan ragam bahasa dan secara khusus masalah itu berkaitan dengan masalah keracunan atau kesalahan bahasa. sebagai contoh bahasa rojak antara bahasa Melayu dan bahasa Inggeris ialah Tengah hari ini ayah nak masak menu special (istimewa). Fenomena bahasa rojak ini boleh merosakkan ketulenan bahasa dan inti pati ketamadunan itu. Penggunaan bahasa rojak untuk komunikasi seharian juga boleh menghadkan perbendaharaan kata sedangkan Bahasa Melayu kaya dengan unsurtersebut.Perkembangan bahasa rojak tanpa kawalan ini akan menyebabkan bahasa sebagai rupa diri dan identiti akan menjadi kabur.Walhalnya, kekuatan sesuatu bangsa itu terletak kepada bahasa dan budayanya.

2.0 Pertukaran kod Pertukaran kod atau penukaran kod dari satu bahasa ke satu bahasa lain yang disebabkan oleh perubahan tajuk yang dibicarakan atau pertukaran orang yang disapa. Umpamanya di kalangan golongan elit di Malaysia, apabila mereka membicarakan perkembangan peristiwa masa kini seperti perkembangan teknologi atau dapatan-dapatan baru dalam bidang sains dan teknologi, mereka menggunakan bahasa inggeris tetapi jika membicarakan tentang adat istiadat Melayu tradisional atau masalah-masalah agama mereka lebih sering bertutur dalam bahasa Melayu. 3.0 Percampuran kod Percampuran kod (code mixing) merupakan satu fenomena biasa di kalangan mereka yang boleh berbahasa lebih daripada satu. Percampuran kod berlaku apabila seorang bertutur mencampuradukkan bahasa atau dialek dengan bahasa atau dialek yang lain atau antara satu dialek dengan dialek-dialek lain. Fenomena ini amat berleluasa di Malaysia kerana di sini terdapat pelbagai jenis bahasa dan dialek seperti bahasa Melayu, Cina, Tamil dan suku kaum serta dialek tempatannya.

Percampuran kod berlaku apabila si penutur mengetahui lebih daripada satu bahasa dengan kata lain penutur ini adalah dwibahasaan. Dwibahasaan dikenali juga sebagai bilingualisme, di mana penutur menggunakan dua bahasa dalam kehidupan hariannya. Penutur menggunakan kedua-dua bahasa ini sebagai bahasa basahannya di mana seseorang itu menggunakan bahasa tersebut bertukar ganti contohnya sekejap Melayu sekejap Inggeris dan seterusnya. Dalam membincangkan percampuran kod kita tidak boleh lari daripada istilah-istilah berikut: penukaran kod (code-switching), perubahan kod (code alternation), percampuran bahasa (language mixing), dan kadang-kadang perpindahan kod (code-shifting). Istilah-istilah ini muncul secara tekal dalam perpustakaan professional dan para sarjana jarang bersetuju mana yang harus digunakan dan pada waktu bila. Semua istilah tersebut merujuk kepada hakikat bahasa sesetengah penutur yang mahir dalam dua ataupun lebih banyak bahasa menggabungkan kemahiran dwibahasaan atau multilingual itu dalam penuturan mereka sehinggakan bahasa pertama (bahasa Inggeris), biasanya bahasa ibunda penutur dan bahasa kedua (bahasa Melayu) biasanya bahasa yang diperolehi ketika remaja atau dewasa berkongsi tanggungjawab untuk menyampaikan mesej, terutamanya dalam perhubungan tidak rasmi (tidak formal). Bakamba (1988) (dipetik dari Jurnal Dewan Bahasa Mei 1995) menegaskan bahawa percampuran bahasa harus dipilih sebagai istilah yang sesuai untuk merujuk kepada alternasi dalam sesebuah kalimat. Perubahan kod dan percampuran kod adalah istilah umum dan tidak merujuk kepada mana-mana jenis penukaran kod yang khusus.

4.0 Penganjakan bahasa atau perpindahan bahasa Penganjakan bahasa berlaku apabila seseorang yang telah mengetahui bahasa ibundanya kemudian mempelajari pula satu bahasa yang lain, dan selepas itu meninggalkan bahasa ibundanya dan menganjak atau berpindah ke bahasa kedua. Joshua Fishman (1972) ysng dikutip oleh Penalosa (1981) mengatakan bahawa terdapat lima penganjakan bahasa yang besar dalam dunia moden sekarang. Antaranya ialah pengambilan bahasa vernakular untuk kegiatan-kegiatan kerajaan, teknik, pendidikan dan kebudayaan di Eropah. Selain itu, menerima pakai bahasa Eropah oleh penduduk-penduduk natif di Amerika Utara, Tengah dan Selatan. Hal ini memang jelas berlaku kerana pada masa ini di Canada menggunakan bahasa Perancis dan bahasa Inggeris, di Amerika Syarikat bahasa Inggeris, Brazil bahasa Portugis dan di negara-negara Amerika Syarikat yang lain kebanyakannya menggunakan bahasa Sepanyol seperti Peru, Bolivia, Uruguay, Argentina, Mexico dan lain-lain. Seterusnya ialah penyebaran bahasa Inggeris dan Perancis. Pada masa ini, penyebaran bahasa Inggeris semakin meluas. Negara yang tidak pernah dijajahi oleh Inggeris pun mengambil bahasa Inggeris sebagai bahasa utama atau sekurang-kurangnya sebagai bahasa asing yang terpenting. Antara negara yang tidak dijajah tetapi tetap menggunakan bahasa Inggeris ialah Thailand, China, Indonesia, Vietnam, Iran, Kemboja, dan negara-negara lain di Asia dan Afrika. Proses perusiaan orang-orang bukan Rusia juga merupakanapa yang dinyatakan oleh Fishman. Proses perusiaan merupakan satu proses dimakna memaksa orang-orang yang bukan Rusia menggunakan bahasa Rusia. Penggantiaan bahasa-bahasa yang diimport dengan bahasa yang natif. Perkara ini banyak berlaku di Negara-negara yang pernah dijajah oleh Barat. Negara-negara tersebut memilih bahasa peribumi sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan, kemudian diketepikannya bahasa bekas jajahan.

5.0 Asimilasi Proses ini berlaku biasanya di kalangan imigran yang telah menerima bahasa tempat yang disemenda. Apabila sampai ke generasi seterusnya, mereka yang terakhirini biasanya mengambil terus tempat mereka bermukim, dan tidak menggunakan bahasa ibu-bapa mereka. Pengasimilasi bahasa berlaku secara serentak dengan pengasimilasi budayanya.

6.0 Bahasa Pijin dan bahasa Kreol Bahasa pijin adalah hasil daripada pertembungan dua atau lebih bahasa. Unsure-unsur dari kedua-dua bahasa bercampuraduk sehingga menimbulkan satu bentuk bahasa yang baru yang tidak boleh dikategorikan kepada salah satu bahasa yang asal. Manakala bahasa kreol pula ialah bahasa pijin yang menjadi ibunda. Ini semua adalah akibat daripada pertembungan dua bahasa sehingga timbulnya gangguan bahasa dan akhir sekali menimbulkan bahasa campuran, iaitu pijin dan kreol.

7.0 Diglossia Dalam masyarakat dwibahasa biasanya melahirkan suatu suasana yang baru, iaitu dwiglosia yang istilahnya mula diperkenalkan oleh Charles A. ferguson (1959). Dwiglosia bermakna penggunaan dua bahasa yang berlainan atau dua kelainan bahasa, yang satu tinggi, rasmi dan formal, sedangkan yang satu lagi rendah, tidak rasmi dan basahan, dalam lingkungan yang berlainan tetapi dalam satu komuniti atau masyarakat basahan yang sama. Dwiglosia berlaku dalam banyak masyarakat bahasa seperti bahasa Melayu baku dengan dialek-dialek Melayu, bahasa Perancis dengan kreol Perancis di Haiti, bahasa Katharevousa dengan Dhimotiki di Yunani, bahasa Jerman dengan Schwyzertutsch di Switzerlan, bahasa Sepanyol dengan Guarani di Paraguay, bahasa Yiddish dengan bahasa Poland di kalangan orang Yahudi Eropah Timur sebelum perang dunia dan lain-lain.

8.0 Poliglosia Poliglosia wujud dalam suasana kepelbagaian bahasa, dialek atau laras bahasa yang kedudukannya pelbagai iaitu yang tinggi, yang normal, dan yang rasmi, dan demikian juga ada yang rendah, yang tidak rasmi, tidak formal, basahan dan digunakan untuk bahasa seharian. Dalam masyarakat Malaysia wujud keadaan sedemikian. Terdapat bahasa Melayu baku dialek-dialek Melayu dan bahasa Melayu lisan, bahasa Mandarin dan dialek-dialek Cina, bahasa Tamil dan bahasabahasa India yang lain. Terdapat pelbagai bahasa lagi yang terdapat di Malaysia. Pendek kata, Malaysia boleh menjadi contoh masyarakat poliglosia.

KESIMPULAN Sebagai kesimpulannya, dasar kedwibahasaan sememangnya banyak mendatangkan kesan buruk kepada bahasa Melayu sendiri selaku bahasa rasmi di Malaysia. Hal ini amat membimbangkan kerana bimbang bahasa Melayu akan hilang pengaruhnya. Sebagai contonya kita dapat melihat keadaan yang berlaku di Singapura. Sepertimana yang di ketahui, Singapura masih mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tetapi bahasa rasminya adalah bahasa Inggeris.

Untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran, bahasa Inggeris digunakan dari sekolah rendah hingga ke universiti. Bahasa Melayu dan bahasa Mandarin diajar sebagai satu mata pelajaran sahaja. Lee Kuan Yew telah mengakui kesan negatif yang terhasil dari dasar dwibahasa tersebut. Antaranya, pelajar berketurunan Cina kurang berminat mempelajari bahasa Mandarin, demikian juga pelajar berketurunan Melayu yang tidak berminat mendalami bahasa Melayu. Mereka ghairah mempelajari dan mendalami bahasa Inggeris kerana nilai ekonomi dan antarabangsanya. Justeru dikatakan, golongan muda di Singapura ini mengalami penyakit rendah diri (inferiority complex). Saya bersetuju dengan kenyataan ini kerana golongan seperti ini sebaik menempuh alam karier atau pergaulan dengan masyarakat terbuka, mereka bukan sahaja akan mengalami pergaulan dengan pelbagai bangsa, termasuklah penutur bahasa Mandarin atau penutur bahasa Melayu. Sekiranya mereka gagal berkomunikasi dengan keluarga mereka, sudah tentulah terdapat gangguan pada kendiri mereka, dilema sama ada jati diri mereka terhadap bahasa telah hilang. Jati diri terhadap bahasa itu wajar dipersoalkan. Bagaimana pendidikan asas diterapkan ke dalam kehidupan awal seseorang kanak-kanak, dari segi pemerolehan bahasanya, juga amalan pertuturan dan tulisannya. Dalam konteks negara Malaysia, pemansuhan PPSMI baru-baru ini serta pengenalan dasar penggantinya MBMMBI patut dialu-alukan dan disokong tanpa berbelah bahagi. Dengan cara ini, dapat menghilangkan kegusaran dan rasa rendah diri bagi tenaga pengajar yang kurang fasih berbahasa Inggeris, agar tidak lagi terpaksa membaca skrip semasa mengajar, lebih malang ada yang menghafal demi menjayakan sistem pembelajaran. Anak-anak kita memerlukan guru yang bersifat semulajadi dari segi kefasihannya malah perkongsian ilmu darinya. Ini tidak bermakna bahasa kedua, ketiga yang bersifat antarabangsa itu ditolak mentahmentah. Kadang kala saya terfikir akan satu amalan biasa para ibu yang bercerita kepada anakanaknya sebelum mereka tidur (bedtime stories). Dalam amalan ini, ibu akan membuka sebuah buku cerita sama ada dalam bahasa Inggeris atau bahasa ibunda mereka. Kanak-kanak umpama disket (sekarang sudah menjadi pendrive) untuk menerima, lalu menyimpan kesemua maklumat baharu yang diterjemahkan ke dalam otak mereka. Jadi, ada kalanya sesetengah kosa kata atau leksikal tidak dapat difahami oleh anak-anak,lebih-lebih lagi frasa atau peribahasa asing. Di sinilah para ibu boleh memainkan peranan, bercerita sambil menterjemah secara tidak langsung. Tidak ada beban tugas yang bertambah di bahu para ibu, sebaliknya cerita itu akan lebih difahami, hakikat, mesej dan kesan serta akibatnya diyakini, malah dapat dihayati bersama, selain dapat berkongsi rasa kasih-sayang antara ibu dan anak-anak. BIBLIOGRAFI Arbak Othman dan Ahmad Mahmood Musanif (2003). Sosiolinguistik. Selangor: PustakaNusa Sdn.Bhd Noriah Mohamed (2003). Beberapa Topik Asas Sosiolinguistik. Selangor: Utusan Distributors Sdn.Bhd Chaedar Alwasilah (1990). Sosiologi Bahasa. Indonesia: Angka Bandung. Haji Mat Juhari Moain, Ph.d. Sosiolinguistik. Selangor: Fakulti Bahasa Moden dan Universiti Putra Malaysia. Kamus Dewan Edisi Keempat (2004). http://bmdinsenu.blogspot.com/2010/07/masa-depan-dan-cabaran-bahasa-melayu.html Komunikasi Publication &

http://16arief.wordpress.com/2009/03/31/pengertian-bilingualismkedwibahasaan/ http://www.scribd.com/doc/26641580/Kesan-Multilingual-is-Me-Dan-Bilingual-is-MeMasyarakat . Dalam-

You might also like