You are on page 1of 15

Abstrak

Tajuk untuk kajian ini ialah tentang tenaga buruh dan pengangguran di Malaysia dari tahun 2000 hingga tahun 2012. Dalam kajian ini, terdapat dua objektif kajian iaitu mengenal pasti arah aliran kadar pengangguran di Malaysia dari tahun 2000 hingga tahun 2012 dan mengenal pasti peratus perubahan tenaga buruh di Malaysia dari tahun 2000 hingga tahun 2012. Untuk kaedah kajian, pengkaji telah menggunakan data sekunder sebagai rujukan untuk mendapat maklumat. Maklumat yang diperoleh daripada laman web seperti Laporan Unit Perancangan Ekonomi dan Jabatan Perangkaan Malaysia. Pengkaji akan menganalisis semua data ini dan

mempersembahkan dalam bentuk carta atau jadual bagi memudahkan pembaca memahami maklumat yang disampaikan. Melalui cara ini, kedua-dua objektif kajian telah dikenal pasti. Berdasarkan maklumat yang telah dianalisiskan, arah aliran kadar pengangguran di Malaysia dari tahun 2000 hingga tahun 2012 telah meningkat dan menurun dengan kadar yang tidak konsisten terutamanya pada tahun 2000 dan tahun 2001 telah menunjukkan kadar perubahan yang paling besar. Selain itu, objektif yang kedua iaitu peratus perubahan tenaga buruh di Malaysia dari tahun 2000 hingga tahun 2012 juga telah dikenal pasti. Melalui maklumat yang telah dikumpulkan, ia menunjukkan bahawa jumlah tenaga buruh di Malaysia semakin bertambah dari semasa ke semasa. Hal ini telah menunjukkan ekonomi di Malaysia semakin baik.

Latar belakang
Menurut buku teks ekonomi yang diterbitkan oleh ilmu bakti (penggal 3) dan penulis buku ini ialah Theng Kock Leing. Pengangguran bermaksud tenaga buruh yang sanggup atau ingin bekerja pada tingkat upah tertentu tetapi masih tidak mendapat sebarang pekerjaan manakala tenaga buruh merujuk kepada penduduk berumur dalam lingkungan 15 hingga 64 tahun yang sedang bekerja dan sedang aktif mencari pekerjaan tetapi tidak termasuk pelajar dan suri rumah. Menurut Har Wai Mun (2000), pengangguran telah membawa kebimbangan terhadap kesihatan rakyat dan persekolahan. Hal ini kerana krisis ekonomi ini akan menurunkan pendapatan isi rumah benar dan menyebabkan mengurangkan penyertaan anak-anak mereka dari bidang akademik. Pada masa yang sama, mereka turut mengurangkan penggunaan kemudahan kerajaan atau swasta dan ini telah menurunkan standard kesihatan rakyat. Dalam kajian ini, objektifnya adalah mengenal pasti arah aliran kadar pengangguran dan peratus perubahan tenaga buruh di Malaysia dari tahun 2000 hingga 2012. Di Malaysia, kadar pengangguran telah menunjukkan perubahan kadar yang tidak konsisten walaupun telah mencapai guna tenaga penuh iaitu kurang daripada 4% dalam tempoh masa 12 tahun iaitu dari tahun 2000 hingga tahun 2012. Akan tetapi, pengangguran yang kurang daripada 4% masih dapat membawa masalah sosial kepada Malaysia. Berdasarkan masalah yang telah dinyatakan di atas, iaitu kesihatan rakyat dan persekolahan kanak-kanak akan terjejas tidak mengira sekarang atau masa depan. Hal ini demikian disebabkan kanak-kanak pada hari ini akan menjadi pemimpin pada masa depan. Oleh itu, jikalau kanak-kanak pada hari ini tidak mendapat pendidikan yang sempurna maka pada masa depan Malaysia memang mengalami masalah kekurangan tenaga buruh yang berkualiti dan ini dapat menjejaskan perkembangan ekonomi Malaysia. Selain itu, kekurangan penggunaan kemudahan kerajaan atau swasta juga akan menurunkan taraf hidup rakyat secara tidak langsung disebabkan tidak mampu menikmati kemudahan yang sedia ada. Masalah pengangguran telah membimbangkan semua pihak terutamanya pihak kerajaan. Oleh itu, pihak kerajaan telah menggalakkan penduduk tempatan melibatkan diri dalam pelbagai bidang ekonomi. Contohnya, kerajaan menggalakkan penduduk tempatan terlibat dalam sektor pertanian dengan cara menyediakan pakej program-program seperti mempertingkatkan

pembangunan pusat-pusat pertanian, pembangunan tanah terbiar dan pembangunan industri hiliran serta pembangunan usahawan. Kerajaan berharap dengan cara ini dapat melahirkan petani yang berdikari dan mengurangkan jumlah pengangguran. Di samping itu, kerajaan juga telah menyediakan Pelan Tindakan Pekerjaan Nasional (NAPE) 2008-2010 untuk menangani masalah pengangguran di negara kita.

Penyataan Masalah
Kajian ini menekanan kepada arah aliran kadar pengangguran dan peratus perubahan di Malaysia dari tahun 2000 hingga tahun 2012. Kajian ini ingin mengkaji pertumbuhan pengangguran dan tenaga buruh di Malaysia walaupun Malaysia telah mencapai guna tenaga penuh melalui data yang telah dikumpulkan dalam tempoh 12 tahun. Walaupun telah mencapai guna tenaga penuh tetapi pihak kerajaan masih membimbangkan cara untuk mengekalkannya. Oleh itu, kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap pertumbuhan pengangguran dan tenaga buruh dari semasa ke semasa. Kajian ini agak penting kerana dapat membantu kerajaan menganalisis kadar pengangguran dan peratus perubahan tenaga buruh dari tahun 2000 hingga tahun 2012. Melalui kajian ini, jikalau didapati bahawa arah aliran kadar pengangguran semakin meningkat, maka kerajaan akan mengambil tindakan atau dasar untuk mengatasi krisis ekonomi ini.

Objektif kajian
Dalam memastikan kajian ini berjalan dengan lancar dan sistematik, perhatian haruslah diberikan sepenuhnya terhadap objektif kajian kerana objektif berfungsi sebagai kerangka kajian ini.Oleh itu ,pengkaji telah menetapkan beberapa objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini. Objektif kajian adalah seperti yang berikut :

1. Mengenal pasti arah aliran kadar pengangguran di Malaysia dari tahun 2000 hingga 2012.

2. Mengenal pasti peratus perubahan tenaga buruh di Malaysia dari tahun 2000 hingga 2012.

Kaedah kajian
Kaedah kajian merujuk kepada suatu pendekatan saintifik yang digunakan untuk mencari jawapan atau penyelesaian kepada sesuatu masalah yang hendak dikaji. Selain itu, kaedah kajian juga ialah satu kombinasi beberapa faktor yang perlu ditemui untuk memeroka pelbagai persepektif masyarakat semula jadi. Skop Kajian ini menfokuskan arah aliran kadar pengangguran dan peratus perubahan tenaga buruh di Malaysia dari tahun 2000 hingga tahun 2012. Pengumpulan data Dalam proses pengumpulan data, pengkaji telah menggunakan cara data sekunder untuk mengumpul data. Bagi pengumpulan data sekunder, pengkaji telah melayari laman web seperti Laporan Unit Perancangan dan Jabatan Perangkaan Malaysia. Melalui cara ini, pengkaji telah berjaya mendapat maklumat tentang pengangguran dan tenaga buruh dari tahun 2000 hingga tahun 2012. Analisis data berdasarkan Laporan Unit Perancangan dan Jabatan Perangkaan Malaysia. Analisis data Kaedah analisis data telah dilakukan melalui program excel. Graf bar dan graf garis telah digunakan untuk menunjukkan arah aliran kadar pengangguran dan peratus perubahan tenaga buruh. Formula digunakan untuk mengira kadar pengangguran dan peratus perubahan. Contoh kira formula: Kadar pengangguran = Jumlah penganggur Jumlah tenaga buruh X 100

Tahun 2000

Tenaga buruh 9556.1

Penganggur 286.9

Formula 286.9 9556.1 X 100 = 3.00%

Kadar pengangguran

3.00%

Jadual 1 menunjukkan cara untuk mengira kadar pengangguran pada tahun 2000

Peratus perubahan tenaga buruh = Jumlah tenaga buruh (t) Jumlah tenaga buruh (t-1) Jumlah tenaga buruh (t-1)

X 100

Tahun

Tenaga buruh

Formula 9699.4 9556.1 X 100 9556.1 = 1.50%

Peratus perubahan Tenaga buruh

2000 2001

9556.1 9699.4

1.50%

Jadual 2 menunjukkan cara untuk mengira peratus perubahan tenaga buruh pada tahun 2001

Hasil dapatan
Analisis tentang arah aliran kadar pengangguran di Malaysia dari tahun 2000 hingga tahun 2012. Tahun 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 Tenaga buruh (000) 9556.1 9699.4 9886.2 10239.6 10346.2 10413.4 10628.9 10889.5 11028.1 11315.3 12303.9 12675.8 12934.3 Kadar pengangguran (%) 3.0 3.5 3.5 3.6 3.5 3.5 3.3 3.2 3.3 3.7 3.3 3.1 3.0

Rajah 2.1 menunjukkan arah aliran kadar pengangguran di Malaysia dari tahun 2000 hingga 2012

kadar pengangguran
4 3.5 3 Peratusan 2.5 2 1.5 1 0.5 0 kadar pengangguran

Graf garis 2.1 menunjukkan arah aliran kadar pengangguran di Malaysia dari tahun 2000 hingga 2012

Berdasarkan rajah dan graf garis 2.1 yang diatas, pengkaji telah menganalisis kadar pengangguran di Malaysia dari tahun 2000 hingga 2012. Pada tahun 2000 hingga 2012, arah aliran kadar pengangguran di Malaysia telah menunjukkan arah aliran yang tidak konsistent dari semasa ke semasa. Kadar pengangguran telah meningkat dari 3.0% pada tahun 2000 kepada 3.5% pada tahun 2001. Ia telah meningkat sebanyak 0.5% dalam tempoh masa setahun dan tidak berubah pada tahun 2002 iaitu 3.5%. Di Malaysia, arah aliran kadar pengangguran telah meningkat. Pada tahun 2002, kadar pengangguran telah meningkat sebanyak 0.1% dengan kadar yang agak rendah iaitu dari 3.5% meningkat kepada 3.6% pada tahun 2003. Seterusnya, arah aliran kadar pengangguran di Malaysia telah menunjukkan kadar pengangguran yang menurun iaitu menurun sebanyak 0.1%. Ia telah menurun dari 3.6% pada tahun 2003 kepada 3.5% pada tahun 2004% dan kadarnya masih konsisten (0%) di mana masih 3.5% pada tahun 2005. Pada tahun 2006, ia menurun lagi sebanyak 0.2% iaitu menjadi 3.3%. Arah aliran kadar

pengangguran pada tahun 2006 telah pun menurun sebanyak 0.1%. Pada tahun 2007, kadar penganggurannya ialah 3.2% berbanding dengan 3.3% pada tahun 2006. Selepas itu, ia

meningkat sehingga 3.3% pada tahun 2008 di mana telah meningkat 0.1%. Pada tahun 2009, kadar pengangguran telah meningkat kepada 3.7% dari 3.3% pada tahun 2008. Di man telah menunjukan peningkatan kadar yang paling tinggi dalam tempoh sepanjang 12 tahun iatu 0.4%. Pada tahun yang seterusnya, kadar pengangguran telah menurun dari 3.7% sehingga pada tahun 2010. Akhir sekali, arah aliran kadar pengangguran di Malaysia menunjukkan kadar perubahan yang menurun pada tahun 2010 sehingga tahun 2012. Pada tahun 2011, ia telah menurun dari 3.3% (2010) ke 3.1% dan terus menurun lagi sebanyak 0.1% kepada 3.0% .

Analisis tentang peratus perubahan tenaga buruh di Malaysia dari tahun 2000 hingga tahun 2012. Tahun 2000 2001 2002 2003 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 Tenaga buruh (000) 9556.1 9699.4 9886.2 10239.6 10346.2 10413.4 10628.9 10889.5 11028.1 11315.3 12303.9 12675.8 12934.3 1.50 1.93 3.57 1.04 0.65 2.07 2.45 1.27 2.60 8.74 3.02 2.04 Peratus perubahan tenaga buruh (%)

Rajah 2.2 menunjukkan peratus perubahan tenaga buruh di Malaysia dari tahun 2000 hingga 2012

Peratus perubahan tenaga buruh


9 8 7 6 5 4 3 2 1 0 Peratus perubahan tenaga buruh

Graf bar 2.2 menunjukkan peratus perubahan tenaga buruh di Malaysia dari tahun 2000 hingga 2012

Berdasarkan rajah dan graf bar 2.2 yang diatas, jumlah tenaga buruh di Malaysia telah menunjukkan peratus perubahan yang meningkat dari tahun 2000 hingga tahun 2012. Jumlah tenaga buruh telah meningkat dari 9556.1 ribu orang pada tahun 2000 kepada 9699.4 ribu orang pada tahun 2001. Ia telah meningkat sebanyak 143.3 ribu orang atau 1.50%. Di Malaysia, peratus perubahan jumlah tenaga buruh telah meningkat. Pada tahun 2002, jumlah tenaga buruh telah meningkat sebanyak 106.6 ribu orang atau 1.04% iaitu 9886.2 ribu orang meningkat ke 10239.6 ribu orang pada tahun 2003. Seterusnya, jumlah tenaga buruh telah menunjukkan peratus perubahan yang meningkat dengan kadar yang paling rendah iaitu 0.65%. Ia telah meningkat dari 10346.2 ribu orang pada tahun 2004 hingga 10413.4 ribu orang pada tahun 2005. Pada tahun 2006, ia terus meningkat kepada 10628.9 ribu orang iaitu bertambah sebanyak 215.5 ribu orang. Peratus perubahan jumlah tenaga buruh di Malaysia pada tahun 2006 telah meningkat. Pada

tahun yang seterusnya (2007), ia telah bertambah sebanyak 260.6 ribu orang dan menjadi 10889.5 ribu orang berbanding dengan tahun 2006. Selepas itu, ia juga meningkat sehingga 11028.1 ribu orang pada tahun 2008 di mana telah meningkat sebanyak 1.27% dan masih meningkat sehingga 11315.3 ribu orang pada tahun 2009. Selain itu, peratus yang telah meningkat paling tinggi ialah 8.74% pada tahun 2012. Di mana jumlah tenaga buruh emningkat dari 11315.3 ribu orang (2009) sehingga 12303.9 ribu orang (2010). Ia telah menambah sebanyak 988.6 ribu orang. Akhir sekali, jumlah tenaga buruh di Malaysia menunjukkan peratus perubahan yang meningkat pada tahun 2010 hingga tahun 2012. Pada tahun 2011, ia telah meningkat menjadi 12675.8 ribu orang dan bertambah lagi sebanyak 258.5 ribu orang pada tahun 2012 iaitu 2.04%.

Cadangan
Kajian ini adalah mengenal pasti arah aliran kadar pengangguran dan peratus perubahan tenaga buruh di Malaysia dari tahun 200 hingga 2012. Melalui objektif ini, diddapati bahawa Malaysia telah mencapai guna tenaga penuh iaitu kadar pengangguran kurang 4% dan tenaga buruh semakin bertambah dalam tempoh 12 tahun ini. Namun begitu, masih terdapat beberapa masalah yang perlu dibimbangkan seperti kekekurangan peluang pekerjaan disebabkan lebihan tenaga buruh dan cara untuk mengekalkan tenaga buruh supaya mencapai gune tenaga penuh. Oleh itu, terdapat beberepa cadangan yang boleh dilaksanakan. Cadangan yang pertama ialah mengekalkan tenaga buruh dengan cara menetapkan upah minimum. Kebanyakan pelajar selepas mendapat ijazah sarjana muda pergi ke luar negara atau terus bekerja di luar Negara atas sebab upah yang ditawarkan kepada mereka lebih tinggi berbanding dengan negara sendiridan pakar-pakar dalam bidang tertentu pun sama. Hal ini memang akan menjejaskan perkembangan ekonomi Malaysia. Oleh itu, kerajaan boleh mengehadkan upah minimum RM900 kepada pekerja di semenanjung Malaysia disebabakn kos sara hidup di sana agak tinggi manakala di sabah dan Sarawak boleh menentukan gaji minimum sebanyak RM800. Dasar ini perlu dilaksanakan oleh semua pihak sama ada pihak kerajaan atau swasta. Menurut Datuk Dr.S.Subramaniam (2012), dia juga menyokong bahawa gaji minimum perlu dilaksanakan untuk membantu rakyat yang berpendapatan rendah. Hal ini kerana dia mendapati bahawa rakyat sekarang mengahadapi kesulitan untuk memenuhi keperluan hidup mereka terutamanya gaji yang di bawah RM750 sebulan. Oleh itu, dasar gaji minimum boleh dilakasanakan untuk mengekalkan tenaga buruh di Malaysia supaya tidak perlu mengimport tenaga buruh dari luar negara. Cadangan yang kedua ialah melaksanakan dasar fiskal kerajaan boleh meningkatkan perbelanjaan dan mengurangkan cukai. Hal ini bertujuan untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan. Ini disebabkan kerajaan perlu memastikan peluang pekerjaan yang ditawarkan sentiasa mencukupi untuk menampung tenaga buruh yang sedia ada. Oleh itu, kerajaan boleh meningkatkan perbelanjaan melalui membuka industri baharu atau

membangunkan sektor-sektor tertentu. Sebagai contoh, kerajaan menjalankan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) di mana pertanian menjadi sektor utama yang diberi tumpuan.

Sejumlah RM11.4 bilion diperuntukkan bagi meningkatkan sektor pertanian menjadi lebih moden dan dinamik. Selain itu, kerajaan juga member insentif kepada pengusaha-pengusaha pertanian supaya mereka mampu meluaskan pernigaan mereka dan menarik usahawan tani. Menurut Unit Perancang Ekonomi (EPO), kerajaan akan meningkatkan nilai eksport pertanian kepada RM 72 bilion menjelang 2010. Seterusnya, kerajaan telah mengurangkan cukai etrhadap pelabur asing. Hal ini memang dapat menarik minat pelabur asing untuk dating ke Malaysia dan membuat pelaburan. Melalui pelaburan asing, peluang pekerjaan dapat ditambah dengan banyak. Menurut Steve Forbes (2011), beliau menyatakan terdapat banyak tindakan susulan yang dilaksanakan oleh Malaysia dari segi memudahkan kedatangan pelabur, termasuk menghapuskan halangan pelaburan seperti cukai dan birokasi. Dengan melaksanakan beberapa cadangan ini, sememangnya dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang mencukupi. Hal ini bukan setakat mengurangkan masalah pengangguran dan juga dapat meningkat ekonomi Malaysia.

Rumusan
Melalui kajian ini, maka dapat disimpulkan bahawa Malaysia telah mencapai guna tenaga penuh iaitu kadar pengangguran kurang daripada 4%. Dari tahun 2000 hingga 2012, Malaysia telah berjaya mengawal kadar pengangguran kurang daripada 4% hanya pada tahun 2009 kadar pengangguran telah meningkat hamper lebih daripada 4% iaitu 3.7%. Hal ini berlaku disebabkan oleh kesan langsung daripada kelembapan aktiviti ekonomi yang menyebabkan permintaan daripada luar negara terus susut sejak akhir 2008. Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan telah mengambil tindakan seperti member insentif kepada majikan yang mengambil semula pekerja yang diberhentikan dan mewujudkan peluang latihan bagi rakyat Malaysia yang terjejas akibat kelembapan ekonomi. Pada tahun yang seterusnya (2010), kadar pengangguran telah jatuh semula kepada 3.3%. Untuk mengelakkan masalah ini berlaku, kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah atau dasar untuk menanganinya dan berusaha untuk mengekalkan guna tenaga penuh supaya dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang berpendapatan tinggi iaitu mencapai wawasan 2020.

You might also like