You are on page 1of 1

KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH Penyalahgunaan bahan sering berlaku di kalangan remaja.

Antara bahan yang sering disalahgunakan ialah rokok, alkohol, gam, turpentin, ubat batuk dan dadah. Penyalahgunaan bahan bermaksud menggunakan bahan-bahan yang boleh dijadikan ketagih secara berlebihan . Perbuatan penyalahgunaan bahan adalah salah dari segi agama dan undang-undang. Bahan-bahan tersebut boleh memudaratkan kesihatan dan menjadikan seseorang itu hilang pertimbangan. Keadaan ini boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain. Bahan yang sering disalahgunakan oleh golongan remaja ialah dadah. Isu penyalahgunaan dadah merupakan masalah utama kepada negara. Antara kesan penyalahgunaan dadah kepada diri iaitu akan menjejaskan sistem saraf dalam badan manusia. Daya tahan penyakit akan menjadi lebih dan mudah dijangkiti seperti kancing gigi, Hepatitis, Tibi, HIV/Aids dan maut. Manakala kesan kepada keluarga pulai iaitu menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga dan membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya. Selain itu, kesan kepada masyarakat iaitu persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan anggota masyarakat dengan dadah Manakala kesan kepada negara pula terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah penyalahgunaan dadah yang berterusan.

You might also like