You are on page 1of 3

perang saudara di kedah pada tahun 1726m yang melibatkan dukungan anak-anak portugis dalam kesultanan perak selangor

dan johor terhadap kepimpinan sultan muhammad jiwa zainal adilin (1710m-1778m) yang bertembung dengan pewaris samudera-pasai di dalam kesultanan siak seri inderapura kelantan yang mendukung raja nambang berakhir dengan kematian daeng parani @ sultan abdul jalil 4 syah johor. daeng kemboja @ sultan mansur syah 1 terengganu menuntut bela kematian bapanya apabila berkerjasama dengan long yunus di kelantan pada tahun yang sama. long yunus adalah raja bawahan lantikan sultan abdul jalil rahmat syah siak seri inderapura kelantan. pusat pemerintahan kesultanan siak seri inderapura terletak di kota limbat hingga ke kota palembang besut. berdiri pada tahun 1717m oleh sultan abdul jalil rahmat syah setelah disingkirkan dari kesultanan terengganu oleh kesultanan perak...selangor dan johor berikutan peristiwa pembunuhan raja mahmud mangkat dijulang di muar-naning. putera kepada sultan abdul jalil rahmat syah ini telah dijemput oleh para pembesar muar-naning untuk ditabalkan sebagai penghulu undang luak. apabila berita ini sampai ke pengetahuan daeng parani @ sultan abdul jalil 4 syah johor...sekatan telah dilakukan untuk menghalang pewaris samudera-pasai terus berpengaruh di muar-naning. selepas kematian raja mahmud mangkat dijulang..bapanya yang memerintah di kuala terengganu melancarkan perang ke atas kesultanan johor pada tahun yang sama. akibatnya baginda tersingkir dari takhta di kuala terengganu setelah pakatan anak-anak portugis membalas serangan dari selatan tanah semenanjung. bahkan di muar-naning...mereka mendirikan negeri sembilan beristanakan seri menanti...bagi memastikan institusi penghulu muar-naning dapat dikawal sepenuhnya dibawah kekuasaan mereka. sultan abdul jalil rahmat syah berundur ke kelantan lalu mendirikan kesultanan siak seri inderapura yang turut dimasyhurkan sebagai kota seribung kota mengkuang atau pagar ruyung kota mengkuang. manakala di kuala terengganu...daeng parani @ sultan abdul jalil 4 syah johor telah menobatkan puteranya daeng kemboja sebagai sultan mansur syah 1 terengganu berkuatkuasa pada ketika itu juga. dalam sejarah kelantan...gelar-nama sultan abdul jalil rahmat syah telah dipadamkan lalu digantikan dengan gelar-nama long ghaffar pagar ruyung. long yunus yang mengkhianati baginda telah mendirikan kesultanan kelantan pada tahun 1726m setelah pakatannya dengan daeng kemboja @ sultan mansur syah 1 terengganu berjaya membumi-hanguskan bukti-bukti kewujudan kesultanan siak seri inderapura dari kota limbat ke kota palembang besut. kota palembang dibakar hingga menjadi padang jarak padang terkukur. kemudiannya...tengku abdul kadir ibni sultan mansur syah 1 terengganu telah dikirimkan bapanya ke besut untuk memimpin kerajaan besut. sultan abdul jalil rahmat syah bersama dua cucunya putera kepada raja mahmud syah mangkat dijulang berundur ke kuala berang dan seterusnya ke dungun selepas peristiwa tragis tersebut. sebahagian besar keluarga al-aydrus al-kherid al-yamani turut mengiringi tuanku as-sultan dan seluruh kerabat baginda. namun ada sebahagiannya telah diamanahkan ke riau untuk menghidupkan semula kesultanan siak seri inderapura II. raja ismail dan raja bongsu meneruskan perjuangan datuknya sultan abdul jalil rahmat syah dari dungun dalam usaha menuntut kembali kesultanan terengganu. kesultanan siak seri inderapura II di riau seringkali mengirimkan bantuan kepada mereka yang berkubu di dungun dan adaketikanya di kuala berang. raja ismail sempat dijemput ke riau untuk dilantik sebagai sultan sebelum menyerahkan takhta kepada puteranya raja yahya pada tahun 1781m bagi menumpukan perhatian misi di terengganu. baginda telah menikahkan puterinya tengku wook dengan anak saudaranya raja ahmad ibni raja bongsu. cubaan demi cubaan dilakukan yang akhirnya mengorbankan raja ismail dan raja bongsu sendiri. raja yahya kemudiannya mengambil-alih tampuk kepimpinan lalu bersama sepupunya yang juga adik iparnya sendiri iaitu raja ahmad ibni raja bongsu melakukan tindakan militer ke atas kesultanan terengganu yang diterajui oleh daeng kemboja @ sultan mansur syah 1 terengganu yang pada ketika itu turut bertakhta di dalam kesultanan johor sebagai sultan

sulaiman badrul alam syah johor. sedang kesultanan siak seri inderapura II di riau diamanahkan baginda kepada keluarga al-aydrus al-kherid ba'alawi al-yamani. raja yahya kemudiannya terbunuh lalu dimakamkan di dungun pada tahun 1784m. raja ahmad ibni raja bongsu telah ditabalkan sebagai sultan ahmad syah 1 terengganu pada tahun 1794 setelah berjaya menundukkan daeng kemboja @ sultan mansur syah 1 terengganu. kekalahan ini berpunca daripada tindak-tanduk daeng kemboja @ sultan mansur syah 1 terengganu sendiri yang banyak menumpukan perhatian misi politik peribadinya di negeri-negeri melayu lain termasuk di dalam kesultanan aceh melalui puteranya di dalam kesultanan perak. sultan ahmad syah 1 terengganu tidak menyerang kerajaan besut pimpinan tengku abdul kadir ibni sultan mansur syah 1 terengganu. sebaliknya baginda meleraikan permusuhan berpanjangan antara kedua-duanya dengan menerima kedudukan tengku abdul kadir ibni sultan mansur syah 1 terengganu sebagai pemerintah di dalam kerajaan besut. kemangkatan sultan ahmad syah 1 terengganu telah digantikan puteranya sultan baginda omar terengganu pada tahun 1800m. putera ketiga dikirim oleh abangnya ke pahang dan putera kedua menuju ke muar-naning dalam usaha untuk mengembalikan semula pengaruh samudera-pasai di sana. sultan baginda omar terengganu dikenali di tanah sumatera....sebagai yang dipertuan sultan tangkal alam bagagar syah pagar ruyung. pada zaman kekuasaan baginda...belanda inggeris anak-anak portugis dan anak-anak sukothai ayuthayya terus-menerus menyerang baginda tanpa henti. para pendukung baginda di pattani dan aceh kalangan para ulama' tidak terkecuali menjadi sasaran. terengganu menjadi pusat perlindungan bagi para ulama' di alam melayu pada ketika itu. adiknya di muar-naning bergelar penghulu dol sayyid @ sayyid abdullah al-aydrus al-kherid ba'alawi al-yamani turut ditentang habis-habisan dalam perang naning tahun 1831m sebelum dikhianati oleh pembesar rembau sayyid sya'aban dan menantunya raja ali warisan anak portugis pada februari 1832m. saudara bongsu mereka di pahang juga terpaksa berundur ke segamat lalu membuka perkampungan tenang. itulah dia tok tenang gelar-namanya. penghulu dol sayyid @ sayyid abdullah al-aydrus al-kherid ba'alawi al-yamani kemudiannya berundur ke terengganu lalu dikenali sebagai tokku tuan besar. bapa kepada sayyid ahmad alaydrus al-kherid ba'alawi al-yamani iaitu tokku paloh. kesultanan terengganu didirikan oleh sultan abdul jalil rahmat syah tidak berapa lama selepas pengunduran sultan abdul jalil III syah johor dalam perang johor-jambi pada tahun 1670m. perang ini didalangi oleh anak-anak portugis yang berkuasa di dalam kesultanan perak dan selangor ketika itu. mereka mendapat inspirasi daripada perang saudara yang berlaku di sulawesi selatan yang merebak hingga ke bahagian-bahagian tertentu di tanah jawa. kesultanan johor ketika itu merupakan penguasa kesultanan aceh. ertinya...aceh berada di bawah kekuasaan johor. bukan sebaliknya sebagaimana yang dikisahkan dalam sejarah rasmi asia tenggara. pendiri kesultanan aceh iaitu sultan ali mughayat syah adalah putera kepada sultan syamsul syah ibni sultan firman syah dinasti al-kamil dalam kesultanan johor. dinasti alkamil di dalam kesultanan aceh dimasyhurkan sebagai dinasti darul kamal. namun....sultan ali mughayat syah selaku pendiri kesultanan aceh...mengisytiharkan dirinya sebagai pengasas dinasti mahkota alam warisan dinasti al-kamil daripada kesultanan johor. sebab itu..dalam kesultanan aceh akan menemui kisah dua dinasti iaitu dinasti darul kamil dan dinasti mahkota alam. berdirinya kesultanan aceh pada tahun 1511m berikutan pencerobohan angkatan perang portugal di dalam kerajaan perak naungan kesultanan johor. perak ketika itu masih berstatuskan sebuah kerajaan dan bukannya kesultanan. baik perak mahupun johor..sama-sama adalah pewaris samudera-pasai. kerajaan perak ketika itu dipimpin oleh sultan ali mughayat syah juga dan dibantu oleh adiknya raja ibrahim. apabila angkatan perang portugal menawan perak dan klang...mereka mendirikan kesultanan selangor di klang dengan restu daripada pengkhianat

kalangan pembesar kerajaan perak yang diangkat kemudiannya oleh portugis sebagai sultan dan pemuka kesultanan perak. ketika inilah kerajaan perak diubah status menjadi sebuah kesultanan dan tidak lagi bernaung di bawah kesultanan johor warisan samudera-pasai. sultan ali mughayat syah dan raja ibrahim yang berpangkalan di pesisir pantai timur utara tanah sumatera.....seringkali menyerang kondisi pengkhianat-pengkhianat di dalam kesultanan perak. akhirnya...raja ibrahim terbunuh dan sultan ali mughayat syah digantikan oleh puteranya yang sedang merajai kesultanan brunei di tanah borneo pada ketika itu...iaitu sultan abdul kahar. di dalam kesultanan aceh...baginda dimasyhurkan sebagai sultan alauddin ri'ayat syah al-kahar (1537m-1568m). pada tahun 1513m...kesultanan johor warisan samudera-pasai berjaya ditakluki oleh angkatan perang portugal yang berasimilasi di dalam kesultanan perak dan kesultanan selangor. sejarah rasmi asia tenggara mengisytiharkan tertawannya kesultanan melayu melaka kepada soldadu portugis angkara pengkhianatan segelintir pemuka kalangan india muslim. bahkan ada yang percaya....sultan johor ketika itu menyerahkan bulat-bulat kekuasaannya kepada portugis tanpa tempur. namun....kesultanan johor dapat dituntut semula oleh pemerintah teragung aceh iaitu sultan iskandar muda johan pahlawan mahkota alam (1607m-1636m) pada tahun 1614m. baginda adalah generasi ke-5 daripada sultan ali mughayat syah aceh. bersama bendahara seri paduka raja tun seri muhammad @ tun seri lanang mereka berjaya menguasai kembali kesultanan johor setelah 101 tahun berada dalam genggaman portugis hingga kepada anak-anak mereka. sejak daripada itulah...kesultanan johor diangkat semula sebagai payung kepada kesultanan aceh selain daripada jajahan takluknya di pahang dan terengganu. malangnya...56 tahun kemudian...sekali lagi anak-anak portugis dari kesultanan perak dan kesultanan selangor merampas semula kesultanan johor dalam satu konspirasi yang sangat licik melalui perang ciptaan mereka di jambi pada tahun 1670m. ketika itu...kesultanan johor diperintah oleh sultan abdul jalil syah III johor....putera kepada sultan iskandar muda johan pahlawan mahkota alam dan menantu kepada bendahara seri paduka raja tun seri muhammad @ tun seri lanang terpaksa mengisytiharkan diri baginda marhum mangkat di kuala pahang lalu berundur ke dungun sebelum masuk ke kuala berang dan akhirnya sampai di kampung pulau manis. baginda menukar gelar-nama dan membuang pakaian kebesaran diraja di situ dan masyhur sebagai ulama' besar terengganu. sebelum dikirim ke johor oleh bapanya....baginda berguru dengan syeikh hamzah al-fansuri dan anak saudaranya syeikh abdul raof as-singkili. bahkan...baginda juga sempat berguru dengan ulama' kelahiran india iaitu syeikh nuruddin ar-raniri sebelum ulama' itu pulang ke kampung halamannya pada tahun 1644m.

You might also like