• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUMKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
FORMAT PENTAKSIRAN TAHAP DUA
BAHASA ARABSEKOLAHKEBANGSAAN
UNTUK KEGUNAAN GURU
 
PRAKATAKementerian Pelajaran Malaysia telah meluluskan kurikulum yang disemak semula bagi mata pelajaran bahasa arab sekolah kebangsaan. Matapelajaran ini ditawarkan sebagai mata pelajaran tambahan pada peringkattahap satu dan dua sekolah kebangsaan. Pelaksanaan pengajaran danpembelajaran pada peringkat tahap satu bermula pada tahun 2005.Format pentaksiran bagi mata pelajaran tersebut direka bentuk berdasarkan hasrat dan kandungan kurikulum berkenaan, seperti yangtermaktub dalam dokumen rasmi sukatan pelajaran dan huraian sukatanpelajaran. Format pentaksiran ini akan digunakan mulai tahun 2009 untuk Tahap Dua ( Tahun 3 hingga 6)Format pentaksiran direka bentuk dengan mementingkan prinsip-prinsipasas pentaksiran, terutamanya aspek kesahan, kebolehpercayaan,kebolehlaksanaan dan penjaminan kualiti. Aspek keserasian dengankurikulum turut diberi keutamaan. Ini bermakna pentaksiran memberifokus khusus kepada pencapaian objektif mata pelajaran yangmerangkumi bidang pengetahuan, kemahiran dan nilai-nilai murni. Rekabentuk pentaksiran juga memastikan keseluruhan pentaksiran mempunyaikerelevanan dan kecukupan cakupan dari aspek kandungan sukatanpelajaran.Dokumen ini dikeluarkan dengan hasrat utama mendekatkan pentaksirandengan masyarakat terutamanya para guru, ibu bapa dan para pelajarsendiri. Adalah diharapkan maklumat yang terkandung dalam dokumen inidapat memberi gambaran jelas tentang apa yang ditaksir dan bagaimanapentaksiran itu akan dilaksanakan. Usaha ini dianggap penting bagimemberikan keadilan kepada para pelajar yang akan mendudukipeperiksaan serta menjaga kewibawaan institusi Jabatan PendidikanIslam dan Moral, Kementerian Pelajaran Malaysia.Haji Ali bin Ab. Ghani AMNPengarah,Bahagian Pembangunan KurikulumKementerian Pelajaran Malaysia
 
FORMAT PENTAKSIRANMATA PELAJARAN BAHASA ARAB SEKOLAH KEBANGSAAN1.0LATAR BELAKANGPenyemakan semula sukatan pelajaran bagi mata pelajaran bahasa arab sekolahkebangsaan telah dilakukan oleh bahagian kurikulum jabatan pendidikan islamdan moral pada tahun 2005. Dalam proses penyemakan tersebut, aspek utamayang diberi penekanan ialah kandungan dan proses pengajaran dan pembelajaranyang dijadikan panduan kepada guru dalam pengajaran dan pembelajaran.Dengan itu bidang pengajian islam dan bahasa arab, sektor pembinaan danpengeluaran ujian telah mengadakan perekaan bentuk instrumen pentaksiranberdasarkan sukatan pelajaran yang telah disemak semula itu. Pembinaaaninstrumen pentaksiran adalah berdasarkan jadual spesifikasi ujian yang piawaiuntuk menjamin mutu, kesetaraan dan kesahan serta kebolehpercayaan skor ujian.2.0ASAS-ASAS PERTIMBANGAN2.1Dari Sudut KesahanKesahan skor ujian melibatkan dua perkara iaitu relevan dan cakupan.Perekaaan bentuk instrumen pentaksiran ini telah memastikan semuakonstruk yang ditafsir disenaraikan dalam objektif mata pelajaran bahasaarab sekolah kebangsaan. Item-item yang digunakan adalah akur dengankurikulum, spesifikasi, kumpulan sasaran, aras kesukaran, konteks dansituasi. Kandungan kertas soalan ini mencakupi semua aspekpengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari dalam pendidikan matapelajaran berkenaan.2.2Dari Sudut KebolehpercayaanKebolehpercayaan skor ujian adalah melibatkan dua perkara iaitu ketekalandan ketepatan. Format yang dicadangkan ini direka bentuk sedemikianrupa dengan memastikan pembinaan instrumen pentaksiran adalahberdasarkan satu spesifikasi ujian supaya instrumen yang dihasilkan padasetiap tahun adalah setara.2.3Dari Sudut KebolehlaksanaanFormat yang dicadangkan ini telah mengambil kira aspek-aspek yangmemastikan pentadbiran pentaksiran boleh dilaksanakan.2.4Dari Sudut Penjaminan Kualiti
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...