You are on page 1of 11

TISU OTOT RANGKA

Otot rangka merupakan sejenis otot berstria yang menghubungkan antara satu tulang ke tulang yang lain. Otot rangka digunakan untuk pergerakan dan postur badan, dengan mengenakan daya kepada tulang dan sendi melalui pengecutan.

Otot rangka mengecut secara terkawal melalui stimulasi saraf.

PERKAITAN DENGAN SISTEM OTOT


Sel otot rangka mempunyai bentuk silinder panjang dan nukleus berbilang.
Nukleus otot ini terdapat di bawah membran plasma yang mengosongkan bahagian tengah gentian otot untuk miofibril. Otot ini biasanya mempunyai salah satu hujungnya terlekat kepada tulang pegun seperti skapula, dan hujung satu lagi melintasi sendi dan melekat kepada tulang yang lain seperti humerus

SISTEM OTOT

Komponen Sistem Otot Rangka


(i) Fiber otot
Fiber otot adalah sel-sel otot diameternya boleh mencapai sehingga 100mm dan panjangnya 30-40cm. Setiap fiber berjalur dan mengandungi banyak nucleus.

(ii) Tisu penghubung


Endomisium ~ Setiap fiber otot dilitupi selaput tisu penghubung halus yang dikenali sebagai endomisium Perimisium ~ Perimisium adalah membran berserat yang menyaluti beberapa fiber otot bagi membentuk berkas fiber otot yang dikenali sebagai fasikel. Epimisium ~ Keseluruhan badan otot yang terdiri daripada fasikel-fasikel ini disaluti tisu penghubung kasar yang dikenali sebagai epimisium. Tendon ~ Pada penghujung otot epimisium bersatu untuk membentuk tendon yang melekatkan otot secara tidak langsung kepada tulang. Kartilej atau tisu-tisu penghubung yang lain.

(iii) Tendon
Tisu fiber kolagen yang melekatkan otot kepada tulang. Tendon tidak begitu kenyal ia menghasilkan daya ketegangan yang tinggi.

Jenis-Jenis Otot
rangka

kardiak

licin

Otot-otot ini dapat dibezakan berdasarkan lokasi, struktur dan fungsinya.

Kebolehujaan (irritability/excitability). Kemampuan otot bergerak balas pada rangsangan dengan mudah dan cepat.

Kebolehkuncupan (contractibility). Kemampuan otot untuk memendek apabila menerima rangsangan.

Ciri-Ciri Otot

Kebolehpanjangan (extensibility). Kemampuan otot untuk memanjang melebihi panjang asal.

Kebolehanjalan (elasticity). Kemampuan otot untuk kembali semula kepada panjang asal selepas memendek atau memanjang.

OTOT AKSIAL
Otot aksial termasuk otot kepala dan otot leher.

Otot Leher

OTOT APENDIKULAR
Otot apendikular merangkumi otot bahu, tangan dan kaki.

SISTEM OTOT DAN UMUR

Otot mengalami faktor perubahan mengikut umur yang mana proses kebolehhujaan dan kebolehanjalan berkurangan tindak balasnya. kebolehan otot bergantung kepada faktor umur seseorang individu dan tahap kesihatan mereka. Umur yang muda dan sihat dapat memaksimumkan kebolehupayaan terhadap fungsi otot secara menyeluruh. Manakala umur yang meningkat serta tahap kesihatan yang kurang baik memberi impak kepada tahap kebolehan otot untuk berfungsi dengan baik.

You might also like