You are on page 1of 15

BAHAGIAN A ( 20 markah ) Jawab semua soalan. 1. Manakah kenyataan berikut merupakan prinsip bimbingan dan kaunseling?

A B Diberikan kepada individu yang bermasalah dan memerlukan Kaunselor memberi nasihat dan membimbing klien yang bermasalah tingkah laku C Prinsip kaunseling haruslah berdasarkan keperluan kaunselor menyelesaikan masalah klien D Interaksi dan perhubungan di antara kaunselor dengan klien berdasarkan kemesraan dan kepercayaan

2.

Manakah kenyataan berikut merupakan salah satu etika yang perlu dilakukan oleh kaunselor dalam proses kaunseling? A Memberi maklumat kepada pentadbir sekolah setiap kes murid yang dikendalikan oleh kaunselor B Melaporkan kepada guru disiplin kes murid merokok di dalam kawasan sekolah untuk tindakan selanjutnya C Memberi peluang dan kebebasan kepada klien untuk bercerita dan membuat pilihan sama ada ingin meneruskan atau menamatkan sesi D Merahsiakan semua kes yang diceritakan oleh klien kepada kaunselor semasa proses kaunseling untuk meningkatkan keyakinan klien dalam proses kaunseling

SULIT

3.

Manakah ciri-ciri bimbingan dan kaunseling berkesan yang dapat membantu klien membuat pilihan dan mencari alternatif penyelesaian masalah? I. II. III. IV. A B C D Memberi alternatif dan membuat keputusan untuk klien Berkomunikasi dengan mudah difahami, jujur dan terbuka Menghormati pandangan klien dan menerima klien tanpa syarat Memudahkan klien membuat keputusan yang rasional dan bijaksana

I, II dan III I, II dan IV I, III dan IV II, III dan IV

4.

Apakah peranan guru biasa dalam membantu hal ehwal pengurusan bimbingan dan kaunseling sekolah? A B C Menyimpan rekod sesi dan segala maklumat murid Menjalankan sesi kaunseling individu dan kelompok untuk murid bermasalah Merujuk kepada guru bimbingan di sekolah bagi murid yang memerlukan pertolongan D Melaksanakan ujian dengan menggunakan inventori soal selidik untuk mengenal pasti masalah murid

SULIT

5. Perkembangan dunia teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) turut dialami dalam bidang kaunseling menyaksikan perkhidmatan inventori kaunseling bagi mengenal pasti masalah kanak-kanak secara dalam talian.Banyak pihak yang mengkritik perkhidmatan kaunseling secara dalam talian sebagai tidak sesuai.

Apakah rasional kritikan terhadap penggunaan inventori kaunseling secara dalam talianoleh guru biasa seperti yang dinyatakan di atas? A. B. Panduan yang disediakan tidak lengkap dan sukar difahami Ada gangguan rangkaian internet yang menjejaskan proses penggunaan inventori secara dalam talian C. Kekurangan pengetahuan kaunseling, menyebabkan berlakunya tersalah tafsir sesuatu dapatan dari inventori yang digunakan D. Ada item-item tertentu yang tidak difahami oleh klien mungkin akan menjejaskan keberkesanan perkhidmatan inventori secara dalam talian

6. Teori Pemusatan Perorangan adalah antara teori kaunseling yang sering mendapat perhatian dalam kalangan pengamal-pengamal kaunseling di seluruh dunia. Ini disebabkan oleh ciri-ciri tertentu yang terdapat pada teori ini yang sangat signifikan dalam proses membantu klien.

Manakah antara ciri-ciri berikut bukanmerujuk kepada Teori PemusatanPerorangan oleh Carl Rogers? A. Setiap individu membentuk konsep kendiri yang unik melalui sistem nilai dan kepercayaan diri yang berbeza dengan individu lain B. Kefahaman tingkah laku individu hanya dapat diperoleh melalui proses komunikasi C. Tingkah laku yang di tonjolkan oleh individu adalah selaras dengan konsep kendiri dan kepercayaannya. D. Pengalaman setiap individu juga boleh dihayati dan difahami oleh individu yang lain walaupun mereka tidak mengalami situasi berkenaan.

SULIT

7.

Apakah bentuk peneguhan positif yang terdapat dalam Teori Kaunseling Tingkah Laku? A. B. C. D. Menghina Mengecam Menghalau keluar Memberi penghargaan

8. Murid Y sering gagal dalam pepepriksaan. Beliau selalu menyalahkan guru sebagai faktor kegagalannya. Hakikat sebenar kegagalannya adalah disebabkan oleh faktor dirinya sendiri seperti malas belajar dan tiada kesungguhan. Berdasarkan pernyataan tersebut cuba aplikasikan kaunseling RET yang telah anda pelajari dengan memperincikan tindakan yang perlu dilakukan padaperingkat ketiga. A Membimbing klien supaya mendedahkan tingkah laku emotif dan behavioral di bawah sistem Model ABC B Membina hubungan kaunselor-klien dengan teknik mendengar secara empatik dan membina iklim yang kondusif C Menggunakan teknik pertikai dari semasa ke semasa untuk melatih klien mencabar kepercayaan yang tidak rasionalnya D Membantu klien membezakan kepercayaan rasional dengan kepercayaan tidak rasional, memahami bagaimana kedua-duanya boleh memberikan hasil positif atau negatif

9.

Antara berikut yang manakahkemahiran yang terdapat dalam komunikasi bukan lisan? A B C D Refleksi Kesenyapan Corak tulisan Dorongan minima

SULIT

10.

Berdasarkan ayat-ayat di bawah, manakah respon yang menunjukkan penggunaan kemahiran refleksi perasaan oleh guru bimbingan? A B C D Saya pun berasa begitu semasa saya belajar dulu Nampaknya awak geram dan marah betul pada mereka Jadi awak pendamkan segala kata-kata mereka dalam hati, ya? Awak dituduh berlagak dengan komputer riba baru itu oleh kawan-kawan

11. Guru bimbingan dapat mengesan percanggahan antara apa yang dinyatakan Xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx oleh klien tentang dirinya dengan apa yang dilakukannya. Dengan menggunakan kemahiran konfrantasi, apakahtindakan yang perlu dilakukan oleh guru bimbinganapabila berhadapan dengan pernyataan di atas? A B C D Memahami apa-apa yang akan berlangsung semasa sesi berjalan Menunjukkan kepada klien apa yang sedang berlaku pada diri klien Menyedarkan kanak-kanak bahawa kata-katanya berbeza daripada tindakannya Membantu klien mengenal pasti satu percanggahan, rasionalisasi, helah atau salah interpretasi

12. Ahmad : Fikiran saya terganggu dengan sikap ibu yang tidak mahu berbincang untuk menentukan tempat menyambung belajar saya. Guru Bimbingan : Kamu tidak sangka ibu kamu sanggup membuat kepurusan sendiri tanpa memberitahu kamu dahulu.

Berdasarkan dialog di atas, apakah kemahiran kaunseling yang sesuai digunakan oleh guru bimbingan? A B C D Parafrasa Konfrontasi Refleksi idea Penerokaan kendiri

SULIT

13.

Terapi bermain merupakan pendekatan berstruktur dan teoritikal berasaskan komunikasi normal dan proses pembelajaran kanak-kanak.

Bermain hanya bermakna jika mempunyai ciri-ciri berikut A B C D Bermain dilaksanakan semata-mata untuk kepuasan bermain membawa keseronokan dan tidak dilakukan atas tekanan bermain dipilih secara bebas mengikut kehendak peserta dan tidak dipaksa bermain dapat memberikan kepuasan, keseronokan dan pengalaman pembelajaran

14. Matlamat terapi bercerita membolehkan kanak-kanak yang mengalami pengalaman traumatik memproses pengalaman yang diceritakan.

Prinsip utama kemahiran terapi bercerita ialah A B C mulakan cerita dengan suara yang menarik dan penuh emosi guru harus menghafal isi-isi penting yang terdapat di dalam cerita sebelum memulakan cerita, pastikan murid-murid telah bersedia untuk mendengar cerita D guru harus memilih cerita yang sesuai dengan minat, kebolehan, umur dan pengalaman murid serta objektif penyampaian cerita berkenaan 15. Guru Y merupakan guru bimbingan dan kaunseling di Sekolah Kebangsaan SeriMurni. Beliau mendapati bahawa ada seorang murid menjadi mangsa penderaan di kelas tahun empat. Beliau cuba menggunakan pendekatan biblioterapi dalam sesi kaunseling yang dijalankan dengan murid tersebut. Apakah perincian prosedur pelaksanaan biblioterapi yang perlu diikuti oleh guru Y? A B C D aplikasi analisis sintesis Interpretasi analisis aplikasi analisis aplikasi sintesis intrepetasi aplikasi sintesis intepretasi sintesis penilaian analisis penilaian penilaian interpretasi penilaian

SULIT

16. Di peringkat sekolah, kaunseling kelompok dirumuskan sebagai proses mencari alternatif untuk membantu sekumpulan murid yang menghadapi masalah yang serupa.

Langkah-langkah dalam proses kaunseling kelompok adalah seperti berikut. Susunan yang betul bagi proses kaunseling kelompok ialah I II III IV A B C D I II II I orientasi dan pendedahan kendiri mengenalpasti dan membentuk kumpulan kaunseling kelompok membuat keputusan berdasarkan rumusan mengusulkan alternatif penyelesaian masalah II I I III III III IV II IV IV III IV

17.

Inferioriti kompleks adalah untuk menganalisis sekumpulan idea dan perasaan yang timbul sebagai respons individu berdasarkan kekurangannya. Antara berikut, pernyataan manakah bukan berkaitan dengan inferioriti kompleks?
A B C kehilangan penghargaan diri

mengurung diri tanpa hubungan diluar kekurangan minat terhadap hubungan sosial kedudukan individu dalam sebuah keluarga

SULIT

18.

Siti merupakan seorang pelajar yang sederhana dalam pelajaran. Namun begitu beliau amat aktif dalam bidang kesenian terutama muzik dan nyanyian.Beliau sering mewakili sekolahnya dalam pertandingan seni suara anjuran Jabatan Pelajaran Negeri. Analatikal Ciri-ciri yang dimiliki oleh Siti ada kaitan dengan Model
A B C D realistik investigatif artistik konvensional

19.

Peranan seorang kaunselor dalam kaunseling kelompok ialah gabungan beberapa peranan yang timbul dari interaksi antara personaliti kaunselor dan keperluan kelompok. Pernyataan manakah yang tidak benar mengenai peranan kaunselor dalam kaunseling kelompok
A B C D pemudahcara yang bertindakbalas terhadap kelompok pengarah kaunseling yang menentukan fokus interaksi kelompok pemerhati yang tidak terlibat secara langsung dalam kelompok pakar yang mempunyai sumber ilmu dan kemahiran yang dapat digunakan dalam proses kaunseling

SULIT

20.

Ahli kelompok diuji oleh kaunselor Bahasa yang digunakan banyak berselindung. Ahli sering berbahas tentang peranan masing-masing Menimbulkan sifat degil dan tingkahlaku yang bertentangan Berasa tidak selamat, gemuruh, ragu-ragu

Peringkat di atas merujuk kepada A B C D konflik dan konfrontasi orientasi dan pendedahan kendiri perkembangan hubungan integrasi penghasilan: kejayaan penyelesaian masalah

10

SULIT

No. Kod :

EDU 3017

Angka Giliran : _________________________ BAHAGIAN B ( 40 markah )

Jawab semua soalan. 1. (a) Senaraikan empat jenis perkhidmatan bimbingan dan kaunseling. i. ii. iii. iv. _______________________________________________________ _______________________________________________________ _______________________________________________________ _______________________________________________________ (4 markah)

1.

(b)

Nyatakan aspek-aspek berikut: i. Bimbingan:

_____________________________________________________________ _____________________________________________________________ ii. Kaunseling:

_____________________________________________________________ _____________________________________________________________ iii. Psikoterapi:

_____________________________________________________________ _____________________________________________________________ (6 markah)

11

SULIT

No. Kod : 2. (a)

EDU 3017

Angka Giliran : _________________________

Kemukakan dua tindakan yang boleh dilakukan oleh guru bimbingan dan kaunseling untuk mengumpul maklumat murid. i. _______________________________________________________ _______________________________________________________ _______________________________________________________ ii. _______________________________________________________ _______________________________________________________ _______________________________________________________ (4 markah)

2.

(b)

Jelaskan bagaimana anda sebagai guru kelas dapat mengenalpasti masalah murid dalam bilik darjah?

i.

_______________________________________________________ _______________________________________________________ _______________________________________________________

ii.

_______________________________________________________ _______________________________________________________ _______________________________________________________

iii.

_______________________________________________________ _______________________________________________________ _______________________________________________________ (6 markah)

12

SULIT

No. Kod : 3. (a)

EDU 3017

Angka Giliran : _________________________

Pn Asmah mengenalpasti seorang muridnya yang sangat pendiam dan enggan bercerita tentang masalah keluarga yang dihadapinya. Beliau bercadang untuk menjalankan terapi seni dalam intervensi kaunseling kanakkanak. Berikan justifikasi atas tindakannya menjalankan intervensi ini. i. _______________________________________________________ _______________________________________________________ ii. _______________________________________________________ _______________________________________________________ iii. _______________________________________________________ _______________________________________________________ iv. _______________________________________________________ _______________________________________________________ (4 markah)

3.

(b)

Kanak-kanak seringkali menjadikan bahan-bahan cerita dari pembacaan dan buku bergambar sebagai idea yang baik untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Berikan pendapat anda sejauhmanakah kaedah biblioterapi ini boleh membantu klien. i. _______________________________________________________ _______________________________________________________ _______________________________________________________ ii. _______________________________________________________ _______________________________________________________ _______________________________________________________ iii. _______________________________________________________ _______________________________________________________ _______________________________________________________ (6 markah)

13

SULIT

No. Kod : 4. (a)

EDU 3017

Angka Giliran : _________________________

Jelaskan bagaimana kerjaya seseorang itu dipengaruhi oleh aspek-aspek berikut: i. Personaliti _______________________________________________________ _______________________________________________________ ii. Pencapaian Akademik _______________________________________________________ _______________________________________________________ (4 markah)

4.

(b)

Apakah rumusan yang anda boleh buat tentang pentingnya penilaian individu melalui aplikasi inventori psikologi yang dilaksanakan terhadap murid-murid? i. _______________________________________________________ _______________________________________________________ _______________________________________________________ ii. _______________________________________________________ _______________________________________________________ _______________________________________________________ iii. _______________________________________________________ _______________________________________________________ _______________________________________________________ (6 markah)

14

SULIT

No. Kod :

EDU 3017 BAHAGIAN C ( 40 markah )

Jawab dua soalan sahaja. Teori behavioris dikatakan amat sesuai dan berkesan digunakan pendekatannya di sekolah terhadap murid-murid bermasalah. Teori ini menekankan perubahan tingkah laku manusia. Huraikan dan berikan contoh pandangan teori ini terhadap tingkahlaku manusia. (20 markah) Mendengar secara aktif dapat membantu guru bimbingan berusaha menyediakan murid mereka dengan keceriaan, persekitaran yang positif dan selamat. Apabila murid tahu bahawa guru bimbingan benar-benar mengambil berat tentang apa yang telah diperkatakan, murid akan lebih cenderung untuk mendedahkan masalahnya. Guru bimbingan boleh menggunakan beberapa kemahiran lain dalam kaunseling untuk meningkatkan kemahiran mendengar aktif mereka. Bincangkan sejauhmana kemahiran-kemahiran lain dalam kaunseling dapat membantu meningkatkan kemahiran mendengar aktif guru bimbingan. (20 markah) Jadual menunjukkan rekod pribadi murid Tahun 6 dan latarbelakang masalah yang diberi oleh guru-guru kelas mereka kepada Cikgu Misya selaku guru bimbingan untuk diteliti, diberi perhatian dan seterusnya menjalankan sesi kaunseling kelompok ke atas mereka. Bil Nama Syamsul bin Bari Asim bin Baba Sulong bin Kecik Kupusamy a/l Raja Lim Chong Tong Marni bt Karto Aisyah bt S. Ally Rosnah bt Tam Jan L L L L L P Pekerjaan Bapa Tentera Tiada Bapa Pekebun kecil Pemandu Teksi Peniaga Ikan Penoreh Pengawal Keselamatan Tiada Bapa Ibu Tiada Pembantu Rumah Tiada Tiada Tiada Penoreh Tiada Ibu Peneroka Latar Belakang Masalah Lemah dalam membaca dan menulis. Pencapaian akademik lemah dan selalu ponteng sekolah. Agak pasif dan tidak menyertai aktiviti sekolah dan bilik darjah

1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8.

Dari maklumat di atas, di dapati murid-murid tersebut telah menghadapi masalah perkembangan yang serius. Dengan merujuk kepada kelebihan kaunseling kelompok yang telah anda pelajari, cadangkan secara terperinci bagaimana anda dapat membantu mereka? (20 markah)

15

SULIT

You might also like