You are on page 1of 11

Kemahiran Belajar

Pelajaran merupakan aset yang paling berharga bagi diri kita dan boleh diumpamakan seperti satu pelaburan. Pernahkah anda terfikir bagaimana untuk mencapainya? Tepuk dada tanya selera... Baiklah, di sini ada beberapa tips kemahiran belajar.

Bijak Belajar
Langkah -langkah Bijak Menjelang Peperiksaan 1. Bertenang dan melapangkan fikiran. 2. Melakukan ulang kaji bagi topik-topik yang penting. 3. Tidur yang mencukupi.. 4. Menjaga kesihatan diri. 5. Menjaga pemakanan dengan memakan makanan yang berkhasiat dan berzat. 6. Bagi pelajar Islam, perbanyakkan sembahyang hajat . 7. Membuat dan membaca nota-nota ringkas. 8. Mengadakan senaman kesihatan fizikal untuk mengeluarkan peluh. 9. Beriadah dan berekreasi di tempat-tempat yang sesuai kerana badan yang cergas akan meransang kecerdasan otak. 10. Meminta doa dan restu ibu bapa dan guru-guru. 11. Belajar pada waktu yang difikirkan sesuai. 12. Mengkaji bentuk-bentuk soalan peperiksaan dengan bantuan guru dan rakan-rakan. 13. Menjawap soalan yang sama seperti format peperiksaan sebenar. 14. Datang lebih awal ke dewan peperiksaan sebelum peperiksaan bermula. 15. Menyediakan segala kelengkapan peperiksaan yang diperlukan. 16. Bersarapan sebelum masuk ke dewan peperiksaan dengan sarapan yanag berzat supaya tenaga fizikal dan minda cukup untuk menghadapi peperiksaan. 17. Elakkan mengadakan perbincangan tentang topik-topik hangat atau kaedah menjawap sebelum dan selepas peperiksaan. 18. Mematuhi arahan peperiksaan yang telah ditetapkan. 19. Membaca dengan teliti setiap arahan yang terdapat pada setiap kertas soalan. 20. Menjawap soalan berpandukan soalan yang telah dipilih. 21. Pastikan pelajar menjawap semua soalan yang dikemukakan mengikut arahan yang dinyatakan.

Panduan Belajar
Kaedah Belajar Berkesan 1. 2. 3. 4. Semasa di kelas, berikan tumpuan sepenuhnya kepada proses pengajaran guru. Sentiasa bersoal-jawab dengan guru dalam hal-hal pelajaran. Membaca setiap nota yang diberikan oleh guru. Membuat latihan-latihan yang disediakan oleh guru serta mencari latihan-latihan tambahan dari buku-buku latihan. 5. Memahami apa yang dibaca. 6. Membuat nota ringkas untuk semua mata pelajaran. 7. Menggunakan kaedah, simbol dan tanda-tanda tertentu untuk memudahkan pembelajaran. 8. Belajar menggunakan komputer untuk mendapatkan kefahaman tambahan. 9. Mengadakan kumpulan perbincangan bagi semua mata pelajaran. 10. Mendapatkan pengetahuan daripada pelbagai bahan rujukan sama ada buku,majalah, akhbar dan internet. 11. Mempelajari teknik-teknik menjawab soalan setiap mata pelajaran. 12. Meneliti dan menganalisis trend soalan-soalan peperiksaan yang lalu. 13. Berfikir secara kreatif dan berani memberi idea. 14. Mendapatkan nasihat guru dalam segala masalah yang dihadapi tentang pelajaran dan pembelajaran.

Teknik Belajar Berkesan


(Oleh : Juiptri@tm.net.my)

Pengenalan
Bagi mereka yang telah berjaya dengan cemerlang,beberpa pendekatan belajar telah diamalkan. Para pengkaji teknik belajar telah juga menghasilkan beberapa pendekatan pembelajaran yang berkesan. Terpulang kepada kita sebagai pelajar untuk mengikuti teknik mana yang paling sesuai dan paling mudah difahami. Untuk membantu pelajar di sini terdapat beberapa teknik belajar akan diutarakan.

Teknik Belajar 5R-STUV


1. 2. 3. 4. 5. [salin semula] Rework all model 5 x [buat semula contoh/cepat/5x] Recite out loud Repeatedly [lafaz kuat berulang kali] Recheck [semak semula] Reasonnablenes [jawapan berpatutan/sebaliknya]
Recopy

1. 2. 3. 4.

S-sumarize T-test your self U-use V-visualize

[ringkaskan nota penting] [uji diri anda] [gunakan] [bayangkan selalu]

Teknik Belajar Secara Pembayangan


Kita mempunyai apa yang dinamakan otak kanan dan otak kiri. Otak kiri melibatkan pemikiran bercorak 'akademik' seperti perkataan, nombor, kebolehan saintifik, matematik, bahasa, analisisi dan penggunaan tangan kanan. Otak kanan pula melibatkan aktiviti bersangkutan irama, imaginasi, warna, khayalan, ilham, corak, dimensi dan penggunaan tangan kiri. Persoalan yang timbul adakah kita menggunakan kedua-dua bahagian otak dengan bijaksana. Umpamanya adakah kita selalu menggunakan otak kanan kita untuk menghayalkan pelajaran atau atau adakah ia selalu digunakan untuk menghayalkan dan mengimaginasi masalah peribadi, angan-angan kosong, dendam, hasad-dengki,amalan ilmu hitam dan perasaan yang tidak berhubungkait dengan pelajaran. Jika otak bahagian kanan ini belum lagi digunakan sepenuhnya untuk mengkhayalkan pelajaran, maka masanya telah tiba kita mengkikis semua khayalan dan imaginasi kosong dan segerakan gunakan setiap saaat yang ada untuk khayalan digunakan untuk membayangkan pelajaran.

Teknik Belajar PV3R


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Preview (tinjauan awal) Question (soal diri) Read & Underline (Baca,garis dan tanda) Recite & write (lafaz dan tulis nota) Review (tinjauan akhir) Sumarize (ringkaskan) Test your self (uji diri anda) Use (gunakan) Visualize (bayangkan)

Pengurusan Masa
Rahsia-rahsia di sebalik pengurusan masa pelajar cemerlang. 1. Masa sebelum tidur - masa berbaring sebelum tidur. Amalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari telunjuk di atas tilam.

2. Masa terbangun di tengah malam( Belajar seperti No.1) 3. Masa bangun tidur. Subuh/pagi.Bayangkan pelajaran semalam. 4. Masa ke tandas waktu pagi (ingatkan perkara yang terlupa) 5. Masa ke tandas waktu malam (sama seperti No.4) 6. Masa bercermin (Lekatkan Nota penting Dekat cermin) 7. Masa sarapan pagi (Baca selembar dua suratkhabar) 8. Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri-sifir dan formula) 9. Masa menunggu bas (Ulangkaji kad nota atau bayangkan) 10. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian/cepat) 11. Masa berjalan ke sekolah ( Tanya diri pasal sifir , formula dan lain-lain lagi) 12. Masa sampai awal pagi ke sekolah ( ulangkaji harian/cepat) 13. Masa menunggu cikgu yang terlewat(ulangkaji cepat) 14. Masa rehat (ke perpustakaan baca ringkas buku-buku) 15. Masa sebelum pulang (Lwatkan pulang buat kerja rumah) 16. Masa berjalan pulang ( tanya diri pasal sifir) 17. Masa berada dalam bas ( baca kad nota) 18. Masa rehat selepas makan (baca novel/majalah) 19. Masa rehat selepas maka n malam (Baca rencana akhbar dan lain-lain) 20. Masa menonton tv (melukis rajah-rajah, peta, tulis formula dan lain-lain)
* MASA TERPENTING DALAM PEMBELAJARAN CEMERLANG MASA BELAJAR WAKTU SUBUH.

Lain-lain masa yang perlu diurus. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Masa ditelipon-pendekan perbualan Semasa membantu ayah dan ibu (belajar cara bayangan) Masa menunggu doktor (ulangkaji kad Nota) Masa berjalan dipersekitaran sekolah (tanya/jawab diri anda) Masa mesyuarat (ulangkaji kad nota sebelum mesyuarat) Masa mendengar radio(kurangkan masa) Masa menunggu kawan (ulangkaji kad nota) Masa pelawat ke rumah (jika ramai, belajar di perpustakaan)

Jika anda mengamalkan masa-masa belajar ini dengan betul dan disiplin, pasti anda akan berjaya dengan cemerlang.

7 Cara Cemerlangkan Otak


1. 2. 3. 4. 5. Positive mental attitude & positive physical action. Air-clean air for the brain. Mental Challenges for the brain. Food for the brain. Exercise for the brain.

6. Sleep for the brain. 7. Meditation & power brain.

Amalan Peningkatan Daya Ingatan


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. Faham. Jarakkan/pecahkan masa belajar. Lafazkan isi penting dengan cara yang kuat. Percaya pada diri sendiri. Ulang berkali-kali. Guna kata kunci, kata isyarat. kata rahsia & ungkapan lucu. Ulangkaji semasa berbaring sebelum tidur & semasa bangun tidur. Bayangkan selalu (20 peringkat masa cemerlang). AMALKAN SEMOGA BERJAYA

Kata-kata Motivasi
Fahami dan hayatilah setiap kata-kata peransang ini semoga anda dapat menyemarakkan semangat ingin terus berusaha dalam merealisasikan impian anda. Sesiapa yang mempunyai kebolehan akan berjumpa landasan yang tepat. - Charles Cahier Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka. - Charles Cahier Semua yang dicapai oleh manusia dan yang gagal dicapai olehnya adalah kesan langsung pemikirannya. - James Allen Menyimpang seinci, rugi seribu batu. - Peribahasa Cina Rahsia kejayaan adalah ketekalan matlamat. - Benjamin Disraeli Perbaiki diri anda, tetapi jangan jatuhkan orang lain. - I. Salanter Lipkin

Pengiktirafan dan ganjaran datang kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang baik dalam perbuatannya. - Aristotle Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya. - Albert Camus Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya. - Marcus Aurelius Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah. - Jose Joaquin Olmedo Tiada manusia yang berjaya dalam semua yang dilakukannya dan kewujudan kita ini sebenarnya mesti menempuh kegagalan. Yang penting ialah kita tidak menjadi lemah semasa kegagalan itu terjadi dan kekalkan usaha hingga ke akhir hayat. - Joseph Conrad Manusia tidak merancang untuk gagal, mereka gagal untuk merancang. - William J. Siegel Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah. - Philip Massinger Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah. - Lao Tze Kegagalan adalah asas kemenangan - Lao Tze Jika tujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah. - Lao Tze Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran. - Flower A. Newhouse Masa depan itu dibeli oleh masa sekarang. - Samuel Johnson Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. - Cecil B. DeMille

Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari alasan. - Peribahasa Arab Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. - Peribahasa Melayu Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakannya. - Confucius Seseorang yang melakukan kesalahan dan tidak membetulkannya telah melakukan satu kesalahan lagi. - Confucius

Resepi Kejayaan
Bahan-bahannya;

250 gm Daya usaha 100 gm Kesabaran 100 gm Keimanan 190 gm Keinsafan 150 gm Pengorbanan 150 gm Campuran akhlak mulia ( boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna ) 8 sudu the rasa tanggungjawab 200 gm senyum secukup rasa

Cara-cara membuatnya: Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit . Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Ia perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Hiaslah dengan senyum yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada. U/p : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar unutk dibuat, syabas kepada sesiapa jua yang berjaya melaksanakan dengan baik.

Panduan Mencatat Nota


Pengenalan
Nota adalah merupakan bahan yang dicatat oleh seseorang pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Mencatat nota perlu kerana anda tidak perlu mengingat semua apa yang telah dipelajari. Nota menjadi bahan rujukan apabila kita terlupa sesuatu maklumat atau fakta. Mencatat nota adalh satu seni. Nota yang sistematik, tersusun dan dalam bentuk yang menarik, dapat meningkatkan daya ingatan pelajar dan keberkesannya dalam proses pembelajaran. Kemahiran ini boleh dipelajari dan diperbaiki dengan usaha, latihan dan minat pelajar-pelajar. Oleh itu, seorang pelajar seharusnya mencari dan berusaha untuk mempraktikan teknik-teknik dan selok belok untuk menyediakan nota yang bermutu.

Mengapa perlu Membuat nota ?


1. Semasa mencatat nota, anda menggunakan otak untuk berfikir secara kritis, analitik, dan kreatif untuk menapis isi-isi penting semasa cikgu mengajar atau semasa sedang membaca. 2. Dapat membantu pelajar mengimbau kembali apa yang telah diipelajari daripada guru atau apa yang kita baca. 3. Nota merupakan rekod kekal yang boleh dirujuk bila-bila masa atau apabila terlupa. 4. Mencatat nota adalah satu kaedah berkesan untuk pengukuhan. 5. Nota membolehkan pelajar tidak perlu mengingat semua yang telah dipelajari. 6. Nota yang telah disediakan pada peringkat awal boleh membantu pelajar membuat rujukan akhir sebelum menghadapi peperiksaan.

Nota daripada buku teks


Pelajar yang menganggap mencatat nota daripada buku teks hanya membuang masa , haruslah berfikir semula. Mencatat nota daripada buku teks atau rujukan ada banyak kelebihannya. Misalnya: 1. Membantu pelajar memhami pelajaran 2. Berguna jika tidak mampu membeli buku rujukan 3. Dapat melatih berfikir dapat memningkatkan penguasaan berfikir dalam sesuatu topik.

Teknik Mencatat Nota


Berikut ada beberapa panduan di mana pelajar boleh menggunakannya untuk mencatat nota: 1. Buat persediaan yang lengkap-misalnya pen,pensil,kertas dan buku. 2. Tuliskan tajuk nota yang hendak dibuat. 3. Kenalpasti kata kunci. Gunakan formula [4 w + h]

What

[Apa]

Why When Where How

[kenapa] [bila] [di mana] [bagaimana]

4.

Catatkan isi-isi penting sahaja seperti definisi, keterangan dan penjelasan.

5. Lukiskan gambarajah atau carta yang sesuai.

Ciri-Ciri Nota Yang Baik


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Terdiri daripada isi-isi penting [utama]. Nota biarlah terang, kemas dan mudah dibaca. Nota ditulis di dalam buku catatan yang khas untuk sesuatu mata pelajaran. Catatkan isi-isi penting sahaja dengan menggunakan ayat sendiri. Gunakan dalam bentuk point, elakan menyalin ayat yang panjang. Kalau perlu gunakan kependekan ejaan yang anda boleh faham. Gunakan pen pelbagai warna untuk menarik perhatian mata dan minda anda seterusnya membawa kepada penumpuan ketika membaca.

Langkah-langkah belajar efektif adalah mengetahui


diri sendiri kemampuan belajar anda proces yang berhasil anda gunakan, dan dibutuhkan minat, dan pengetahuan atas mata pelajaran anda inginkan

Anda mungkin belajar fisika dengan mudah tetapi tidak bisa belajar tenis, atau sebaliknya. Belajar apapun, adalah proces untuk mencapai tahap-tahap tertentu. Empat langkah untuk belajar. Mulai dengan cetak halaman ini dan jawab pertanyan-pertanyaannya. Lalu rencanakan strategi anda dari jawaban-jawabanmu, dan dengan "Pedoman Belajar" yang lain. Mulai dengan masa lalu Apakah pengalaman anda tentang cara belajar? Apakah anda What was your experience about how you learn? Did you

senang membaca? memecahkan masalah? menghafalkan? bercerita? menterjemah? berpidato? mengetahui cara menringkas? tanya dirimu sendiri tentang apa yang kamu pelajari?

meninjau kembali? punya akses ke informasi dari banyak sumber? menyukai ketenangan atau kelompok belajar? memerlukan beberapa waktu belajar singkat atau satu yang panjang?

Apa kebiasaan belajar anda? Bagaimana tersusunnya? Yang mana terbaik? terburuk? Bagaimana anda berkomunikasi dengan apa yang anda ketahui belajar paling baik? Melalui ujian tertulis, naskah, atau wawancara? Teruskanke masa sekarang Berminatkah anda? Berapa banyak waktu saya ingin gunakan untuk belajar? Apa yang bersaing dengan perhatian saya? Apakah keadaannya benar untuk meraih sukses? Apa yang bisa saya kontrol, dan apa yang di luar kontrol saya? Bisakah saya merubah kondisi ini menjadi sukses? Apa yang mempengaruhi pembaktian anda terhadap pelajaran ini? Apakah saya punya rencana? Apakah rencanaku mempertimbangkan pengalaman dan gaya belajar anda? Pertimbangkan proses, persoalan utama Apa judulnya? Apa kunci kata yang menyolok? Apakah saya mengerti? Apakah yang telah saya ketahui? Apakah saya mengetahui pelajaran sejenis lainnya? Sumber-sumber dan informasi yang mana bisa membantu saya? Apakah saya mengandalkan satu sumber saja (contoh, buku)? Apakah saya perlu mencari sumber-sumber yang lain? Sewaktu saya belajar, apakah saya tanya diri sendiri jika saya mengerti? Sebaiknya saya mempercepat atau memperlambat? Jika saya tidak mengerti, apakah saya tanya kenapa? Apakah saya berhenti dan meringkas? Apakah saya berhenti dan bertanya jika ini logis?

Apakah saya berhenti dan mengevaluasi (setuju/tidak setuju)? Apakah saya membutuhkan waktu untuk berpikir dan kembali lagi? Apakah saya perlu mendiskusi dengan "pelajar-pelajar" lain untuk proces informasin lebih lanjut? Apakah saya perlu mencari "para ahli", guruku atau pustakawan atau ahliawan? Buat review Apakah kerjaan saya benar? Apakah bisa saya kerjakan lebih baik? Apakah rencana saya serupa dengan "diri sendiri"? Apakah saya memilih kondisi yang benar? Apakah saya meneruskannya; apakah saya disipline pada diri sendiri? Apakah anda sukses? Apakah anda merayakan kesuksesan anda?

You might also like