/  122
 
Mukadimah
Kitab ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama membentang sifat-sifatyang wajib ada pada setiap orang Muslim supaya dengan sifat-sifat tersebut ia benar- benar menjadi seorang Muslim.Bahagian pertama ini menjelaskan syarat-syarat yang wajib ada pada setiap orang yangmenggabungkan dirinya dengan agama Islam.Sebenarnya ramai dari manusia ini menjadi Muslim kerana hobi atau dilahirkan olehkedua orang ibu bapanya yang memang beragama Islam. Mereka ini pada hakikatnyatidak memahami makna menggabungkan diri dengan Islam. Mereka juga tidamengerti tentang tuntutan-tuntutan dari penggabungan ini. Lantaran inilah anda dapatmelihat mereka berada di satu pihak manakala Islam pula berada di pihak yang lain.Matlamat dari bahagian ini adalah untuk menjawab seluruh persoalan-persoalan ini disamping menerangkan perkara-perkara yang dituntut oleh Islam ke atas seseorangMuslim supaya penggabungan mereka ke dalam agama Islam menjadi penggabunganyang sah dan benar seterusnya ia menjadi seorang Islam yang benar. Firman Allah:
مكاس وه ميهربإ ميبأ ةل جرح ن ن!د ف ميلع  ا مكات وه ا قح ل ف دها ءدش وو ميلع 7ديش وسر وي ذه ف  ن ل>و?ء الص ويف ا ىلع ص م ىو> مف مكاو وه لاب وصتع اكز
Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dialahyang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya) dan Dia tidak menjadikankamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Dia menamakan kamu: Orang-orang Islam semenjak dahulu dan didalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yangmenerangkan kebenaran perbuatan kamu dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yangsalah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang dan berilah zakat, serta berpegang teguhlahkamu kepada Allah! Dialah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya)Dialah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan. (Surah Al-Hajj 22: Ayat 78)Bahagian kedua buku ini pula menerangkan kewajipan beramal untuk menegakkanIslam dan kewajipan menggabungkan diri dengan Harakah Islamiyah. Bahagian ini juga menerangkan ciri-ciri atau sifat-sifat Harakah Islamiyah, sasaran matlamatnya,cara-cara pergerakannya, falsafahnya, cara atau jalan kerjanya serta sifat-sifat yangwajib ada pada diri orang yang menggabungkan diri dengannya.Perlu disebutkan di sini bahawa segala peristiwa yang berlaku di dunia Islam secaraumum dan di negara-negara Arab secara khusus, merupakan satu bukti besar bahawaumat Islam sedang hidup dalam keadaan kekosongan yang terlalu parah dalam berbagailapangan kehidupan.Dalam beberapa waktu yang genting ini umat Islam telah melalui pengalaman yang begitu pahit di mana telah banyak sistem (peraturan) hidup dan prinsip-prinsip pegangan mereka telah gugur lenyap. Banyak gerakan-gerakan dan ramai pula pemimpin yang turut gugur tercicir apabila berhadapan dengan cabaran-cabaran masakini kerana gerakan dan pimpinan berkenaan tidak mempunyai asas-asas persediaanyang membolehkan mereka terus kekal dan berterusan.
 
Semua sistem, prinsip, gerakan dan pimpinan berkenaan gugur lenyap kerana ia tidak lebih dari slogan-slogan kosong lagi palsu, tidak punya nilai dan mutu.Ia gugur lenyap kerana ia tidak asli dan tidak tulen. Ia tidak langsung menggambarkankeperibadian umat ini. Malah ia adalah sesuatu yang asing, dicipta dan diimport kenegara-negara umat Islam sebagaimana kita mengimport pakaian dan sarung kaki,sebab itulah ia tidak kekal lama. Dalam waktu yang singkat sahaja ia telah tumpas dandengan cepat pula terbongkarlah keburukan-keburukannya.Lantaran kelemahan dan keburukan itu seluruh umat telah menolaknya. Ia ditolakerana ia adalah asing bagi umat Islam, tidak serasi dengan dasar-dasar pegangan dankeyakinan mereka.Perbandingan keadaannya adalah seperti jantung atau hati yang digantikan padaseseorang. Dalam tempoh yang singkat sahaja terasalah kesakitan dan penderitaan.Tidak lama kemudian jasad itu akan mati dan hancur.Inilah keadaan yang benar-benar berlaku di kalangan masyarakat umat Islam di waktumereka sendiri menyedari bahawa mereka berada dalam keadaan lemah dan sakit. Namun demikian mereka tidak berfikir tentang apa yang patut mereka lakukan untuk memperbaiki keadaan tersebut. Sebaliknya mereka terus mengimport dasar-dasar dansistem-sistem ciptaan manusia yang disangkanya baik, sedangkan dasar-dasar dansistem tersebut penuh dengan racun keburukan, kehancuran, krisis, kerosakan dankeruntuhan.Rancangan peringkat pertama berakhir dengan (kejayaan) menanamkan fahaman peradaban barat dan pemikiran Kapitalisme di dalam pemikiran umat Islam. Akibatnyatimbullah barah-barah yang merosakkan setiap bidang kehidupan masyarakat, ekonomi, politik dan lain-lain. Penyakit barah ini telah merosakkan keperibadian umat,mengkucar-kacirkan pemikiran, merosakkan akhlak dan akhir sekali menyediakankeadaan dan suasana masyarakat Islam yang membawa kepada ketewasan pertamadalam tahun 1948.Walau bagaimana pahit sekalipun pengalaman dan buruknya keadaan yang menimpamereka, namun umat Islam masih tetap dalam belenggu tawanan kekalahan dankeciciran, terus dicengkam perasaan, tertipu pula oleh slogan-slogan yang penuhdengan kepalsuan dan keindahan zahir yang memukau, keadaan sebeginilah yangmenyebabkan umat Islam menerima kekalahan buat kali kedua, ketiga, keempat danseterusnya kekalahan demi kekalahan.Semua sistem-sistem yang melaungkan slogan-slogan pembangunan, revolusi, persamaan dan lain-lain tidak pernah memberi sebarang faedah malah keakraban persahabatan dengan golongan tersebut tidak sedikitpun dapat menolak bencana yangmendatang.Ketewasan yang dialami pada tahun 1948 adalah berpunca daripada mengikuti telunjuk  barat, kemudian ketewasan berikutnya dalam tahun 1967 adalah berpunca darimengikuti aliran politik yang berfahaman kiri.Umat Islam telah keluar dari peristiwa-peristiwa ini dengan penuh pengalaman dukadan menyayatkan sehingga mereka tidak lagi mempercayai orang-orang yang cubamemberi harapan untuk mereka, malah kepercayaan mereka kepada para pemimpin, pembesar, aliran-aliran dan parti-parti turut musnah sama sekali.Lantas adakah umat Islam telah sedar setelah mereka sendiri mengalami peristiwa- persistiwa ini?

Share & Embed

More from this user

Add a Comment

Characters: ...