You are on page 1of 6

Menurut Freud, apa yang berlaku pada zaman kanak-kanak akan mempengaruhi perkembangan pada peringkat berikutnya.

Pengalaman yang berkait rapat dengan trauma dan konflik pada peringkat awal kanak-kanak akan memberikan kesan jangka masa panjang. Freud berpendapat bahawa perkembangan emosi manusia adalah berkait rapat dengan perkembangan fizikalnya. Menurut kajiannya, perkembangan emosi setiap individu boleh dibahgikan kepada 5 peringkat.

Peringkat oral ( 0-1 tahun) Peringkat oral bermula dari kanak-kanak 0 hingga 1 tahun. Ciri-ciri:

Memperoleh kepuasan dari belajar menghisap, menggigit dan menelan selepas umur 8 bulan.

Personaliti terbentuk daripada pengalamannya.

Kanak-kanak yang tidak mendapat kepuasan menggigit dan menghisap akan membentuk personaliti yang agresif dan suka mengejek orang lain apabila besar.

Peringkat anal (13 tahun) Peringkat anal bermula dari kanak-kanak 1 hingga 3 tahun. Ciri-ciri:

Memperoleh kepuasan daripada aktivti membuang najis

Kanak-kanak akan belajar cara-cara menawal pembuangan air besar dan kecil bertujuan untuk mendapat perhatian.

Sifat bersih, kemas dan berjimat akan dapat dipupuk pada peringkat ini jika mereka dididik dengan cara yang sesuai.

Kanak-kanak ini akan membantuk personality jenis pemarah jika diberi latihan tandas yang tegas.

Peringkat falik ( 3-6 tahun) Peringkat anal bermula dari kanak-kanak 3 hingga 6 tahun. Ciri-ciri

Kanak-kanak sudah mengenali jantina mereka sendiri

Keadaan ini dpat dilihat mereka memegang kawasan kemaluan mereka sendiri.

Pada kanak-kanak perempuan, keadaan ini dinamakan elektra kompleks. Kanak-kanak perempuan akan tertarik kepada ibu bapanya dan cuba meniru gaya gaya ibunya untuk mendapat perhatian ayahnya.

Kanak-kanak lelaki akan mengalami keadaan oedipus kompleks iaitu lebih tertarik kepada ibunya. Kanak-kanak lelaki ini akan cuba meniru gaya bapanya untuk menarik perhatian ibunya.

Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah mula pandai membela diri dalam mengatasi maslah penyelesaian.

Peringkat latensi (6-11 tahun) Peringkat latensi bermula dari kanak-kanak 6 hingga 11 tahun. Ciri-ciri

Peringkat ini dikenali dengan nama peringkat pendaman.

Keinginan seksual kanak-kanak terpendam untuk sementara waktu.

Kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan dan mula sibuk dengan aktiviti persekolahan

( sumber : http://www.youtube.com/watch?v=t9QSgXVfy84&feature=player_embedded )

Kanak-kanak perlu diberi peluang bergaul bagi memenuhi keperluan sosial mereka.

Kanak-kanak yang tidak diberi peluang begaul akan merasa tidak puas berkawan apabila besar nanti dan mereka akan sukar bergaul, suka mengasingkan diri,, suka menarik diri dan merasa diri terkongkong.

Peringkat genital ( 12 tahun ke atas) Peringkat genital bermula dari kanak-kanak 12 tahun ke atas. Ciri-ciri

Pada peringkat ini, kanak-kanak memasuki alam remaja.

Mereka mula menunjukkan minat rakan sebaya yang berlainan jantina.

Mereka mula memikirkan isu seperti dating, perkahwinan serta tentng kerjaya dan keluarga.

Pada saat ini, kelenjar-kelanjar klamin sudah mula berfungsi dan alat-alat kelamin melalui proses perkembangan serta berfungsi sebagai sumber kenikmatan dan kepuasan.

Berdasarkan ketiga-tiga teori dapat disimpulkan bahawasanya tahap perkembagan kanak-kanak adalah berbeza dari pelbagai sudut seperti fizikal, kognitif, emosi & sosial walaupun masing-masing melalui peringkat pertumbuhan yang sama.Perkembangan dan pertumbuhan seseorang kanakkanak juga di pengaruhi oleh persekitaran.jika baik persekitaran yang di bina maka pertumbuhan dan perkembangan seseorang kanak-kanak juga baik.Selain itu juga pertumbuhan dan perkembangan seseorang kanak-kanak juga di pengaruhi oleh peranan ibu bapa dan guru,Ibu bapa atau guru seharusnya seiring dan bekerjasama dalam merancang sesuatu perkara bagi membantu pencapaian pertumbuhan kanak-kanak secara optimum , supaya tahap perkembangan dan pertumbuhan kanak-kanak berkembang seiring.

Sehubungan itu, semua keperluan dan kepentingan dalam pertumbuhan dan perkembangan dapat dipenuhi oleh kanak-kanak dengan baik.ibu bapa dan guru perlu menyediakan keperluan yang baik bagi membantu kanak-kanak dalam pertumbuhan dan perkembangan mereka,semua keperluan dan kepentingan terhadap kanak-kanak adalah saling berkaitan.penyedian terhadap keperluan dalam mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan seseprang kanak-kanak haruslah perlu di titik beratkan dari aspek keselamatan dan kualiti sesuatu perkara agar perkara tersebut memberi kepentingan kepada kanak-kanak tersebut.

Penyediaan sesuatu keperluan haruslah jaga berdasarkan tahap perkembangan kanak-kanak. Sebagai contoh apabila kanak-kanak tersebut baru pandai mengayauh basikal ,maka ibu bapa perlu menyediakan sebuah basikal yang beroda tiga. Hal ini kerana kanak-kanak tersebut baru pandai menggunakan basikal dan baru pandai mengayuh.oleh itu amat bahaya jika ibu bapa membiarkan kanak-kanak tersebut mengayuh basikal tanpa sokongan. Kanak-kanak tersebut masih berada pada tahap rendah dalam menguasai kemahiran tersebut. Oleh itu penyediaan terhadap sesuatu keperluan untuk kanak-kanak harus menitikberatkan keselamatan dan kepentingannya.

http://lp.ilivid.com/?appid=418 Menurut Freud personality manusia terdiri daripada tiga bahagian; id, ego dan superego.

Id ialah personaliti tidak sedar yang menekankan kepuasaan serta-merta tapi inginkan keseronokan ketahap maksima. Id tempat menyimpan segala keinginan manusia dan ia didorong oleh tenaga labido ( seks ) yang mengandungi desakan asas.

Ego ialah bahagian personaliti yang logis serta teratur. Ego mengawal Id supaya Id tidak mengawal norma-norma hidup.

Superego ialah bahagian personaliti yang bermoral. Superego berkembang secara beransur-ansur sejak kanak-kanak ketika berinteraksi dengan ibubapa atau gurunya.

Superego akan menghantar maklumat kepada Ego dan Ego kepada Id. Mengikut Freud, setiap kanak-kanak berkembang melalui lima peringkat;

Peringkat Oral ( lahir- 18 bulan )

Kanak-kanak perlukan kasih sayang dan kepuasan dari ibubapa daripada aktiviti menghisap ( sebelum 18 bulan ) dan menggigit ( selepas 18 bulan ).

Peringkat anal atau dubur ( 2- 4 tahun )

Kanak-kanak telah bersedia dan mengawal fungsi biologi seperti membuang air. Kepuasan bukan lagi melalui aktiviti mulut tetapi melalui pembuang najis. Kanak-kanak akan memberi perhatian lebih terhadap kawalan buang air kecil dan besar supaya diterima dan dikasih oleh ibubapa.

Peringkat falik atau kubul ( 4- 6 tahun )

Pada peringkat ini kanak-kanak selalu memegang organ kejantinaan untuk mendapatkan kepuasaan. Kanak-kanak telah mula mempunyai perasaan terhadap ibubapa sendiri . Kanak-kanak lelaki terhadap ibu sendiri dan mudah berlaku konflik Oedipus sementara kanak-kanak perempuan berlaku konflik Elektra. Oleh itu ibubapa mesti memain peranan penting dalam mengawal dan memenuhi perasaan supaya konflik tidak berlaku.

Peringkat pendaman ( 6- 12 tahun )Pada peringkat ini kasih sayang dan keberahian telah bertukar kepada rakan sebaya. Kanak-kanak yang berjaya mengatasi dan mengawal perasaan ini boleh menjadi orang yang baik.

Peringkat kejantinaan ( 12 tahun ke atas ). Peringkat ini dikatakan awal remaja, mereka mula menaruh minat terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina. Menurut Freud, tenaga seks ( labido ) akan mendorong individu menaruh minat terhadap individu di luar keluarga mereka.

You might also like