You are on page 1of 24

KAJIAN KEPERLUAN KEMUDAHAN PELAJAR DI UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, KAMPUS SERIISKANDAR, CAWANGAN PERAK DARUL RIDZUAN

DISEDIAKAN OLEH: EN. MOHAMED NOOR BIN MOHID EN. ASZHAR BIN AB RAHMAN EN. IDRUS BIN ABD SHUKOR

DISEMBER 2003

COPYRIGHT @ UiTM

Tarikh : 20 N O V E M B E R 2003 N o . fail projek : BRC 01/03

Ketua Biro Penyelidikan dan Perundingan (BRC) Universiti Teknologi M A R A ( U i T M ) 40 450, Shah Alam Selangor Darul Ehsan

Prof,

LAPORAN AKHIR PENYELIDIKAN KEPERLUAN KEMUDAHAN PELAJAR'

Merujuk perkara di atas, Penyelidikan bertajuk

bersama-sama ini disertakan 3 (tiga) naskah Laporan Akhir Kemudahan Pelajar' oleh kumpulan penyelidik

'Keperluan

daripada U i T M , Cawangan Perak untuk makluman tuan.

Yang benar,

EN. M O H A M E D NOOR B I N MOHID Ketua Projek Penyelidikan

COPYRIGHT @ UiTM

KUMPULAN PENYELIDIK

EN. MOHAMED NOOR BIN MOHID Ketua Projek Penyelidikan

Tandatangan

EN. ASZHAR BIN AB RAHMAN Penyelidik

Tandatangan

EN. IDRUS BIN ABD SHUKOR Penyelidik

Tanaatangan

COPYRIGHT @ UiTM

PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi membolehkan Penyelidikan ini disiapkan dengan sempurna.

D i antaranya :

Prof. Madya Dr. Mohd Yussof Izuddin M o h d A l i , P C M , A C M .

(Pengarah Kampus UiTM, Cawangan Perak, 2002)

Prof. Madya H j . A b d Ghani Othman

(Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik UiTM, Cawangan Perak, 2002)

Ketua-ketua Program U i T M , Cawangan Perak 2002 / 2003

Hjh. Dr. Rodzyah M o h d Yunus

(Ketua Biro Penyelidikan dan Perundingan

UiTM, Cawangan

Perak)

En. Mohamad Faizi B i n Rathwan

(Pemhantu

Penyelidik)

Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah, U i T M , Cawangan Perak 2002 / 2003

dan

Semua Pelajar-pelajar yang terlibat sesi Disember 2002 - April 2003 Yang telah bersama-sama menjayakan penyelidikan - Terima Kasih ini.

COPYRIGHT @ UiTM

ABSTRAK

Penyediaan kemudahan pelajar amatlah penting di dalam mempengaruhi proses pendidikan serta mencorak kehidupan para pelajar sebagai warga IPT. Terbahagi kepada dua ketegori kemudahan iaitu kemudahan akademik dan kemudahan bukan akademik. Penyediaan kemudahan yang tidak mencukupi atau tidak disediakan kemudahan dan kemampuan kemudahan berkenaan untuk menyokong atau membantu kemajuan pelajar sama ada di kampus ataupun di kolej telah menjadi fokus utama kajian ini dijalankan. Kajian meliputi 510 responden dari beberapa fakulti dan program di UiTM, Kampus Seri Iskandar, Cawangan Perak Darul Ridzuan. Tujuan kajian adalah untuk mengenalpasti tahap kepuasan serta kepentingan penyediaan kemudahan sama ada di kampus atau di kolej yang menjadi subjek utama untuk diberi penekanan di dalam kajian ini bagi melihat sejauhmana keberkesanan penyediaannya kepada para pelajar. Penggunaan sistem pengkalan data dan analisis indeks kepentingan dan kepuasan digunakan bagi menjalankan analisis sehingga penemuan hasil kajian. Penggunaan indeks akan dapat menentukan tahap serta nilai kemudahan apabila ianya disusun mengikut hirarki indeks berkenaan. Hasil penemuan telah mendapati beberapa isu serta masalah berkaitan penyediaan kemudahan berkenaan, cadangan responden untuk meningkatkan penyediaan kemudahan dan hirarki kepentingan serta kepuasan kemudahan yang disediakan. Berdasarkan kepada penemuan, cadangan lebih menjurus kepada peningkatan dan penambahbaikan beberapa kemudahan untuk lebih memberi kemudahan serta keselesaan kepada para pelajar dan juga warga UiTM yang lain. Hirarki kepentingan dan kepuasan pula akan dapat membantu pihak pengurusan mengenalpasti tahap serta nilai kemudahan yang telah disediakan dan juga menyediakan tindakan susulan bagi memperbaiki atau menambah keperluan kemudahan.

COPYRIGHT @ UiTM

Abstrak Senarai Isi Kandungan Senarai Rajah Senarai Jadual Senarai Foto

i ii
v

viii

KANDUNGAN

M/S

1.0 2.0 3.0

PENGENALAN ISU - ISU LATAR MATLAMAT DAN OBJEKTIF

1 2

3.1 3.2
4.0

MATLAMAT OBJEKTIF

3 3

PENDEKATAN KAJIAN

4.1 4.2 4.3 4.4

4.5

4.6
5.0

PEMBENTUKAN MATLAMAT, OBJEKTIF DAN SKOP KAJIAN KAJIAN TEORITIKAL KAWASAN KAJIAN KAJIAN LAPANGAN 4.4.1 Sampel 4.4.2 Alat Pengukuran 4.4.3 Skop Kajian ANALISIS 4.5.1 Pengkalan Data 4.5.2 Index Kepentingan Dan Tahap Kepuasan Pengguna PEMBENTUKAN CADANGAN DAN RUMUSAN

3 4 4 6 6 6 7 7 8

KAJIAN TEORITIKAL

5.1

5.2

DEFINISI DAN ISTILAH 5.1.1 Definisi Kemudahan 5.1.2 Definisi Pelajar 5.1.3 Definisi Kepuasan KEPENTINGAN DAN PERANAN KEMUDAHAN DI INSTITUT PENGAJIAN TINGGI 5.2.1 Kemudahan Penginapan 5.2.2 Kemudahan Kelas / Bilik Kuliah / Studio 5.2.3 Kemudahan Bengkel 5.2.4 Kemudahan Perpustakaan 5.2.5 Kemudahan Galeri 5.2.6 Kemudahan Makmal Komputer 5.2.7 Kemudahan Teknologi Pendidikan 5.2.8 Kemudahan Sukan / Rekreasi 5.2.9 Kemudahan Unit Latihan dan Perundingan Rekabentuk (DTUC)

11 11 11

12 12 13 13 14 14 15 15 17

ii

COPYRIGHT @ UiTM

6.0

LATARBELAKANG KAJIAN

6.1 6.2 6.3


7.0

SEJARAH RINGKAS UiTM, CAWANGAN PERAK FAKULTI KOD PROGRAM

18 20 20

ANALISIS KEPERLUAN KEMUDAHAN AKADEMIK PELAJAR

7.1

7.2

7.3

7.4

KEMUDAHAN STUDIO 7.1.1 Penyediaan Kerusi Meja Dan Kerusi Studio 7.1.2 Keperiuan Ruang Studio 7.1.3 Penyediaan Peralatan Bantuan Mengajar 7.1.4 Susunatur Perabot Studio KEMUDAHAN KELAS / BILIK KULIAH 7.2.1 Penyediaan Kerusi / Meja 7.2.2 Keperiuan Ruang Bilik Kuliah 7.2.3 Penyediaan Peralatan Bantuan Mengajar KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN 7.3.1 Kualiti Bahan Bacaan / Rujukan Bersesuaian Mengikut Program 7.3.2 Kuantiti Bahan Bacaan / Rujukan 7.3.3 Keadaan Bahan Bacaan / Rujukan 7.3.4 Susunan Buku 7.3.5 Kepelbagaian Bahan Bacaan / Rujukan KEMUDAHAN MAKMAL KOMPUTER 7.4.1 Tahap Penyediaan Makmal Komputer 7.4.2 Keperiuan Ruang Makmal Komputer

21 23 24 25 26 28 28 30 31 32 32 33 35 39

8.0

ANALISIS KEPERLUAN KEMUDAHAN BUKAN AKADEMIK PELAJAR

8.1

8.2

8.3

8.4

KEMUDAHAN PENGINAPAN 8.1.1 Kemudahan Bilik Penginapan 8.1.2 Kenapa Pelajar Tidak Berminat Tinggal Di Kolej Pada Hujung Minggu KEMUDAHAN SUKAN / RIADAH 8.2.1 Penyediaan Alatan Sukan / Riadah 8.2.2 Peruntukan Masa Menggunakan Peralatan Sukan / Riadah 8.2.3 Penyelenggaraan Peralatan Sukan / Riadah 8.2.4 Pengurusan Kemudahan Sukan / Riadah KEMUDAHAN MEDAN SELERA / 'CAFE' 8.3.1 Penyediaan Kemudahan Medan Selera / 'Cafe' 8.3.2 Penyediaan Meja / Kerusi Di Medan Selera / 'Cafe' 8.3.3 Harga Barangan Di Jual 8.3.4 Tahap Kebersihan KEMUDAHAN SAMPINGAN 8.4.1 Kemudahan Institusi Perbankan 8.4.2 Kemudahan Pos Mini 8.4.3 Kemudahan Pengangkutan Awam

40 43 45 46 47 48 49 49 50 50 51 52 53

9.0

HASIL PENEMUAN

9.1

PENEMUAN 1 : ISU DAN MASALAH YANG DIKENALPASTI 9.1.1 Rasa Tanggungjawab Pelajar Mengenai Penyediaan Kemudahan 9.1.2 Statistik Penggunaan Perpustakaan 9.1.3 Kekurangan Kerusi / meja di Medan Selera / 'Cafe' 9.1.4 Ketidakpuasan Pelajar Mengenai Kemudahan Sampingan iii

55 55 55 56

COPYRIGHT @ UiTM

9.2

9.3

9.4

9.5

9.6
10.0

PENEMUAN 2 : HIRARKI KEPENTINGAN DAN KEPUASAN TERHADAP PENYEDIAAN KEMUDAHAN 9.2.1 Senarai Nilai Kepentingan dan Tahap Kepuasan Mengikut Kemudahan Yang Di Kaji 57 9.2.2 Susunan Jenis Kemudahan Mengikut Indeks Kepentingan 58 9.2.3 Susunan Jenis Kemudahan Mengikut Indeks Kepuasan 59 PENEMUAN 3: PANDANGAN RESPONDEN TERHADAP PERANAN PIHAK UiTM BAGI MENANGANI MASALAH BERKAITAN KEMUDAHAN PELAJAR 60 PENEMUAN 4 : CADANGAN PELAJAR BERKAITAN KEPERLUAN KEMUDAHAN AKADEMIK 9.4.1 Cadangan Mempertingkatkan Kemudahan Dan Suasana Di Studio 62 9.4.2 Cadangan Mempertingkatkan Kemudahan Dan Suasana Bilik Kuliah 63 9.4.3 Cadangan Mempertingkatkan Kemudahan Dan Suasana Perpustakaan 64 9.4.4 Cadangan Memperbaiki Kemudahan Dan Suasana Makmal Komputer 66 PENEMUAN 5: CADANGAN PELAJAR BERKAITAN KEPERLUAN KEMUDAHAN BUKAN AKADEMIK 9.5.1 Cadangan Mempertingkatkan Kemudahan dan Suasana Bilik Penginapan 67 9.5.2 Cadangan Mempertingkatkan Pengurusan Kemudahan Sukan / Riadah 69 9.5.3 Cadangan Untuk Penyediaan Kemudahan Sampingan 70 RINGKASAN CADANGAN 72
74

KESIMPULAN

iv

COPYRIGHT @ UiTM

SENARAI RAJAH

RAJAH 4.1 RAJAH 4.2 RAJAH 8.1 RAJAH 9.1

Pelan Induk Kawasan Kampus UiTM, Cawangan Perak Carta Proses Kajian Keperluan Kemudahan Pelajar UiTM Tahap minat pelajar untuk tinggal di asrama pada hujung minggu Pandangan pelajar mengenai peranan pihak UiTM bagi menangani masalah berkaitan kemudahan pelajar Cadangan responden bagi mempertingkatkan kemudahan dan suasana studio Cadangan responden bagi mempertingkatkan kemudahan dan suasana bilik kuliah Cadangan responden bagi mempertingkatkan kemudahan dan suasana perpustakaan Cadangan responden bagi memperbaiki kemudahan dan suasana makmal komputer Cadangan responden bagi mempertingkatkan kemudahan dan suasana blik penginapan Cadangan responden bagi mempertingkatkan pengurusan kemudahan sukan / riadah Cadangan responden mengenai penyediaan kemudahan sampingan

5 9 43

60

RAJAH 9.2

62

RAJAH 9.3

63

RAJAH 9.4

65

RAJAH 9.5

66

RAJAH 9.6

68

RAJAH 9.7

69 71

RAJAH 9.8

SENARAI JADUAL

JADUAL 4.1 JADUAL 5.1

Indeks / skala bagi nilaian kepentingan dan tahap kepuasan. Masa penggunaan kemudahan sukan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

17 20 20

JADUAL 6.1 JADUAL 6.2 JADUAL 7.1 JADUAL 7.2

Jumlah responden mengikut fakulti. Jumlah responden mengikut program. Nilai kepentingan dan tahap kepuasan responden mengikut keadaan kerusi / meja di studio. Nilai kepentingan dan tahap kepuasan responden mengikut bilangan kerusi / meja di studio. Nilai kepentingan dan tahap kepuasan responden mengikut keperluan ruang studio.

22 22

JADUAL 7.3

23

COPYRIGHT @ UiTM

JADUAL 7.4

Nilai kepentingan dan tahap kepuasan responden mengikut penyediaan peralatan bantuan mengajar. Nilai kepentingan dan tahap kepuasan responden mengikut susunatur perabot studio. Nilai kepentingan dan tahap kepuasan responden mengikut penyediaan kerusi / meja di bilik kuliah. Nilai kepentingan dan tahap kepuasan responden mengikut susunatur perabot. Nilai kepentingan dan tahap kepuasan responden mengikut keperluan ruang bilik kuliah. Nilai kepentingan dan tahap kepuasan responden mengikut penyediaan peralatan bantuan mengajar.

24

JADUAL 7.5

25

JADUAL 7.6

26

JADUAL 7.7

27

JADUAL 7.8

28

JADUAL 7.9

28 29

JADUAL 7.10 JADUAL 7.11 JADUAL 7.12

Jumlah pelajar yang menggunakan perpustakaan. Nilai kepentingan dan tahap kepuasan responden mengikut tahap penyediaan bahan bacaan di perpustakaan. Nilai kepentingan dan tahap kepuasan responden mengikut kuantiti bahan bacaan / rujukan. Nilai kepentingan dan tahap kepuasan responden mengikut keadaan bahan bacaan / rujukan.

30 31

JADUAL 7.13

32 32

JADUAL 7.14 JADUAL 7.15

Nilai kepentingan dan tahap kepuasan responden mengikut susunan buku. Nilai kepentingan dan tahap kepuasan responden mengikut kepelbagaian bahan bacaan / rujukan.

33 34

JADUAL 7.16 JADUAL 7.17 JADUAL 7.18 JADUAL 7.19

Jumlah responden yang menggunakan kemudahan makmal komputer Nilai kepentingan dan tahap kepuasan responden mengikut peluang menggunakan kemudahan makmal komputer. Nilai kepentingan dan tahap kepuasan responden mengikut bilangan komputer yang disediakan. Nilai kepentingan dan tahap kepuasan responden mengikut perisian yang disediakan. Nilai kepentingan dan tahap kepuasan responden mengikut penyediaan peralatan mencetak, memplot dan 'scanner'. Nilai kepentingan dan tahap kepuasan responden mengikut caj bagi perkhidmatan mencetak dan memplot. Nilai kepentingan dan tahap kepuasan responden mengikut susunatur komputer.

35 36 37

JADUAL 7.20

37

JADUAL 7.21

38

JADUAL 7.22

39

COPYRIGHT @ UiTM

VI

JADUAL 7.23

Nilai kepentingan dan tahap kepuasan responden mengikut keperluan ruang makmal komputer. Nilai kepentingan dan tahap kepuasan responden mengikut penyediaan perabot di bilik penginapan. Nilai kepentingan dan tahap kepuasan responden mengikut susunatur di dalam bilik. Nilai kepentingan dan tahap kepuasan responden mengikut corak agihan warna. Nilai kepentingan dan tahap kepuasan responden mengikut kebersihan bilik penginapan. Faktor-faktor pendorong kenapa pelajar tidak berminat tinggal di kolej pada hujung minggu Nilai kepentingan dan tahap kepuasan responden mengikut penyediaan peralatan sukan. Nilai kepentingan dan tahap kepuasan responden mengikut peruntukkan masa menggunakan peralatan sukan / riadah. Nilai kepentingan dan tahap kepuasan penyelenggaraan peralatan sukan / riadah. responden mengikut

39

JADUAL 8.1

40

JADUAL 8.2

41

JADUAL 8.3

41

JADUAL 8.4

42

JADUAL 8.5

43

JADUAL 8.6

45

JADUAL 8.7

46

JADUAL 8.8

47

JADUAL 8.9

Nilai kepentingan dan tahap kepuasan responden mengikut pengurusan kemudahan sukan / riadah. Tahap penyediaan kemudahan medan selera /'cafe' Tahap penyediaan meja / kerusi di medan selera / 'cafe'. Kesesuaian harga jualan yang disediakan oleh peniaga di medan selera / 'cafe'.

48 49 49

JADUAL 8.10 JADUAL 8.11 JADUAL 8.12

50 50

JADUAL 8.13 JADUAL 8.14 JADUAL 8.15

Pandangan responden mengikut tahap kebersihan medan selera / 'cafe'. Nilai kepentingan dan tahap kepuasan responden mengikut penyediaan kemudahan institusi perbankan. Nilai kepentingan dan tahap kepuasan responden mengikut penyediaan kemudahan pos mini. Nilai kepentingan dan tahap kepuasan responden mengikut penyediaan kemudahan pengangkutan awam. Senarai hasil penemuan yang merangkumi pendapat dan cadangan responden.

51 52

JADUAL 8.16

53

JADUAL 9.1

54 56 57

JADUAL 9.2 JADUAL 9.3

Indeks / skala bagi nilaian kepentingan dan tahap kepuasan Senarai indeks bagi keperluan kemudahan akademik

COPYRIGHT @ UiTM

VII

JADUAL 9.4 JADUAL 9.5 JADUAL 9.6 JADUAL 9.7

Senarai indeks keperluan kemudahan bukan akademik. Senarai jenis kemudahan mengikut indeks kepentingan. Senarai jenis kemudahan mengikut indeks kepuasan. Pandangan pelajar mengenai peranan pihak UiTM bagi menangani maslah berkaitan kemudahan pelajar. Cadangan responden bagi mempertingkatkan kemudahan dan suasana studio Cadangan responden bagi mempertingkatkan kemudahan dan suasana bilik kuliah Cadangan responden bagi mempertingkatkan kemudahan dan suasana perpustakaan ' Cadangan responden bagi memperbaiki kemudahan dan suasana makmal komputer Cadangan responden bagi mempertingkatkan kemudahan dan suasana bilik penginapan Cadangan responden bagi mempertingkatkan pengurusan kemudahan sukan / riadah. Cadangan responden mengenai penyediaan kemudahan sampingan Ringkasan cadangan yang telah dirangkumkan mengikut kategori kemudahan

58 58 59

60

JADUAL 9.8

62

JADUAL 9.9

63

JADUAL 9.10

64

JADUAL 9.11

66

JADUAL 9.12

67

JADUAL 9.13

69 71 73

JADUAL 9.14 JADUAL 9.15

SENARAI FOTO

FOT0 5.1

Salah satu aktiviti bersukan iaitu seni pertahankan diri yang boleh dilakukan secara 'indoor' atau di dalam dewan. Aktiviti sukan seperti ragbi memerlukan padang yang luas dan kemudahan lain. Suasana di dalam studio Jabatan Perancangan Bandar Dan Wilayah. Terdapat kemudahan kerusi / meja, 'partition' dan kipas angin di dalamnya. Suasana di dalam studio Jabatan Bangunan. Terdapat kemudahan kerusi / meja dan kipas angin di dalamnya. Suasana di dalam studio Jabatan Senibina. Penggunaan ruang yang digunakan secara optimum oleh pelajar. Suasana di dalam studio Jabatan Rekabentuk Dalaman. Terdapat penggunaan 'partition' di dalam studio bagi mengasingkan ruang kerja antara pelajar. viii

17

FOTO 5.2

17

FOTO 7.1

23

FOTO 7.2

23

FOTO 7.3

24

FOTO 7.4

24

COPYRIGHT @ UiTM

FOTO 7.5

Suasana dan susunatur perabot di dalam studio Jabatan Senilukis dan Senireka. Suasana dan penyediaan perabot di dalam kelas Diploma Pengurusan Pejabat. Dilengkapi juga dengan alat bantuan mengajar dan kipas angin. Bangunan perpustakaan induk UiTM, Kampus Perak yang tersergam indah. Perpustakaan lama yang dijadikan perpustakaan FSPU di bangunan blok FSPU. Suasana dan kemudahan yang terdapat di dalam makmal komputer yang digunakan pelajar Diploma Komputer Sains dengan penyediaan komputer serta perabot yang baru. Suasana dan penyediaan perabot di dalam bilik di Blok Siswa. Suasana dan penyediaan perabot di dalam bilik di Blok Siswi. Keadaan kemas dan bersih didalam salah sebuah bilik pelajar siswi. Stor peralatan sukan yang diselenggarakan oleh Unit Sukan. Keadaan padang bola sepak yang tidak rata, sering bertakung dan terdapat sesetengah kawasan tidak dilitupi* rumput. Keadaan padang hoki yang berlopak dan terdapat permukaan diliputi tanah merah masih perlu ditingkatkan penyelenggaraan Keadaan gelanggang bolatampar dan takraw yang tidak rata sering menakungkan air dan permukaan yang berdebu. Kelihatan pelajar menggunakan jalan utama kerana tiadanya laluan pejalan kaki di sediakan dan keadaan ini membahayakan pengguna.

25

FOTO 7.6

27

FOTO 7.7

30

FOTO 7.8

30

FOTO 7.9

35 43 43 43 45

FOTO 8.1 FOTO 8.2 FOTO 8.3 FOTO 8.4 FOTO 8.5

47

FOTO 8.6

47

FOTO 8.7

47

FOTO 9.1

70

ix

COPYRIGHT @ UiTM

1.0

PENGENALAN

Kajian 'Keperluan Kemudahan Pelajar' telah dijalankan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Seri Iskandar, Cawangan Perak dengan melibatkan beberapa fakulti dan kursus seperti Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur, Fakulti Senilukis dan Senireka, Fakulti Pengurusan dan Teknologi Pejabat, Fakulti Sains Komputer dan Kuantitatif dan Fakulti Perakaunan. Memandangkan pembangunan dan perkembangan yang pesat di UiTM Seri Iskandar, perlulah dijalankan kajian bagi melihat sejauh mana keberkesanan penyediaan kemudahan terhadap pelajar-pelajar. Kajian dijalankan adalah untuk mengenalpasti keperluan-keperluan

kemudahan yang dikehendaki oleh para pelajar samada dari aspek kemudahan akademik atau kemudahan bukan akademik. Hasil daripada kajian juga akan dapat diketahui nilai

kepentingan dan tahap kepuasan pelajar di atas penyediaan kemudahan untuk pelajar di UiTM Seri Iskandar.

Di dalam menjalankan kajian ini, telah dikenalpasti beberapa kepentingan antaranya; -

Memastikan pelajar-pelajar UiTM Seri Iskandar memperolehi kemudahan-kemudahan yang memenuhi kehendak dan keperluan pendidikan didalam proses pembelajaran.

Memberikan peluang kepada pihak Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan Hal Ehwal Akademik (HEA) memperbaiki dan mempertingkatkan penyediaan kemudahan yang bersesuaian untuk belajar.

Mengeratkan lagi perhubungan dan juga memupuk sikap kerjasama dan mesra di antara pelajar dan juga pihak UiTM dalam aspek pembelajaran, kerohanian dan sosial.

Mengenalpasti kelemahan dan kekurangan di dalam satu-satu unit pengurusan untuk diperbaiki dan dipertingkatkan tahap pengurusan mereka.

Asas untuk mengenalpasti sesuatu penemuan adalah bergantung kepada nilai kepentingan dan tahap kepuasan yang dikemukakan oleh responden terhadap sesuatu aspek. Setiap nilai kepentingan dan tahap kepuasan mempunyai asas untuk menentukan nilai dan tahap berkenaan. Nilai kepentingan diambil untuk mengetahui kepentingan sesuatu kemudahan samada ianya sangat penting atau kurang penting bagi keperluan pelajar. Kepuasan mengenai penyediaan kemudahan diambil daripada tahap kepuasan tertinggi dan yang terendah sahaja untuk melihat perbezaannya.

COPYRIGHT @ UiTM

Keperiuan kemudahan akademik dan bukan akademik di IPT adakalanya amat mempengaruhi corak kehidupan pelajar sebagai seorang warga IPT samada di tempat pengajian, di kolej kediaman mahupun ketika berada di luar kampus. Malah dengan menyediakan keperiuan kemudahan berkenaan juga dapat membantu peningkatan prestasi pelajar berkenaan secara optimum.

Menurut Ismail (1982), berdasarkan perbincangan Douglas dan Urban menegaskan corak hidup dapat didefinisikan sebagai :"Those unique ingredients or qualities which describe the style of life of some culture or group and distinguish it from others. It embodies the patterns that develop and

emerge from the dynamics of living ini society."

Sehubungan dengan definisi di atas, corak hidup responden boleh merangkumi pola-pola kehidupan pelajar yang menggambarkan aktiviti-aktiviti mereka di dalam dan di luar IPT dan minat mereka terhadap perkara-perkara tertentu yang bersabit dengan tugas atau peranan sebagai seorang pelajar.

2.0

ISU - ISU LATAR

Menurut Ismail (1982), masyarakat telah menerima kehadiran mahasiswa / siswazah sebagai golongan intelektual dan berilmu. Kajian ini menyentuh aspek-aspek penyediaan kemudahan di UiTM hasil dari pemantauan awal untuk menguji alat-alat pengukuran yang akan digunakan untuk kajian lanjutan. Oleh yang demikian, hasil pemantauan yang telah dikenalpasti telah menjadi asas kepada kajian yang dijalankan :-

2.1

Tidak ada atau tidak disediakan kemudahan yang boleh mencapai 'standard' keperiuan pendidikan.

2.2

Kemudahan yang disediakan tidak mencukupi bagi menampung keperiuan keseluruhan pelajar UiTM, Cawangan Perak.

2.3

Kemudahan yang disediakan tidak merangkumi keperiuan pelajar samada bagi tujuan akademik atau bukan akademik.

2.4

Kemudahan yang disediakan tidak mampu menjadi pendorong atau menyokong kepada kemajuan pelajar serta keselesaan pelajar di kolej.

2.5 2.6

Kemudahan yang disediakan ketinggalan masa, agak lama dan telah rosak. Mengenalpasti punca-punca pelajar tidak berada di kolej pada hujung minggu.

COPYRIGHT @ UiTM

3.0

MATLAMAT DAN OBJEKTIF

3.1

MATLAMAT

Matlamat Kajian Keperluan Kemudahan Pelajar UiTM ini adalah untuk mengenalpasti tahap kepuasan dan nilai kepentingan penyediaan kemudahan sediada di UiTM , Kampus Seri Iskandar, Cawangan Perak di dalam membantu meningkatkan pembelajaran pelajar.

3.2

OBJEKTIF

Beberapa objektif telah digariskan bagi menjalankan kajian ini, antaranya ialah ;a. b. Menjalankan kajian awalan bagi membentuk struktur soalselidik. Mengenalpasti kemudahan-kemudahan pelajar sediada yang terdapat di Kampus Seri Iskandar, Cawangan Perak. c. d. e. f. Mengenalpasti kemudahan-kemudahan yang dianggap penting oleh pelajar. Mengenalpasti kekurangan kemudahan yang diperlukan oleh pelajar. Mengenalpasti sasaran kajian iaitu para pelajar daripada pelbagai program. Membentuk cadangan berdasarkan analisis serta penemuan dapat membantu pihak UiTM bagi tindakan susulan di dalam aspek penyediaan kemudahan-kemudahan yang menepati kehendak pelajar.

4.0

PENDEKATAN KAJIAN

Kajian Keperluan Kemudahan Pelajar UiTM dilaksanakan mengikut pendekatan yang diringkaskan dalam rajah 4.2. Proses kajian meliputi peringkat-peringkat berikut ;-

4.1

PEMBENTUKAN MATLAMAT, OBJEKTIF DAN SKOP KAJIAN

Setelah ditentukan tajuk kajian serta asas perjalanan kerja, perlulah dibentuk matlamat, objektif dan skop kajian bagi menentukan arah kajian berkenaan.

COPYRIGHT @ UiTM

4.2

KAJIAN TEORITIKAL

Pada peringkat ini, lebih tertumpu pada kajian teoritis dari aspek definisi, kategori kemudahan IPT, pengurusan dan Iain-Iain perkara dikumpulkan melalui buku-buku, laman internet dan pengamatan yang lalu. Data-data sekunder seperti senarai fakulti, senarai program, jumlah pelajar dan Iain-lain maklumat dikumpulkan.

4.3

KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian adalah di dalam kawasan UiTM Kampus Sri Iskandar, Cawangan Perak yang dipilih sebagai lokasi kajian, pemilihan subjek kajian dan juga pemilihan sampel kajian. Kampus UiTM ini terletak di dalam Daerah Perak Tengah, Negeri

Perak Darul Ridzuan. Di sekitar kampus telah terdapat pembangunan seperti Stesen Pemancar dan Komunikasi TLDM, Bandar Baru Sri Iskandar, Taman Teknologi, kawasan pentadbiran daerah dan kawasan komersil. Kampus ini juga terletak lebih kurang 35 km dari Bandaraya Ipoh, 25 km dari Bandar Batu Gajah dan 40 km dari Bandar Lumut.
(Rujuk Rajah 4.1)

COPYRIGHT @ UiTM

COPYRIGHT @ UiTM

KAJIAN LAPANGAN

Berdasarkan objektif yang dibentuk, kajian lapangan yang dijalankan hanyalah menggunakan kaedah soalselidik.

4.4.1

Sampel Seramai 510 responden (berdasarkan 10 peratus dari jumlah mahasiswa UiTM, Cawangan Perak) yang telah disampelkan mengikut fakulti yang telah ditetapkan. setengah. Pengutipan data telah dijalankan selama hampir sebulan

4.4.2

Alat Pengukuran Bahagian A Latarbelakang pelajar / responden sebagai asas membentuk 'profail' responden yang telah disampelkan. Bahagian B Satu penilaian keperluan kemudahan pelajar bahagian akademik yang dijadikan asas pengkelasan berdasarkan tingkat penilaian mereka yang bernilai 1 ( tidak tahu / tidak berkaitan) hingga 5 (sangat penting / sangat berpuashati) Bahagian C Satu penilaian keperluan kemudahan pelajar bahagian bukan akademik yang dijadikan asas pengkelasan berdasarkan tingkat penilaian mereka yang bernilai 1 ( tidak tahu / tidak berkaitan) hingga 5 (sangat penting / sangat berpuashati)

4.4.3

Skop Kajian Terdapat beberapa kategori kemudahan yang terdapat di dalam kajian soalselidik pelajar ini. lanya menyentuh kemudahan; Kemudahan studio Kemudahan kelas / bilik kuliah Kemudahan perpustakaan Kemudahan makmal komputer Kemudahan bilik penginapan Kemudahan sukan / riadah Kemudahan medan selera / 'cafe' Lain-lain kemudahan sampingan yang berkaitan 6

COPYRIGHT @ UiTM

4.5

ANALISIS

4.5.1

Pengkalan Data

Kesemua data (sekunder dan primer) dikemaskini ke dalam pengkalan data berkomputer atau 'data base' dengan menggunakan perisian SPSS Ver. 11.0

4.5.2

Indeks Kepentingan Dan Tahap Kepuasan Pengguna

Analisis indeks kepentingan dan juga analisis indeks kepentingan dan kepuasan pelajar akan digunakan untuk mengolah dan menilai tahap penyediaan kemudahan sediada di UiTM. Analisis ini dijadikan panduan untuk mengenalpasti kelemahan dan kelebihan kemudahan sediada.

Kaedah pengiraan bagi penentuan indeks kepentingan dan kepuasan x f fx Efx Ef = = = = nombor / bilangan sesuatu nilai yang disusun jumlah sampel yang diperolehi bagi setiap nilai jumlah sampel x nombor / bilangan jumlah fx jumlah sampel hasil berkenaan adalah mewakili indeks nilai dan tahap
:.-:'X,V'
BIL
i.;,,"

.f.^V.

* * * Ef

fx
f x * * * * Efx =indeks

01 02 03 04

NILAI / TAHAP * * * *

JUMLAH

, , , Efx...,.-

..

Hasil indeks berkenaan akan dibundarkan kepada nilai terhampir bagi memudahkan pengkelasan sesuatu tahap / nilai mengikut skala di setiap kelas yang telah ditentukan. Berikut adalah jadual yang menunjukkan skala bagi pengkelasan tahap / nilai yang telah di tentukan :-

COPYRIGHT @ UiTM

JADUAL BIL. 1 2 3 INDEKS/ SKALA < 1.49 1.50-2.49 2.50 >

4.1

Indeks / skala bagi nilaian kepentingan dan tahap kepuasan


BtL 1 2 3 4 INDEKS/ SKALA < 1.49 1.50-2.49 2.50 - 3.49 >3.50 TAHAP KEPUASAN Tidak b e r p u a s hati langsung Tidak begitu berpuashati Berpuashati Sangat berpuashati

NILAI KEPENTINGAN Tidak begitu penting Penting S a n g a t penting

Setiap nilaian akan diambil 2 titik perpuluhan untuk lebih menentukan ketepatan sesuatu nilai. Jika indeks / skala berkenaan di bundarkan, maka ia akan dikira pada bilangan yang terhampir dari 1 hingga 3 bagi nilaian kepentingan dan 1 hingga 4 bagi tahap kepuasan.

Apabila sesuatu indeks / skala adalah kurang daripada 1.49, maka ianya adalah hampir kepada nilai '1'. Sekiranya sesuatu nilaian yang diperolehi terletak diantara indeks / skala 1.50 hingga 2.49, apabila dibundarkan nilai yang terhampir adalah '2'. Indeks / skala 2.50 hingga 3.49 adalah hampir dengan nilai '3' dan sekiranya melebihi 3.50 ianya adalah hampir dengan nilai '4'.

4.6

PEMBENTUKAN CADANGAN DAN RUMUSAN

Penemuan daripada analisis tersebut akan menjadi asas pengumpulan pendapat dan cadangan untuk mempertingkatkan dan memperbaiki setiap kemudahan bersesuaian dengan keperluan dan kehendak Warga UiTM terutamanya pelajar.

Laporan Kajian Keperluan Kemudahan Pelajar UiTM ini akan dimaklumkan kepada pihak pengurusan UiTM untuk ulasan serta tindakan selanjutnya.

COPYRIGHT @ UiTM

RAJAH 4.2

Carta Proses Kajian Keperiuan Kemudahan Pelajar UiTM

PEMBENTUKAN MATLAMAT DAN OBJEKTIF

SAMPEL Seramai 510 merangkumi pelbagai program KAEDAH PENGUKURAN Bahagian A - profail responden Bahagian B - penilaian bahagian akademik Bahagian C - penilaian bahagian bukan akademik

KAJIAN TEORITIKAL sssssssraafi'

Kemudahan studio ' Kemudahan kelas / bilik kuliah Kemudahan perpustakaan Kemudahan makmal komputer ; Kemudahan bilik penginapan Kemudahan sukan / riadah Kemudahan medan'selera/'cafe! Lain-lain kemudahan sampingan v
:

Pengkalan data (data base) menggunakan SPSSVer 110 , . Indeks tahap kepentingan pelajar" '' . Indeks tahap,kepuasan pelajar * '

mm

'.7->.

PEMBENTUKAN CADANGAN DAN RUMUSAN

COPYRIGHT @ UiTM

KAJIAN TEORITIKAL

Berdasarkan penulisan Omar Mohd Hashim didalam buku PENDIDIKAN - Persoalan, Penyelesaian dan Harapan (1993), perlulah menggunakan istilah institusi 'pendidikan' dan bukannya institusi 'pelajaran' kerana maksud 'pelajaran' adalah salah satu fungsi institusi pendidikan. Omar (1993) melihat dari skop pendidikan, sekolah sebagai institusi pendidikan, tugas dan matlamatnya adalah lebih meluas dan meliputi tiga aspek penting iaitu : Akademik Kokurikulum Tatasusila

Setiap satu daripada ketiga-tiga aspek berkenaan adalah sama pentingnya sehingga tidak satu pun dianggap lebih utama daripada yang lain. Peranan institusi pendidikan perlu

mencapai ke satu tahap yang lebih tinggi, baik dari segi kuantitatif mahupun kualitatif iaitu dalam ketiga-tiga aspek yang telah dinyatakan di atas. Ini bermaksud, pencapaian yang tinggi dari segi kuantitatif dan kualitatif memerlukan bukan sahaja tenaga, kemahiran pengurusan, penyediaan kemudahan tetapi juga unsur-unsur profesionalisme yang tinggi.

Untuk merealisasikan tugas serta peranan pendidikan secara berkesan, ia memerlukan perancangan, perlaksanaan, penyeliaan dan penilaian yang teliti sepanjang masa. Dalam satu-satu masa yang tertentu, keempat-empat perkara yang dinyatakan itu menjadi tugas individu di dalam organisasi pendidikan berkenaan samada dari peringkat ketua / pengarah / pengetua hinggalah kepada murid-murid / pelajar / mahasiswa. Namun adakalanya

pengembelengan individu ke dalam kumpulan amat perlu bagi menjayakan sesuatu perancangan. Pihak atasan dalam organisasi pendidikan bersama-sama dengan golongan pelajar bekerjasama di dalam sesuatu agenda untuk merealisasikan pandangan dan harapan supaya pencapaian pendidikan mampu sampai ke tahap yang terulung.

10

COPYRIGHT @ UiTM

DEFINISI DAN ISTILAH

5.1.1

Definisi Kemudahan

Perkataan 'kemudahan' adalah berasal daripada kata asal - 'mudah' yang bermaksud tidak susah, tidak sukar, tidak ada kesulitan, lancar, enteng, cepat, senang dan selesa. 'Kemudahan' pula membawa maksud

keentengan, keselesaan, kelonggaran, kelicinan, kesenangan, kelapangan, kesederhanan, keinginan, kelegaan dan kelawasan (Zainal Abidin, 1995). Kemudahan juga bermaksud fasilitet yang bermaksud kemudahan untuk kepentingan orang ramai / perkhidmatan.

Dr. Teuku Iskandar (1970) di dalam Kamus Dewan memberikan maksud yang sama mengenai kemudahan iaitu perihal mudah atau kesenangan.

5.1.2

Difinisi Pelajar

Menurut Zainal Abidin (1995), ajar adalah kata asal bagi 'pelajar' yang bermaksud didik, latin, pelihara, jaga, asuh, bimbing, hukum, pukul dan marah. Pelajar pula bermaksud penuntut, murid, orang yang sedang

mengaji, orang yang menyelidiki ilmu, studen, mahasiswa / mahasiswi, anak murid, kadet dan anak sekolah.

Pelajar juga boleh didifinisikan sebagai segala sesuatu yang belajar (Dr. Teuku Iskandar, 1970).

5.1.3

Definisi Kepuasan

Dr. Teuku Iskandar (1970) menggariskan kata asal 'puas' sebagai lega kerana sudah mendapat secukupnya, merasa senang kerana sudah terpenuh hasrat di hati, lebih dari cukup, sudah tidak ingin lagi, bosan dan jemu. Manakala perkataan 'kepuasan' pula bermaksud kelegaan,

kenikmatan, kesenangan, kegembiraan, keenakan dan kebahagiaan (Zainal Abidin, 1995).

11

COPYRIGHT @ UiTM

You might also like