You are on page 1of 6

LAPORAN BINA INSAN GURU BENCH MARK SEMESTER 6/2013

Pada hari Rabu yang lepas iaitu pada 3 Julai 2013, kami guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP) Matematik telah menjalankan Program Bina Insan Guru yang merupakan salah satu program wajib yang perlu dilaksanakan pada semester ini. Program ini telah dijalankan di Sekolah Kebangsaan Kayang, Kangar, Perlis dengan disertai seramai 21 orang guru pelatih serta 5 orang pensyarah daripada Jabatan Matematik. Objektif Program Bina Insan Guru bagi semester kali ini ialah Lawatan Bench Mark iaitu dengan menjalankan satu sesi temubual atau interaksi bersama Guru Cemerlang Matematik di sekolah tersebut. Sebelum bertolak, kami telah berkumpul di perkarangan IPG Kampus Sultan Abdul Halim bagi memastikan bilangan guru pelatih mencukupi dan menyemak semula keperluan-keperluan yang perlu dibawa bersama bagi menjayakan program BIG kali ini. Kami bertolak ke Sekolah Kebangsaan Kayang tepat jam 8 pagi dari IPG Kampus Sultan Abdul Halim. Kami tiba di Sekolah Kebangsaan Kayang tepat jam 9.30 pagi. Walaupun perjalanan kami dalam keadaan cuaca hujan yang lebat, namun Alhamdulillah kami sampai dengan selamat sementara cuaca juga turut kembali cerah. Setibanya di sekolah tersebut, kami telah disambut dengan begitu baik oleh Guru Besar sekolah itu sendiri bersama beberapa lagi guru yang lain. Kami juga diberi taklimat ringkas tentang tujuan lawatan kami pada hari ini. Kemudian, kami terus dibawa ke bilik Pusat Kegiatan Guru. Guru Besar telah memberi sedikit ucapan sebelum bermulanya interaksi bersama Guru Cemerlang Matematik sekolah tersebut. Beliau sangat mengalu-alukan kedatangan kami ke sekolah tersebut. Beliau turut menceritakan serba sedikit yang berkaitan dengan Sekolah Kebangsaan Kayang. Dalam ucapan yang diberikan juga,

beliau banyak menceritakan pengalaman-pengalaman yang telah dilaluinya sewaktu beliau mula melangkah untuk berkhidmat sebagai seorang guru. Beliau juga banyak memberi kata-kata semangat dan sedikit nasihat kepada kami untuk tidak berputus asa dan berani menimba pengalaman baru untuk mengajar di kawasan pedalaman. Selepas itu, bermulalah temubual dan interaksi bersama Guru Cemerlang Matematik Sekolah Kebangsaan Kayang iaitu Encik Nasyarudin. Beliau telah memegang jawatan Guru Cemerlang dalam tempoh yang agak lama dan beliau sangat berpengalaman. Encik Nasyarudin memulakan interaksinya dengan menceritakan latar belakang serta pengalaman, liku-liku yang telah beliau lalui sepanjang tempoh beliau berkhidmat sebagai seorang guru sehinggalah pada waktu sekarang. Dalam interaksi bersama Guru Cemerlang Matematik itu iaitu Encik Nasyarudin, beliau telah menekankan satu kaedah bagi menerapkan kemahiran berfikir dalam pengajaran dan pembelajaran. Beliau menggunakan empat langkah iaitu : Fahami soalan dan kehendak soalan Menentukan operasi yang terlibat Menjalan operasi yang telah dipilih Menyemak semula jawapan Beliau juga telah memperkenalkan beberapa lagi kaedah atau formula bagi topik pengajaran Matematik yang telah dibina dan direka oleh beliau sendiri. Dalam masa yang sama sewaktu sesi interaksi ini berlangsung, beberapa orang pensyarah telah mengadakan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) bersama Guru Besar dan beberapa orang lagi guru di sekolah tersebut. Mereka menjalankan LDK di dalam makmal komputer dan LDK yang dijalankan adalah untuk memperkenalkan dan berkongsi beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam P&P Matematik. Alhamdulillah, segalanya telah berjalan dengan baik dan lancar. Progaram ini berakhir pada jam 2 petang. Banyak ilmu baru yang telah kami timba dan perolehi daripada interaksi bersama ini. Harapan saya ialah semoga kami dapat

mengaplikasikan ilmu yang kami perolehi ini dalam menjalani praktikum dan juga sebagai seorang guru di sekolah kelak.

KEKUATAN Program berjalan dengan baik dan lancar Kerjasama dari kedua-dua belah pihak sangat baik Guru Cemerlang memberi respon terhadap setiap soalan yang ditanyakan Banyak perkara dan ilmu baru yang diperolehi dan boleh diaplikasikan sebagai seorang guru kelak KELEMAHAN Pengurusan masa yang kurang memuaskan dari pihak guru pelatih dan telah menyebabkan program bermula sedikit lambat Kurang penyediaan soalan-soalan untuk ditanya kepada Guru Cemerlang Matematik Terdapat beberapa perkara yang kurang dipersetujui dengan jawapan yang diberikan oleh Guru Cemerlang PENAMBAHBAIKKAN Guru pelatih perlu lebih berdisiplin dan bijak dalam menguruskan masa Guru pelatih perlu menyediakan dan meyiapkan lebih banyak lagi soalan-soalan yang ingin ditanyakan kepada Guru Cemerlang Matematik gunakan peluang seperti ini sebaiknya untuk menimba ilmu dari orang lebih berpengalaman Guru pelatih perlu bijak memilih dan menggunakan cara serta teknik yang bersesuaian dengan keperluan murid. Guru pelatih juga perlu banyak membuat bacaan dan bertanyakan kepada guru-guru yang berpengalaman.

Tiba di Sekolah Kebangsaan Kayang

Sesi interaksi bersama Guru Cemerlang SK Kayang

LDK Pensyrah Matematik bersama guru-guru

Cenderahati daripada pihak IPG kepada Guru Besar SK Kayang

Cenderahati daripada pihak SK Kayang kepada wakil guru pelatih

Sesi bergambar bersama warga IPG KSAH bersama warga SK Kayang

LAPORAN BINA INSAN GURU (BIG) - BENCH MARKSEMESTER 6/2013


Oleh : Nurul Nadiah bt Fauzi

You might also like