You are on page 1of 81

KATA-KATA ALUAN

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT, Tuhan semester alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Kami memanjatkan kesyukuran di atas limpah kurnia-Nya, yang telah membenarkan kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Tanpa tunjuk ajar, bimbingan padu dan ilmu yang dicurahkan daripada pensyarah pembimbing yang kami hormati, Dr. Masitah binti Talib tidak mungkin tugasan Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) ini dapat diselesaikan dengan jayanya mengikut tempoh yang telah ditetapkan. Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih turut kami rakamkan kepada beliau dan juga pensyarah pembimbing yang lain iaitu En Yusof , Pn Jariati, En Zawawi dan juga Cik Hajah Meskinah yang banyak membantu kami dalam menjadikan tugasan ini sesuatu yang bermanfaat dan begitu bermakna bagi kami. Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada pihak Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Taman Ehsan dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana telah banyak membantu dalam menjayakan tugasan ini. Jutaan terima kasih juga 2

diucapkan kepada Pengerusi PDK Taman Ehsan, Kolonel Bersara Tuan Haji Jamil, penyelia Pn Syarifah atau lebih mesra dengan panggilan Kak Pah serta warga guru dan petugas PDK yang banyak memberi bantuan dan kerjasama sepanjang tugasan ini dijalankan. Juga tidak dilupakan kepada penderma-penderma yang sudi menyumbang kepada kumpulan kami dan juga rakan-rakan sepejuangan daripada kumpulan lain yang sama-sama membantu antara satu sama lain tanpa ada rasa cemburu serta iri hati dalam menjalankan tugasan ini di PDK masing-masing. Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung membantu menjayakan tugasan ini. Terima Kasih buat semuanya.

PENGENALAN PDK TAMAN EHSAN

Sebelum PDK Taman Ehsan dibuka, kebanyakkan dari pelatih telah didaftarkan di PDK Selayang. Apabila lebih ramai pelatih dari sekitar Taman Ehsan serta dari kawasan yang berhampiran dengannya, mendaftar di PDK Selayang, maka wujud usul atau cadangan agar sebuah PDK ditubuhkan di Taman Ehsan. Usul ini disambut baik oleh para ibubapa serta mendapat persetujuan dari Jabatan Kebajikan Daerah Gombak. Para ibubapa yang terlibat yakin dapat mengendalikan PDK itu jika ianya ditubuhkan. Keyakinan ini adalah berdasarkan kepada pengalaman mereka sebagai sukarelawan di PDK Selayang serta pengalaman yang diperolehi dari Pusat Pemulihan yang lain. Ekoran daripada usul tersebut, pada tahun 2004, para ibubapa yang berkaitan telah berganding bahu memulakan usaha untuk menubuhkan PDK Taman Ehsan. Langkah pertama yang dilakukan adalah menubuhkan Jawatankuasa Penaja dan mencari bangunan yang sesuai untuk dijadikan sebagai bangunan PDK. Bagi memastikan hasrat menubuhkan PDK benar-benar dapat direalisasikan dan sebagai langkah interim rumah (pengerusi sekarang) telah digunakan sebagai PDK Taman Ehsan. Usaha mendapatkan premis tetap untuk dijadikan sebagai bangunan PDK kerap menemui jalan buntu. Namun akhirnya dengan jasa baik Ketua Cawangan UMNO Taman Ehsan, PDK Taman Ehsan telah mendapat tapak untuk beroperasi. Tapak yang dimaksudkan adalah Bilik Gerakan UMNO Cawangan Taman Ehsan, Kepong.

PENUBUHAN PDK

Pada 16 April 2005, Jawatankuasa Penaja telah mengadakan mesyuarat bersama semua ibubapa dan beberapa orang penduduk tempatan di Bilik Gerakan UMNO Cawangan Taman Ehsan. Mesyuarat turut dihadiri wakil dari JKM Daerah Gombak, Ketua Umno Cawangan Taman Ehsan dan Ketua Wanitanya. Di mesyuarat tersebut Jawatankuasa PDK Taman Ehsan telah ditubuhkan. Tindakan lain yang dilakukan hasil persetujuan mesyuarat adalah: a. Menyediakan kertas kerja untuk kelulusan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri (JKMN) Selangor bagi penubuhan PDK Taman Ehsan. Kelulusan ini penting terutama dari segi perolehan bantuan peruntukkan One-Off, Elaun Bantuan Bulanan bagi Pelatih dan Elaun Petugas dari kerajaan. b. Mengemaskini kedudukan jumlah pelatih yang akan mengikuti program pemulihan dan latihan di PDK Taman Ehsan. c. Menubuhkan organisasi pengendali serta melantik para petugas bagi melaksanakan segala program untuk PDK. Pada mesyuarat tersebut, wakil dari JKM Daerah Gombak menyatakan bahawa proses untuk mendapatkan kelulusan bagi penubuhan PDK Taman Ehsan mungkin akan mengambil masa. Hal ini demikian kerana, kelulusan biasanya akan disertai dengan pemberian geran tanah atau tapak PDK. Maka, kelulusan bagi penubuhan PDK adalah tertaklok kepada kedudukan kewangan. Walaubagaimanapun, pihak JKM Daerah Gombak membenarkan PDK Taman Ehsan beroperasi sementara menunggu kelulusan dari JKM Pusat. Sehubungan dengan itu, Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Taman Ehsan Kepong (PDK Taman Ehsan) telah dioperasikan secara ad hoc mulai 1 Julai 2005. Pada masa yang sama pihak pengurusan PDK Taman Ehsan melalui JKM Daerah Gombak, telah memohon kelulusan dari JKM Negeri Selangor untuk membuka PDK secara ad hoc ini. Melalui surat JKMN.SEL.700/01/3 JLD 13 (31) bertarikh 9 Disember 2005 pembukaan PDK secara ad hoc ini telah diluluskan. 6

Seterusnya PDK Taman Ehsan telah diluluskan penubuhannya mulai Oktober 2006 dan penubuhan PDK Taman Ehsan telah dibuat secara rasminya pada 3 Mac 2007 oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor kawasan Paya Jaras, Yang Berhormat Dato Ir Muhammad Busro bin Mat Johor.

KEWANGAN

PDK Taman Ehsan memulakan operasinya tanpa mempunyai wang. Keadaan ini tidak langsung membantutkan usaha untuk terus maju. Keputusan telah dicapai untuk pihak AJK dan ibubapa pelatih berusaha mencari derma bagi mengisi tabung PDK. Langkah mencari sumbangan ini perlu dibuat secara rasmi dan untuk itu Pengerusi PDK telah memohon kelulusan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia bagi menjalankan kegiatan kutipan derma oleh PDK Taman Ehsan. Permohonan itu telah diluluskan melalui surat JKMM 700/02/4/JLD23(66) bertarikh 23 Mac 2006. Usaha mengutip derma ini malangnya tidak menepati sasaran tetapi mencukupi untuk sekadar membiayai keperluan bulanan PDK. Dalam pada itu PDK mendapat sumbangan yang amat bermakna dari Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Pihak FRIM telah menyumbangkan peralatan yang amat diperlukan ia itu Peti Ais, TV dan alat pemain CD, Kipas angin dan dapur masak. Kini apabila penubuhan PDK telah diluluskan dan peruntukan kewangan diperolehi dari kerajaan beban kewangan telah hampir dapat di atasi. Namun begitu sering berlaku di mana jumlah yang diberi tidak mengikut jumlah peruntukan sebenar. Sehubungan dengan itu pihak PDK masih perlu mencari sumbangan bagi membiayai aktiviti pemulihan dan yang berkaitan dengannya.

PELATIH PDK
Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) ditubuhkan bagi menjalankan program Pemulihan, Pembelajaran, Latihan dan Pembangunan untuk Kanak-Kanak Kurang Upaya (KKUcacat) dan Remaja Kurang Upaya (RKU-cacat) terutamanya kepada mereka yang Kurang Upaya Mental ( Intellectually Disabled) dan Kurang Upaya Fizikal ( 8

Physically Disabled). Objektif semua program ini adalah bagi membimbing murid agar dapat mengurus diri dan berdikari apabila dewasa kelak. Oleh kerana PDK baru memulakan operasi, petugas hanya memfokuskan kepada pelatih kanak-kanak sahaja. Jumlah pelatih pada ketika itu adalah seramai 13 orang dengan kategori seperti berikut: a.Autisme - 5 orang. b. Cerebral palsy - 4 orang. c. Down Syndrome - 3 orang d. Slow Learner - 1 orang Sehingga ke hari ini seramai 39 pelatih telah mendaftar dengan PDK Taman Ehsan. Dari jumlah tersebut 7 orang telah memasuki sekolah Khas, seorang meninggal dunia dan 8 orang berhenti atau berpindah ke tempat lain.

PENUTUP
Berbekalkan semangat perihatin terhadap golongan orang kurang upaya, semua AJK, ibubapa dan petugas berazam untuk terus meningkatkan usaha mencari pendekatan-pendekatan yang sesuai dan efektif bagi melaksanakan program pemulihan kepada pelatih-pelatih di PDK. Pada waktu yang sama usaha juga akan diteruskan bagi meningkatkan infrastruktur dan kemudahan latihan di PDK. Warga pengurusan PDK Taman Ehsan telah berikrar untuk berpegang teguh kepada moto SETIA MEMBANTU.

Senarai nama pelajar program khidmat siswa

10

SENARAI NAMA AHLI PROGRAM KHIDMAT SISWA DI PDK TAMAN EHSAN, KEPONG, SELANGOR.
BIL.
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10

NAMA AHLI
AMI MAHYUDDIN BIN MOHD LOWHIN MUHAMMAD ABDUL BAASIT BIN ADNAN MOHD FAIZUDDIN FIRDAUS BIN JAAFAR OMAR KHAIR BIN ABD LATIF AFIDAH BINTI HUSSIN CONNIELIN ANAK GODA NOOR HAFIZAH BINTI HAMID NUR AQILAH BINTI ROSLI NOOR ATIKAH BINTI ABU BAKAR MUNIRAH BINTI MUHAMAD

NO. KAD PENGENALAN


900822-10-5885 900325-03-5011 900202-03-5097 900502-12-5801 900712-11-5900 880824-13-5636 890216-06-5258 890909-18-6334 900619-11-5308 900210-11-5150 11

NO. TELEFON
013-2589080 019-3736747 013-9677011 017-7415631 019-3726300 011-19862962 013-3001554 017-5357248 019-3787244 019-2993632

11 12 13

NUR ALYANI BINTI MOHMAD HAMIM TEO SIOK YIN NUR SOLEHAH BINTI AB.RAHIM

901123-01-5332 890430-01-5024 900918-11-5228

013-2763374 014-9875548 0134661236

12

Carta organisasi program khidmat siswa

13

SENARAI AHLI JAWATANKUASA PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT DI PDK TAMAN EHSAN,KEPONG


Pensyarah Pembimbing: Dr. Masitah binti Taib Pengerusi: Ami Mahyuddin bin Mohd Lowhin Naib Pengerusi: Nur Aqilah binti Rosli Setiausaha: Munirah binti Muhamad Naib Setiausaha: Nur Solehah binti Ab. Halim Bendahari: Nur Alyani Binti Mohmad Hamim Ahli Jawatankuasa: Ajk makanan Ajk peralatan Ajk pengangkutan Ajk siaraya Ajk protokol Ajk publisiti Ajk dokumentasi Ajk perhubungan : Noor Atikah binti Abu Bakar : Mohd Faizuddin Firdaus bin Jaafar : Connielin Anak Goda : Afidah binti Hussin : Noor Hafizah binti Hamid : Omar Khair bin Abd. Latif : Teo Siok Yin : Muhammad Abdul Baasit bin Adnan 14

JAWATANKUASA PROGRAM KHIDMAT SISWA PDK TAMAN EHSAN, KEPONG.

PENGERUSI AMI MAHYUDDIN BIN LOWHIN

NAIB PENGERUSI NUR AQILAH BINTI ROSLI BENDAHARI NUR ALYANI MOHMAD HAMIM SETIAUSAHA MUNIRAH BINTI MUHAMAD

AJK MAKANAN NOOR ATIKAH BT. ABU BAKAR NAIB SETIAUSAHA NUR SOLEHAH BINTI AB.HALIM AJK PERHUBUNGAN M. ABDUL BAASIT B. ADNAN AJK PUBLISITI OMAR KHAIR B. ABD LATIF AJK PERALATAN M. FAIZZUDIN FIRDAUS B. JAAFAR

AJK PROTOKOL NOOR HAFIZAH BINTI HAMID AJK PENGANGKUTAN CONNIELIN ANAK GODA AJK DOKUMENTASI TEO SIOK YIN

15

AJK SIARAYA AFIDAH BINTI HUSSIN

SENARAI NAMA AHLI JAWATANKUAS A MENGIKUT AKTIVITI


16

AJK AKTIVITI SEPANJANG PROGRAM PDK


Aktiviti 1 ( AKTIVITI KECERIAAN )

17

PENGARAH PROJEK Mohd Faizuddin Firdaus bin Jaafar TIMBALAN PENGARAH PROJEK Noor Hafizah binti Hamid SETIAUSAHA PROJEK Nur Aqilah binti Rusli Nur Solehah binti Ab. Halim BENDAHARI PROJEK Teo Siok Yin

Aktiviti 2 ( AKADEMIK)
PENGARAH PROJEK Ami Mahyuddin bin Lowhin TIMBALAN PENGARAH PROJEK Afidah binti Hussin PENGARAH PROJEK Mohamad Abdul Baasit Bin Adnan SETIAUSAHA PROJEK Nur Alyani binti Mohmad Hamim

AKTIVITI

Aktiviti 3 ( BASED)

TIMBALAN PENGARAH PROJEK Omar Khair BinPROJEK Abd. Latif BENDAHARI Munirah binti Muhamad SETIAUSAHA PROJEK Noor Atikah Binti Abu Bakar BENDAHARI PROJEK Connielin18 Anak Goda

HOME-

KERTA S KERJA INDUK


INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS KUALA LUMPUR
19

MASIH ADA YANG SAYANG


PROGRAM KHIDMAT SISWA PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI TAMAN EHSAN, KEPONG 01 OKTOBER 06 OKTOBER 2012

JABATAN PENDIDIKAN KHAS INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS

KERTAS KERJA INDUK PROGRAM KHIDMAT SISWA PDK TAMAN EHSAN KEPONG 1.0 PENGENALAN

Selaras dengan kandungan pro-forma bagi subjek dalam kursus PKU 3112 Program Pemulihan Dalam Komuniti, semua guru pelatih pengkhususan Major Pendidikan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( PISMP ) Semester Enam ( 6 ) IPGM Kampus Ilmu Khas diwajibkan untuk menjalankan aktiviti secara amali iaitu Program Khidmat Siswa di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti ( PDK ).

Program Khidmat Siswa di PDK Taman Ehsan Kepong ini akan disertai oleh 12 orang guru pelatih yang akan menjalankan program bermula dari 1 sehingga 6 Oktober 2012. Masa yang diperuntukkan selama lima hari untuk program ini akan digunakan sepenuhnya oleh guru pelatih dengan pengisian aktiviti yang melibatkan petugas, pelatih PDK sendiri, ibu bapa dan warga komuniti setempat.

20

1.1

Latar belakang

Pada tahun 2004, para ibu bapa yang berkaitan telah berkerjasama memulakan usaha untuk menubuhkan PDK Taman Ehsan. Langkah pertama yang dilakukan adalah menubuhkan Jawatankuasa Penaja dan mencari bangunan yang sesuai untuk dijadikan sebagai bangunan PDK. Bagi memastikan hasrat menubuhkan PDK benar-benar dapat direalisasikan dan sebagai langkah pertama rumah (pengerusi sekarang) telah digunakan sebagai PDK Taman Ehsan. Usaha mendapatkan premis tetap untuk dijadikan sebagai bangunan PDK kerap menemui jalan buntu. Namun akhirnya dengan jasa baik Ketua Cawangan UMNO Taman Ehsan, PDK Taman Ehsan telah mendapat tapak untuk beroperasi. Tapak yang dimaksudkan adalah Bilik Gerakan UMNO Cawangan Taman Ehsan, Kepong. 1.2 Bilangan Pelatih PDK Jumlah pelatih pada awal penubuhan adalah seramai 13 orang dengan kategori seperti berikut: a. Autisme - 5 orang. b. Cerebral palsy - 4 orang. c. Down Syndrome - 3 orang d. Slow Learner - 1 orang Sehingga ke hari ini seramai 28 pelatih telah mendaftar dengan PDK Taman Ehsan. Namun begitu, daripada jumlah tersebut, seramai 15 orang murid sahaja yang akan berada di PDK sepenuhnya selama 5 hari dalam seminggu berbanding kanak-kanak lang hanya akan hadir sekali atau dua kali dalam seminggu ke PDK.

1.3

Bilangan kakitangan PDK

21

Bagi memastikan segala perancangan aktiviti PDK berjalan dengan lancar, seramai 6 orang kakitangan telah ditugaskan untuk membantu pelatih-pelatih PDK ini. 1.4 Infrastruktur

PDK Taman Ehsan ini bukan sahaja menyediakan kelas pembelajaran untuk pelatihpelatih PDK,bahkan juga turut menyediakan kemudahan dan infrastruktur lain seperti: 2.0 TUJUAN Bagi membentangkan rancangan Program Khidmat Siswa di PDK Taman Ehsan Kepong yang akan dilaksanakan oleh kumpulan pelajar Major Pendidikan Khas Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan ( PISMP ) Semester Enam ( 6 ) IPGM Kampus Ilmu Khas, Cheras. Tandas Dapur Ruang aktiviti Padang / gelanggang permainan Bilik terapi

3.0 OBJEKTIF Objektif Program Khidmat Siswa di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Taman Ehsan Kepong adalah untuk : i. Memenuhi syarat kursus PKU 3112 PISMP ( Semester 6 ) Ambilan Januari 2010. ii. Membolehkan para pelajar mengenalpasti dan memahami masalah yang dihadapi oleh Orang Kelainan Upaya (OKU) di peringkat komuniti.

22

iii.

Meningkatkan pengetahuan guru pelatih berkaitan dengan permasalahan dan kehidupan seharian golongan OKU.

iv.

Memberi peluang kepada guru pelatih untuk menjalankan interaksi dengan golongan OKU dan ibu bapa mereka.

v.

Membantu dan bekerjasama dengan golongan OKU dalam melaksanakan aktiviti yang mampu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka.

vi.

Melatih guru pelatih untuk merancang dan mengendalikan program yang bersesuaian dengan kemampuan golongan OKU.

vii.

Melahirkan sifat penyayang dalam kumpulan para pelajar kepada golongan kurang bernasib baik.

viii.

Menceriakan premis dan memperbaiki persekitaran kawan PDK.

4.0

MATLAMAT

Program Khidmat Siswa di PDK Taman Ehsan , Kepong ini bermatlamat untuk : 4.1 4.2 Mengubah pemikiran komuniti terhadap PDK. Menyediakan perkhidmatan yang profesional kepada golongan yang memerlukan. 4.3 Mengeratkan hubungan di antara komuniti dengan OKU yang mendapat khidmat di PDK. 4.4 Menyedarkan ahli komuniti tentang tanggungjawab social mereka kepada OKU dalam kawasan masing-masing.

23

4.4

Memberikan pendedahan mengenai situasi sebenar dalam PDK kepada para pelajar program Khidmat Siswa.

5.0

KUMPULAN SASARAN

Program Khidmat Siswa ini disasarkan kepada : 5.1 Golongan pelatih Taman Ehsan 5.2 Warga petugas PDK Taman Ehsan 5.3 Keluarga pelatih di PDK 5.4 Komuniti setempat 6.0 PROGRAM YANG DIRANCANG

Program Khidmat Siswa di PDK Taman Ehsan Kepong akan melibatkan pelaksanaan projek-projek seperti berikut: 6.1 Projek Keceriaan 6.2 Projek Akademik 6.3 Projek Lawatan Home-based

6.1

Projek Keceriaan.

Aktiviti yang dirancang bagi projek ini adalah seperti berikut: Mengecat semula dinding pagar PDK Membuat mural pada dinding bangunan PDK Membersihkan kawasan persekitaran PDK 24

Menanam pokok bunga dalam kawasan PDK Mengecat semula tiang bendera Menggantikan bendera Malaysia dan bendera PDK

6.2

Projek Akademik. Di dalam merangka aktiviti yang boleh mendatangkan manfaat secara langsung kepada Pelatih PDK, projek yang telah dikenalpasti untuk dilakukan adalah: Bengkel penanaman dan penjagaan anak pokok kepada pelatih PDK Amali penanaman anak pokok oleh pelatih PDK

6.3

Projek Home-based.

Bagi mencapai salah satu daripada objektif Program Khidmat Siswa ini, guru pelatih akan melakukan lawatan ke beberapa rumah Pelatih PDK untuk melakukan terapi yang dicadangkan pihak PDK. 7.0 ORGANISASI PERLAKSANAAN

Bagi memastikan kelancaran dan kejayaan perlaksanaan Program Khidmat Siswa ini, Organisasi perlaksanaan di bentuk seperti berikut: 7.1 JAWATANKUASA INDUK PROGRAM KHIDMAT SISWA/SISWI PENSYARAH PENASIHAT Dr. Mashitah binti Taib PENGERUSI Ami Mahyuddin bin Mohd Lowhin NAIB PENGERUSI Nur Aqilah binti Rosli BENDAHARI Nur Alyani bin Mohmad Hamim 25

SETIAUSAHA Munirah binti Muhamad NAIB SETIAUSAHA Nur Solehah binti Ab. Halim 7.2 AHLI JAWATANKUASA KECIL

AJK MAKANAN Noor binti Bakar

Atikah Abu

26

AJK PERALATAN Mohd Faizuddin Firdaus bin Jaafar AJK PENGANGKUTAN Connielin Anak Goda AJK SIARAYA Afidah binti Hussin AJK PROTOKOL Noor Hafizah binti Hamid AJK PUBLISITI Omar Khair bin Abd. Latif AJK DOKUMENTASI Teo Siok Yin AJK PERHUBUNGAN Muhammad Abdul Baasit bin Adnan

7.3 7.3.1

JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM KHIDMAT SISWA/SISWI Projek keceriaan

27

PENGARAH PROJEK Mohd Faizuddin Firdaus bin Jaafar TIMBALAN PENGARAH PROJEK Noor Hafizah binti Hamid SETIAUSAHA PROJEK Nur Aqilah binti Rusli Nur Solehah binti Ab. Halim BENDAHARI PROJEK Teo Siok Yin

7.3.2 akademik PENGARAH PROJEK Ami Mahyuddin bin Lowhin TIMBALAN PENGARAH PROJEK Afidah binti Hussin PENGARAH PROJEK SETIAUSAHA PROJEK MOHAMAD ABDUL BAASIT BIN ADNAN Nur Alyani binti Mohmad Hamim 7.3.3 HomeTIMBALAN PENGARAH PROJEK BENDAHARI PROJEK OMAR KHAIR BIN ABD. LATIF Munirah binti Muhamad SETIAUSAHA PROJEK NOOR ATIKAH BINTI ABU BAKAR BENDAHARI PROJEK CONNIELIN ANAK GODA 28

Projek

Projek based

8.0 PERUNTUKAN KEWANGAN Peruntukan perbelanjaan bagi melaksanakan setiap aktiviti yang dirancang telah dianggarkan berdasarkan keperluan aktiviti. Segala perbelanjaan disenaraikan dan diagihkan seperti berikut: BIL PROJEK 1 Gotong-royong PERKARA / ALATAN makanan alatan penyapu mesin potong rumput cangkul pencakar Banner Juml ah 2 Keceriaan cat tayar terpakai berus cat spray batu bata simen tanah pasir pasu bunga roller tinner bendera RM 850 RM 100 Rm 450 HARGA (RM) RM 7 x 50 Disediakan PDK oleh pihak

cangkul serampang tangan 29

sudip tangan kereta sorong pencakar RM 850 Jumlah 3 Akademik (bengkel / mounting board amali penanaman dan marker pen penjagaan pokok) anak pokok Jumlah hamper 20 x RM 5 RM 123 2 x RM 100 RM 200 5 Sukaneka Majlis penutupan air kotak makanan / minuman Jumlah Jumlah keseluruhan RM 2639 1 kotak x RM 16 30 x RM 5 RM 516 Jumlah sapu tangan 30 RM 5 anak kertas A4 (warna) RM 23.00 Disediakan oleh pihak PDK

Home-based

9.0

SUMBER KEWANGAN

Bagi menjayakan pelaksanaan projek yang telah dirancang ini, kumpulan siswa/siswi telah menjalankan perbincangan dan mencadangkan beberapa usaha yang boleh diambil bagi mendapatkan dana yang mencukupi bersesuaian dengan peruntukan kewangan yang diperlukan. Antara usaha yang boleh dijalankan dan telah dipersetujui oleh semua siswa/siswi yang terlibat ialah: 30

i.

Setiap daripada siswa/siswi perlu menyumbang sebanyak RM100

tiap seorang sebagai yuran kumpulan untuk tambahan dana. ii. Setiap ahli kumpulan dikehendaki mengambil inisiatif yang

tersendiri bagi mendapatkan sumbangan dana daripada pihak-pihak tertentu. Surat bagi memohon dana adalah seperti di Lampiran A.

10.0

PROGRAM MINGGU KHIDMAT SISWA

Jadual yang dirancang bagi tempoh pelaksanaan Program Khidmat Siswa dari 1 Oktober sehingga 6 Oktober 2012 adalah seperti berikut: HARI / TARIKH Isnin 1 Oktober 2012 Selasa 2 Oktober 2012 AKTIVITI Senaman pagi / aerobik Ice-breaking bersama pelatih PDK Home-based Senaman pagi / aerobik Kerja-kerja keceriaan / gotong-royong 31

Rabu 3 Oktober 2012 Khamis 4 Oktober 2012

Interaksi bersama pelatih PDK Senaman pagi / aerobik Kerja-kerja keceriaan Terapi emosi (Magician) Senaman pagi / aerobik Kerja-kerja keceriaan Bengkel seni (membuat pasu daripada kertas

Jumaat 5 Oktober 2012 Sabtu 6 Oktober 2012

terbuang) Senaman pagi / aerobik Bengkel penanaman dan penjagaan anak pokok Amali penanaman anak pokok Sukaneka Pelancaran blog rasmi PDK Taman Ehsan Majlis Perasmian Penutup

32

Aturcara Tentatif Majlis Penutupan Program Khidmat Siswa ini adalah seperti di Lampiran B. 11.0 PENUTUP

Di harap semua pihak yang berkaitan mendapat gambaran jelas mengenai rancangan perlaksanaan Program Khidmat Siswa di PDK Taman Ehsan Kepong dari 1 Oktober sehingga 6 Oktober 2012. Sehubungan dengan itu kerjasama semua pihak adalah penting demi memastikan kejayaan Program Khidmat Siswa ini. Disediakan oleh : _____________________ ( MUNIRAH BINTI MUHAMMAD ) SETIAUSAHA INDUK PROGRAM, PDK TAMAN EHSAN KEPONG. Disokong oleh : _______________________ (AMI MAHYUDIN BIN ) PENGERUSI INDUK PROGRAM, PDK TAMAN EHSAN KEPONG. Disahkan oleh : __________________________ ( DR. MASHITAH BINTI ) PENSYARAH PEMBIMBING PROGRAM, PDK TAMAN EHSAN KEPONG

33

tentatif program
HARI / TARIKH Isnin 1 Oktober 2012 Selasa 2 Oktober 2012 Rabu 3 Oktober 2012 Khamis 4 Oktober 2012

khidmat
AKTIVITI Senaman pagi / aerobik Ice-breaking bersama pelatih PDK Home-based Senaman pagi / aerobik

siswa
Interaksi bersama pelatih PDK Senaman pagi / aerobik Kerja-kerja keceriaan Terapi emosi (Magician) Senaman pagi / aerobik Kerja-kerja keceriaan Bengkel seni (membuat pasu daripada kertas terbuang) Senaman pagi / aerobik 34

Kerja-kerja keceriaan / gotong-royong

Jumaat

5 Oktober 2012 Sabtu 6 Oktober 2012

Bengkel penanaman dan penjagaan anak pokok Amali penanaman anak pokok Sukaneka Pelancaran blog rasmi PDK Taman Ehsan Majlis Perasmian Penutup

PROGRAM KHIDMAT SISWA DI PDK TAMAN EHSAN, KEPONG (01 -06 OKTOBER 2012)

LAPORA N PENGERU SI
35

LAPORAN PENGERUSI PROGRAM PROGRAM BAKTI SISWA IPG ILMU KHAS DI PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI (PDK) TAMAN EHSAN, KEPONG Laporan Keseluruhan Aktiviti Di PDK Taman Ehsan Pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Khas Semester 6 perlu mengambil subjek wajib iaitu Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) , PKU 3112. Antara prasyarat lulus kursus ini ialah pelajar perlu melaksanakan aktiviti kemasyarakatan di PDK yang telah di tetapkan pada masa yang ditetapkan. Setiap kumpulan perlu melaksanakan 3 jenis aktiviti yang berunsurkan home-based, keceriaan dan akademik. Saya , Ami Mahyuddin selaku pengerusi program bersama-sama 12 orang ahli kumpulan lain telah menggalas tugas untuk memberi bakti berupa sumbangan tenaga, ilmu dan dana kepada PDK Taman Ehsan, Kepong di bawah seliaan Dr Masitah Bt Taib selaku pensyarah pembimbing. Kami sepakat merancang aktiviti yang dinamakan sebagai Program Masih Ada Yang Sayang di PDK Taman Ehsan, Kepong. Program ini melibatkan pelbagai pihak termasuklah guru pelatih, golongan OKU, petugas PDK dan komuniti setempat. Kami telah menyusun beberapa aktiviti bagi memenuhi kehendak soalan amali iaitu lawatan ke-2 buah rumah home-based, amali pembuatan pasu daripada surat khabar dan amali penanaman pokok hiasan serta aktiviti keceriaan luaran dan dalaman PDK Taman Ehsan, Kepong. Aktiviti ini telah berlangsung selama 6 hari bermula 1 sehingga 6 Oktober 2012. Pada hari pertama program, kami melaksanakan aktiviti home-based di 2 buah rumah pelatih PDK yang berdekatan. Kami dibahagikan kepada 2 kumpulan kecil bagi melawat ke rumah pelatih PDK yang telah di tetapkan. Sebelum bergerak ke rumah pelatih PDK, kami bersama-sama petugas PDK melaksanakan perhimpunan pagi dan rutin senaman pagi bersama-sama semua pelatih PDK. Rutin harian ini dilaksanakan di PDK Taman Ehsan kerana ia merupakan satu aktiviti yang menyihatkan badan serta mampu melatih disiplin pelatih PDK. 36

Rumah pertama yang di kunjungi ialah rumah saudara Hakim dan ketuai oleh saudara Omar. Rumah kedua yang menjadi destinasi kami ialah ke rumah saudara Daniel yang diketuai oleh saudara Faizzudin. Aktiviti kami di sana adalah melaksanakan terapi motor halus melalui lukisan dan permainan. Selain itu kami menemu ramah ibu bapa pelatih PDK mengenai perasaan dan pengalaman mereka mendepani masalah pelatih PDK. Mereka juga berkongsi pengalaman mereka dalam menguruskan anakanak OKU yang istimewa yang memerlukan perhatian dan teknik yang khusus. Kesemua pihak termasuklah keluarga dan pelatih PDK memberikan kerjasama yang amat baik semasa kunjungan kami ke sana. Pada hari kedua iaitu pada 2 Oktober 2012, kami melaksanakan aktiviti keceriaan luaran di PDK Taman Ehsan. Perancangan kami adalah untuk mengecat dan menghias serta membuat mural di dinding tembok pagar PDK Taman Ehsan yang terletak di hadapan PDK. Kerja kami berjalan lancar dengan semua ahli kumpulan mengambil bahagian dalam proses awal mengecat dinding iaitu mengikis cat lama dan mengecat lapisan asas. Setelah selesai mengecat dinding, aktiviti membuat mural terpaksa ditangguhkan kerana hujan turun dengan lebatnya. Walaupun aktiviti yang dirancang tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya, tetapi kami berjaya menyiapkan hampir 70% daripada perancangan awal kami. Maka ini merupakan satu ujian kepada kami agar lebih bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku semasa melaksanakan aktiviti. Hari ketiga iaitu hari rabu 3 Oktober 2012, kami bersama-sama warga PDK dan ibu bapa menjalani satu aktiviti yang berunsurkan terapi dalam hiburan iaitu terapi emosi. Kami telah menjemput seorang badut bagi membuat aktiviti terapi tersebut. Aktiviti ini berlangsung dengan lancar dengan penglibatan penuh pelatih dan petugas PDK Taman Ehsan. Aktiviti terapi ini bertujuan bagi memberi didik hibur serta terapi emosi dan terapi main yang penting kepada golongan OKU dalam membentuk kemahiran dan sahsiah diri sebagai persediaan mereka untuk .menghadapi hari dewasa kelak. Sebagai pelatih PDK, mereka di ajar cara untuk berdikari agar kelangsungan hidup mereka berterusan. Semasa proses pembelajaran, pelatih PDK pasti mengalami sedikit tekanan, justeru itu kami berasa bertanggungjawab untuk

37

meringankan bebanan stress mereka dengan hiburan berbentuk interaktif serta bermanfaat seperti persembahan badut dan silap mata. Pada hari seterusnya, tanggal 4 Oktober 2012 kami menjalankan aktiviti amali membuat pasu daripada bahan terbuang iaitu botol dan surat khabar. Aktiviti berbentuk akademik ini bertujuan bagi memberi pendedahan kepada pelatih PDK agar memanfaatkan setiap barangan dan kemahiran yang ada di sekeliling mereka. Aktiviti ini juga melatih motor halus pelatih PDK yang memerlukan mereka untuk meramas surat khabar dan membentuk pasu tersebut. Selain itu, pelatih PDK juga menjalani aktiviti terapi seni dengan menghias dan membentuk pasu mereka. Kesemua kemahiran asas ini adalah penting kerana kekurangan yang dialami oleh OKU dapat diatasi dengan variasi kemahiran seperti kreativiti dan imaginasi mampu membuka peluang kepada mereka untuk lebih berjaya pada masa akan datang. Aktiviti akademik kami disambung pada hari Jumaat, 5 Oktober 2012 dengan aktiviti amali penanaman pokok hiasan. Seramai 6 orang pelatih PDK telah melibatkan diri dalam aktiviti ini. Mereka telah diberikan penerangan mengenai proses dan kepentingan menanam pokok hiasan. Pelatih PDK melaksanakan aktiviti tersebut mengikut prosedur yang telah di tetapkan dengan bimbingan guru pelatih IPG. Kemahiran menanam pokok hiasan adalah penting kerana secara tidak langsung, pelatih cara kerja telah melakukan terapi cara kerja dan menambah kemahiran asas pertanian dalam diri mereka. Oleh itu, kepentingan menanam pokok hiasan bukan sahaja memberi nafas baru kepada landskap PDK, malah memberi satu ilmu baharu kepada pelatih PDK. Hari terakhir program kami di sana ialah pada 6 Oktober 2012 iaitu pada hari Sabtu. Majlis penutupan program bakti siswa IPG Ilmu Khas telah dilaksanakan dengan di hadiri oleh semua pelatih PDK dan ibu bapa serta warga PDK yang lain. Kemeriahan majlis ini di serikan lagi dengan pelancaran blog PDK Taman Ehsan hasil sumbangan terakhir bagi kami guru pelatih kepada PDK. Majlis pelancaran blog ini adalah penting kerana pihak PDK tidak mempunyai kemahiran dalam mengendalikan blog. Justeru itu, kami selaku sukarelawan telah sepakat menggalas tanggungjawab untuk membantu mempromosikan PDK Taman Ehsan melalui media massa internet. Majlis penutupan program telah dirasmikan oleh Tuan Haji Jamil selaku pengerusi PDK Taman Ehsan. 38

Majlis ini juga turut di hadiri Cik Hajah Meskinah binti Taib selaku pensyarah penyelaras subjek Pemulihan Dalam Komuniti IPG Ilmu Khas 2012. Pelbagai bentuk cenderahati telah diberikan kepada Pensyarah Pembimbing dan warga PDK Selayang. Program ini telah berakhir dalam jam 12.30 tengah hari. Setelah mengemas kembali segala barangbarang kepunyaan kami dan pihak PDK, kami beransur pulang ke rumah masingmasing dengan hati yang berat. Setelah menjalani aktiviti program bakti siswa IPG Ilmu Khas selama seminggu di PDK Taman Ehsan, Kepong, kami berasa program ini adalah penting dalam memberi pendidikan dan pendedahan kepada guru pelatih mengenai PDK dan OKU selain memberi peluang kepada kami untuk berinteraksi dengan pelbagai jenis masyarakat yang terdapat dalam persekitaran PDK. Oleh itu kami bersyukur kerana telah diberikan peluang untuk menjalani program ini dan terlibat secara langsung bersama warga PDK dan komuniti setempat. Semoga apa yang kami lalui ini di berkati Allah dan di amalkan secara istiqamah pada masa akan datang. Disediakan oleh, ................................... (AMI MAHYUDDIN BIN MOHD LOWHIM) Pengerusi, Program Masih Ada Yang Sayang, PDK Taman Ehsan, Kepong.

39

LAPORAN KEEWANG AN
(NUR ALYANI BINTI MOHMAD HAMIM)

40

41

42

KERTAS KERJA AKTIVITI KECERIAA N


43

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS ILMU KHAS (IPGKIK)

44

KERTAS KERJA AKTIVITI KECERIAAN PROGRAM KHIDMAT SISWA PEMULIHAN DALAM KOMUNITI TAMAN IHSAN KEPONG

DISEDIAKAN OLEH: NUR AQILAH BT. ROSLI JABATAN PENDIDIKAN KHAS INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS ILMU KHAS (IPGKIK) KERTAS KERJA AKTIVITI KECERIAAN PROGRAM KHIDMAT SISWA PEMULIHAN DALAM KOMUNITI TAMAN IHSAN KEPONG ANJURAN SEMESTER 6 TAHUN 2012

1.0 PENGENALAN Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) merupakan satu strategi pembangunan komuniti yang membolehkan golongan Orang Kelainan Upaya(OKU) menjalani program pemulihan serta penglibatan aktif ahli keluarga dan komuniti sendiri yang berupaya 45

untuk mengecapi dan dapat diintegrasikan dalam masyarakat kearah kehidupan berdikari. Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dilaksanakan melalui kerjasama bersepadu Orang Kelainan Upaya(OKU) sendiri, keluarga mereka, komuniti, pihak swasta, pertubuhan sukarela serta kerajaan yang berkaitan dalam melaksanakan program pencegahan, pemulihan dan pembangunan golongan orang kurang upaya. 2.0 TUJUAN Tujuan kertas kerja ini adalah untuk memohon kelulusan serta pertimbangan untuk menjalankan beberapa program keceriaan luar kawasan kelas bagi mengindahkan lagi kawasan Pemulihan Dalam Komuniti(PDK) Taman Ihsan dan seterusnya mencari dan mendapatkan peruntukan yang diperlukan sebagai dana untuk menampung perbelanjaan bagi menjayakan program tersebut. 3.0 RASIONAL Program Siswa Pemulihan Dalam Komuniti ini melibatkan pelatih semester 6 (JulaiNovember) 2012 untuk memenuhi subjek Pemulihan Dalam Komuniti. Program ini untuk memberi pendedahan awal kepada guru pelatih untuk menguruskan sendiri aktiviti-aktiviti amal bagi membantu Golongan Kelainan Upaya (OKU).

4.0 MATLAMAT Program Keceriaan yang dirancang adalah seperti berikut :i. ii. iii. Membantu golongan OKU ke arah kehidupan yang lebih baik Membentuk kerjasama erat dengan masyarakat setempat melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Mewujudkan suasana yang ceria dikawasan PDK Taman Ihsan

46

iv.

Dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri setiap individu apabila menjalankan aktiviti keceriaan. Sebagai contoh nilai bekerjasama, bersabar serta sikap hormat-menghormati di antara satu sama lain.

5.0 OBJEKTIF i. ii. Membentuk hubungan kemasyarakatan dan kerjasama dengan golongan OKU dan masyarakat setempat. Meningkatkan kecekapan golongan OKU khususnya dengan aktiviti dan program yang dijalankan dengan mewujudkan peluang antara warga siswa, ibubapa, pegawai, dan kakitangan yang terlibat serta masyarakat setempat bertukar idea untuk program OKU pada masa depan. iii. iv. v. Memberikan pengalaman dan kemahiran baru kepada golongan OKU melalui program/aktiviti yang dilaksanakan. Memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai peranan dan kepentingan PDK kepada komuniti setempat. Memberi kesedaran kepada masyarakat setempat tentang peranan dan sumbangan yang boleh diberikan.

6.0 BUTIRAN PROGRAM Tempat Tarikh Masa Aktiviti Peserta Tema : Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Taman Ihsan : 1 Oktober 5 Oktober 2012 : 8.30 Pagi hingga 12.30 tengah hari. : Aktiviti keceriaan kawasan PDK Taman Ihsan : Pelajar Semester 6 : Masih Ada yang Sayang

47

7.0 AKTIVITI PROGRAM i. ii. iii. iv. v. Mengecat semula dinding pagar PDK Membuat mural pada dinding bangunan PDK Membersihkan kawasan persekitaran PDK Mengecat semula tiang bendera Menggantikan bendera Malaysia dan bendera PDK

8.0 AHLI JAWATAN KUASA

8.1 Carta Organisasi Ahli Jawatan Kuasa Pengelola dan Badan Pelaksana Projek Keceriaan PDK Taman Ihsan.

Penasihat Pengerusi Naib Pengerusi Setiausaha

: Dr. Masitah bt. Taib : Mohd Faizzuddin Firdaus b. Jaafar : Noor Hafizah bt. Hamid : Nur Aqilah bt. Rosli Nur Solehah bt. Ab Halim

Bendahari AJK Peralatan AJK Makanan

: Teo Siok Yin : Omar Khair b. Abd Latif : Noor Atikah bt. Abu Bakar

48

AJK Keselamatan : Ami Mahyuddin b. Lowhin AJK Kebersihan : Connielin Anak Goda

AJK Dokumentasi : Teo Siok Yin AJK Cenderahati : Nur Solehah bt. Ab Halim

9.0 ANGGARAN PERBELANJAAN


Anggaran Kos Seunit (RM) Bil 1 Perkara Bahan keceriaan Kuantiti Anggaran KOS (RM)

Cat pelaka

Merah Kuning

1 botol 1 botol 1 botol

RM12.00 RM12.00 RM12.00

RM12.00 RM12.00 RM12.00

49

Hijau Hitam Biru

1 botol 1 botol 1 botol 1 botol

RM12.00 RM12.00 RM12.00 RM12.00

RM12.00 RM12.00 RM12.00 RM12.00

Coklat Putih
Cat dinding 1 tong 1 tong 1 tong 1 tin 10 unit RM45.00 RM45.00 RM45.00 RM 25.00 RM 2.00 RM 4.00 RM15.00 X 3 RM12.00 RM10.00 RM 30.00 RM45.00 RM45.00 RM45.00 RM25.00 RM20.00 RM32.00 RM45.00 RM12.00 RM50.00 RM30.00

Kuning Oren Ungu

8 unit

Cat pagar besi Berus cat Berus cat kecil Roller Thinner Bekas cat Bendera

3 unit 1 botol 5 unit 3 jenis

Makan/minum

Pagi Tengah hari

50 orang 50 orang

RM2.00 RM5.00

RM100.00 RM250.00

50

3. JUMLAH KESELURUHAN RM 783.00

10.0 SYOR Jabatan Pendidikan Khas IPG Kampus Ilmu Khas dan Pemulihan Dalam Komuniti Taman Ihsan,Kepong adalah dipohon mempertimbangkan dan meluluskan kertas kerja bagi mengadakan program khidmat siswa pemulihan dalam komuniti kepada guru pelatih IPG Kampus Ilmu Khas, ambilan Januari 2010. Diharap segala usaha yang dirancang mendapat perhatian pelbagai pihak agar nasib OKU ini dapat dijamin agar tidak terpinggir dari arus pemodenan. Kami juga berharap agar golongan OKU ini akan dapat meneruskan hidup dengan penuh bersemangat dan ceria. Justeru, sokongan dan kerjasama daripada semua pihak khususnya komuniti setempat amat diperlukan.

Disediakan oleh, ......................................................... ( NUR AQILAH BT.ROSLI) Setiausaha, Aktiviti Keceriaan, Program Khidmat Siswa, Pemulihan Dalam Komuniti (PDK),

51

Institut Pendidikan Guru, Kampus Ilmu Khas, 50600 Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. 017-5357248

Disemak oleh, ................................................................ (MOHD FAIZZUDIN FIRDAUS BIN JAAFAR ) Pengerusi, Aktiviti Keceriaan, Program Khidmat Siswa, Pemulihan Dalam Komuniti (PDK), Institut Pendidikan Guru, Kampus Ilmu Khas, 50600 Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. Disahkan oleh, .............................................. (DR MASITAH BINTI TAIB) Pensyarah Pembimbing, Program Khidmat Siswa, Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Institut Pendidikan Guru, Kampus Ilmu Khas, 50600 Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

52

53

LAPORAN AKTIVITI KECERIAA N


54

LAPORAN AKTIVITI KECERIAAN PDK TAMAN EHSAN KEPONG Hari Pertama (1 Oktober 2012) Kumpulan kami telah tiba di PDK pada pukul 8.30 pagi. Aktiviti kecerian bermula setelah kami semua pulang daripada aktiviti Home-Based. Terdapat dua aktiviti keceriaan yang perlu dilakukan hari ini. Aktiviti tersebut ialah seperti berikut :i. ii. iii. Mengikis dinding pagar utama PDK. Mengecat pintu pagar utama PDK. Membersihkan kawasan sekitar PDK. Aktiviti keceriaan berjalan secara serentak. Aktiviti bermula pada jam 11.30pagi. Kami membahagikan tugas kepada dua kumpulan. Kumpulan 1, dikehendaki mengikis dinding pagar utama bagi tujuan memudahkan aktiviti mengecat keesokkan harinya. Kumpulan 2 pula dikehendaki mengecat pintu pagar utama PDK dengan mengunakan cat berwarna hitam di atas permintaan penyelia PDK sendiri iaitu Kak Sharifah. Seterusnya kumpulan ke 3 pula dikehendaki membersihkan kawasan PDK. Mereka membersihkan kawasan PDK dengan menyapu daun-daun kering yang bertebaran dan membakarnya supaya kawasan PDK kelihatan bersih. 55

Aktiviti yang dijalankan berjalan dengan lancar. Walaubagaimanapun, cuaca kelihatan mendung sekitar jam 2.30 petang. Oleh itu, aktiviti mengecat, mengikis dan membersihkan kawasan PDK terpaksa ditangguhkan sementara. Namun dalam tempoh masa 3 jam setengah tersebut, kami berjaya mengecat pintu pagar utama di sebelah kanan, membersihkan kawasan hadapan PDK dengan membakar daun-daun kering serta mengikis separuh dinding pagar utama PDK. Penambahbaikan untuk esok hari, kami akan mulakan aktiviti keceriaan lebih awal bagi mengelak faktor cuaca seperti hujan mengganggu aktiviti keceriaan di luar PDK. Insya-Allah kami akan melakukan dengan sebaik mungkin. Yang baik itu datang daripada Allah s.w.t yang buruk/kurang itu mungkin daripada kumpulan kami sendiri.

LAPORAN AKTIVITI KECERIAAN PDK TAMAN EHSAN KEPONG Hari Kedua (2 Oktober 2012) Hari ini merupakan hari kedua kami melakukan aktiviti keceriaan di PDK. Kami memulakan aktiviti keceriaan pada pukul 9.30 pagi setelah sarapan dan senaman pagi. Seperti biasa, Mohd Faizzuddin telah memeberikan tugas kepada beberapa kumpulan. Objektif kumpulan kami pada hari ini adalah seperti berikut : i. ii. iii. Mengecat dinding pagar utama PDK Membuat lukisan mural pada dinding PDK Hiasan keceriaan di dalam PDK. Aktiviti keceriaan pada hari ini bermula lebih awal berbanding semalam, kerjakerja kami lebih tertumpu kepada dinding pagar utama dan membuat mural. Setiap tugas telah diagih-agihkan. Setiap orang memainkan peranan masing-masing dalam menyiapkan kerja-kerja keceriaan. 56

Dinding pagar utama telah di cat dengan menggunkan warna putih terlebih dahulu dan dibiarkan kering. Manakala bahagian yang bertentangan disapukan dengan cat kuning dan kami mewarnakan semula corak mural pada dinding tersebut. Warna yang telah lama disegarkan semula dengan nafas warna yang lebih baru dan menarik. Selepas sahaja selesai mengecat mural, kami menyambung pula mengecat dinding utama bahagian hadapan dengan menggunakan warna kuning. Warna kuning yang sangat terang menambahkan lagi keceriaan di kawasan PDK. Kerjasama yang jitu diantara kami telah mendapat pujian daripada penyelia PDK sendiri iaitu Puan Sharipah kerana kami telah menyiapkan aktiviti keceriaan di luar dengan begitu cepat sekali. Bahagian dalam bagunan PDK, kami telah mengikis semua pelekat ( sticker) yang tertanggal dan menurunkan semula semua bahan bantu mengajar yang tertanggal. Kami bercadang untuk membuat beberapa penambahbaikkan di dalam bangunan PDK dengan menghias beberapa sudut supaya lebih ceria dan menarik. Kami juga akan laminatekan gambar-gambar atau bahan bantu mengajar supaya lebih tahan lama. LAPORAN AKTIVITI KECERIAAN PDK TAMAN EHSAN KEPONG Hari Ketiga (3 Oktober 2012) Pada hari ketiga, aktiviti keceriaan berjalan seperti biasa. Kebiasaanya di waktu pagi, kami akan membahagikan tugas kepada setiap ahli supaya tidak berlakunya ahli tumpangan di dalam kumpulan. Pada hari ini kami membahagikan tugas kepada 3 komponen keceriaan. Antara komponen yang perlu disiapkan tersebut adalah seperti berikut :i. ii. iii. Melukis mural di dinding utama pagar PDK Mengecat tiang bendera. Keceriaan di dalam bangunan PDK

57

Aktiviti pada hari dijalankan pada awal pagi berikutan hujan akan dijangka turun pada petang hari. Oleh itu, kami bertungkus lumus menyiapkan kerja yang telah diberikan bersama-sama. Mural pada dinding telah siap dilukis. Antara ahli yang melukis lukisan pada dinding tersebut adalah Connie Lin, Afidah Hussin, Faizzuddin dan Hafizah. Untuk melukis mural pada dinding yang panjangnya berukuran 10 meter panjang itu bukalah sesuatu yang mudah. Namun, mereka berjaya melaksanakannya. Tiang bendera turut di cat. Kerja-kerja ini dilakukan oleh Omar Khair dan Baasit. Tiang ini kelihatan agak bengkok pada mulanya, Mereka berdua telah mengambil inisiatif untuk mengikat tiang bendera tersebut dan menraiknya supaya kelihatan tegak seperti biasa. Tiang-tiang bendera yang karat telah dikikis telebih dahulu sebelum dicat semula dengan menggunakan warna cream. Hasilnya sangat menarik. Keceriaan di dalam juga tidak diabaikan, Solehah, Teo Siok Yin, Aqilah dan Yanie sama-sama bertungkus lumus untuk menghias di dalam bangunan PDK. Kerja-kerja menggunting dan menglaminate dilakukan bersama-sama bagi mempercepatkan proses keceriaan. Kata-kata hikmat juga diap ditampal di dinding bagi tujuan keceriaan serta memberi kata-kata perangsang kepada pelatih dan guru PDK di sini.

LAPORAN AKTIVITI KECERIAAN PDK TAMAN EHSAN KEPONG Hari Keempat (4 Oktober 2012) Hari ini kami meneruskan aktiviti seperti biasa. Pada hari ini, kumpulan kami mempunyai tiga matlamat utama yang harus di siapkan. Antara matlamat tersebut adalah seperti berikut:i. ii. iii. Mewarnakan lukisan mural di dinding utama PDK Keceriaan di dalam bangunan PDK Membuat batas untuk projek penanaman pokok 58

Beberapa orang ahli kumpulan mewarnakan lukisan mural di bahagian luar PDK. Manakala yang selebihnya melakukan keceriaan di dalam. Apa yang kami dapati ada beberapa kad yang ditampal jatuh ke bawah. Kami mengambil inisiatif untuk menampalnya semula tetapi dengan menggunakan pelekat yang lebih kuat. Selain daripada itu, doa harian juga ditampal sebagai satu cara untuk mendidik pelatih PDK memulakan tugas harian dengan membaca doa. Kami juga menampal ikon-ikon kartun sebagai hiasan supaya PDK kelihatan lebih ceria dan menarik. Seterusnya, ada juga beberapa ahli yang terlibat dalam kerja-kerja pembinaan batas untuk tujuan penanaman pokok (projek akademik)pada keesokkan harinya. Omar, Baasit, Faiz dan Munirah telah bekerjasama untuk membancuh simen, menyusun batu bata mengikut pelan landskap yang telah dirancang di awal perancangan yang lalu. Bukan mudah untuk menyiapkan semua perkara dalam tempoh yang singkat. Namun, kerjasama dan usaha gigih di antara ahli kumpulan telah mempercepatkan lagi proses keceriaan di sekitar kawasan dalam dan luar PDK. Batas yang telah siap dibiarkan kering dan aktiviti mengecat bata di lakukan pada petang hari. Alhamdulillah, matlamat untuk ahli kumpulan kami pada hari ini telah tercapai walaupun bukan sepenuhnya. Ini kerana aktiviti mengecat mural terpaksa ditangguhkan akibat daripada kekurangan warna mural yang perlu digunakan. Aktiviti keceriaan di dalam bangunan PDK juga perlu ditambah kerana penyelia PDK mempunyai permintaan untuk menghias kawasan dapur di dalam PDK. LAPORAN AKTIVITI KECERIAAN PDK TAMAN EHSAN KEPONG Hari Kelima (5 Oktober 2012) Aktiviti kami pada hari ini bermula seawal jam 8 pagi kerana banyak yang perlu disiapkan sebelum upacara penutup untuk keesokkan hari. Objektif kami hari ini adalah seperti berikut :i. Menyiapkan sentuhan terakhir di dinding mural utama 59

ii. iii. iv.

Membuat hiasan pada dapur dan pintu masuk utama PDK Hiasan dalam bangunan PDK Persiapan majlis penutup

Setiap ahli kumpulan telah diberikan tugas dan masing-masing bersemangat untuk melaksanakan tugas terakhir kami di sini. Tampalan pada dinding telah diganti semula dengan double tape yang mahal. Cat mural juga telah dibawa oleh Nur Solehah untuk membuat sentuhan terakhir pada dinding mural. Bahagian dapur juga telah dicat semula dan ditampal dengan hiasalan peralatan dapur. Kreativiti ahli kumpulan kami telah mendapat pujian daripada penyelia PDK sendiri. Sentuhan terakhir di pintu masuk utama PDK telah dihias dengan begitu baik sekali. Walaupun pada mulanya pintu utama ini tidak mahu dihias tapi diatas permintaan kami usahakan juga. Ternyata, ianya berhasil dan hasilnya telah mendapat pujian daripada ibu bapa dan hadirin yang hadir semasa hari penutup. Tepat jam 5 petang kami semua telah siap 3 kerja utama yang telah dinyatakan. Untuk persiapan majlis penutup kami telah berkumpul bersama-sama dan menghias dewan di bahagian hadapan. Alhamdulilah, persiapan tidak memakan masa terlalu lama. Hanya 30 minit sahaja. Kami berangkat pulang dengan berlapang dada dan mengharapkan majlis penutupan esok berajalan dengan baik dan lancar.

Disediakan oleh, . NUR AQILAH ROSLI Setiausaha, Program Keceriaan 60

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Taman Ehsan, Kepong

LAMPIRAN
SEBELUM SELEPAS

61

62

SEBELUM

SELEPAS

kertas kerja homebased


63

KERTAS KERJA HOME - BASED PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) SEMESTER 6 INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS ILMU KHAS DI PUSAT PEMULIHAN DALAM KOMUNITI TAMAN EHSAN, KEPONG.

1.0 PENGENALAN 1.1 Aktiviti lawatan ke rumah Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan salah satu program yang perlu dilaksanakan di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK). Aktiviti ini melibatkan pelajar-pelajar PISMP, pihak PDK Taman Ehsan dan ibu bapa golongan OKU dalam aktiviti terapi yang dilakukan di rumah. Terapi yang diberikan kepada golongan OKU di rumah adalah untuk meningkatkan keupayaan psikomotor kasar dan psikomotor halus serta memberi bimbingan kepada ibu bapa dalam pengurusan golongan OKU di rumah. 2.0 2.1 TUJUAN Memberi pendedahan kepada pelajar PISMP terhadap aktiviti Home Based iaitu program oleh pihak penganjur ke rumah OKU. 3.0 3.1 3.2 3.3 3.4 OBJEKTIF Mengeratkan hubungan antara pelajar PISMP dan warga OKU terbabit. Mendalami latar belakang warga OKU dan berkenalan dengan ahli keluarga OKU yang terlibat. Memberikan perkhidmatan terapi yang bersesuaian kepada warga OKU bagi meningkatkan kemahiran psikomotor mereka. Meningkatkan kesedaran dan mendedahkan pelajar PISMP terhadap kehidupan warga OKU sebenar.

64

4.0 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 5.0 5.1 5.2 5.3 6.0 5.1

MATLAMAT Mengunjungi mereka. Membantu dalam menceriakan kawasan tempat tinggal rumah OKU. Memberikan sumbangan kepada keluarga OKU yang terlibat. Memberi semangat dan motivasi kepada golongan OKU untuk mengharungi harihari mendatang dengan penuh tabah dan cekal. Memberi pemulihan yang sesuai dengan warga OKU terbabit PELAKSANAAN Tarikh Hari Masa TEMPAT Dua buah rumah warga OKU yang telah dikenalpasti akan dijadikan sampel untuk lawatan. Antara perbincangan 2 buah rumah iaitu kanak-kanak cebral palsi atau hyperaktif. : 3 Oktober 2012 : Rabu : 9.00 pagi 4.30 petang warga OKU dan memerhatikan persekitaran tempat tinggal

5.2

Penempatan-penempatan warga OKU tersebut adalah :- di sekitar PDK TAMAN EHSAN.

7.0 AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA PROGRAM HOME BASED PENGERUSI AKTIVITI MOHAMAD ABDUL BAASIT BIN ADNAN NAIB PENGERUSI AKTIVITI OMAR KHAIR BIN ABD. LATIF SETIAUSAHA AKTIVITI NOOR ATIKAH BINTI ABU BAKAR BENDAHARI AKTIVITI CONNIELIN ANAK GODA AJK AKTIVITI MOHAMAD FAIZZUDIN FIRDAUS BIN JAAFAR AFIDAH BINTI HUSSIN 65

AJK PENGANGKUTAN AMI MAHYUDIN BIN MOHD LAWHIN NUR ALYANI BINTI MOHAMAD HAMIM AJK DOKUMENTASI TEO SIOK YIN NUR AQILAH BINT RUSLI AJK HADIAH DAN CENDERAMATA NOOR HAFIZAH BINTI HAMID MUNIRAH BT MUHAMAD ASAS PERTIMBANGAN Program Home-Based ini merupakan salah satu tuntutan yang perlu dipenuhi dalam kurikulum semester 6 iaitu kursus PKU 3112 Program Pemulihan Dalam Komuniti. 8.2 Di antara matlamat pembelajaran adalah seperti berikut: Memberi pengalaman dan pendedahan kepada pelajar PISMP mengenai Program Home-Based. Mendedahkan pelajar kepada kemahiran perancangan dan pengurusan program Home-Based. Mengeratkan hubungan dan mewujudkan semangat bekerjasama dalam kalangan pelajar PISMP dalam menyempurnakan program Home-Based. 9.0 TENTATIF PROGRAM TARIKH / MASA 09.00 pagi 12.00 tengah hari ( Rabu ) AGENDA Lawatan ke rumah OKU 1 Kumpulan A Mohamad Abdul Baasit Mohamad Faizzudin Nur Alyani Noor Hafizah Nur Aqilah 66 CATATAN Aktiviti : )

8.0 8.1

Connielin Nur Solehah Aktiviti :

Lawatan ke rumah OKU 2 2.00 petang 4.30 petang ( Isnin ) Kumpulan B Omar Khair Noor Atikah Afidah Hussin Munirah Teo Siok Yin Ami Mahyudin

i)

9.2 Antara aktiviti lawatan ke rumah OKU meliputi : a) c) Sesi ramah mesra Penyampaian hamper b) Terapi fisioterapi d) Aktiviti Keceriaan*

10.0

ANGGARAN PERBELANJAAN HARGA (RM/UNIT) 70 30 (sehari) JUMLAH

BIL 1 2

PERKARA BARANG MAKANAN KOS PENGANGKUTAN

KUANTITI 2 2

JUMLAH (RM) RM 140.00 RM 60.00 RM 200.00

11.0 IMPLIKASI KEWANGAN 11.1 Setiap pelajar PISMP dikehendaki mencari sumbangan untuk meraih sumber kewangan. 67

11.2

Sumbangan akan dihulurkan kepada keluarga warga OKU sebagai tanda kenangan dan cenderahati

12.0 12.1

KESIMPULAN/SYOR Pihak pentadbiran Pusat Dalam komuniti adalah dipohon mempertimbangkan dan meluluskan cadangan bagi menjayakan program Home-based yang dianjurkan oleh pelajar PISMP Semester 6 serta sudi berkongsi bersama guru pelatih mengenai pendidikan yang dibuat secara home-based dengan lebih terperinci dan jelas.

13.0

PENUTUP Semoga dengan kerjasama yang diberikan oleh semua pihak, diharapkan agar program Home-Based ini dapat dijalankan dengan sempurna dan mendapat keberkatan dari Tuhan Yang Maha Esa. Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh , .......................................................... (MOHAMAD ABDUL BAASIT BIN ADNAN) Pengerusi, Jawatankuasa Program Home Based, Program Khidmat Siswa, Pemulihan Dalam Komuniti Taman Ehsan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Ilmu Khas Kuala Lumpur.

Disemak oleh :

....................................................... (AMI MAHYUDIN BIN MIHAMAD LAWHIN) Pengerusi, Program Khidmat Siswa, Pemulihan Dalam Komuniti Taman Ehsan, Institut Pendidikan Guru, Kampus Ilmu Khas

68

Kuala Lumpur.

Disahkan oleh : . (DR. MASYITAH BINTI TAIB) Pensyarah Pembimbing, Program Khidmat Siswa, Pemulihan Dalam Komuniti Selayang, Institut Pendidikan Guru, Kampus Ilmu Khas, Kuala Lumpur.

69

laporan lawatan homebased


70

LAPORAN AKTIVITI HOME BASED PROGRAM MASIH ADA YANG SAYANG PDK TAMAN EHSAN NAMA PROGRAM TARIKH HARI MASA TEMPAT : Home Based (home visit) : 1 Oktober 2012 : Isnin : 10.00 pagi 12.00 tengah hari : Taman Ehsan

Program Homebased telah kami jalankan pada hari Isnin, 1 Oktober 2012 selepas selesai senaman pagi dan ice-breaking bersama pelatih di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Taman Ehsan. Kami diberikan dua orang pelatih PDK Taman Ehsan untuk menjalankan program ini dirumah masing-masing iaitu adik Iqram Danial dan Nazmi Hakim. Program ini telah disertai oleh 13 orang guru pelatih dan kami 71

berpecah sebanyak dua kumpulan iaitu kumpulan 1 di rumah Hakim dan Kumpulan 2 di rumah Danial. Sebelum kami bergerak untuk ke rumah kedua-dua pelatih, kami telah diberi sedikit pendedahan mengenai home based dan perkara yang perlu dilakukan kepada pelatih yang berada di rumah oleh Puan Syarifah. Secara berkumpulan kami bergerak menuju ke rumah pelatih tepat jam 10 pagi. Memandangkan kedudukan rumah pelatih hanya sekitar Taman Ehsan, bagi Kumpulan 1 yang terdiri daripada tujuh orang guru pelatih bergerak ke rumah Hakim dengan berjalan kaki kerana rumahnya terletak berhadapan dengan PDK Taman Ehsan. Manakala untuk ke rumah Danial pula, kami menaiki dua buah kereta dan bilangan guru pelatih seramai enam orang. Kedua-dua buah rumah ini kami kunjungi sendiri tanpa iringan daripada pihak PDK Taman Ehsan memandangkan di pusat kekurangan tenaga pengajar. Berpandukan alamat yang diberikan oleh pihak PDK, kumpulan 1 telah menjumpai rumah hakim tanpa sebarang masalah dan kehadiran pihak kami ke sini disambut baik oleh ibu kepada Hakim, 22 tahun. Kami telah membawa bahan untuk Hakim melakukan aktiviti melukis bagi melatih keupayaan psikomotornya dengan lebih kerap.. kami bertuah kerana Hakim sememangnya gemar melukis dan pada masa yang sama erdapat separuh para guru pelatih kumpuan satu berbual-bual dengan ibu Hakim dan seperuh lagi berbual dan melayan Hakim. Menurut cerita ibunya, Hakim merupakan seorang anak yang normal sehingga umurnya 12 tahun, beliau jatuh daripada bangunan ketika di sekolah dan hal ini menyebabkan separuh badannya di seelah kanan telah lumpuh kekal dari kepada hingga ke kaki. Hakim boleh berdiri tetapi sukar untuk berjalan tanpa menggunakan kerusi roda. Kehadiran kami ke sini turut ingin memberi nasihat kepada Hakim agar lebih menghargai ibunya kerana kami diberitahu oleh petugas PDK, Puan Syarifah bahawa Hakim cuba bertindak kasar dengan ibunya dengan memaki hamun jika tidak mengikuti kehendaknya. Kami menamatkan sesi lawatan homebased kami ke rumah Hakim pada jam 12.30 tengah hari dengan sedikit jamuan makan yang disediakan oleh ibunya dan pihak kami turut membalas denga sedikit hadiah.

72

Seterusnya kumpulan 2 pula bergerak ke rumah Danial dengan menaiki kereta. Ibu kepada Danial telah menunjukkan jalan kepada kami dari PDK hingga ke rumahnya. Kehadiran kami telah disambut dengan baik oleh ibu dan nenek kepada Danial. Ketika kami sampai, Danial sedang makan dan adik Danial merupakan seorang kanak-kanak ADHD dan autisme yang dikesan pada umur 3 tahun. Sememangnya sepanjang kami berada di rumah Danial, kami tidak dapat melaksanakan aktiviti yang dirancang kerana Danial sedang makan. Namun begitu pelbagai perkara yang kami dapat berkongsi bersama ibu dan nenek Danial antaranya mengenai kemasukan ke sekolah integrasi pendidikan khas masalah pembelajaran.

Hasil daripada perbualan kami dan keluarga Danial yang ketika ini berumur 7 tahun, mereka sentiasa berusaha membantu Danial untuk bercakap kerana Danial boleh mendengar tapi tidak pernah menuturkan kata-kata. Ibunya yang merupakan ibu tunggal pernah berusaha membawa Danial ke Yayasan Nuri, mendaftar di National Autism Society of Malaysia (NASOM), dan mengupah seorang pakar terapi pertuturan. Kami juga mencadangkan agar ibunya mendapatkan nasihat pakar kerana dari segi kognitif Danial baik dan ketika ini Danial sedang dilatih untuk tidak menggunakan lampin di rumah atas nasihat petugas PDK. Kami akhiri lawatan homebased di rumah Danial pada jam 12.30 tengah hari dan kami terus pulang ke PDK setelah menyampaikan sedikit hadiah. Sepanjang kami melaksanakan homebased, kami perolehi banyak pengalaman dengan berkongsi pelbagai perkara bersama ibu bapa pelatih. Harapan semoga kami dapat menimba banyak ilmu hasil daripada perkongsian kami bersama mereka.

Disediakan Oleh : (Noor Atikah Abu Bakar) Setiausaha Aktiviti Hombased, 73

Program Masih Ada Yang Sayang.

LAMPIRAN BERGAMBAR

Gambar 1 menunjukkan adik Danial.

Gambar 2 Hakim yang sedang melukis.

Gambar 3 menunjukan Hakim sedang berbual dengan seorang rakan kami 74

Gambar 4 kami dan ibu Hakim.

minitminit mesyuarat

75

76

draf-draf kertas kerja

77

penutup
78

Alhamdulillah, Program Khidmat Bakti Siswa yang dijalankan pada 1 Oktober 2012 hingga 6 Oktober 2012 di PDK Taman Ehsan, Kepong telah dapat dijalankan dan dikendalikan dengan jayanya. Hal ini adalah hasil daripada kerjasama dan kolaborasi antara ahli kumpulan dengan pihak pengurusan PDK. Sepanjang program ini berlansung, guru pelatih bukan dapat memperolehi pengalaman bagaimana untuk menguruskan sesebuah program, malah secara tidak langsung dapat menjalankan kerja atau kegiatan amal terhadap golongan yang kurang upaya. Sehubungan dengan itu, sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pensyarah pembimbing, rakan-rakan guru pelatih, dan seterusnya badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan yang telah menyumbangkan dana bagi memastikan kelancaran program khidmat siswa ini. Tanpa sumbangan yang diperoleh ini, sudah pasti kami tidak dapat menjalankan segala aktiviti sebagaimana yang telah dirancang. Juateru, kami merasakan bahawa program sebegini wajar diteruskan dan dilaksanakan oleh semua guru pelatih yang bakal dilantik sebagai guru Pendidikan Khas kelak. Hal ini bagi memastikan, guru pelatih lebih bersedia dan memahami keadaan anak didik mereka suatu hari nanti. Sekian.

79

sekalung penghargaa n

80

PDK TAMAN EHSAN PIBG SEKOLAH MENENGAH SAINS SULTAN MAHMUD BANDAR TUN RAZAK NURSERY KEDAI CAT SEASONS, KEPONG

81

You might also like