You are on page 1of 23

Corak dan Rekaan 2103 1.

Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Nyatakan DUA tujuan menghasilkan corak di dalam pendidikan seni visual. Skop Jawapan a. Perlakuan

i. Memilih serta menyesuaikan warna untuk tujuan tertentu. ii. Mengenal dan membezakan pelbagai bentuk asas. iii. Menyesuaikan jenis garisan dalam menghasilkan sesuatu ciptaan. iv. Memilih dan mendapatkan benda-benda untuk dijadikan bahan bagi menghasilkan gubahan seni. v. Melukis mengikut sifat semulajadi sesuatu benda. vi. Memilih jenis bahan yang diperlukan dalam sebarang kegiatan pendidikan seni. vii.Mengolah, mengubahsuai dan menggunakan bahan. viii.Mengenal unsur corak yang tedapat di persekitaran. ix. Membezakan jenis corak tertentu. x. Menggunakan beraneka jenis bahan dan alat untuk membuat corak. xi. Mengatur corak. xii.Mencipta sesuatu karya seni yang digemari. xiii.Membuat penerokaan dan ekperimentasi motif dan warna dalam mencorak. xiv.Mempunyai pengamatan yang tajam dan meningkatkan daya koordinasi mata dan tangan yang baik untuk menghasilkan karya seni. xv.Melatih kebiasaan untuk mencipta dengan teratur dan memberi perhatian secara terperinci terhadap ciptaan tersebut.

b.

Persepsi

i. Menyedari prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni, kadar banding, penegasan, kepelbagaian, kesatuan, kontras dalam penghasilan corak. ii. Meningkatkan daya kreativiti dalam aktiviti membuat corak dan rekaan. iii.Memahami dan menyedari corak di alam sekitar. iv.Memahami konsep penyusunan motif dalam mencorak. v. Menyedari adanya corak dalam peralatan kegunaan harian. vi. Menyedari adanya perkaitan antara warna dan corak. vii. Memperkukuhkan cita rasa terhadap unsur-unsur seni dalam rekaan yang baik. viii. Menyedari adanya corak tertentu pada sesuatu bahan. ix. Menyedari adanya pelbagai jalinan dalam membuat corak. x. Menyedari adanya perkaitan antara warna dan rekaan corak. xi. Merujuk alam semulajadi sebagai sumber idea. xii. Menyedari dan menghargai keadaan persekitaran dalam suasana seni dan kaitannya dengan kehidupan mereka. xiii. Menyedari pertalian ciri-ciri seni yang terdapat dalam alam sekitar dan menghasilkan karya yang berharmoni dan bermakna. xiv. Memberikan pertimbangan estetika terhadap karya seni. c. Pengetahuan Budaya

i. Menyedari prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni, kadar banding, penegasan, kepelbagaian, kesatuan, kontras dalam penghasilan corak. ii. Mengenal dan membuat corak-corak tradisional yang mudah. iii, Mengenal, mengolah, mengubahsuai dan menggunakan unsur-unsur corak kraf tradisional. iv. Mengenal dan membuat corak-corak yang mempunyai unsur tradisional pada alat kegunaan harian. v. Mengenal dan membuat pelbagai corak yang berunsurkan pelbagai corak kraf tradisional.

vi. Menghargai, mengembangkan dan mengekalkan unsur-unsur kebudayaan kebangsaan.

2. Sejarah cetakan di Malaysia dikatakan bermula dengan proses cetakan ke atas kain untuk dijadikan sebagai kain batik sarung. Kini bidang cetakan tidak hanya tertumpu pada cetakan pada kain sahaja, malahan ianya telah berkembang melalui penghasilan karya seni cetakan oleh artis seni cetak moden. Senaraikan DUA orang artis seni cetak Malaysia dan bincangkan secara ringkas hasilan mereka. Skop Jawapan a. Latar belakang pelukis tanah air kita, Redza Piyadasa (1939) Dilahirkan di Kuantan, Pahang pada tahun 1939.

Tahun 1958 mendapat pendidikan seni di Maktab Perguruan Brinsford Lodge, England. Tahun 1962 menuntut di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Kuala Lumpur. Tahun 1963 1967 melanjutkan pengajian di Hornesy College of Art, London. Tahun 1975 1977 menuntut di University of Hawaii, Amerika Syarikat.

Beliau pernah menjadi pensyarah seni di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang. Beliau terkenal sebagai seorang pengkritik seni halus yang sangat di segani.

Karya-karya beliau banyak penerokaan dan cenderung kepada aliran konstruk. Keluarga Baba merupakan salah satu karyanya yang agung.

b.

Latar belakang Juhari Muhammad Said BIODATA: Dilahirkan pada 6 Januari 1961 di Gopeng, Perak.

PENDIDIKAN: 1979 1983 PEKERJAAN: 1983

Diploma Seni Halus, Kajian Seni Lukis dan Seni Reka, Institut Teknologi Mara (ITM), Shah Alam.

Pelukis sepenuh masa.

1985 1985 1989

Ahli reka bentuk di agensi pengiklanan. Pensyarah sambilan di Kajian Seni Lukis dan Seni Reka, Institut Teknologi Mara. Pelukis sepenuh masa seni cetak.

1986 PAMERAN: 1983

Lima pameran di ITM, Universiti Malaya, Hotel Hilton, Balai Seni Lukis Negara ( BSLN )dan DBKL. Dua pameran di BSLN atau satu Kompleks Antarabangsa. Dua di BSLN dan Pesuruhjaya Tinggi Australia, Bank Negara dan Hotel Shangri-La. Pameran Seni Cetak ( Papan Lapis ) di Galeri Le Classique, Pameran Terbuka, BSLN; Pameran Seni Jemputan Aseambankers, BSLN; Post-Fukuoka Art Show, BSLN; Pameran Antarabangsa Seni Asian di Fukuoka, Jepun;

1985

1987

1988 1989 1990

Pameran Tan & Tan Development, Galeri 10 Kia Peng ; Pameran Motivasi. Pameran Seni Antarabangsa Asian Ke5 di BSLN. Post-Seoul International Art Show di Pusat Kreatif KL.

1991

Fiesta Seni, Kuala Terengganu. Pameran Asian Ke-4 di Muzium Seni Metropolitan, Seoul, Korea Selatan. Art Dokumenta 1991 di Wisma Loke,

KL.

3. Resis ialah teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air dan cat minyak, cat air dan lilin dan sebagainya yang boleh dikatakan sebagai proses penolakan warna. Senaraikan DUA bahan yang boleh digunakan sebagai resis. Skop Jawapan Alat dan Bahan Canting Pemidang Kayu Berus Periuk/kuali Bahan campuran lilin Pewarna reaktif dan campuran Bahan pemati warna Bahan pencuci Kain Pernyataan Mempunyai pelbagai rupa dan bentuk samada mempunyai satu corong atau banyak corong. untuk meregangkan kain. untuk menyapu warna, sodium silikat atau lilin. digunakan untuk memasak lilin. Lilin putih dan resin. remazol atau primazin (pewarna reaktif) urea atau soda ash (campuran). sodium silikat. soda asli, serbuk sabun atau soda ash. jenis kain yang sesuai ialah kain kapas, poplin, rayon, drill, lawan lima, cotton shirting, lawan unitika dan voile.

4. Senaraikan EMPAT jenis ikatan di dalam penghasilan corak melalui teknik ikat dan celup. Skop Jawapan Teknik ikat dan celup yang digunakan ialah i. Jahitan ii.Ikatan yang diisikan dengan pelbagai objek iii.Lipatan dan ikatan iv.Simpulan

5. Perancis dan Sepanyol mempunyai banyak kesan tinggalan lukisan prasejarah di dalam gua. Senaraikan DUA buah gua yang terkenal terdapatnya khazanah lukisan purba ini dan huraikan dengan ringkas bentuk lukisan tersebut. Skop Jawapan Gua Altamira dan Lascaux

Lukisan zaman Neolitik. Lukisan-lukisan pada zaman ini ada yang digayakan dan ada yang berbentuk simbolik. Senirupa Neolitik merupakan karya yang dibuat secara realisma yang semula jadi. Mereka menggunakan tangan untuk membentuk garisan tebal dan nipis, manakala lorekan hitam digunakan di bahagian-bahagian yang terdapat nilai ton. Karya-karya yang dibuat pada masa ini adalah bertujuan persembahan kepada semangat dan roh datuk nenek moyang mereka, menunjukkan ilmu sihir ketika memburu binatang, mendapatkan semangat haiwan seperti keberanian, kepantasan dan ketangkasan. Binatang-binatang yang menjadi objek lukisanmereka ialah lembu, rusa, seladang dan singa.

6. Kelarai dalam proses anyaman pandan/mengkuang tertumpu kepada gubahan bentuk yang dijalin untuk menghasilkan suatu gaya atau ragamhias yang menarik sebagai motif utama. Senaraikan EMPAT Kelarai Bermotif Haiwan.

Skop Jawapan Jari Kedidi Mata Punai Tulang Ikan Pusat Beranak Belalang Cucuk Mata Ketitir Mata Ikan Sisik Kelah Kepala Lalat Kepala Gajah Tapak Anjing Tapak Harimau Buntut Siput Mata Berkait Berhati

7. Pualaman adalah satu penghasilan corak teknik cetakan mono di mana warna dimendapkan daripada cairan yang bergelatin dan melekit. Jelaskan teknik penghasilan pualaman kertas yang paling mudah dan tertua pernah dihasilkan di Jepun.

Skop Jawapan

Reka bentuk yang paling mudah dan tertua pernah dihasilkan di Jepun dan dikenali sebagai suminagashi; iaitu sebuah bekas yang diisi dengan air dan dicampurkan dengan dakwat sumi sebagai dye magenta dan beni iaitu warna yang dihasilkan daripada Safflower. Ia kemudian digunakan dengan teliti menggunakan berus dakwat. Pelbagai bahan kimia digunakan untuk membantu mengapungkan dakwat. Beberapa titisan air dijatuhkan ke atas permukaan campuran tadi yang akan membentuk warna seperti cincin. Proses ini diulang sehingga semua permukaan air dipenuhi oleh warna-warna cincin ini. Warna yang terapung ini kemudiannya dimanipulasikan dengan berhati-hati dengan menggunakan teknik tiupan secara terus atau menggunakan straw dan boleh juga menggunakan rambut bagi membentuk corak yang menarik. Pada abad ke19, Tokutaro Yagi seorang guru di Kyoto telah mencipta kaedah penggunaan bilahbilah buluh bagi membentuk warna dan hasilnya terbentuklah corak lingkaran yang sangat indah. Akhir sekali sehelai kertas washi dimasukkan ke dalam bekas tadi untuk memerangkap corak yang terapung. 8. Catan merupakan suatu medium yang membolehkan pelukis meluahkan perasaannya, membuat interpretasi pandangannya ataupun merakamkan gambaran yang dirasai atau dilihatnya dalam bentuk imej visual. Senaraikan EMPAT teknik penghasilan catan minyak. Skop Jawapan Titik Hard Edges Glazing Alla Prima

Impasto Scambling

9. Mozek adalah seni hiasan dengan menggunakan kepingan kecil kaca, batu dan pelbagai bahan yang berwarna. Jubin atau kepingan seramik yang dikenali sebagai tesserae atau kaca berwarna atau lut sinar dengan bersalutkan besi digunakan bagi menghasilkan corak pada gambar. Nyatakan DUA fungsi mozek. Skop Jawapan menghiasi latar belakang sesuatu kawasan. menghiasi dinding bangunan. untuk tujuan keagamaan. membentuk suasana yang lebih cerah dan memantulkan cahaya.

10. Teknik renjisan dan percikan merupakan teknik penghasilan karya menggunakan berus, semburan atau berus gigi yang melibatkan renjisan dan percikan secara sengaja menggunakan warna cair, cat atau cairan yang dapat

meninggalkan kesan ke atas permukaan sesuatu bahan. Senaraikan DUA orang artis barat yang menggunakan teknik ini di dalam penghasilan karya mereka. Skop Jawapan Paul Jackson Pollock dan dua orang abangnya, iaitu Charles dan Sanford dibentuk menjadi artis. Charles, abangnya yang sulung, pergi ke New York untuk belajar dengan pelukis Regionalist Thomas Hart Benton di Art Students League, dan dia mencadangkan bahawa Jackson harus menyertainya. Dalam 1930 Pollock pergi ke timur dan didaftarkan oleh Benton di League. Di bawah tunjuk ajar Benton, Pollock belajar menganalisa lukisan-lukisan lama dan ilmu mengenai asas-asas lukisan dan komposisi. Dia juga belajar melukis lukisan dinding bersama Benton. Pengalaman Pollock yang pertama menghasilkan lukisan dinding yang kontemporari telah menyemarakkan lagi semangat beliau bagi menghasilkan lukisan yang berskala besar. Albert Pinkham Ryder merupakan tokoh yang amat dikagumi oleh Pollock. Karya-karya Polock juga dipengaruhi oleh kebudayaan masyarakat asli Amerika. Pollock kemudian mengahwini Lee Krasner yang juga merupakan seorang artis dan pelukis. Beliau meninggal pada tahun 1956 dalam usia 44 tahun akibat pengambilan alkohol yang keterlaluan. 11. Cetakan ialah proses terapan blok atau plat. Proses ini melibatkan penciptaan plat yang dapat menghasilkan pelbagai imej. Kesan permukaan yang dicetak itu boleh dilakukan ke atas bahan seperti linoleum, styrofoam, logam, kadbod dan bahan-bahan lain. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan edisi di dalam cetakan?

Skop Jawapan Cetakan mempunyai keistimewaan iaitu dapat menghasilkan beberapa keping hasilan yang sama disebut edisi. Tiga atau empat cetakan yang pertama, biasanya berbeza dengan edisi cetakan selepas itu. Cetakan pertama ini dinamakan 'artists proofs' (AP). Bilangan siri cetakan ini dinamakan edisi dan proses cap-mengecap ini boleh menyebabkan blok atau plat rosak dan bilangan edisi dalam cetakan berakhir. Pada setiap bahagian bawah cetakan, akan terdapat bilangan edisi cetakan yang dihasilkan. Simbol yang mewakili cetakan adalah berupa simbol nombor seperti 5/25 yang merujuk kepada cetakan ke 5 daripada 25 cetakan. Di bahagian tengah ditulis tajuk cetakan dan di bahagian kanan tercatat nama artis dan tarikh cetakan itu dilakukan. (b) Huraikan jenis-jenis cetakan berikut : Skop Jawapan i. Cetakan Stensil atau Skrin

ii.

Cetakan Benaman ( Intaglio)

(c)

Huraikan LIMA Langkah Penghasilan Cetakan Lino

Skop Jawapan

12. Lukisan merupakan bentuk seni halus tertua sekali. Lukisan adalah proses melukis dengan menggunakan teknik lorekan ton, melakar garisan dan gosokan menggunakan alat tulis yang kering ke atas sesuatu permukaan. (a) Senaraikan DUA media tertua yang sering digunakan bagi menghasilkan lukisan. Skop Jawapan i. Pensel

Pensel dicipta oleh Nicolas Jacques Conte pada tahun 1795. Pensel diperbuat daripada arang dan tanah liat. Pensel jenis keras iaitu jenis H sesuai digunakan untuk melakar garisan yang tajam manakala pensel jenis lembut iaitu jenis B sesuai digunakan untuk membuat lorekan atau ton. ii. Arang Arang (charcoal) yang digunakan untuk melukis pada mulanya merupakan batang kayu yang terbakar. Ia adalah media melukis tertua sekali. Arang sangat popular digunakan oleh pelukis pada abad yang ke17 dan ke18. Pada mulanya, arang digunakan oleh orang gua untuk melukis haiwan dan pemburu pada dinding gua. Arang yang digunakan untuk melukis pada masa kini adalah batang arang yang dibakar dengan cara khas supaya seluruh arang dapat menghasilkan garisan yang sama rata dengan kegelapan yang sekata pada semua kawasan yang dilukis. (b) Jelaskan TIGA teknik lukisan berikut. Skop Jawapan i) Teknik Garisan Silang

Himpunan garisan-garisan yang bersilang menghasilkan kesan ton. ii) Teknik Lorekan

Biasa digunakan dengan melorek kawasan objek yang gelap untuk menunjukkan ton.

iii) Teknik Gosokan

Meletakkan kertas lukisan di atas permukaan yang mempunyai jalinan yang diingini dan menggosoknya menggunakan alat melukis.

(c) Sejarah seni lukis dunia bermula dan berkembang semenjak zaman pra sejarah.

Bincangkan. Skop Jawapan Terdapat tiga peringkat perkembangan iaitu:

a.

Zaman Paleolitik

Zaman ini bermula pada tahun 2,500 SM hingga 1,500 SM. Pada zaman ini orangorang Paleolitik tinggal di dalam gua-gua batu pada musim sejuk. Mereka menghabiskan masa dengan meniru cakaran yang dibuat oleh beruang pada dinding gua semasa menajamkan kukunya. Mereka melukis garisan-garisan selari dan berbelok-belok dengan menekankan jari dan alat-alat yang tajam di bahagianbahagian dinding gua yang lembut. Cetakan berwarna dibuat dengan menggunakan tapak tangan atau melukis garisan luar tangan mereka dengan warna merah dan hitam. Lukisan yang dibuat pada zaman ini kebanyakannya menggunakan imej bintang seperti gajah, rusa, seladang, babi hutan, dan kuda. Setiap gambaran mencerminkan semangat binatang yang luar biasa. Binatang-binatang itu digambarkan dengan pelbagai gerak laku seperti lemah-lembut, kegagahan, kedamaian dan keikhlasan. Lukisan ini kadangkala ada juga menunjukkan figura orang memburu atau berlawan. Figura yang dilukis adalah dengan bentuk seperti orang lidi ataustick figures.

b.

Zaman Mesolitik

Zaman ini bermula daripada tahun 15,000 SM hingga 10,000 SM. Pada masa zaman Paleolitik telah mengalami glasier, manusia primitif ini telah meninggalkan gua gua yang mereka diami dan berpindah untuk mencari kawasan yang tanah-tanihnya lebih subur untuk bercucuk-tanam. Peralatan-peralatan batu telah dihalusi. Beberapa lukisan telah ditemui yang membuktikan wujudnya kebudayaan di utara Afrika dan timur Sepanyol. Lukisan-lukisan pada zaman ini kelihatan lebih detail daripada zaman Paleolitik. Di mana lukisan-lukisan di zaman Paleolitik dilukis di hujung-hujung gua, lukisanlukisan pada zaman ini kebanyakkannya dilukis di bahagian pintu masuk gua sahaja. Pada zaman ini, lukisan lebih berbentuk manusia daripada bentuk-bentuk binatang. Lukisan yang dilukis adalah menggambarkan kehidupan dalam masyarakat samada sewaktu berburu, berlawan atau dalam upacara istiadat. Lukisan juga lebih mementingkan gerakan daripada bentuk. Lukisan yang dihasilkan adalah menunjukkan pergerakan rentak binatang dan manusia. Tumpuan pada setiap pergerakkan adalah untuk menunjukkan bentuk

semulajadi binatang. Terdapat juga bentuk-bentuk yang digayakan yang melambangkan perasaan mereka. Mesej yang cuba disampaikan adalah tentang pemburuan dan pengumpulan binatang di samping adat dan kehidupan kaum mereka. Lukisan-lukisan juga dibuat agar mendapat satu kuasa ghaib atau luar biasa dalam pemburuan mereka. Karya-karya juga mula memperlihatkan corak-corak untuk menambah lagi kesan-kesan kuasa ghaib. Pada zaman ini juga, mereka menggunakan pelbagai bahan semulajadi yang ada di sekitar mereka untuk menghasilkan bahan catan. Untuk mendapatkan warna merah mereka menggunakan darah manakala warna hitam diperolehi daripada biji-bijian yang dihancurkan. Untuk mendapatkan warna hijau, tumbuhan dan lemak binatang telah digunakan.

c.

Zaman Neolitik

Zaman ini bermula sekitar tahun 7,000 SM hingga 1,500 SM. Tumpuan penduduk adalah tempat tinggal di kawasan yang subur. Terdapat sistem buruh dan sistem perdagangan. Aktiviti kehidupan mereka adalah mengikut peredaran musim. Mereka berfahaman animisma. Pada masa ini telah wujud perkampungan dan perbandaran dan kehidupan berpindah-randah mula berkurangan. Binatang-binatang yang menjadi objek lukisan mereka ialah lembu, rusa, seladang dan singa. Lukisan-lukisan pada zaman ini ada yang digayakan dan ada yang berbentuk simbolik. Senirupa Neolitik merupakan karya yang dibuat secara realisma yang semula jadi. Mereka menggunakan tangan untuk membentuk garisan tebal dan nipis, manakala lorekan hitam digunakan di bahagian-bahagian yang terdapat nilai ton. Karya-karya yang dibuat pada masa ini adalah bertujuan persembahan kepada semangat dan roh datuk nenek moyang mereka, menunjukkan ilmu sihir ketika memburu binatang, mendapatkan semangat haiwan seperti keberanian, kepantasan dan ketangkasan. Mereka beranggapan karya-karya yang dihasilkan dapat menentukan nasib pemburu dan menyakitkan musuh, memperolehi kesaktian sewaktu memburu, menggambarkan corak cara hidup dan nilai budaya kaum mereka. Pada zaman ini, mereka menggunakan darah untuk menghasilkan warna merah manakala warna hitam diperolehi daripada manganam oksid, jelaga lemak atau arang. Warna coklat dan jingga diperolehi daripada biji-bijian yang dihancurkan dengan batu dan dicampurkan dengan darah haiwan, madu tumbuh-tumbuhan dan lemak haiwan. Warna-warna yang digunakan pada zaman ini adalah kebanyakkannya daripada kategori earth colours seperti perang, kuning, merah, hitam dan sebagainya yang dicampurkan dengan lemak binatang. Warna ungu hitam diperolehi daripada oksid manganam yang terdapat dalam tanah liat. Manakala warna putih pula diperolehi daripada batu kapur. Tempat-tempat yang banyak ditemui lukisan zaman Neolitik ialah seperti di gua-

gua di Perancis dan Sepanyol manakala gua-gua yang terkenal didapati kesankesan seperti ini adalah seperti gua Altamira dan Lascaux. 13. (a) Senaraikan DUA jenis corak anyaman.

Skop Jawapan

a. Corak Tapak Catur Dianyam dalam dua atau tiga warna dengan mencantum warna cerah dan gelap.

b. Corak Mata Bilis Dua warna dipilih iaitu terang dan gelap. Kedua-dua warna timbul seperti mata bilis.

c. Corak Beras Patah Hampir sama dengan mata bilis. Warna cerah dianyam tiga mata diselangi dengan satu mata gelap. Gambarannya seakan beras patah.

d. Corak Palembang Asalnya dari Palembang. Petak empat segi biru atau biji kundang dianyam dengan warna hijau dan dikelilingi pula jalur-jalur dua warna merah dan putih.

e. Corak Bugis Asal daripada Bugis. Penggunaan dua warna yang berdekatan hijau dan putih, misalnya. Petak-petaknya lebih kecil dari corak Muar. Ia juga dianyam dalam bentuk berdiri dan serong.

f. Corak Muar Berasal daripada Muar, Johor. Motif-motif berpetak empat segi. Anyaman dua warna antara merah dan biru. Dikelilingi dengan jalur-jalur putih, hijau dan kuning. Antara petak-petak digunakan adalah campuran dan biru.

g. Corak Selang seli Penggunaan dua warna gelap dan cerah. Kedua-dua bahagian dianyam mata sama banyak dan selari.

h. Corak Berdiri Kurang mendapat sambutan daripada pengusaha. Penggunaan dua warna tetapi untuk mendapatkan corak yang betul-betul lurus adalah amat sukar.

i. Corak Serong Corak yang mudah. Bermacam kelarai boleh dianyam melalui contoh corak ini. Amat digemari oleh para penganyam.

j. Corak Ketapang Gilir Kacang Seakan-akan corak selang-seli dan susunan yang rapat. Dianyam dengan dua warna cerah dan gelap.

k. Corak Malaysia Corak selang-seli, dikelilingi dengan warna merah, putih, hijau dan biru. Petaknya seakan-akan bendera Malaysia.

(b) Jelaskan TIGA alat kelengkapan yang perlu disediakan sebelum proses menganyam dimulakan.

Skop Jawapan Terdapat beberapa alatan yang diperlukan untuk menyediakan bahan untuk menganyam seperti:

(c) Proses anyaman adalah proses yang rumit dan perlu dilakukan dengan teliti. Huraikan LIMA peringkat penghasilan anyaman.

14.

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan mozek?

Skop Jawapan

Mozek adalah seni hiasan dengan menggunakan kepingan kecil kaca, batu dan pelbagai bahan yang berwarna. Ia merupakan salah satu teknik membuat dekorasi dalam reka bentuk hiasan dalaman yang ada hubungkaitnya dengan kebudayaan

dan kepercayaan seperti yang banyak dilihat terdapat di dewan dewan sembahyang di dalam gereja. Jubin atau kepingan seramik yang dikenali sebagai tesserae atau kaca berwarna atau lut sinar dengan bersalutkan besi digunakan bagi menghasilkan corak pada gambar. Mozek dalam pendidikan seni sekolah rendah pula didefinisikan sebagai susunan bahan kutipan yang ditampal di atas sesuatu permukaan kertas, kad atau permukaan lain secara sebelah menyebelah dan tidak bertindihan antara satu sama lain. Antara bahan yang sesuai ialah kertas berwarna-warni. Kertas tersebut dipotong mengikut bentuk segiempat, segitiga atau bentuk-bentuk yang lain. Potongan kertas ini ditampal mengikut lakaran bentuk asal gambar. Selain daripada kertas, mozek juga dapat dihasilkan dengan menggunakan butang, batu-batu kecil, jubin kecil, biji-bijian, kulit kerang, kepingan plastik dan kayu. Gam atau simen digunakan untuk melekatkan bahan-bahan tersebut.

(b) Arkitektur Islam menggunakan teknik mozek dalam konsep reka bentuk geometrik dan matematik yang rumit. Nama dan jelaskan proses ini.

Skop Jawapan

(c) Huraikan sejarah awal penggunaan mozek. Skop Jawapan Sejarah penggunaan mozek dikatakan bermula seawal 4,000 tahun atau lebih dengan penggunaan bata merah bagi menghiasi latar belakang sesuatu kawasan. Pada abad ke lapan sebelum masihi, terdapat batu-batu kerikil digunakan disusun di lorong-lorong dengan menggunakan pelbagai saiz dan warna. Rakyat Greece

telah mengubah keadaan ini dengan memperkenalkan satu bentuk seni baru dengan menghasilkan bentuk-bentuk geometri yang lebih tersusun dan teratur. Mereka juga menampakkan adegan tertentu dan menyusun mozek ini seperti gambar binatang dan sebagainya. Di Bandar Pompeii, kebanyakan artis zaman Yunani purba menggunakan teknik ini untuk menghiasi dinding bangunan di dalam kota mereka. Mozek telah mula digunakan sejak zaman kuno sebagai hiasan dalaman rumah. Mozek abad ke 4 sebelum masihi dijumpai di istana Macedonia di bandar Aegean. Mozek Villa Romana del Casale di bandar Sicily merupakan koleksi terbesar mozek zaman akhir Roman dan telah diwartakan sebagai tapak warisan dunia oleh UNESCO. Pada abad tersebut, mozek pada dinding dan siling bangunan diadaptasi untuk tujuan keagamaan seperti yang terdapat pada bangunan St. Peter dan St. Paul yang telah musnah tetapi mozek Santa Constanza dan Santa Pudenziana terus kekal diselamatkan. Begitu juga dengan beberapa tugu peringatan yang kaya dengan kualiti seni mozek. Mozek pejalan kaki yang menggambarkan manusia, binatang dan tumbuhan abad ke-4 pada cathedral Aquileia dikekalkan untuk tujuan keagamaan. Mozek Rom British adalah lebih mudah daripada segi reka bentuknya dan menggambarkan teknik yang tidak berkemahiran tinggi. Lazimnya mozek Rom bertemakan ketuhanan dalam kepercayaan beragama. Pada abad ke-5 masihi, Ravenna, bandar bagi Empayar Roman Barat telah menjadi pusat bagi seni mozek Roman. Ini dibuktikan dengan terdapatnya hiasan mozek berkualiti tinggi di Galla Placidia. Selepas tahun 539, Ravenna telah ditakluki oleh Empayar Byzantine. 15. (a) Dalam tahun 1911, teknik ikat dan celup pernah diusahakan oleh seorang tokoh batik di negeri Terengganu iaitu tuan Haji Che Su Bin Haji Ishak. Apakah nama lain bagi penghasilan batik menggunakan teknik ikat dan celup ini yang sering digunakan pada ketika itu. Skop Jawapan

Teknik mencorak menggunakan ikatan dan celupan juga dikenali sebagai batik pelangi. (b) Jelaskan proses penyediaan kain di dalam teknik menghasilkan corak dengan menggunakan teknik ikat dan celup. Skop Jawapan

(c) Huraikan LIMA langkah penghasilan ikatan dan celupan menggunakan ikatan dengan menggunakan objek. Anda boleh menggunakan ilustrasi bagi menggambarkan proses tersebut

Skop Jawapan

You might also like