You are on page 1of 3

Jurnal minggu 4

Semasa berada di sekolah SK Batu Kawan, banyak program-program kerohanian yang diadakan bagi meningkatkan tahap rohani dan jasmani murid-murid dalam menghadapi apa jua cabaran sama ada peperiksaan mahupun kesediaan untuk belajar. Pihak sekolah telah mengambil inisiatif dengan mengadakan program solat sunat seperti solat hajat, solat dhuha dan solat sunan taubat. Penganjuran program ini dianjurkan oleh panitia agama islam sekolah. Secara tidak langsung, kami, gur-guru pelatih telah terlibat bersama-sama guru lain untuk memastikan kelancaran program ini. Program ini berlangsung pada setiap minggu semasa bulan Ramadan iaitu pada hari khamis bermula dari pukul 7.45 hingga 8.45 dan kehadiran murid-murid tahun 4, 5 dan 6 adalah diwajibkan. Selain itu, kami juga ditugaskan untuk bersama-sama murid untuk bersolat bersama-sama mereka sekiranya mempunyai kelapangan. Hal ini turut ditekan kan oleh Saidina Umar Al-Khattab RA, beliau pernah berkata, Langit tidak pernah menurunkan hujan emas atau perak. Kata-kata ini cukup memberikan pengertian tentang erti tawakkal dan menyerahkan diri kepada Allah. Mengharapkan sesuatu daripada Allah, tidak cukup hanya dengan doa, tetapi juga disertai dengan usaha dan ikhtiar. Sesudah bekerja dan berusaha, barulah kita menyerahkan hasilnya kepada Allah. Kita melakukan mana yang biasa dan dalam batas kemampuan kita selaku manusia yang lemah, sedang yang di luar itu, kita serahkan urusannya kepada Allah.

Data Sebagai seorang guru, saya sentiasa belajar tentang bagaimana saya boleh meningkatkan lagi program ataupun apa-apa jua yang telah saya lakukan. Melalui pengalaman intership ini, saya dapat saya simpulkan saya dan rakan-rakan telah berjaya menjalankan kursus ini dengan sebaik mungkin. Pelbagai nilai-nilai guru yang telah kami pelajari bersama. Semangat ini, kami harap akan sentiasa tersemat dalam hati. Melalui laporan jurnal yang dibuat, kami dapat membuat penilai terhadap pelbagai aktiviti yang telah dijalankan oleh pihak sekolah untuk dijadikan contoh kelak.

1. Penghubung kaitan dan perasaan

Sebagai guru kita harus sedar, bahawa apa-apa program yang kita laksanakan adalah berpusat kepada guru. Ia bermaksud adalah untuk murid-murid. Oleh itu, bagaimana murid-murid akan menyertai program dengan penuh minat perlu difikirkan. Janganlah melakukan sesuatu projek seperti kata-kata orang dahulu kala, melepaskan batuk ditangga yang membawa maksud tidak bersungguh dalam melaksanakan sesuatu perkara. Kerana kita berbincang soal anak bangsa Malaysia, yakni generasi yang akan memacu negara untuk terus harmoni dan berjaya. Oleh itu guru-guru perlu menjadi contoh dari segi kehadiran ke program ini bagi memberi contoh kepada murid untuk diikuti.

2. Membuat Interpretasi

Program ini sedikit sebanyak memberi peluang kepada semua pihak untuk samasama menyatukan tekad berdoa memohon kepada Allah SWT agar kecemerlangan itu menjadi satu realiti. Program ini juga dapat membina tautan ukhuwwah yang berkesan dalam hubungan sesama umat Islam yang terdiri daripada pelbagai latar belakang kehidupan agar dengan hubungan itu dapat menjana satu kekuatan dari segala aspek. Selain itu juga, program ini merupakan pengenalan kepada konsep Usaha Doa dan Tawakkal. Sebagai seorang guru, saya hendaklah menyedari bahawa setiap daripada kita perlulah mempunyai aspek rohani dan jasmani yang tinggi. Kita tidak boleh menumpukan fokus kepada aspek akedemik sahaja. Oleh itu, kita perlulah mendidik diri kita agar membawa kosep ketuhanan bersama-sama dalam kehidupan kita . Ini adalah kerana menjadi lumrah manusia untuk mempunyai kepercayaan kepada tuhan. Hal ini secara tidak langsung akan dapat menguatkan diri dari dalam dan bersedia untuk menghadapi cabaran dalam kehidupan.

3. Keputusan

Daripada pemerhatian dan dapatan yang diperoleh, beberapa penambahbaikan dan tindakan perlu dilaksanakan bagi memperbaiki diri saya dalam menjalankan program. Pada masa akan datang, saya akan mengambil tindakan yang berikut bagi memperbaiki diri saya dalam melaksanakan apa-apa jua program yang melibatkan warga sekolah dan kawasan sekitar. Penambahbaikan yang pertama ialah melaksanakan program di tempat yang lebih luas seperti dataran perhimpunan di mana dapat memuatkan semua murid termasuk murid pra sekolah, dan murid SKBK semasa mengadakan perhimpunan mingguan. Selain daripada berasa lebih selesa dan senang untuk dipantau, semua tetamu juga bebas untuk bergerak dan pengaliran udara dikawasan lapang juga amat baik.. Penambahbaikan yang kedua ialah memastikan kehadiran para guru SKBK dapat ditingkatkan lagi pada masa akan dating dengan mengadakan perbincangan dengan semua guru terlebih dahulu sebelum memutuskan tarikh majlis.

You might also like