You are on page 1of 1

ISL 1 : Membuat rujukan di pusat sumber mengenai cabang-cabang falsafah pendidikan dan membuat rumusan dalam bentuk peta

minda.

CABANG CABANG ILMU FALSAFAH PENDIDIKAN

PENGENALAN Belajar falsafah merupakan satu ilmu yang mempelajari mengenai sebuah proses memahami aktiviti-aktivi berfikir manusia, dan falsafah itu sendiri adalah aktivit berfikir itu. Dengan kata lain, falsafah mendorong manusia untuk berfikir dengan lebih kritis dan kritik. Setiap perbuatan serta perlakuan manusia itu menggambarkan apa yang di fikirkan oleh seseorang dalam akalnya, di mana apa yang di lakukannya adalah apa yang di fikirkan. Oleh itu, seseorang yang berakhlak dan berdisiplin itu bolehlah dikatakan sebagai seorang yang mempunyai fikiran yang tersusun dan teratur serta akal yang sihat. Ini kerana, akhlak yang di cerminkannya menggambarkan keadaan akal fikirannya.

Metafizik (Ontologi) Satu cabang falsafah yang mengkaji tentang perkara-perkara seperti sifat realiti, apa yang wujud di dunia ini dan susunaturnya.

EMPAT CABANG UTAMA Axiologi Epistemologi Axiologi berasal daripada perkataan Cabang falsafah ini lebih Yunani yang bermaksud nilai. dikenali sebagai teori ilmu yang mengkaji tentang ilmu dan Ia adalah cabang falsafah yang kepercayaan. mempersoalkan tentang baik atau buruk,benar atau salah, cantik atau Ia berasal daripada perkataan hodoh. Yunani episteme yang bermaksud Ia merangkumi dua aspek,iaitu etika ilmu atau sains dan logos yang bermaksud keterangan. dan estetika. Justeru,epistemologi berfokuskan kepada penganalisisan dan penghasilan ilmu dan tuntutan ilmu.

Logik Logik menerangkan hubungan antara idea-idea di samping memberi alasan bagi jawapan yang diberi. Selain itu, logik juga cuba membezakan antara apa yang dikatakan sebagai sah dan yang mengelirukan. Terdapat 2 jenis logik iaitu logik induktif dan logik deduktif.

You might also like