You are on page 1of 8

SK RKT BERSIA, 33320 GERIK, PERAK Bahagian A Pilih jawapan yang betul dengan membulatkan sama ada A, B, C atau

D. 1. Antara yang berikut, faktor manakah tidak benar mengenai kebaikan menanam sayur-sayuran ? A Mengisi masa lapang B Mendatangkan pendapatan sampingan C Menambahkan perbelanjaan D Kesegaran dan kebersihan sayuran lebih terjamin 2. Apakah alatan tangan yang digunakan untuk menggemburkan tanah di dalam kotak semaian ? A Cangkul C Sekateur B Sudip tangan D Kapak 3. Pilih jenis sayuran hidroponik yang tidak tergolong dalam kumpulan jenis buah. A Terung C Cili B Timun D Lobak putih Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah

4. Alatan tangan di bawah ini sesuai digunakan untuk melakukan aktiviti A menyiram tumbuhan C mengorek lubang pasu B memotong dahan D menggembur tanah batas 5. Penghasilan sesuatu projek yang mendatangkan pendapatan bermula dengan proses.. A perancangan C pendapatan B perbelanjaan D pengkhususan 6. Apakah yang dimaksudkan dengan komisen ? A Upah yang diberikan oleh pembekal kepada peniaga B Kadar bayaran yang diterima oleh peniaga kerana menjual barang C Keuntungan hasil menjual barang buatan sendiri D Lebihan jualan yang diberikan oleh pembekal kepada peniaga

SK RKT BERSIA, 33320 GERIK, PERAK 7. Risiko manakah antara yang berikut berpunca daripada barang jualan ? A Banjir C Pecah amanah B Penipuan D Barang stok lama Soalan 8 berdasarkan pernyataan di bawah Tiada tempat khas untuk peniaga Bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain Berkenderaan atau berjalan kaki

8. Ciri-ciri di atas menunjukkan perniagaan jenis. A berjaja C berkedai B bergerai D berwarung 9. Keuntungan dalam sesebuah perniagaan diperolehi apabila A harga jualan kurang dari harga kos. B harga jualan melebihi harga kos. C harga kos melebihi harga perbelanjaan. D harga perbelanjaan sama dengan harga kos. 10. Kegunaan . adalah untuk memudahkan pengurusan jualan. A jadual harian C buku nota B buku manual D jadual kerja 11. Promosi dijalankan dalam sesebuah perniagaan apabila. A hendak memperkenalkan sesuatu barang baru dalam pasaran. B menghasilkan sesuatu barangan C mengubahsuai sesuatu barangan. D perubahan lokasi premis perniagaan Soalan 12 berdasarkan pernyataan di bawah Pada papan iklan di tepi jalan Di belakang bas Pada dinding atau papan kenyataan kedai

12. Berdasarkan lokasi di atas, apakah bentuk promosi yang paling sesuai dijalankan ? A Pembungkusan C Poster B Sampel D Pameran 2

SK RKT BERSIA, 33320 GERIK, PERAK

13.

Semua di bawah merupakan tujuan menyiram tumbuh-tumbuhan kecuali. A menyejukkan tumbuhan B membekalkan air bagi tumbesaran C melarutkan nutrien di dalam tanah D membunuh rumpair di dalam pasu

14. Azrul menerima komisen sebanyak 20 sen bagi setiap bungkus bihun goreng yang dijual dengan harga RM 1.00. Kirakan jumlah bayaran yang perlu diserahkan kepada pembekal sekiranya Azrul berjaya menjual 63 bungkus bihun ? A RM 12.60 C RM 63.00 B RM 50.40 D RM 64.10 15. VCD yang dijual oleh Encik Wong telah dirampas oleh pihak berkuasa kerana barangan tersebut adalah barangan cetak rompak. Risiko yang dialami oleh Encik Wong adalah kerana.. A mengamalkan sikap dan etika perniagaan yang tidak baik B bersikap tidak jujur dan tidak amanah C perancangan perniagaan yang tidak sempurna D menjalankan perniagaan yang menyalahi undang-undang

Soalan 16 berdasarkan pernyataan di bawah Jahitan ini berfungsi sebagai pengemas jika dijahit pada sebelah dalam fabrik. Jahitan ini berfungsi sebagai hiasan jika dijahit di sebelah luar fabrik.

16.

Pernyataan di atas menerangkan tentang jahitan A jelujur C insang pari B sembat D lilit kemas

17.

Pili bomba yang terdapat di kawasan kediaman digunakan untuk A membekalkan air apabila bekalannya terputus. B membekalkan air bagi kegunaan harian. C membekalkan air pada musim kemarau. D membekalkan air untuk memadamkan kebakaran.

SK RKT BERSIA, 33320 GERIK, PERAK

18.

Manakah antara peniaga yang berikut, yang mungkin mengalami kerugian jika hari hujan ? i Pekedai runcit ii Penjual air tebu A i dan ii B i dan iii iii Penjual payung iv Penjual ais krim C ii dan iv D iii dan iv

19.

Antara yang berikut yang manakah kemudahan-kemudahan yang disediakan di pasaraya besar untuk menarik hati pelanggan ? i Tangga bergerak ii Susun atur barang dengan baik A i, ii dan iii B i, ii dan iv iii iv Tempat letak kereta Tempat permainan kanak-kanak

C i, iii dan iv D i, ii, iii dan iv

20.

Athirah mendapati jus minuman yang dibelinya dari sebuah pasaraya adalah barang tiruan kerana i ii iii iv ada catatan menyatakan barang tiruan pada botol jus. harganya lebih murah jika dibandingkan dengan yang asli rasanya tidak serupa dengan yang asli bentuk botol dan pembungkusannya adalah serupa C ii dan iii D iii dan iv

A i dan ii B i dan iii

( 20 markah )

SK RKT BERSIA, 33320 GERIK, PERAK

Bahagian B Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. Manik Labuci Benang sulaman Kia Butang Renda

1. _________________ biasanya dijahit pada artikel untuk menambahkan kecantikan pada artikel. 2. Kebanyakkan jahitan dimatikan dengan jahitan _____________. 3. Corak berbentuk kerawang adalah sebahagian dari _________________ dan dijahit pada artikel untuk menghasilkan corak hiasan yang pelbagai. 4. ________________ berbentuk butir-butir kecil yang berwarna-warni digunakan untuk menghasilkan corak hiasan yang menarik pada artikel. 5. Pakaian dapat dikancing dengan menggunakan _________________ yang berbentuk bulat. 6. ________________________ merupakan tali halus yang diperbuat daripada kapas dan sebagainya yang digunakan untuk kerja menyulam.

( 6 markah )

SK RKT BERSIA, 33320 GERIK, PERAK

Bahagian C Namakan sayur-sayuran berikut. 1.

2. 1. 2.

3.

4.

5.

6.

SK RKT BERSIA, 33320 GERIK, PERAK

( 6 markah ) Bahagian D Berdasarkan gambar di bawah ini, padankan amalan baik dalam pengurusan perniagaan

Kecuaian peniaga yang tidak mengawasi kedai boleh mendatangkan kerugian

Kerugian disebabkan ketidakjujuran pekerja ketika bekerja di premis perniagaan

Diakibatkan oleh kerosakan yang berlaku pada barang jualan.

Keadaan alam yang tidak menentu di sesuatu tempat boleh menjejaskan perniagaan

Kemalangan yang tidak dijangka boleh memusnahkan aset peniaga

SK RKT BERSIA, 33320 GERIK, PERAK ( 10 markah )

Bahagian E Tandakan ( ) pada pernyataan yang betul dan ( x ) pada pernyataan yang salah. 1. Pengeluar harus meletakkan tanda halal bagi barangan jualan yang boleh dimakan oleh orang Islam sebelum mengedarkannya di pasaran. Pengguna boleh menggunakan barangan elektrik yang tidak dipiawai oleh SIRIM dan dijual murah di pasaran. Pembeli harus bersikap mementingkan diri apabila membuat penawaran harga barangan dengan penjual. Pengguna haruslah melaporkan kepada Jabatan Alam Sekitar jika terdapat pengeluar makanan dan minuman yang membuang sisa bahan buangan kilang ke dalam sungai. Pengguna hendaklah berdiam diri jika terbeli barangan yang telah rosak dan tidak menuntut pampasan ganti rugi daripada penjual. Pembeli haruslah bertanggungjawab untuk melangsaikan hutang pembelian semasa melakukan kontrak sewa beli dengan penjual. Peniaga yang mempunyai asas dan perancangan perniagaan yang kukuh akan menyebabkan perniagaan menjadi tidak teratur dan kucar-kacir. Sikap mudah putus asa dan tidak kreatif menghadapi persaingan di lokasi perniagaan akan mengakibatkan perniagaan menjadi mundur. ( 8 markah ) ****************** SELAMAT MENJAWAB ******************

2. 3. 4.

5. 6. 7.

8.

You might also like