You are on page 1of 11

Isi Kandungan Tajuk Isi Kandungan 1.0 2.0 3.0 4.0 5.0 6.

0 Pendahuluan Latar belakang Penyataan masalah Objektif Kepentingan Pendidikan Inklusif Sokongan-sokongan Organisasi Kerajaan dan Bukan Kerajaan kepada Program Pendidikan Inklusif Polisi Kmenterian Pendidikan Malaysia Sasaran Program Pendidikan Inklusif Keperluan objektif Muka surat 1 2 2 3 3 4 4

7.0 8.0 9.0

6 7 8 9 10

10.0 Penutup 11.0 Rujukan

1.0 PENDAHULUAN

Definisi pendidikan inklusif ialah keadaan di mana murid berkeperluan khas duduk dan belajar bersama murid aliran perdana di dalam kelas aliran perdana. Memasukkan murid pendidikan khas ini ke dalam kelas aliran perdana tidaklah mudah jika dilihat sekadar luaran sahaja. Jalan menuju ke arah inklusif bukanlah mudah. Pendidikan inklusif

melibatkan perubahan sikap, perubahan nilai, perubahan program latihan perguruan dan perubahan sistem di sekolah. Apabila perubahan ini melibatkan beberapa aspek dalam kehidupan, tidak semua orang sanggup dan selesa untuk berhadapan dengannya. Namun permintaan terhadap pendidikan inklusif semakin meningkat. Ini adalah kerana masyarakat terutama sekali mula mengetahui tentang kepentingan program inklusif bagi murid berkeperluan khas.

2.0 Latar Belakang Program inklusif merupakan program di mana pelajar pendidikan khas dimasukkan ke dalam pendidikan aliran perdana. Mereka dimasukkan ke dalam aliran perdana di mana mereka memasuki kelas aliran perdana, mengikuti silibus pendidikan pelajar aliran perdana dan mengikuti pembelajaran dan pengajaran aliran perdana. Pelaksanaan program inklusif di sekolah bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan penglibatan semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.Walaupun banyak isu berbangkit namun implikasi pendidikan inklusif banyak memberi faedah kepada murid berkeperluan khas.

3.0 Penyataan Masalah Masalah-masalah berkaitan dengan perlaksanaan program inklusif yang berkesan ini banyak berkaitan dengan kekeliruan peranan yang dihadapi oleh setiap pihak dalam pendidikan inklusif. Setiap individu di sekolah perlu memainkan peranan penting bagi menjamin keberkesanan program inklusif yangdilaksanakan. Namun kekeliruan dan kekurangan maklumat tentang bidang tugas dan peranan setiap pihak menyebabkan banyak isu yang dibangkitkan. Antara isu yang sering diutarakan ialah burn-out di kalangan guru aliran perdana mengajar pendidikan khas. Oleh itu kertas kerja ini diharap dapat mengupas isu apakah peranan-peranan yang perlu dimainkan oleh guru, ibu bapa, sekolah dan pihak luar dalam menjayakan program inklusif yang berkesan di sekolah. 4.0 Objektif Antara objektif Program Inklusif dijalankan di sekolah ini ialah: 1.) Mengsealirankan pelajar-pelajar berkeperluan khas dengan pelajar-pelajar normal di sekolah biasa. 2.) Memberi peluang kepada pelajar-pelajar tersebut menerima pengajaran, pembelajaran dan menyertai semua aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolah bersama-sama pelajar normal. 3.) Memastikan pelajar-pelajar berkepeluan khas dapat menyesuaikan diri dari awal-awal lagi dalam semua aspek kemasyarakatan yang terdapat di sekolah dan di dalam komuniti setempat dengan tujuan menjadikan mereka lebih berupaya mampu berdikari dan menjadi anggota masyarakat yang menyumbang. 4.) Melengkapkan murid-murid berkeperluan khas dengan kemahiran-kemahiran tertentu sejajar dengan Kurikulum Bermasalah Pembelajaran iaitu membantu mereka
3

mencapai perkembangan yang menyeluruh. Perkembangan ini meliputi aspek-aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat, akhlak, nilai-nilai estetika dan sosial agar mereka boleh menjadi satu ahli masyarakat yang berguna dan berdikari. 5.) Melahirkan pelajar berkeperluan khas yang cemerlang dan berjaya dalam pelajaran serta kerjaya yang dibina. 5.0 Kepentingan Pendidikan Inklusif Kepentingan program inklusif ini boleh dinilai dari aspek akademik, sosial dan emosi murid pendidikan khas apabila mereka mula diinklusifkan. Faedah pendidikan inklusif bukan sahaja kepada murid pendidikan khas namun turut juga mempengaruhi murid aliran perdana seperti pencapaian dalam akademik dan kemahiran bukan akademik seperti kemahiran asas kehidupan (seperti contoh komunikasi, kemahiran motor dan kemahiran kefungsian hidup. Oleh itu adalah penting bagi guru, ibubapa, sekolah dan pihak luar memainkan peranan mereka masing-masing dengan sewajarnya bagi menjamin keberkesanan program pendidikan inklusif di sekolah. Setiap pihak yang bertanggungjawab dalam menjayakan program pendidikan inklusif perlu sedar dan memahami peranan mereka masing- masing bagi mengerakkan pendidikan inkusif ini ke arah kebaikan semua pihak. 6.0 Sokongan-sokongan Organisasi Kerajaan dan Bukan Kerajaan kepada Program Pendidikan Inklusif Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran. Kementerian Pendidikan Malaysia melaksanakan pendidikan khas melalui dua pendekatan iaitu Sekolah Pendidikan Khas bagi murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran dan juga Program Pendidikan Inklusif disediakan

untuk murid-murid bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Program Pendidikan Inklusif ini diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah dan sekolah menengah teknik/vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran secara inklusif. Tempoh belajar bagi pelajar berkeperluan khas rendah adalah 6 tahun, manakala tempoh pelajar bagi pelajar berkeperluan khas menengah adalah 5 tahun. Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga 2 tahun maksimum sama ada peringkat rendah atau menengah mengikut keperluan pelajar berkenaan. Terdapat enam sekolah pendidikan khas untuk pelajar bermasalah penglihatan dan 25 sekolah pendidikan khas untuk pelajar bermasalah pendengaran .Jumlah pelajar di sekolah pendidikan khas bermasalah penglihatan ialah 337 berbanding dengan 2236 pelajar di sekolah pendidikan khas bermasalah pendengaran. Terdapat kira-kira 99 guru pendidikan khas yang mengajar pelajar bermasalah penglihatan berbanding dengan 531 guru pendidikan khas yang mengajar pelajar bermasalah pendengaran di seluruh negara. Badan-badan Bukan Kerajaan juga melibatkan diri dalam Program Pendidikan Khas. Usaha-usaha Kementerian Pendidikan Malaysia menyediakan pendidikan khas memang tidak dapat dinafikan. Namun demikian, selain Kementerian Pendidikan, pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai organisasi, persatuan dan badan-badan sukarelawaan. Badan Bukan Kerajaan atau NGO (Non-Governmental Organisations), ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan wujud di merata-rata tempat di negara kita. Peristiwa Tahun Antarabangsa Orang-orang Cacat pada 1986 telah membuka mata pelbagai pihak terhadap pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas. Ekoran daripada itu berbagai-bagai aktiviti dilaksanakan bagi menyedarkan ibu bapa dan masyarakat tentang hal-hal berkaitan dengan kanak kanak berkeperluan khas. Selepas tahun tersebut, bilangan kanak-kanak berkeperluan khas yang berdaftar di pusat tertentu serta guru pendidikan khas telah bertambah, yang
5

memperlihatkan kesedaran pelbagai pihak terhadap keperluan pendidikan kepada golongan ini. Antara Badan Bukan Kerajaan yang terlibat dengan penyediaan pendidikan khas ialah: Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Childrens Assocation) yang menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2-16 tahun.

Pusat Bimbingan Sinaran Matahari yang mengajar kanak-kanak berkeperluankhas kemahiran hidup serta kemahiran sosial. Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awal bagi kanak-kanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanakkanak di antara umur 6-16 tahun. Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation) yangkomited kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada kanak-kanak di bawah 6 tahun. Kini Yayasan ini mengendalikan enam pusat pendidikan untuk kanak-kanak sindrom down di merata tempat dalam Malaysia. 7.0 Polisi Kmenterian Pendidikan Malaysia Pendidikan merupakan satu proses yang penting dalam pembentukan diri individu ke arah mengenali diri dan mencapai kehidupan bermasyarakat yang baik dan sempurna. Pendidikan telah didefinifikan oleh Prof. Dr. Muhammad Naquib sebagai menanam sesuatu ke dalam diri manusia.

Pendidikan di Malaysia, menjadi salah satu sistem sosial yang paling penting bagi perkembangan dan kemajuan Negara. Ia juga diiktiraf sebagai alat untuk mencapai matlamat perpaduan dan integrasi nasional. Ia disusun di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan. Dasar Pelajaran Kebangsaan memastikan murid berkeperluan khas diberi peluang untuk mendapat akses kepada pendidikan yang sesuai dan relevan. Di samping itu, program pendidikan bagi murid berkeperluan khas juga dipastikan sesuai dan relevan dengan kebolehan masingmasing agar dapat berdikari dan menjalani hidup yang berkualiti. Perlaksaan dasar ini dapat
6

memastikan murid berkeperluan khas yang berpotensi diberi peluang untuk ditempatkan secara inklusif di dalam kelas arus perdana selaras dengan prinsip pendidikan untuk semua. 8.0 Sasaran Program Pendidikan Inklusif Menurut Akta Pendidikan 1996: Murid-murid berkeperluan khas di bawah tanggungjawab Kementerian Pendidikan ditakrifkan sebagai murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran. Kanak-kanak bermasalah pembelajaran yang dimaksudkan ialah mereka yang ada masalah kognitif yang dianggap boleh diajar (educatable) dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal yang merangkumi:

Kanak-kanak Down Syndrom Kanak-kanak Autistik Ringan Kanak-kanak kurang keupayaan mental Kanak-kanak bermasalah emosi Kanak-kanak bermasalah kesihatan Kanak-kanak kecelaruan bahasa dan pertuturan Namun demikian, sasaran kajian yang ada di sekolah sasaran adalah kanak-kanak

yang mempunyai masalah disleksia. Kanak-kanak disleksia adalah mereka yang gagal mengecam huruf-huruf dan memahami perkataan. Ciri-ciri pelajar disleksia adalah seperti yang berikut: 1. Sukar mengaitkan huruf atau perkataan dengan bunyinya 2. Lebih minat merujuk kepada gambar dan bukan kepada perkataan yang berkaitan 3. Cuba meneka maksud perkataan dengan melihat gambar 4. Huruf, perkataan dan nombor ditulis terbalik. 5. Sukar membezakan antara pelbagai bunyi yang didengar 6. Kecelaruan dengan perbezaan kiri dan kanan

7. Tidak dapat membaca mengikut baris teks 8. Mudah lupa perkataan baru yang dipelajari 9.0 Keperluan objektif Dalam perancangan untuk melaksanakan program ini, keperluan logistic adalah amat penting di sekolah seperti tenaga pengajar berpengalaman dan terlatih, kemudahan/ peralatan, dan keperluan-keperluan lain. Dalam konteks ini, tempat yang sesuai untuk dijadikan sebagai tempat sesi pembelajaran dan pengajaran pendidikan inklusif di sekolah ini adalah di kelas murid tersebut. Aktiviti- aktiviti atau latihan- latihan yang menarik dan berkesan untuk pelajar disleksia haruslah dirancang dengan teliti supaya pelajar disleksia dapat bergaul rapat dengan pelajarpelajar arus perdana dan tidak terasa dipinggirkan oleh cikgu mata pelajaran. Seseorang guru terlatih yang bertanggungjawab untuk program pendidikan inklusif ini akan membimbing dan menolong guru-guru mata pelajaran supaya program ini dapat dijalankan dengan lebih teliti dan lebih berkesan. Perbincangan yang mendalam perlulah dijalankan di antara pihak ibu bapa dan pihak sekolah supaya masalah-masalah dan sikap-sikap pelajar disleksia dapat diketahui dengan lebih menyeluruh dan mengurangkan salah faham yang dijanakan oleh tingkah laku pelajar disleksia. Kerjasama erat antara pihak ibubapa dan pihak sekolah adalah amat penting dalam menjayakan program pendidikan inklusif ini.

10.0 Penutup Kesimpulannya, untuk menjana suasana pembelajaran yang kondusif, hubungan positif antara guru dan murid adalah penting. Pelajar-pelajar berkeperluan khas mempunyai konsep kendiri yang rendah hasil interaksi yang negatif dan pengalaman yang tidak konstruktif. Untuk mengubah konsep kendiri murid berkeperluan khas, usaha orang dewasa yang berterusan serta gigih dan dan mengambil masa yang lebih panjang. Penolakan daripada ibu bapa atau keluarga kerana ketidaksempurnaan yang ada dan kritikan yang berterusan daripada rakan sebaya atau masyarakat menyebabkan murid berkeperluan khas kurang keyakinan diri. Bagi murid berkeperluan khas, perubahan adalah perkara yang tidak digemari kecuali ke arah perkara/tugasan yang sangat diminatinya. Guru perlulah menjadi sumber penjana kekuatan untuk mengubah hidup pelajar disleksia..

11.0 Rujukan 1.) Fay, J. dan Funk, D. (1995). Teaching With Love and Logic. The Love and logic Press: USA. 2.) Haniz Ibrahim (1998). Inclusive Education in Malaysia: Teachers Attitude to Change. PhD thesis. University of Exerter. Unprinted.Nik Khairun Nisa Abu Bakar. (2004). Kelas Inklusif : Kesediaan, kesesuaian dan keberkesanan program bagi murid PKBK SK Taman Sri Mawar. Prosiding Seminar Kajian Tindakan Guru-guru Negeri Sembilan Darul Khusus kali kedua. m.s 83-86. 3.) Supiah Saad (2003). Malaysian Preschool Children with ADHD in Inclusive Settings. PhD thesis. University of Warwick. Unprinted. 4.) Akta Pendidikan 1996 5.) Ainscow, M (1977) : Towards inclusive schooling British Jornal of Special Education Vol. 24. No. 1 (pp. 3-6) 6.) Culatta, R.A. & Tompkins, JR., Fundamentals of Special Education , 1999. 7.) Lokman Mohd Tahir & Nurul Qistin Mustafa. 2009. Pendidikan Teknik dan Vokasional untuk Pelajar Berkeperluan Khas. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, jil. 24, 73-87. 8.) Liew Ping Yee & Manisah Mohd. Ali. 2008. Amalan Program Intervensi Awal Kanak-kanak Autistik Mengikut Perspektif Ibu Bapa. Jurnal Pendidikan 33, 19-33. 9.) Mohd Najib Ghafar & Sanisah Jahaya. 2006. Bias Pengajaran Guru dalam Pelajaran Khas dan Pelajaran Normal. Sabah: Annual Conference on Teacher Education.

10

10.)

Supiah Saad. 2010. Komitmen dan Peranan Guru dalam Pelaksanaan

Pendekatan Pendidikan Inklusif di Malaysia. Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.
11.) Sabilah Binti Wahab. 2006. Persepsi Pelajar Pendidikan Khas Bermasalah

Pembelajaran Terhadap Mata Pelajaran Kemahiran Hidup di Tiga Buah Sekolah di Daerah
Johor Baru. Sekudai: Universiti Teknologi Malaysia.

11

You might also like