You are on page 1of 15

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU TAHUN 3 MATA PELAJARAN TAHUN TARIKH MASA BILANGAN MURID TEMA TAJUK

FOKUS Standard Kandungan 1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila. Bertutur dan menyatakan permintaan dengan menggunakan kata dan ayat yang sesuai tentang sesuatu perkara dalam pelbagai situasi secara bertatasusila Bahasa Malaysia Tahun 3 UKM 18 April 2013 2.30 3.30 petang 25 Orang Tema 4 Ekonomi Kita Pembeli bijak

Standard Pembelajaran 1.4.4

OBJEKTIF Pada akhir pembelajaran, murid dapat i. Bertutur dan menyatakan permintaan dengan kata dan ayat yang sesuai dalam situasi tidak formal secara bertatasusila ii. Mengujarkan dialog dengan sebutan dan yang betul, intonansi yang jelas dan bahasa badan yang sesuai melalui lakonan secara didik hibur iii. Membina dan menulis ayat tunggal dengan betul PENGISIAN KURIKULUM / ELEMEN MERENTAS KURIKULUM Ilmu : Keusahawaan Nilai Murni : bertatasusila dan bertanggungjawab KBT : Sikap dan pemikiran keusahawaan

SISTEM BAHASA Tatabahasa : Ayat permintaan Kosa kata : Zat, vitamin, melawaskan, metabolisme

BAHAN BANTU BELAJAR Kad Gambar, Kad perkataan, Lembaran Kerja.

PENGETAHUAN SEDIA ADA Murid pernah menemani keluarga pergi ke gerai buah-buahan

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

LANGKAH / FASA / MASA Set Induksi (5 minit)

ISI PELAJARAN

AKTIVITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Guru memanggilkan 2 orang murid dihadapan kelas. Guru meminta mereka membaca kad yang diberikan Guru meminta murid meneka situasi yang dilakonkan oleh murid tersebut. Guru menunjukkan Kad gambar situasi di gerai buahbuhan. Guru bersoal jawab dengan murid berdasarkan kad gambar tersebut. Guru mengaitkan dengan isi pelajaran hari ini. Guru mengedarkan petikan teks Mari Ke Kebun Pak Mail kepada murid. Murid membaca petikan tersebut secara senyap. Guru meminta 3 orang murid untuk memegang watak Akim, Farah dan Pak Mail untuk membaca petikan dengan gaya dan intonasi yang betul. Guru bersoal jawab dengan murid tentang petikan teks tersebut. Guru berbincang bersamasama murid bentuk dan ragam ayat yang akan digunakan. Guru melekatkan di papan hitam kad imbasan perkataanperkataan yang diperlukan dalam aktiviti yang akan dijalankan. Dengan menggunakan kad perkataan tersebut guru menyuruh murid melakonkan situasi berdasarkan kad sampul.

CATATAN

Model buah-buahan Buah jagung Buah pisang Buah tembikai Buah mangga Soalan Mengapakah kita perlu makan buahbuahan? Apakah kebaikan memakan buahbuahan?

BBM model buahbuahan Buah jagung Buah pisang Buah tembikai Buah mangga Kemahiran belajar Mentafsir maklumat

Langkah 1 (15 minit)

Petikan Teks Mari Ke Gerai Pak Mail (Rujuk Lampiran A) Soal jawab Senaraikan nama buah-buahan yang terdapat dalam teks tersebut. Nyatakan kebaikkan makan buah-buahan tempatan?

KB Kemahiran Mendengar: Kemahiran membaca PP : Berpusatkan murid

Langkah 2 (15 minit)

Aktiviti kemahiran bertutur Situasi membeli di kantin sekolah Situasi membeli air buah-buahan Situasi membeli sayur-sayuran di pasar tani

SB :

Tetapkan murid-murid yang akan memegang paranan sebagai pembeli, dan peniaga. Tetapkan perbualan-perbualan yang dikehendaki iaitu membeli buah-buahan dan bertanyakan harga buah-buahan. Minta tiap-tiap orang murid yang telah mengambil bahagian tadi menceritakan semula apa yang telah dibuatnya di gerai buahbuahan sebentar tadi. Guru bersoal jawab dengan murid-murid lain yang mengambil bahagian tentang apa yang telah dilakukan oleh rakan-rakan mereka sebentar Guru membahagikan murid kepada tiga kumpulan. Guru memanggil seorang ahli kumpulan ke hadapan kelas Guru membaca pantun tekateki buah-buahan di hadapan kelas. Ahli kumpulan akan meneka pantun teke-teki buah-buahan. Ahli kumpulan yang dapat menjawab teke teki tersebut akan diberikan markah. Guru Mengedarkan Lembaran Kerja Cari buah-buahan tersembunyi Murid-murid akan mencari buah-buhan tersembunyi dan warnakannya pada lembaran kerja tersebut. Guru akan memilih beberapa orang murid untuk memaparkan jawapan yang betul di hadapan kelas. Guru membimbing dan memantau aktiviti yang dilakukan oleh murid.

Langkah 3 (10 minit)

Aktiviti kemahiran mendengar Pantun teka-teki buah-buahan Siapa Saya

KB : mentafsir maklumat SP : konteks luar BBM : LCD, Laptop

Langkah 4 (15 minit)

Lembaran kerja

BBM: Lembaran Kerja KB: menyelesaikan masalah Nilai murni: Hormat menghormati

Penutup (5 minit)

Nilai-nilai murni

Guru merumuskan pengajaran dan pembelajaran serta menekankan kepada aspek nilai yang terdapat semasa aktiviti hari ini.

KBT: Kecerdasan Pelbagai - Kinestetik Nilai

Petikan teks Baca petikan dibawah dengan menggunakan intonansi yang betul Mari Ke Gerai Pak Mail Akim dan Farah pergi ke kawasan gerai menjual buah-buahan yang teletak tidak jauh dari dusun Pak Mamat. Di gerai tersebut terdapat berbagai-bagai jenis buah, iaitu pisang, rambutan, jambu, betik, nanas, mangga dan rambai. Akim Pak Mail Farah Pak Mail Farah Akim Pak Mail : : : : : : : Apa khabar, Pak Mail? Khabar baik Akim dan farah. Banyak buah-buahan yang segar hari ini Pak Mail. Semuanya segar Farah. Kalau farah hendak tahu buah-buahan ini Pak Mail baru saja petik dari kebun pagi tadi Oh, ya ke! patutlah buah-buahan ini nampak segar Pak Mail. Buah-buahan apa yang Pak Mail dijual hari in? Banyak jenis. Ada rambutan, langsat, tembikai, mempelam, pisang, betik, nanas, durian, manggis dan bayak lagi. Semuanya buah-buahan tempatan kita. Farah Pak Mail Akim Pak Mail : : : : Saya memang suka makan buah-buahan tempatan. Banyak khasiatnya Pak Mail. Betul tu Farah. Makan buah-buahan banyak khasiatnya Farah. Apakah khasitnya, Pak Mail? Makan buah-buahan tempatan banyak memberikan kebaikan kepada kesihatan tubuh badan kita. Buah-buahan tempatan membekalkan zat-zat makanan serta vitamin yang diperlukan oleh badan kita. Farah Pak Mail : : Oh, begitu. Contohnya buah apa, Pak Mail? Antaranya buah betik boleh dimakan bagi melawaskan perut bagi sesiapa yang mempunyai masalah sembelit. Begitu juga dengan buah pisang dapat membekalkan tenaga untuk meningkatkan metabolisme yang akan menjadikan kita sihat.

Akim Pak Mail Akim Farah Pak Mail Farah dan Akim Pak Mail

: : : : : : :

Kalau begitu, tolong bungkuskan saya buah pisang tu. Berapa ringgit yang kamu mahu pisang ini, Akim? Bungkuskan saya RM 5.00 ringgit, Pak Mail. Saya pula hendak buah betik. Bungkuskan saya RM 8.00. Ali, Farah, ini buah yang kamu mahu. Terima kasih, ini duitnya, Pak Mail. Nah ini bakinya. Sama-sama, datang lagi ya.

8 PANTUN TEKA-TEKIBUAH-BUAHAN~

Waktu subuh ke tepi paya, Hendak menembak seekor buaya, Biru pekat warna kulitnya, Putih melepak wana isinya.

Sang nadim budak yang pandai, Singapura selamat diserang todak, Tumbuhnya tegak tinggi melambai, Sungguh berair berkocak tidak.

batang beruas hidup menjalar, daun dibuat pembungkus pula, panjang badannya seperti ular, airnya diproses menjadi gula.

Masuk ke kebun menoreh getah, Lepas menoreh pergi ke pekan, Walau berkolam tiada lintah, Walau berair tiada ikan.

selimut tebal membaluti badan, menangkung air di dalam perutnya, semasa muda isinya sedap dimakan, di usia tua,banyak pula gunanya.

Pergi ke muara menaiki rakit, Bawa balik bunga yang mekar, Buah ini pelik sedikit, Bijinya pula ada di luar.

Naik basikal pergi ke pekan, Singgah membeli periuk belanga, Sungguh manis bila dimakan, Kulitnya merah berambut pula.

Duduk termenung janganlah leka, Kerja tak sudah membuang masa, Apakah buah cubalah teka, Namanya seperti batu permata.

Ditengah pasar beli rambutan, Rambutan diikat lalu dijinjing, Bersisik-sisik bukannya ikan, Menyalak pula bukannya anjing.

selepas subuh pergi ke ladang, singgah sebentar rumah Pak Long, Bentuk daunnya bagaikan pedang, Buahnya umpama pemukul gong.

Selepas subuh pergi ke kota, Meraduk lumpur dan juga paya, Buah ini mempunyai mahkota, Badannya pula dipenuhi mata.

Cantik paras nya si Puteri Molek, Pergi kolam duduk berendam, Rupa buhanya laksana kolek, Bijinya umpama lada hitam.

Tiap pagi pergi ke sawah, Mencari rezeki untuk keluarga, Terkenal sebagai raja buah, Durinya tajam tidak terkira.

Kampung seberang dipukul ribut, Jadi sebutan zaman berzaman Rasa gerun bila disebut, Tetapi lembut bila ditelan.

Pak Hitam pergi ke hutan, Membawa pulang kayu utas, Bentuknya seperti buah rambutan, Hendak makan badannya dipulas.

Pokoknya bulat dan juga rendang Masam dan hijau ketika muda Buahnya berbentuk seperti bintang Sudah masak, kuninglah ia

Jawapan Pantun Teka-Teki Manggis Tebu Tebu Kelapa Kelapa Gajus Rambutan Delima Salak Nanas Nanas Betik Durian Naga pulasan Belimbing

Kad A Kamu menjadi pembeli dan penjual di kantin sekolah kamu. Lakonkan cara kamu semasa membeli makanan daripada penjual di sekolah kamu.

Kad B Kamu menjadi pembeli dan penjual di gerai minuman air buah-buahan. Lakonkan cara kamu semasa membeli minuman air buah-buahan daripada penjual di gerai tersebut.

Kad C

Kamu menjadi pembeli dan penjual sayursayuran di gerai pasar tani Lakonkan cara kamu semasa membeli minuman air buah-buahan daripada penjual di gerai tersebut.

Pakcik. Berapakah harga sekilo buah langsat itu? Buah rambutan itu? Bungkuskan saya buah rambutan itu 1 kilo dan buah langsat itu 2 kilo. Berapa ya, pakcik?

Ini duitnya, pakcik. Sama-sama.

Ya, adik nak beli buah apa? Buah langsat ini sekilo RM 3.00 Kalau rambutan itu sekilo RM 4.00 Semuanya RM 10.00. Nah ini buahnya. Terima kasih. Datang lagi ya.

Sayur Harga Duit Bilangan

Nasi Harga Duit Bilangan

Air Buah Harga Duit Bilangan

You might also like