• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Manfaatkan Khutbah Jumaat
 -
Artikel ini tersiar dalam Berita Harian (22 Mei 2009) dengan tajuk
Pengisian,teknik sampai khutbah perlu berkesan pikat jemaah.Khutbah jumaat wajar dimanfaatkan sebaiknya sesuai dengan kefardhuannya keatasseluruh umat Islam lelaki yang sudah akil baligh. Ianya perlu dijadikan sebagai medanmuhasabah mingguan yang berkesan. Mesej yang disampaikan biarlah berpijak dibumiyang nyata, segar, padat dan penuh penghayatan. Peluang dakwah secara lisan iniamat berharga andai ia diolah dan dan disampaikan dengan pendekatan serta pengisianyang mantap. Dua aspek perlu diberi perhatian jika khutbah jumaat itu mahudimanfaatkan sepenuhnya, Pertamanya, setiap hadirin atau sidang jumaat mesti hadir awal dan mendengar khutbah jumaat sepenuhnya, dan keduanya, penyampaian danpengisiannya mestilah menarik dan menyentuh persoalan yang relevan dan semasa.Umumnya, penyampaian khutbah hari ini berada pada tahap yang kurang memuaskan.Khutbah yang disampaikan gagal menarik perhatian khalayak pendengar wajib yangterdiri dari pelbagai lapisan umur. Setiap hadirin yang datang ke masjid pada hari jumaatfokusnya ialah untuk menunaikan sembahyang jumaat dan bukannya untuk mendengar khutbah. Sebab itulah, setiap hari jumaat walaupun azan telah dilaungkan, khutbah muladibacakan, masjid masih tidak penuh, amat jelas sekali kekosongan masjid di awalkhutbah jumaat diperdengarkan. Masjid hanya akan terisi penuh bila sembahyanghendak dilaksanakan. Maknanya, ramai sekali ahli jamaah yang tidak mendengar khutbah sepenuhnya atau langsung tidak mendengar khutbah jumaat.Firman Allah dalam Surah al-Jumaah ayat 9 yang bermaksud,
Wahai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari jumaat,maka bersegeralah kamu kepada mengingati Allah, dan tinggalkanlah jualbeli 
.
Yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui 
.Ayat tersebut menegaskan apabila masuknya waktu jumaat atau azan dilaungkan, makasetiap hadirin sepatutnya sudah berada di masjid, untuk melaksanakan fardhu jumaatyang bermula dengan khutbah jumaat dan disusuli dengan sembahyang jumaat. Semuapekerjaan keduniaan mesti ditinggalkan sebagaimana disebutkan dalam ayat tersebutdengan membawa contoh jualbeli. Seruan untuk menyegerakan hadir ke masjid, sebaik
 
azan dilaungkan, jelas menunjukkan setiap hadirin mesti mendengar khutbah jumaatdan memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang disampaikan oleh khatib.Betapa pentingnya penumpuan dan fokus terhadap khutbah jumaat sehinggakan setiapsidang jumaat ditegah dari bercakap-cakap sebagaimana Nabi s.a.w memperingatkankita dalam hal ini dalam sabdanya yang bermaksud
:
”Apabila kamu berkata kepadatemanmu, ketika imam sedang berkhutbah ”diamlah engkau”, Makasesungguhnya kamu sudah tidak dapat pahala jumaat”.
 
Aspek kedua yang perlu diperbaiki untuk memanfaatkan sepenuhnya khutbah jumaatialah dari segi pengisian dan penyampaiannya. Selama ini khutbah jumaat seringkalimenjadi ubat mujarab untuk melelapkan mata, sebaik khatib memulakan khutbahnya,maka akan kelihatan sidang jumaat terangguk-angguk melayan tidur, malah ada yangsampai berdungkur. Lena itu pastinya akan tersedar bila kalimat penyudah khutbahkedengaran. Andai khutbah jumaat 10 atau 15 minit maka selama itulah sidang jumaatmelelapkan mata. Amat sedikit benar yang betul-betul memberikan tumpuan terhadapapa yang disampaikan oleh khatib.Suasana tidak sihat sebegini amat wajar diubah, demi memartabatkan khutbah jumaatsebagai salah satu wacana berkesan untuk memperbaiki masyarakat Islam yang kiniterpalit dengan pelbagai permasalahan. Pertamanya, pengisian khutbah jumaat perludiperhalusi sebaiknya oleh pihak-pihak berkenaan, agar apa yang disampaikan setiapminggu melalui mimbar benar-benar menyentuh dan menyedarkan sidang jumaat.Pengisian khutbah mestilah berasaskan peringatan al-Quran dalam ayat 9 dan 10,Surah al-Jumuah, iaitu seruan supaya sentiasa mengingati Allah atau dengan kata lainmengajak masyarakat supaya sentiasa bersensitiviti tinggi terhadap Islam atau agamadan menjauhi dari didominasi oleh bisikan dunia yang melampau. Persoalan-persoalansemasa yang berlaku, baik dari segi sosial, ekonomi, moral mesti disentuh dan diberikancadangan penyelesaian berpaksikan ajaran Islam. Contohnya, persoalan salah laku jenayah, budaya rempit, gejala sosial, rasuah atau politik wang, budaya terlalu memujahiburan dan yang seumpama dengannya mesti disentuh, dikupas dan diterangkanbagaimana penyelesaiannya berpandukan Islam. Persoalan remeh temeh mestidielakkan dari dijadikan pengsian khutbah jumaat. Sebelum ini pernah khutbahmembicarakan tentang kebaikan memakan ulam dan buah-buahan tempatan, ataupernah juga ada khutbah yang membicarakan tentang pertanian sawah padi sedangkan
 
ianya dibaca di tengah-tengah bandar besar. Nabi pernah mengingatkan kita dalamhadisnya yang bermaksud, ”
Berilah khutbah kepada manusia berdasarkan tahap pemikiran mereka
”.Keduanya, penyampaian khutbah juga perlu ditingkatkan. Khutbah jumaat bukanlahucapan biasa, sebaliknya ia merupakan ucapan yang penting, kerana dari segifeqahnya, dua khutbah jumaat itu menggantikan dua rakaat sembahyang zohor. Malah,khatib juga disyaratkan dalam keadaan wuduk sebagaimana ketika bersembahyang, inimenggambarkan khutbah itu mesti disampaikan dengan penuh penghayatan, hati yangbulat kerana Allah dan bukannya sekadar hanya membaca teks khutbah secara sambillewa dan meleret-leret. Persoalan teknik dan teknikal penyampaian khutbah ini perlusangat diperbaiki. Dari segi teknik, nada penyampaian khutbah yang sama dari awalhingga akhir pasti membosankan sidang jumaat, sebutan-sebutan ayat-ayat Al-Qurandan Hadis mestilah jelas dan betul. Persoalan teknikal seperti mutu pembesar suarayang baik, liputannya pula mestilah memenuhi ruang yang diduduki oleh sidang jumaat,perlu diambil kira sebagai usaha untuk memantapkan media khutbah jumaat ini danseteruskan memaksimakan manfaatnya.Kegagalan untuk memanfaatkan khutbah jumaat pastinya lama-kelamaan akan memberikesan juga kepada kehadiran orang ramai ke masjid pada hari jumaat. Langkah-langkahyang dicadangkan perlu diperhatikan dan dan diperhalusi agar ianya dapat diperbaikidan dilakukan penambaikan segera.Disediakan oleh ;Abd Rashid Abdul HalimPensyarah, UniKL-Malaysian Spanish InstituteKulim, Kedah.
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...