You are on page 1of 11

PRAKTIKAL Tujuan : (i)

2 Untuk menentukan haba tindak balas bagi : Na2CO3 + 2HCl 2NaCl + H2O + CO2 NaHCO3 + HCl NaCl + H2O +CO2 H1 ; H2 ;

(ii)

dan secara tak langsung, menerusi Hukum Perjumlahan Haba Tetap Hess (Hess Law of constant heat summation), haba tindak bbalas bagi (iii) Bahan : 2NaHCO3 Na2CO3 + CO2 +H2O EC1 ialah 2.0 moldm-3 asid hidroklorik EC2 ialah pepejal natrium karbonat kontang. EC3 ialah pepejal natrium hidrogen karbonat. Alat radas : 50 cm3 buret, kaki retot dan pemegang (clamp), cawan termometer 0oC 110oC (0.2oC), botol pembasuh ( air suling), penimbang elektrik ( 0.01g ) Prosedur : H3 .

polisterina,

1. 30.00 cm3 EC1 dimasukkan ke dalam cawan polisterina dengan menggunakan buret. Cawan dan kandungannya dibiarkan untuk beberapa minit. Kemudian suhu larutan direkodkan dalam jadual berikut. 2. Satu tabung uji yang mengandungi 2.00 hingga 2.40 g EC2 ditimbang dengan tepat dan jisimnya direkodkan. 3. Seterusnya,semua EC2 dipindahkan ke dalam cawan plastic EC1. Semua pepejal dari tabung uji dipastikan masuk ke dalam cawan polisterina dan tiada cecair yang terpercik keluar. 4. Larutan dikacau dengan berhati-hati dengan menggunakan termometer, dan suhu tertinggi yang dicapai direkodkan. 5. Prosedur di atas diulang dengan menggunakan EC3 menggantikan EC2 dan EC3 ditimbang secara tepat dari 2.75g ke 3.15g.

Keputusan :

Semua bacaan dan timbangan direkodkan ke dalam jadual yang berikut :

EC2 Jisim tabung uji + pepejal/g Jisim tabung uji kosong/g Jisim pepejal/g Suhu awal asid /oC Suhu akhir campuran /oC Perubahan suhu /oC 22.3 20.0 2.3 30 34 +4

EC3 23.0 20.0 3.0 30 23 -7

Pengiraan

1. Haba tindak balas, H1 EC1, HCl Bil mol HCl = = = = EC2, Na2CO3 Bil mol Na2CO3 = = = = Persamaan tindak balas Na2CO3 + 2HCl Isipadu larutan HCl = Jisim larutan = = Jisim Na2CO3 Jisim, m = = = Perubahan suhu = 2NaCl + H2O + CO2 30 cm3 30 cm3 x 1 g cm-3 30 g 2.3 g 30 + 2.3 32.3 g 4 C = = = Haba tindak balas, H1 = = = mc 32.3 x 4.2 x 4 542.64 J 542.64 / 0.0217 25006 J -25 kJ mol-1 2.0 mol dm-3 dan 30 cm3 MV / 1000 2.0 (30) / 1000 0.06 mol (berlebihan) 2.3 g dan [23(2) + 12 + 16 (3)] Jisim / JMR 2.3 / 106 0.0217 mol (terhad)

Perubahan haba, H

2. Haba tindak balas, H2 EC1, HCl Bil mol HCl = = = = EC3, NaHCO3 = = Bil mol NaHCO3 = = = Persamaan tindak balas NaHCO3+ HCl Isipadu larutan HCl = Jisim larutan = = Jisim NaHCO3 Jisim, m = = = Perubahan suhu = NaCl + H2O + CO2 30 cm3 30 cm3 x 1 g cm-3 30 g 3.0 g 30 + 3.0 33.0 g -7 C = = = Haba tindak balas, H2 = = = mc 33.0 x 4.2 x 7 970.2 J 970.2 / 0.0357 27176.47 J +27.2 kJ mol-1 2.0 mol dm-3 dan 30 cm3 MV / 1000 2.0 (30) / 1000 0.06 mol (berlebihan) 3.0 g dan [23 + 1 + 12 + 16(3)] 84 Jisim / JMR 3.0 / 84 0.0357 mol (terhad)

Perubahan haba, H

3. Haba tindak balas, H3 Persamaan tindak balas 2NaHCO3 Na2CO3 + CO2 + H2O

Haba H1

Persamaan Na2CO3 + 2HCl 2NaCl + H2O + CO2 2NaCl + H2O + CO2 Na2CO3 + 2HCl

Status -25 kJ menjadi 25 kJ mol-1

diterbalikkan menjadi

H2

NaHCO3+ HCl 2NaHCO3+ 2HCl

NaCl + H2O + CO2 2NaCl + 2H2O + 2CO2

27.2 kJ 2 (27.2 kJ) = 54.4 kJ mol-1 H1 + H2 = H3 H1 + 2 (H2) = H3 25 kJ mol-1 + 54.4 kJ mol-1 = 79.5 kJ mol-1

dikali dua menjadi (2x)

H3

2NaHCO3

Na2CO3 + CO2 + H2O

Perbincangan

Untuk eksperimen kali ini, kami telah menjalankan prosedur untuk menentukan tindak balas haba bagi beberapa persamaan. Asas penggunaan kalorimetri ialah hukum pertama termodinamik yang mengatakan bahawa terdapat jumlah tenaga tetap di dalam sesebuah sistem. Tenaga tidak boleh dicipta atau dimusnahkan, namun boleh diubah daripada satu bentuk ke bentuk yang lain. Di dalam eksperimen ini, alam adalah cecair di dalam kalorimeter dan bahan kimia ialah sistem. Haba yang dibebaskan oleh sistem dianggap diserap secara keseluruhan oleh kalorimeter. Tenaga termodinamik atau perubahan haba di dalam sesuatu sistem ini dikenali sebagai entalpi, H. Hukum Hess menyatakan apabila terdapat dua atau lebih tindak balas, ianya boleh dicampurkan sekali untuk memberikan tindak balas bersih. Justeru, nilai tenaga tindak balas berkenaan boleh dicampurkan sekali untuk memberi nilai perubahan entalpi, H bersih. Hukum ini boleh digunakan untuk mendapatkan data termodinamik yang tidak boleh diukur secara langsung. Hal ini kerana haba yang dibebaskan atau diserap semasa tindak balas kimia tidak bergantung pada peringkat atau laluan yang dilalui oleh bahan tindak balas. Dalam erti lain, laluan yang diambil oleh bahan tindak balas kepada hasil tindak balas boleh merangkumi satu langkah atau beberapa siri langkah, namun jumlah perubahan entalpi bahan kepada hasil adalah sama walaupun laluannya berlainan. Di dalam eksperimen ini, kalorimeter mempunyai muatan haba yang sangat rendah dan tidak menyerap haba yang terbebas ketika tindak balas. Perubahan suhu disebabkan oleh pemindahan haba akan bergantung kepada muatan haba dan jisim bahan di dalam kalorimeter. Perubahan suhu dikira dengan, suhu akhir suhu awal. Perubahan haba, H = mc

Di dalam eksperimen ini, tindak balas pertama ialah di antara pepejal natrium karbonat kontang (2.3 g) dengan 2.0 mol dm -3 asid hidroklorik sebanyak 30 cm3. Tindak balas keseluruhan adalah seperti berikut: Na2CO3 + 2HCl 2NaCl + H2O + CO2

Tindak balas ini meningkatkan suhu kalorimeter sebanyak 4C yang disukat menggunakan termometer. Disebabkan suhu meningkat, ianya tindak balas yang membebaskan tenaga dan dikira sebagai tindak balas eksotermik bermaksud, lebih banyak tenaga dibebaskan daripada tindak balas dan hasilnya berbanding jumlah tenaga bahan tindak balas awal. Proses ini membebaskan haba yang kemudiannya dipindahkan kepada persekitarannya. Nilai perubahan entalpi ialah negatif, yang boleh difahami melalui gambar rajah tenaga:

Tenaga

Na2CO3 + 2HCl

H1 = -25 kJ mol-1

2NaCl + H2O + CO2

Walaubagaimanapun, persamaan asal tindak balas ini perlu diterbalikkan mengikut Hukum Hess, bagi menentukan haba tindak balas bagi tindak balas ketiga yang tidak boleh diukur secara langsung. Ianya menjadi: 2NaCl + H2O + CO2 Na2CO3 + 2HCl

Persamaan ini perlu diterbalikkan kerana dalam tindak balas ketiga, pepejal natrium karbonat kontang adalah hasil tindak balas. Justeru, haba tindak balasnya juga diterbalikkan dan menjadi positif, iaitu +25 kJ.

Tindak balas kedua pula adalah antara 3.0 g pepejal natrium hidrogen karbonat dengan 2.0 mol dm-3 asid hidroklorik sebanyak 30 cm3. Persamaan keseluruhan tindak balas adalah seperti berikut: NaHCO3+ HCl NaCl + H2O + CO2

Tindak balas ini menurunkan suhu kalorimeter sebanyak 7C yang disukat menggunakan termometer. Disebabkan suhu menurun, ianya tindak balas yang menyerap tenaga dan dikira sebagai tindak balas endotermik bermaksud, lebih banyak tenaga diserap oleh tindak balas dan hasilnya berbanding jumlah tenaga bahan tindak balas awal. Proses ini membekalkan haba kepada sistem oleh persekitarannya. Nilai perubahan entalpi ialah positif, yang boleh difahami melalui gambar rajah tenaga:

tenaga

NaCl + H2O + CO2

H2 = +27.2 kJ mol-1

NaHCO3+ HCl

Walaubagaimanapun, persamaan asal tindak balas ini perlu diganda dua mengikut Hukum Hess, bagi menentukan haba tindak balas bagi tindak balas ketiga yang tidak boleh diukur secara langsung. Ianya menjadi: 2NaHCO3+ 2HCl 2NaCl + 2H2O + 2CO2

Persamaan ini perlu diganda dua kerana dalam tindak balas ketiga, pepejal natrium hidrogen karbonat adalah bahan tindak balas 2 mol. Justeru, haba tindak balasnya juga diganda dua dan menjadi +54.4 kJ mol-1.

Bagi mencari haba tindak balas ketiga, H3 menerusi Hukum Penjumlahan Haba Tetap Hess, ianya dicari menerusi cara tidak langsung seperti berikut: H1 + H2 = H3 H1 + 2 (H2) = H3 25 kJ mol-1 + 54.4 kJ mol-1 = +79.5 kJ mol-1 Persamaan lengkap tindak balas adalah seperti berikut: 2NaHCO3 Na2CO3 + CO2 + H2O

Sodium bikarbonat yang hendak diuraikan ini tidak boleh dijalankan secara terus, justeru dengan memanipulasi H1 dan H2 serta menjumlahkan keduanya, H3 boleh dicari. Diperhatikan bahawa haba tindak balasnya endotermik kerana bernilai positif. Rajah aras tenaga adalah seperti berikut:

tenaga

Na2CO3 + CO2 + H2O

H3 = +79.5 kJ mol-1

2NaHCO3

Ketika menjalankan eksperimen ini, terdapat beberapa andaian yang perlu dibuat. Pertamanya, dianggapkan hanya cecair kalorimeter iaitu asid hidroklorik menyerap atau membebaskan haba. Keduanya, ketumpatan larutan yang digunakan adalah sama dengan ketumpatan air, iaitu 1 g cm-3. Jisim cecair kalorimeter juga adalah sama dengan jisim larutan dicampur dengan jisim pepejal bahan tindak balas. Seterusnya, jisim gas karbon dioksida, CO2 yang terbebas adalah diabaikan. Terakhirnya, muatan tentu larutan yang digunakan adalah sama dengan muatan haba tentu bagi air iaitu 4.2 J g-1 o C-1. Namun, diperhatikan bahawa nilai haba tindak balas yang diperolehi menerusi eksperimen adalah berlainan daripada nilai teori. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor. Pertamanya, eksperimen perlu mematuhi keadaan piawai termodinamik, iaitu tekanan 1 atm, bersuhu 25C dan mempunyai 1 molar kepekatan bagi apa-apa larutan. Terdapat beberapa langkah berjaga-jaga yang perlu dipatuhi bagi

mengingkatkan ketepatan hasil eksperimen. Langkah pertama ialah jisim bahan yg diambil mestilah tetap agar pengiraan dapat dijalankan dengan mudah dan tepat. Kemudian, ketika menjalankan eksperimen elakkan gangguan dari persekitaran seperti kelajuan angin. Kipas angin di dalam makmal perlu ditutup bagu memastikan kelajuan angin tidak mengganggu proses eksperimen. Ini kerana kelajuan angin boleh menyebabkan haba dibebaskan dengan lebih cepat dan mudah. Selain itu, langkah yang perlu diambil ialah kadar ketika mengacau bahan larutan. Cara mengacau dilakukan oleh orang yang sama agar bahan menjadi sekata. Penggunaan cawan polisterina adalah lebih baik daripada bekas lain. Tambahan lagi, setiap bahan dan alat radas perlu dicuci dengan menggunakan air suling agar tiada bendasing yang berada pada bahan dan radas.

Kesimpulan : Haba tindak balas, H1 antara Na2CO3 + 2HCl NaCl + H2O + CO2 memberikan nilai +27.2 kJ mol-1. Apabila kedua nilai dan persamaan ini dimanipulasikan dan ditambahkan mengikut Hukum Hess, kita boleh mencari haba tindak balasH3 antara 2NaHCO3 Na2CO3 + CO2 + H2O iaitu +79.5 kJ mol-1. 2NaCl + H2O + CO2

memberikan nilai -25 kJ mol-1 manakala haba tindak balas, H2 antara NaHCO3+ HCl

You might also like