You are on page 1of 10

Ulasan Buku Kajian Tindakan

Oleh: Ella Syafinaz Safian (P48587)

Tajuk Buku: Collaborative Action Research for English Language Teacher

1. Jenis Kajian Tindakan:


Kolaboratif guru-guru dalam bidang yang sama

2. Mengapa guru perlu melakukan Kajian Tindakan?


Berdasarkan ulasan para guru dalam buku ini:

• Melalui KT, guru boleh menilai apa yang dilakukannya dalam kelas. Guru
menjadi lebih methodical dalam melaksanakan penilaian dan penerangan dalam
kelas, bukan tentang 'apa' yang dilaksanakan; tetapi lebih kepada 'bagaimana'
untuk melaksanakannya. (it made me evaluate what I was doing in my classes. I
think I have become more methodical in the way I approach assessment and in my
explanation to the class, not in what I do but how)

• KT memberi peluang kepada guru untuk membuat refleksi bagi setiap keputusan
disebalik apa yang telah dilaksanakan. Maka, ia akan menghasilkan satu asas
untuk mengembangkan lagi kurikulum.

• KT secara kolaboratif memberi peluang kepada guru-guru untuk berjumpa dan


berbincang sesama mereka, mendengar idea-idea dan kaedah baru bagi
menyelesaikan masalah yang sebenarnya hampir serupa (common to all).

• KT meningkatkan self-awareness dan self-analysis setiap guru. Guru boleh


memeriksa kekuatan dan kelemahannya dalam cara pengajarannya.

• Proses KT adalah suatu yang memberi ganjaran kepada para guru dan murid.
(rewarding process because it validates classroom observation and encourage
teacher to value your own judgements)
• KT adalah suatu proses yang segar kerana guru berhubung terus dengan kelas
sedia ada (refreshing as it is concerned with the classroom as it really is)

3. Rekabentuk Kajian Tindakan:

• Researcher/Penyelidik:

Linda Ross, seorang guru ESL (English Second Language) yang berkhidmat untuk
Australian Adult Migrant English Program (AMEP).

• Sampel/Participant:

Program AMEP adalah untuk mengajar imigran dewasa yang berumur dari 17-42 tahun
untuk belajar Bahasa Inggeris dan subjek-subjek lain di dalam Bahasa Inggeris.
Kebanyakan imigran ini berasal dari Vietnam, Taiwan, Bosnia, Iran dan Thailand.
Umumnya, para pelajar ini dikategorikan mengikut
- kumpulan negara atau
- migrasi kerana bisnes atau
- tahanan (refugee) atau
- family reunion programme

Mereka menggunakan bahasa rasmi mereka dalam kehidupan seharian dan tidak fasih
berbahasa Inggeris. Namun, ada segelintir yang menjadikan Bahasa Inggeris sebagai
bahasa utama dan kurang bermasalah.

• Setting Kajian:

KT ini berlaku di AMEP Australia. Kelas AMEP ini dijalankan selama 20 jam seminggu
(4 jam sehari untuk 15 minggu)
4. Prosedur Kajian Tindakan

• Contoh masalah

Linda Ross adalah seorang guru ESL dan berhadapan dengan masalah untuk mengajar
para pelajarnya yang mempunyai latar belakang yang berbeza dan keperluan yang sangat
heterogenous.

Circle pertama:
Pada permulaannya, dia rasa kurang pasti (uncertainty) untuk mencari fokus spesifik
kajiannya dan dia memulakannya dengan memerhatikan cara pengajaraanya sendiri
(observing her lessons).

Keputusannya:
Linda mendapati dalam sesi 30 minit pertama pengajarannya, pelajar yang agak pintar
(stronger student) hanya memberikan tumpuan pada minit-minit pertama sahaja. Maka,
bagaimana pula halnya dengan pelajar yang lemah? Sudah tentulah lagi ketinggalan dan
tidak fokus. Contohnya, dalam pelajaran Matematik bagi subjek pecahan; pelajar pintar
secara otomatik tahu bahawa 1/4 adalah separuh daripada 1/2 dan pelajar lemah pula
kelihatan kebingungan. Maka, Linda terfikir adakah beliau perlu kembali mengajar yang
asas kepada pelajar lemah dan bagaimana dia mencari masa untuk itu? ("I need to go
much further back for the weak students. How will I find time?")

Refleksi Bagi Circle 1:


Linda amat tidak berpuashati melalui pemerhatian pengajarannya. Antara yang
dikenalpasti adalah:
- Dia perlu mengetahui dengan jelas kekuatan, kelemahan dan progress bagi setiap
pelajar.
- Dia perlu mengasah skill asas (develop basic skills) untuk mengajar para pelajar yang
lemah tetapi pada masa yang sama perlu menangani pelajar yang sudah pintar.
- Aktiviti kelasnya melibatkan kedua-dua pengurusan masa (4 jam sehari untuk 15
minggu) dan isu rekabentuk modul subjek (course design issue)

Circle Kedua:
Linda membuat satu jadual 'checklist of skills' supaya dia boleh monitor pencapaian bagi
setiap pelajar. Contoh checklist bagi subjek matematik:

Lilian Warren Chris Kevin Mike John Barry Peter


Uses place
value up to 5
places
Uses decimal
point
appropriately
Can read
numbers from
calculator
Can ‘round up’

Keputusannya:
Checklist ini terbukti berkesan dan sesi pengajaran menjadi lebih mudah dan fokus.
Checklist ini telah dijadikan sebagai asas dalam rancangan pengajarannya.

Refleksi bagi Circle Kedua:


Linda masih risau mengenai masa yang diperuntukkan untuk setiap pelajar. Linda
merasakan bahawa dia telah mengabaikan masa berkualiti untuk para pelajarnya yang
pintar (neglect the stronger student) kerana terlalu fokus mengajar pelajar yang lemah.
Namun, dia terkejut apabila mendapati para pelajarnya yang pintar sebenarnya lebih
menyukai sistem sedia ada yang dilaksanakannya. Para pelajarnya tidak sedikitpun
merasa terbiar kerana mereka sangat faham dan dalam masa yang sama menyokong
kawan-kawan yang lemah. Pelajarnya yang pintar memberi komen "We like it when you
give us the sheet and we can just get on with it. Don't worry- we'll yell if we need you".

Circle Ketiga untuk memperbaiki Pengurusan Pelajar:


Setelah berjaya melakukan checklist, Linda cuba untuk memperbaiki masalah pengurusan
para pelajarnya pula. Maka, apa yang dilakukan oleh Linda adalah seperti berikut:
- membahagikan para pelajar mengikut kemampuan
- menyediakan 2 jenis kertas kerja (2 levels) dan memberikan mengikut kumpulan. Para
pelajar sebenarnya tidak bergerak mengikut kumpulan masing-masing kerana ingin
pelajar yang lemah develop skill pada tahap yang lebih perlahan dan berdaya saing
dengan pelajar yang lebih pandai.

Keputusannya:
Cara ini tidak berjaya kerana pelajar mula membandingkan kertas kerja yang diberikan
sesama mereka dan mewujudkan perubahan kerana pelajar yang lemah "terasa mereka
dilabelkan sebagai lemah dengan memberikan kertas kerja yang berlainan dari pelajar
yang pandai". Akibatnya, timbul masalah-masalah yang baru seperti pelajar lemah mula
tidak hadir ke kelas, tidak menyiapkan kerja dll.

Refleksi bagi Circle Ketiga:


Linda telah membuat kesilapan kerana "melabel" para pelajarnya dan merendahkan moral
mereka. Apa yang telah dipelajarinya adalah sesuatu yang baru kerana mengikut
pemerhatian Linda, ianya adalah OK dan boleh diterima jika mereka "melabel" sesama
mereka tetapi menjadi sedikit berbeza apabila seorang guru memberi "label" terhadap
pelajarnya. Seperti kata Linda " I had made the mistake of 'labelling' some students as
under-achievers and realised that I had undermined their morale. This was
interesting since they had always found it quite acceptable to label themselves....It
seemed it was quite different if the teacher did the labelling".

Circle Keempat:
Linda melakukan strategi baru dengan membawa satu jenis kertas kerja sahaja. Kali ini,
semua pelajar dikehendaki menjawab Kertas Kerja tersebut (wajib menghabiskannya)
dan terpulang kepada pelajar bagaimana untuk menyelesaikannya.

Keputusannya:
Linda mendapati pelajarnya yang lemah berpuas hati dengan strategi ini kerana ia
membuktikan bahawa mereka juga mampu menyelesaikan tugasan tersebut walaupun
mengambil masa yang lebih panjang.

Refleksi bagi Circle Keempat:


Pada mulanya, Linda khuatir pelajarnya yang pintar akan dapat menyelesaikan tugasan
dengan cepat dan kemudiannya bersembang. Namun, ini tidak terjadi kerana pelajarnya
yang pintar akan terus melakukan kerja-kerja mereka dan ada yang menolong rakan-
rakan.

5. Pengumpulan dan Analisis Data


• Teknik Pemerhatian (Observation)
Perkara yang diambil kira oleh penyelidik (Linda Ross) semasa melakukan
pemerhatian adalah:
a) Fokus pada pemerhatian yang relevan sahaja. Jangan catat kesemuanya.
b) Kenalpasti lokasi yang spesifik untuk diperhatikan. (Dalam kes ini, Linda Ross
menjadikan kelas AMEPnya sebagai lokasi pemerhatian)
c) Kenalpasti sama ada yang hendak diperhatikan adalah keseluruhan kumpulan
atau individu tertentu sahaja. (Linda memerhatikan keseluruhan kelasnya)
d) Rekodkan pemerhatian semasa ia berlaku atau sejurus selepas ia berlaku.
(Linda mencatatkannya sejurus selepas pengajarannya berlaku seperti yang
dicatatkannya ”on 22/3/95 I noted in a half hour session the stronger students
only got a few minutes attention and on 27/3/95 I wrote a typical numeracy
lesson-hectic!”)
e) Sentiasa cuba menjadi pemerhati yang tepat dan elakkan menggunakan
perkataan yang merujuk kepada penilaian terhadap sikap atau pemikiran
individu yang diperhatikan.
f) Bina satu sistem yang bersesuaian untuk merekod segala pemerhatian.

• Teknik Nota Penyelidik- checklist


Linda telah membina sebuah checklist yang lengkap untuk memantau pencapaian
murid-muridnya terutamanya yang lemah. Bagi setiap topik, Linda akan menulis sub
topic yang lebih kecil dan menilai pelajarnya secara umum. Jika pelajar tahu dan
faham apa yang dipelajarinya, Linda akan tick (√) pada kotak nama pelajar tersebut
dan sebaliknya. Cara ini didapati berkesan dan memudahkan dia memberi tumpuan
dan penekanan kepada pelajar-pelajar yang lemah bagi topik-topik tertentu. Contoh
checklist bagi subjek pecahan (matematik):

Lilian Warren Chris Kevin Mike John Barry Peter


Uses place value
up to 5 places
Uses decimal point
appropriately
Can read numbers
from calculator
Can ‘round up’

• Teknik ‘charting the social organization of the classroom’


Teknik ini digunakan untuk mendokumenkan bagaimana guru dan pelajar
menggunakan ruang-ruang yang ada dalam sesi P&P. Contohnya, susun atur dalam
bilik darjah Linda adalah seperti apa yang diminta oleh pelajarnya kerana mereka
berasa lebih selesa untuk bekerja dan melakukan tugasan tanpa diskriminasi antara
pelajar yang pintar dan lemah. Contoh susun atur (layout) bilik darjah kelas Linda
Ross:
Komen Linda
“When we first got into the classroom, it had chairs with flip-over lids for writing.
The students didn’t like these at all. They wrote to the Assistant Principle asking for
desks and they were supplied with tables shaped link together. I prefer a learner-
centered classroom so I wanted the classroom set up in groups or circles so that I
could encourage them to work together and introduced a less formal atmosphere- I
wanted it to be an adult classroom. I put the desks into a horseshoe shape and they
complained- they said the people on the end couldn’t see properly. However many
times I changed the desks around the students changed them back into this
conventional set-up. They made it look like a traditional classroom and insisted it had
to be this way”

Analisis Data

a) Analyzing classroom talk


Analisis berdasarkan apa yang penyelidik perlu baiki untuk menjalankan
penambahbaikan seterusnya. Dalam kes Linda,
- Well…I didn’t realize…I use OK and ‘Right’ so much.
- I gave the students very little time to answer questions..I either answered the question
myself or, er…moved on to ask another student.

b) Transcript analysis
Berdasarkan checklist, lakukan analisis untuk mencari kelemahan dan kekuatan bagi
setiap pelajar. Contohnya, lakukan pemprosesan terhadap data yang didapati.
Topic Student Question Responses Information Comments Teacher
asked given offered from
notes
student
Fraction A 0 0 0
B 0 2 1
C 0 6 0
D 5 0 2

6. Etika Kajian Tindakan


Beberapa etika perlu diambil kira oleh penyelidik. Antaranya:
• Perlukah saya memberitahu para pelajar tentang kajian saya?
• Adakah saya mempunyai ”hak” untuk melakukan eksperimen terhadap pelajar
saya?
• Apa yang perlu dilakukan jika ada pelajar yang menolak (refuse) untuk terlibat di
dalam kajian saya?
• Perlukah saya mendapatkan kebenaran bertulis daripada orang yang saya
temuduga?
• Adakah saya mempunyai hak untuk menggunakan nama para pelajar dalam kajian
dan penerbitan kajian saya tanpa pengetahuan mereka?

Professional Integrity
• Terangkan dengan jelas tujuan kajian, objektif dan methodology kajian kepada
semua pihak yang terlibat.
• Pastikan rujukan adalah jelas dan tidak berlaku sebarang penciplakan dari bahan
penyelidik lain.
• Dapatkan kebenaran dari pihak yang terlibat jika kajian akan diterbitkan.
• Memberi kebenaran kepada subjek sama ada ingin terlibat dalam kajian atau
tidak.
7. Relaibility and Validity
• Monitoring researcher bias
As we analyze the data, we examine as explicitly and critically as possible, our own
beliefs and values about the situation and subjects being researched. This is done in order
to raise our awareness of ‘taken for granted’ biases and assumptions. Reflexive
diaries/notes or journals are a valuable way of displaying personal thinking process,
philosophical positions and the bases of one’s decision about the data, as are discussions
conducted with other members of the research group.
• Member checks
Member checks or ‘respondent validation’, involve taking your data analysis and
interpretations back to the actual participants involved in the research, such as teaching
colleagues, students or parents. If these participants from the research setting recognize
and support the findings, you can be more confident of their validity.

8. Penilaian Keseluruhan
Saya amat tertarik dengan kajian tindakan yang telah dilakukan oleh Linda Ross dalam
buku ini. Walaubagaimanapun, buku ini tidak menerangkan dengan terperinci analisis
data oleh Linda Ross dan diterjemahkan secara ringkas sahaja. Namun, kajian ini benar-
benar menarik minat saya untuk mencubanya kepada para pelajar saya nanti terutamanya
jika saya diberi tugas untuk mengajar subjek English for Science and Technology.

You might also like