You are on page 1of 14

ARAHAN KERJA

MS ISO 9002 : 1999

AK. PK. 04 TOPO. 02 Ukuran dan Hitungan Titik Kawal Bumi


Dengan Kaedah GPS

1. OBJEKTIF

Bertujuan untuk memberi panduan kepada Penyelaras Operasi Projek dan Pengukur
dalam menjalankan kerja-kerja mengukur Titik Kawal Bumi dengan kaedah Sistem
Penentududukan Sejagat (GPS).

2. PERINGKAT KERJA

2.1 Perancangan kerja


2.2 Tinjauan
2.3 Tatacara kerjaluar
2.4 Pemprosesan data
2.5 Transformasi Koordinat
2.6 Pendokumentasian

3. RUJUKAN

3.1 Manual Prosedur Kerja Cerapan GPS


3.2 Pekeliling Ketua Pengarah Ukur Dan Pemetaan Bil.6/1999
3.3 User's Manual

4. TINDAKAN

Ukuran Titik Kawal Bumi dengan kaedah GPS ini dikendalikan oleh sepasukan kerja
yang terdiri dari Penyelaras Operasi Projek dan Pasukan Kerjaluar (diketuai oleh
Pengukur).

4.1 Perancangan Kerja

Perancangan kerja hendaklah diselaraskan oleh Penyelaras Operasi Projek


yang meliputi perkara-perkara berikut :-

4.1.1 Penyediaan Peralatan dan Bahan

a. Alat ukur :-
- Sekurang-kurangnya tiga (3) set alat GPS & aksesori
- Satu (1) set teodolit dan EDM/Total Station & aksesori
- Satu (1) unit komputer buku & aksesori
- Kompas Prisma
- Pita Ukur

1
ARAHAN KERJA
MS ISO 9002 : 1999

AK. PK. 04 TOPO. 02 Ukuran dan Hitungan Titik Kawal Bumi


Dengan Kaedah GPS

b. Bahan-bahan binaan seperti simen, paip besi, pasir, bolt/paku


dan acuan.

c. Alat-alat kelengkapan lain yang biasa digunapakai dalam kerja


ukur GPS seperti Handheld GPS, stereoskop poket dan alat
perhubungan radio jika perlu.
d. Failkerja termasuk borang cerapan, borang hitungan, Borang
Huraian Titik Kawal Bumi (Borang Topo 2/98) dan sebagainya.

4.1.2 Merancang Kaedah Pengukuran

a. Kaedah pengukuran bolehlah dijalankan dengan tiga (3) cara iaitu :-

i. Jaringan GPS

- Jaringan GPS dibentuk dengan ikatan kepada stesen


GPS Jaringan Utama Geodetik untuk kejituan tinggi
(1:50,000 – 1:100,000).
Kaedah ini juga diamalkan bagi kerja-kerja dengan
teknik ukuran Statik, Psuedo-Kinematic dan Kinematic.

Rajah 1

2
ARAHAN KERJA
MS ISO 9002 : 1999

AK. PK. 04 TOPO. 02 Ukuran dan Hitungan Titik Kawal Bumi


Dengan Kaedah GPS

ii. Terabas GPS.

- Ukuran Terabas boleh dijalankan dengan menggunakan


dua (2) atau tiga (3) alat penerima sahaja yang
memberikan hasil berkejituan 1:5,000 – 1:50,000.

- Seperti ukuran terabas konvensional, Pengukur mestilah


membuat ikatan kepada sekurang-kurangnya satu (1)
stesen GPS Jaringan Utama Geodetik, sungguhpun tiga
(3) adalah sebaik-baiknya.

- Ukuran semak (azimut) perlu dijalankan bagi terabas


terbuka.

Rajah 2

3
ARAHAN KERJA
MS ISO 9002 : 1999

AK. PK. 04 TOPO. 02 Ukuran dan Hitungan Titik Kawal Bumi


Dengan Kaedah GPS

iii. GPS Spur Shots

- Ukuran dengan teknik Cabang (Spur) ini boleh


dilaksanakan jika hanya ada dua (2) alat penerima dan
dikehendaki mengukur beberapa stesen sahaja.

- Ukuran dilaksanakan dengan cara mencerap ‘spur line’


sebanyak dua (2) kali pada dua sesi berasingan di
mana apabila selesai cerapan sesi pertama, semua
tinggi alat diubah dan alat dioff dan dibuka semula
untuk sesi kedua.

Rajah 3

b. Secara amnya, terdapat 6 (enam) teknik ukuran GPS iaitu :-

TEKNIK KEPERLUAN KEGUNAAN KEJITUAN

i. Static - Penerima GPS L1 atau - Ukur kawalan (yang - Subcentimeter


(Post-processing) L1/L2. memerlukan level
kejituan
- Komputer 386/486 untuk
tinggi).
post-processing.
- Minimum 45 – 60 minit
tempoh cerapan.

4
ARAHAN KERJA
MS ISO 9002 : 1999

AK. PK. 04 TOPO. 02 Ukuran dan Hitungan Titik Kawal Bumi


Dengan Kaedah GPS

TEKNIK KEPERLUAN KEGUNAAN KEJITUAN

ii. Rapid Static - Penerima GPS L1/L2. - Ukur kawalan (yang -Subcentimeter
(Post-processing) memerlukan level
- Tempoh cerapan 5 – 20 kejituan
minit. sederhana).

iii. Kinematic - Penerima GPS L1 yang - Continuous topo. - Centimeter


(Post-processing) mempunyai kinematic level
survey option. - Location surveys.

- Komputer 386/486 untuk


post-processing.

iv. Stop & Go - Penerima GPS L1. - Ukur kawalan (yang - Centimeter
Kinematic memerlukan level
(Post-processing) - Komputer 386/486 untuk kejituan
post-processing. sederhana).

v. Psuedo-Kinematic - Penerima GPS L1. - Ukur kawalan (yang - Centimeter


(Post-processing) memerlukan level
- Komputer 386/486 untuk kejituan
post-processing. sederhana).

vi. Real Time Post-processing : - Ukur Hidro Real-time -Subdecimeter


Kinematic yang berkejituan level
- Penerima GPS L1/L2.
/OTF Kinematic. tinggi.
(Real-Time or - Komputer 386/486.
Post- processing) - Ukur kawalan (yang
Real-Time : memerlukan
kejituan
- Internal atau external
sederhana).
Processor (komputer
1-386, 1-486 w/dual com
- Kawalan gambar
ports).
foto.
- Min 4800 baud
radio/modem data link - Location surveys.
set.
- Continuous topo.

Ukuran titik kawal boleh dijalankan dengan salah satu di antara


teknik tersebut. Sungguhpun demikian, teknik Static dan Rapid
Static dicadang digunakan.

5
ARAHAN KERJA
MS ISO 9002 : 1999

AK. PK. 04 TOPO. 02 Ukuran dan Hitungan Titik Kawal Bumi


Dengan Kaedah GPS

4.2 Tinjauan

4.2.1 Pengukur hendaklah membuat tinjauan awal sebelum memulakan


kerja-kerja pengukuran. Ianya bertujuan untuk mengenalpasti
kedudukan sebenar titik kawal di lapangan dan menentukan ianya
berada pada kedudukan yang betul sebagaimana yang ditunjukkan di
atas foto udara oleh pihak CAMS.

4.2.2 Kawasan sekitar stesen titik kawal yang berjejari 10 meter dengan
ketinjahan 15 darjah perlu dibuat pembersihan dan dirintis sebelum
cerapan GPS dijalankan seperti Rajah 4.

Rajah 4

6
ARAHAN KERJA
MS ISO 9002 : 1999

AK. PK. 04 TOPO. 02 Ukuran dan Hitungan Titik Kawal Bumi


Dengan Kaedah GPS

4.2.3 Stesen tersebut hendaklah bebas dari gangguan gelombang


elektromagnet seperti talian elektrik, talian telefon dan halangan bahan
logam yang boleh menganggu gelombang yang diterima oleh antena
GPS disamping gangguan manusia, binatang atau projek
pembangunan.

4.2.4 Jika mana-mana titik kawal dipilih sebagai stesen GPS, stesen
hendaklah dibina mengikut spesifikasi di dalam Lampiran ‘A’.

4.2.5 Sekiranya titik kawal bumi yang ditetapkan tidak sesuai dan sukar
dikenalpasti di lapangan, Pengukur hendaklah memilih lokasi baru.
Kedudukannya hendaklah berada dalam lingkungan 500 meter dari
tempat asal bagi pemetaan siri T738, 250 meter bagi pemetaan siri
T931 (tidak melebihi 20 mm dari tempat asal di atas foto udara) dan
dalam lingkungan tindihan serta tidak terlindung oleh bayangan butiran
lain. Lakaran dan catatan titik kawal yang baru ini hendaklah dibuat di
belakang foto udara dan Borang Tinjauan Stesen GPS.

4.2.6 Ukuran titik kawal ini hendaklah juga diikat kepada sekurang-kurangnya
satu Tanda Kawalan Ukur yang diketahui ketinggiannya dari Aras Laut
Min (AMSL).

4.2.7 Datum kerja hendaklah diambil dari Stesen Jaringan Utama Geodetik.

4.3 Tatacara Kerjaluar

4.3.1 Kaedah Ukuran / Cerapan

a. Semua peralatan GPS yang digunakan hendaklah terlebih


dahulu dikalibrasi bagi tempoh tertentu dan sebagaimana yang
ditetapkan di dalam Pekeliling KPUP Bil.6/1999 iaitu :-

i. Tentukur Tribrach
ii. Zero Baseline Test
iii. EDM Baseline Test
iv. GPS Network Test

b. Alat penerima GPS Carrier Phase Observation hendaklah


digunakan untuk ukuran ini.

7
ARAHAN KERJA
MS ISO 9002 : 1999

AK. PK. 04 TOPO. 02 Ukuran dan Hitungan Titik Kawal Bumi


Dengan Kaedah GPS

c. Sebelum ukuran titik kawal dimulakan, ukuran pengesahan ke


atas tiga (3) stesen GPS (mempunyai koordinat WGS84) dan
dibuktikan berada di dalam kedudukan asal dengan
menggunakan kaedah cerapan GPS selama dua (2) jam.
Jarak baseline ukuran hendaklah lebih dari 50 meter.

Had perbezaan koordinat hendaklah kurang dari 0.1 meter bagi


komponen horizontal dan komponen vertical.

Rajah 5

d. Cerapan GPS ukuran titik kawal hendaklah dijalankan secara


jejarian (Rajah 6) dengan teknik Static dan Rapid Static iaitu
minimum 30 minit bagi teknik Static dan 10 minit bagi Rapid
Static. Adalah memadai jika diikat kepada satu (1) stesen GPS
yang telah disahkan atau stesen GPS baru yang telah
dipindahkan koordinatnya. Sekurang-kurangnya lima (5) satelit
perlu dijejaki di dalam alat penerima GPS.

e. Data cerapan yang telah ditetapkan adalah 15 saat untuk satu


(1) Epoch.

f. Jika titik kawal yang dicadangkan tidak dapat dicerap, maka


ukuran ikatan ke stesen GPS hendaklah dijalankan dengan
menggunakan alat teodolit dan EDM/Total Station seperti
Rajah 7. Arahan Kerjaluar mengenai ukuran terabas ini
bolehlah dirujuk kepada para 4.3 AK. PK. 04. TOPO. 02.

8
ARAHAN KERJA
MS ISO 9002 : 1999

AK. PK. 04 TOPO. 02 Ukuran dan Hitungan Titik Kawal Bumi


Dengan Kaedah GPS

9
ARAHAN KERJA
MS ISO 9002 : 1999

AK. PK. 04 TOPO. 02 Ukuran dan Hitungan Titik Kawal Bumi


Dengan Kaedah GPS

Rajah 6

Rajah 7

10
ARAHAN KERJA
MS ISO 9002 : 1999

AK. PK. 04 TOPO. 02 Ukuran dan Hitungan Titik Kawal Bumi


Dengan Kaedah GPS

4.3.2 Borang Cerapan GPS

a. Pengukur hendaklah merekodkan

i. Nama Projek
ii. Nama Stesen
iii. Lokasi Stesen
iv. Nombor Siri Alat
iii. Masa Cerapan
iv. Rujukan Fail
v. Purata Ketinggian Antena
vi. Nilai Latitud, Longitud dan Ketinggian Elipsoid

b. Ukuran ketinggian antena hendaklah dijalankan sebelum dan


selepas cerapan seperti Rajah 8 dan Rajah 9. Perbezaan
purata bacaan hendaklah kurang dari 0.003 meter di antara
ukuran ketinggian sebelum dan selepas cerapan.

Rajah 8 Rajah 9

11
ARAHAN KERJA
MS ISO 9002 : 1999

AK. PK. 04 TOPO. 02 Ukuran dan Hitungan Titik Kawal Bumi


Dengan Kaedah GPS

c. Nilai latitud, longitud dan ketinggian elipsoid stesen titik kawal


hendaklah direkod pada awal masa cerapan dan menyemaknya
pada akhir masa cerapan.

d. Pengukur perlulah melakar rajah ukuran ketinggian antena dan


lokasi stesen di dalam Borang Cerapan GPS. Format Borang
Cerapan GPS adalah seperti Lampiran 'B'.

4.4 Pemprosesan Data

4.4.1 Tatacara Download dan Prosesan Data

a. Data-data cerapan hendaklah didownloadkan sebaik sahaja


tamat cerapan.

b. Data-data tersebut hendaklah diproses dengan menggunakan


Perisian GPsurvey Versi 2.35a dengan kaedah WAVE
(Weighted Ambiguities Vector Estimator). Semasa
pemprosesan, beberapa petunjuk kualiti perlu diberi
pertimbangan, di antaranya :

i. Root mean square (RMS) bagi sisa cerapan (observation


residuals).
ii. Bilangan cerapan yang diperlukan.
iii. Ujian statistik bagi sisa cerapan atau solution parameter.
iv. Aposteriori Variance Factor.
v. Variance-Covariance (VCV) Matrix of Solution.

Panduan Pemprosesan data GPS boleh dirujuk kepada para


4.3.2, Pekeliling KPUP Bil.6/1999.

4.4.2 Tatacara Pelarasan Data Cerapan

a. Pelarasan kepada koordinat WGS 84.

i. ‘O-Files’ (output) yang terhasil dari proses ini yang


dikenali sebagai SSF (Solve Solution File) hendaklah
dikumpulkan ke dalam direktori fail yang sama dan
dilaraskan dengan menggunakan perisian TRIMNET
versi 2.35a. Datum koordinat stesen GPS dirujuk dari
rekod Jaringan Utama Geodetik.

12
ARAHAN KERJA
MS ISO 9002 : 1999

AK. PK. 04 TOPO. 02 Ukuran dan Hitungan Titik Kawal Bumi


Dengan Kaedah GPS

ii. Koordinat yang diperolehi adalah dalam bentuk latitud,


longitud dan ketinggian dari elipsoid iaitu dikenali sebagai
WGS84.

b. Pelarasan kepada ketinggian AMSL.

Semua ketinggian stesen cerapan perlu dilaraskan kepada


ketinggian AMSL.

i. Pelarasan ketinggian AMSL semua stesen ukur


hendaklah dijalankan merujuk kepada model geoid
WW15MGH berasaskan rumusan berikut :

HB = HB – hA – NB + NA + HA

Di mana HA - Ketinggian AMSL Dari Stesen A


NA - Ketinggian dari Geoid Dari Stesen A
HA - Ketinggian dari Elipsoid Dari Stesen A
HB - Ketinggian AMSL Dari Stesen B
NB - Ketinggian dari Geoid Dari Stesen B
HB - Ketinggian dari Elipsoid Dari Stesen B

Rajah 10

13
ARAHAN KERJA
MS ISO 9002 : 1999

AK. PK. 04 TOPO. 02 Ukuran dan Hitungan Titik Kawal Bumi


Dengan Kaedah GPS

4.5 Transformasi Koordinat

4.5.1Koordinat dalam WGS84 yang diperolehi perlu dipindahkan kepada sistem


koordinat tempatan iaitu ke koordinat RSO untuk Sabah dan Sarawak dan
MRT untuk Semenanjung melalui perisian GPTrans. Sebelum
melaksanakan proses transformasi, beberapa parameter yang ditetapkan
perlu dimasukkan.

4.5.2Di dalam paparan GPsurvey dan menu utilities, proses transformasi boleh
dilaksanakan dengan memilih Coor. Transfomation dan akan masuk dalam
GPTrans.

4.5.3 Dengan melaksanakan arahan “select from system and zone” dan “select
to system and zone”, semua nilai koordinat dalam bentuk WGS84, BT68
dan RSO/MRT diperolehi.

4.5.4 Nilai-nilai koordinat dalam WGS84 dan RSO bagi Sabah dan Sarawak
serta hitungan ketinggian AMSL bagi semua stesen ukuran hendaklah
dicetak.

4.1 Panduan Transformasi Koordinat bolehlah dirujuk kepada User’s Manual


kerja cerapan GPS.

4.6 Pendokumentasian

4.6.1 Huraian Titik Kawal Bumi

Pengukur hendaklah melengkapkan semua maklumat berkaitan lokasi


titik kawal seperti di Lampiran ‘D’.

4.6.2 Semua rekod ukuran termasuk failkerja, borang cerapan, data


cerapan, borang hitungan dan Borang Huraian Titik Kawal Bumi
hendaklah dihantar ke ibu pejabat untuk tindakan selanjutnya.

5. Lampiran.

5.1 Borang Tinjauan Stesen GPS - Lampiran ‘A’


5.2 Spesifikasi Stesen GPS Titik Kawal Bumi - Lampiran ‘B’
5.3 Borang Cerapan GPS - Lampiran ‘C’
5.4 Borang Huraian Titik Kawal Bumi - Lampiran ‘D’

14

You might also like