You are on page 1of 16

1

PERANTAU
MALCON WEST Bil 2, Issue 1
Keluaran MEI 2009

MALCON
WEST

Jauh di Persada Bumi, diiringi Doa


Restu, Perwira di Perantauan
Menumpah Jasa di Bumi Gersang,
Menuju Keamanan Sejati.

HAK CIPTA TIM MULTIMEDIA MALCON WEST


2

Dari Pena
Ketua Pengarang
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh & Salam Sejahtera
lhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan berkat keizinan dan

A limpah kurniaNya Majalah PERANTAU keluaran kedua untuk MALCON WEST 1 dapat
menemui pembaca kembali.
Pembaca yang dihormati
Malcon West 1 sudah mencecah 6 bulan berada Selatan Lubnan, ini membuktikan semua
peringkat anggota sudah serasi dan dengan segala tugas. Rasa menebal rindu kepada keluarga di
Malaysia tidak dapat digambarkan dengan kata-kata hanya Allah SWT sahaja yang mengeta-
huinya. Itulah yang sentiasa difikirkan oleh setiap anggota Malcon West 1 yang jauh di peran-
tauan. PERANTAU pada keluaran kedua ini menunjukkan bahawa peluang untuk anggota bercuti
semasa bertugas digunakan sepenuhnya untuk mereka pulang ke Malaysia. Ada juga yang men-
gambil kesempatan untuk bercuti di sini dan juga Negara lain seperti Perancis, Turki dan Greece.
Peluang ini di ambil bagi membolehkan anggota melawat negara-negara tersebut. Kepada semua
anggota Malcon West 1 saya mengucapkan syabas kerana dapat menjalankan tugas dengan Ber-
jaya pengorbanan anda semua tidak akan dilupakan oleh semua rakyat Malaysia amnya Angkatan
Tentera Malaysia Khasnya dan tidak ketinggalan kepada anggota tentera Brunei.
Selamat Maju Jaya
Mej Kamarul bin Kassim
PENAUNG
Lt Kol Adi Ridzwan Abdullah

PENASIHAT
Mej Muhammad bin Abdullah

KETUA PENGARANG
Mej Kamarul bin Kassim

WARTAWAN
Kapt Abdul Halim bin Mohd Isa

Kapt Arlizam bin Ariffin ato

PW II Md Tahir bin Saad

Sjn Muhammad bin Salleh

Kpl Anuar bin Ahmad

JURU FOTO
Kpl Zamzuri bin Li @ Pak Li

TERBITAN & KELUARAN


Tim Multimedia MALCON WEST 1

HAK CIPTA TIM MULTIMEDIA MALCON WEST


3

Sudut Timbalan Komander


MEJ MOHAMMAD BIN ABDULLAH
TIMBALAN KOMANDER MALCON WEST 1

beberapa jawatan penting seperti Ketua


Platun, Penolong Ketua Kompeni dan
Ketua Kompeni. Beliau juga pernah
beryugas sebagai seorang jurulatih di
Pusat Latihan Asas Tentera Darat.
Perjawatan terakhir sebelum menyertai
misi adalah sebagai Ketua Kompeni
Bantuan di 8 RAMD.
Sepanjang perkhidmatan beliau telah
menghadiri pelbagai Kursus seperti Ketua
Platun, Asas Komando, Pegawai
Perisikan,Tugas Staf,Fasilitor TQM,Ketua
Kompeni dan Joint Intelligence. Beliau
juga berkemahiran dalam bidang
Mej Muhammad bin Abdullah telah pengurusan Emosi(EI).
dilahirkan pada 16 Ogos 1974. Beliau Beliau telah diberi kepercayaan oleh
telah menjalani Latihan Pegawai Kadet di Angkatan Tentera Malaysia untuk
Maktab Tentera Diraja pada 20 Julai 1994 menjawat jawatan Ketua Kompeni
dan ditauliahkan pada 22 Julai 1995 Malcon West 1 disamping berperanan
sebagai Lt Muda di dalam Rejimen Askar sebagai Timbalan Komander. Beliau telah
Melayu Diraja. Beliau pernah berkhidmat mendirikan rumah tangga bersama Puan
di beberapa pasukan seperti di 7 RAMD, Suriya Kasuma bte Mohd Suffian dan
1 RAMD dan 8 RAMD. Sepanjang dikurniakan 3 orang cahaya mata.
perkhidmatannya, beliau telah memegang
Mej Muhammad
sentiasa
mendengar
pandangan
pegawai
bawahannya
dalam usaha
memantapkan
kontingen
MALCON WEST
1.

HAK CIPTA TIM MULTIMEDIA MALCON WEST


4

8 RAMD TONGGAK KEKUATAN MALCON WEST 1

MEJ MUHAMMAD BIN


ABDULLAH KETUA
KOMPENI

PANTANG UNDUR
Komepni infantri yang dipimpin oleh Mej Muhammad bin Abdullah merupakan tonggak
kekuatan Malcon West 1. Terdiri dari 4 platun merangkumi satu gambungan dari anggota
PASKAL dan PASKAU serta satu platun gambungan dari anggota MIB dan anggota 8 RAMD.
Sebagai satu Kompeni tempur, kompeni ini memainkan peranan penting dalam melaksanakan se-
mua aktiviti melibatkan perkara gerakan.
Anggota yang terpilih untuk menyertai misi pengaman merupakan anggota-anggota yang
terpilih dan terbaik agar segala kerja yang dipertanggungjawabkan kepada mereka dapat dilaksana-
kan dengan sempurna. Dengan cogan kata mereka ‘taat dan setia’ menjadikan mereka siap sedia
melaksanakan segala arahan dan tugas dengan jujur ikhlas. Cogan kata 8 RAMD ‘pantang undur’
menjadikan mereka akan terus berjuang tanpa mengenal erti kekalah dalam sesuatu pentempuran.
Selain daripada mempunyai pegawai-pegawai yang mempunyai daya mutu kepimpinan yang
tinggi, mereka mempunyai PTT Kanan yang berpengalaman dalam melaksanakan operasi di dalam
mahu pun di luar Negara. Perkara ini amat penting dalam menjanin sebuah organisasi yang mantap
dan berkebolehan dalam melaksanakan segala tugas.

PW II Mohd Noor menyampaikan taklimat kepada anggota-anggota sebelum melaksanakan


Tugas-tugas harian setiap pagi

HAK CIPTA TIM MULTIMEDIA MALCON WEST


5

ELEMEN BANTUAN TEMPUR (RSD)


Elemen semboyan
MALCON WEST 1 UNIFIL
ditubuhkan bersama Tim Nukleus
MALCON WEST di Rejimen 2
Kor Armor Diraja, Kem Sunggala,
Port Dickson bagi tujuan
pentadbiran dan persiapan latihan.
Elemen semboyan diletakkan
dibawah elemen bantuan tempur
bersama elemen jurutera. Kekuatan
elemen semboyan terdiri dari
seorang pegawai sebagai Ketua
Elemen dan enam kali anggota
LLP. Organisasi elemen berpandu
kepada tred masing-masing namun Gambar kenangan anggota RSD bersama Pengarah Semboyan
begitu elemen telah dipecah kepada selepas upacara pemakaian beret UN
dua sel iaitu sel radio dan sel teknik.
Ketua elemen adalah Mej Shafizan bin Amin dibantu SSjn (YoS) Shaffri bin Hassan untuk sel
radio dan PW II (FoS) Abu Zaharin bin Rifin untuk sel teknik.
Elemen Semboyan mula diaturgerakan dengan kumpulan pendahuluan pada 18 Okt 2008
dengan kekuatan seorang pegawai dan dua kali anggota LLP, manakala kumpulan induk
diaturgerakan pada 25 Okt 2008 seramai empat anggota LLP. Bagi memudahkan pengurusan
pentadbiran kontinjen, tiga kali anggota Setelit Communication dari elemen komander
ditumpangkan dibawah elemen ini. Elemen Semboyan telah mencapai status Initial Operation
Capability (IOC) pada 26 Okt 2008 manakala status Full Operational Capability (FOC) pada 06
Dis 2008 untuk melayakkan MALCON WEST I UNIFIL melaksanakan tugas-tugas pengaman
mengikut mandat dan peraturan-peraturan yang ditetapkan melalui Resolusi 1701 Majlis
Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Secara amnya Elemen Semboyan MALCON WEST 1 UNIFIL ditugaskan menyedia,
menyelaras dan menyelenggara keperluan semua aspek komunikasi pada sebilang masa bagi
memenuhi keperluan MALCON WEST 1 UNIFIL dalam melaksanakan misi Pengaman PBB di
Selatan Lebanon. Elemen Semboyan
menyediakan rancangan komunikasi
yang meliputi Komunikasi Strategik
dan Komunikasi Taktikal
keseluruhannya. Komunikasi taktikal
yang telah disediakan adalah
komunikasi radio Frekuasi Sangat
Tinggi (FST) dibantu dengan
Frekuasi Tinggi (FT). Disamping itu
juga MALCON WEST 1 UNIFIL
dibekalkan dengan kemudahan
kemudahan talian internet dan talian
telefon UNIFIL. Pada keseluruhan
pengurusan tugas-tugas serta
tanggungjawab elemen semboyan memerlukan komitmen yang tinggi dalam merealisasikan
pengurusan taktikal dan pentadbiran MALCON WEST 1 UNIFIL. Dengan adanya semangat
juang yang tinggi tersemat di sanubari anggota, elemen semboyan berdiri sama gagah bersama
anggota pengaman negara lain.

HAK CIPTA TIM MULTIMEDIA MALCON WEST


6

ELEMEN BANTUAN TEMPUR (RAJD)


Elemen Jurutera MALCON WEST 1 telah diletakkan dibawah
elemen Bantuan Tempur bersama-sama elemen Semboyan. Tugas
elemen jurutera adalah membantu MALCON WEST 1 dalam
kerja-kerja senggaraan kecil dan bekalan air. Elemen ini berkekuatan
satu pegawai dan tujuh anggota lain-lain pangkat yang mempunyai
kepakaran dan pengalaman yang tersendiri didalam kerja-kerja
senggaraan dan kejuruteraan medan ditempatkan di Pos UN 2-45,
Kem Qatar, At-Tiri.
Elemen ini diketuai oleh Kapt Mohd Amrin bin Othman
(3008583) yang bertindak sebagai Ketua Elemen Jurutera dan dibantu
oleh 1078036 PW II Mohammed Zul bin Markon sebagai Penolong
Ketua Elemen. Organisasi elemen ini dibahagikan kepada 3 bahagian
iaitu Markas Elemen, Tim Bekalan Air dan Tadbir serta Tim
Senggaraan dan Logistik. Markas elemen ini dianggotai oleh Ketua
Elemen dan Penolong Ketua Elemen bertindak untuk memantau se-
mua kerja-kerja senggaraan dan bekalan air selain dari menasihati
Komander khasnya dalam hal-hal berkaitan senggaraan dan
Kejuruteraan Medan.
Tim Bekalan Air dan Tadbir yang dianggotai oleh 1076240 Sjn
Jalaludin bin Ghazali sebagai Ketua Tim, 1101306 LKpl Abdullah bin
Harun dan 1096219 LKpl Masnawi bin Mat Nor. Tim ini bertindak
dalam memantau jumlah bekalan air dan penggunaan air selain dari
bertanggungjawab dalam memastikan pentadbiran dan dokumentasi
anggota elemen jurutera dikemaskini. Manakala Tim Senggaraan dan Logistik yang diketuai oleh
1087822 SSjn Kamal bin Mohamad dan dibantu oleh 1091210 Kpl Rosidin bin Sidi Ahmad dan
1108366 LKpl Adwin ak Josen bertanggungjawab dalam memantau setiap senggaraan
di kedua-dua kem selain dari memastikan bantuan logistik elemen jurutera tidak diabaikan.
Untuk penugasan operasi, elemen Jurutera bertanggungjawab dalam memastikan tahap
kesiagaan dan keselamatan kem dipertingkatkan dengan dibantu dari elemen-elemen yang lain.
Setakat ini elemen jurutera telah melaksanakan beberapa projek kecil didalam kem bagi tujuan
peningkatan tahap keselamatan. Antaranya adalah meningkatkan tahap kubu pertahanan, membina
tempat simpanan peluru, mempertingkatkan perimeter kem, membina tempat menembak di Pos
Pemerhati dan lain-lain lagi. Dalam hal berkaitan operasi ini elemen Jurutera dibantu oleh
Engineering Service Support (ESS) dari Naqoura khasnya dalam membekalkan material-material
yang diperlukan. Dalam memastikan keselesaan anggota MALCON WEST 1 elemen jurutera juga
melaksanakan kerja-kerja senggraan kecil seperti pembinaan tempat ampaian, membaiki sistem
perpaipan, membaiki pepasangan elektrikal, memantau sistem saliran air dan lain-lain lagi.
Dengan adanya penglibatan elemen jurutera didalam operasi pengaman seperti ini, ianya
dapat meningkatkan pengalaman dan tahap kepakaran anggota-anggota jurutera selain berkongsi
pengetahuan bersama anggota pengaman yang lain khususnya dari negara-negara luar. Walaupun
keadaan cuaca dan beberapa limitasi yang dihadapai, anggota jurutera masih mampu
melaksanakan tugas dengan baik dan dapat menyesuaikan keadaan serta pergaulan tanpa sebarang
masalah. Dalam tempoh 9 bulan dikawasan misi yang agak hebat dengan pelbagai dugaan dan
cabaran yang dihadapi oleh elemen jurutera ianya dapat dijadikan pengalaman yang sangat
berharga serta dapt dikongsi kepada rakan-rakan yang bakal bertugas di Selatan Lubnan ini atau
kepada rakan-rakan yang tidak berpeluang menyertai misi-misi sebegini. Pengalaman sebegini
tidak boleh dibeli mahupun didapati dimana-mana, hanya yang tabah dan cekal dapat mengharungi
tugas-tugas dan operasi sebegini.

HAK CIPTA TIM MULTIMEDIA MALCON WEST


7

ABDB

Mej Norazalan dari Angkatan Bersenjata Di Raja Brunei bersama 1 pegawai dan 3 anggota
diberikan kepercayaan untuk bertugas bersama-sama Malcon West 1. Kumpulan ini merupakan
yang pertama dari ABDB bertugas di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Mereka menjadi
sejarah penglibatan ABDB dalam melaksanakan operasi di luar negara. Mej Norazalan diiberikan
kepercayaan oleh Komander untuk menjawat jawatan Staff G3 yang bertanggungjawab segala
perkara dengan perancangan gerakan operasi berjalan lancer. Manakala Mej Dr Hiza diberikan
jawatan ketua bagi Tim Perubatan Malcon West 1. Semua ini membuktikan bahawa ATM dan
ABDB boleh berkerja sama dalam melaksanakan misi bersama. Semoga dengan hubungan ini Ma-
laysia dan Brunei menjadi bertambah baik.

Gambar menunjuk anggota ABDB Sjn


Tony sedang memegang bendera Brunei
dalam suatu perbarisan

Komander sedang berbincang dengan Mej


Dr Hiza (ABDB) semasa menghadiri per-
barisan di MK Sector West.

HAK CIPTA TIM MULTIMEDIA MALCON WEST


8

PEMAKAIAN PINGAT UNIFIL BAGI ANGGOTA MALCON WEST 1


DI SELATAN LUBNAN
Pada …………… 2009 Seramai 3 pegawai
dan 1 anggota telah menerima pingat UNIFIL
bersama-sama dengan pegawai dan anggota dari Bn
Perancis yang telah disempurnakan oleh Komander
Bn Perancis sendiri. Perbarisan ini telah dilasanakan
di padang kawad Bn Perancis Pos UN 2-45.
Mendahului senarai penerima pingat Mej Ismail,
Mej Roni Kapt Zunaidi dan Kpl Anuar. Setiap
anggota tentera yang bertugas melebihi separuh dari
jangka masa penugasan mereka layak menerima Komander Bn Perancis mengucapkan tahniah
pingat ini. Setiap anggota tentera yang memakai kepada semua anggota selepas upacara pemakaian
pingat ini menunjukan anggota tersebut pernah pingat UNIFIL.
bertugas di sini.

TAKLIMAT PERCUTIAN OLEH PEGAWAI PERGERAKAN (MOVCON)


Setelah genap 3 bulan anggota-
anggota Malcon West 1 bertugas di
Selatan Lubnan rasa kerinduan pada
kampung halaman mula menebal.
Dengan perolehi cuti semasa bertugas
selama 23 hari sepanjang tempoh
penugasan kumpulan pertama mula
bercuti pada 1 Feb 2009. Lebih 25%
anggota dari kekuatan 230 anggota
telah dibenarkan bercuti kebanyakan
mereka mengambil kesempatan ini
untuk pulang ke kampung halaman
menemui keluarga tercinta.
Mej Sahari sebagai Pegawai
pergerakan telah mengaturkan segala
Anggota MALCON WEST 1 menyemak senarai nama untuk me-
keperluan pengangkutan balik anggota.
mastikan mereka berada di dalam kumpulan cuti yang sepatutnya.
Beliau bertanggungjawab dalam
menentukan anggota-anggota yg bercuti
dapat pulang ke Malaysia dengan selamat. Setiap pergerakan beliau akan memberikan taklimat
pergerakan kepada semua anggota yang
balik bercuti.
Anggota dipecahkan kepada 4
kumpulan untuk bagi memboleh
operasi di sini dapat berjalan dengan
lancar. Pihak UNIFIL menetap kepada
semua Negara yg bertugas di sini boleh
bercuti mengikut peruntukan yang
dibenarkan, iaitu jumlah bercuti tidak
melebih dari 25% dari kekuatan
sesebuah kontigen yang bertugas di

Mej Sahari sedang menyampaikan taklimat


pergerakan kepada anggota yang akan bercuti

HAK CIPTA TIM MULTIMEDIA MALCON WEST


9

LAWATAN KOMANDER MALCON EAST 4


KE MALCON WEST 1
Sabtu 7 Mac 09, Kol Hashim Aman Shah,
Komander MALCON EAST 4, telah mengadakan
lawatan ke Kem Qatar. Selaku pihak berkuasa ata-
san bagi keseluruhan kontingen Malaysia di
Lubnan, lawatan ke MALCON WEST 1 adalah
termasuk dalam rangka tinjauan beliau meman-
dangkan MALCON EAST 4 akan memulakan op-
erasinya pada bulan Mei 09.
Beliau beserta rombongannya termasuk
pegawai staf dari MAB pada jam 1130 dimulakan
dengan taklimat oleh Mej Muhammad Abdullah,
Timbalan Komander MALCON WEST 1. Selepas
makan tengah hari, Kol Hashim telah dibawa
melawat sekitar kawasan Kem Qatar.
Kehadiran pegawai staf dari MAB yang
diketuai oleh Lt Kol Ahmad Jamaluddin Royan Komander MALCON EAST 4, Kol Hashim Aman Shah
menandatangani buku lawatan sebelum beredar
juga bertujuan bagi menentukan keperluan meninggalkan Kem Qatar.
kontingen MALCON WEST 1 dapat dipenuhi
berdasarkan MoU di antara kerajaan Malaysia dengan PBB. Para pegawai staf MALCON WEST 1 telah
menyampaikan situasi kontingen di Lubnan dan perkara yang dilaporkan akan diambil perhatian oleh
pihak MAB.

TINJAUAN TIMBALAN KOMANDER BN PERANCIS (DAMAN VIII)


KE MALCON WEST 1
Sabtu 24 Jan 09, satu tinjauan awal
sempena pertukaran Bn Perancis telah diadakan
di sekitar kawasan Kem Qatar. Tinjauan
dilakukan pada sebelah petang bermula jam 1430
oleh Lt Kol Gardin, Timbalan Komander bagi
DAMAN VIII yang akan menggantikan DAMAN
VII pada 1 Feb 09. Diiringi beberapa orang
pegawai stafnya, Lt Kol Gardin telah
ditaklimatkan tentang konsep operasi dan
pentadbiran MALCON WEST 1 oleh Mej
Muhammad Abdullah, Timbalan Komander
MALCON WEST 1.

Lt Kol Gardin meninjau sekitar kawasan Kem Qatar

Selain itu tinjauan ini juga membolehkan para


pegawai staf Malcon West 1 mengenali pegawai staf
DAMAN VIII. Turut hadir dalam tinjauan ini adalah
Lt Kol Le Caff yang merupakan Timbalan Komander
bagi DAMAN VII.
Selepas mendengar taklimat di Bilik Gerakan
MALCON WEST 1, Mej Muhammad telah
membawa Lt Kol De Gardin dan rombongan
meninjau sekitar kawasan kem.
Ada sesuatu yang menarik perhatian Lt Kol Gardin
selepas meninjau Pos No 4 di dalam Kem Qatar.

HAK CIPTA TIM MULTIMEDIA MALCON WEST


10

EKSESAIS HILAL MERAH


Eksesais HILAL MERAH telah diadakan pada 03 Feb
09 hingga 04 Feb 09 di Pos UN 2-45 Kem Qatar dan KTJ
Malcon West 1. Latihan ini berunsurkan kepada rancangan
kontingensi terhadap kecederaan anggota semasa ronda dan
tindakan perubatan. Eksesias HILAL MERAH adalah
latihan terkawal dan dianjurkan oleh Elm Perubatan Malcon
West 1 di bawah pengawasan Peg Perubatan Kanan. Latihan
ini diadakan bagi memberikan pendedahan dan pengetahuan
kepada anggota-anggota kombat medik dan ahli-ahli
perubatan.
Eksesais HILAL MERAH dibahagikan kepada dua peringkat dan dilaksanakan selama dua
hari. Peringkat pertama latihan adalah ulangkaji bagi ahli-ahli kombat medik yang tertumpu
kepada rawatan awal kecederaan terkena letupan dan
tembakan. Sesi latihan ini dilaksanakan di Kem Qatar Pos
UN 2-45 pada 03 Feb 2009.
Peringkat kedua adalah latihan medan pada 04 Feb
2009 yang dilaksanakan sekitar zon V14 (Brashit)
GR 727920-672500 dimana satu insiden letupan (IED) yang
mengakibatkan kecederaan kepada anggota. Bagi membantu
latihan satu platun tempur dari Pos UN 6-16 telah digunakan
bagi menjayakan senario eksesais.

EKSESAIS SHELTER
Latihan Shelter adalah salah satu latihan
kontinjensi yang dilaksanakan bagi memahirkan angggota
masuk ke kubu yang telah disediakan bagi tujuan
perlindungan semasa menghadapi sebarangan ancaman
dari luar terutamanya serangan udara dan tembakan roket
yang boleh menyebabkan kehilangan nyawa. Pada
peringkat awal latihan ini hanya dilaksanakan oleh anggota
Malcon West sahaja. Setelah mereka telah bersedia baru
latihan bersama dengan Bn Perancis dilaksanakan. Latihan
ini dilaksanakan setiap bulan bagi memastikan semua
anggota sentiasa dalam keadaan bersiap sedia sebilang Komander sedang mendengar taklimat
masa. daripada ketua kubu apakah tindakan yang
perlu diambil pada masa tersebut

HAK CIPTA TIM MULTIMEDIA MALCON WEST


11

SUDUT MUHIBAH
KERJASAMA ERAT BN PERANCIS DAN MALCON WEST 1
DI SEMUA PERINGKAT
Perhubungan yang baik Bn Perancis dengan
Malcon West 1 yang berterusan bermula dengan
DAMAN 7 sehinggalah sekarang DAMAN 8
menunjukkan kedua-dua negara boleh berkerja
sama ke arah satu matlamat bagi memastikan misi
UNIFIL di Selatan Lubnan dapat dikekalkan
selamanya. Kerjasama dari segi pentadbiran dan
juga operasi semua berjalan dengan lancer.
Walaupun perbezaan ketara dari pengalaman dan
juga kematangan serta budaya membuktikan
bahawa tentera Malaysia dapat berkerja dengan
baik. Pengalaman bertugas bersama tentera Peran-
cis amatlah bermakna kepada semua anggota Mal- Pegawai Waren Asphord dari Bn Perancis sedang
con West 1 supaya menjadi contoh kepada mereka mengisi minyak ke dalam tangki simpanan diesel
apabila kembali bertugas di pasukan masing- sambil dibantu oleh LKpl Saleh, anggota POL
masing.

SEKATAN JALAN RAYA OLEH KOMPENI POLIS TENTERA UNIFIL


Penyertaan Elemen Probos dalam Operasi Sekatan
Jalan Raya oleh Kompeni MP Tanzania adalah
bertujuan memberi pendedahan kepada anggota MP
MALCON WEST 1 dalam menjalankan tugas probos di
kawasan operasi. Sebanyak 2 kali operasi telah diikuti
iaitu pada 31 Dis 08 dan 7 Jan 09, pengalaman ini boleh
menjadi panduan untuk melaksanakan tugas apabila
diarahkan oleh pihak UNIFIL kelak.
Dengan matlamat untuk memeriksa semua
pergerakan kenderaan UN yang melalui simpang empat
di Brashit, anggota probos dapat melihat sendiri
Ketua Elemen Probos, Kapt Abdul Halim turut
memeriksa kenderaan UN dalam operasi yang di- bagaimana pemeriksaan dokumen pergerakan, lesen
memandu serta keadaan kenderaan UN tersebut.

MAKAN MALAM DI KANTIN MALCON WEST 1


Sebagai tanda kesyukuran kerana dibenarkan membuka
kantin bagi MALCON WEST 1, En Yusof, pengusaha kantin
tersebut telah mengadakan satu majlis jamuan makan malam
bersama para pegawai MALCON WEST 1.
Pelbagai hidangan tradisional masyarakat Lubnan telah
disediakan seperti tabule dan ayam masywi. Jamuan yang
diadakan pada 13 Jan 09 itu diharap dpat mengeratkan lagi
hubungan antara pemilik kantin dengan seluruh warga
Malcon West 1. Selain menjual makanan harian rakyat
Lubnan seperti Fajita, Rosto dan Shawarma, kantin En Yusof
En Yusof menghidangkan pelbagai juga turut menjual pelbagai barangan keperluan harian serta
juadah yang lazat untuk dinikmati oleh cenderahati negara Lubnan.

HAK CIPTA TIM MULTIMEDIA MALCON WEST


12

Bersama Mej Muhammad bin Abdullah Sudut EI


R A H S I A K E H I D U PA N ( BA H . 1 )
Makan, Minum dan Riadah
Sejak awal-awal lagi, pat benar dapat menyesuaikan diri
semua anggota telah diberikan dengan keadaan sekitar yang banyak timbul sekiranya orang disekelil-
peringatan tentang gambaran berbeza. ing tidak memahami maksud
bertugas di kawasan MISI seperti Namun yang menjadi yang hendak disampaikan.
di Lubnan ini. Namun keadaannya persoalannya apabila terdapat Kesedaran dalam diri kita perlu
agak berbeza apabila sampai di a n g g o t a y a n g s u k ar u n t u k ada, bahawa orang tidak akan
tempat sebenar dan melihat den- menyesuaikan diri walau pun sudah memahami mesej yang kita
gan mata sendiri. Walau melebihi dua bulan bertugas disini. sampaikan tanpa ada apa-apa
Persoalannya timbul adakah komunikasi. Bercakap b
perkara yan
disebabkan individu itu bermasalah Yang jelas komunikasi
atau keadaan menyebabkan individu yang paling mudah adalah
tersebut mengalami masalah. dengan b erk ata-k ata atau
Perkara seumpama ini hanya bercakap. Oleh yang demikian
boleh diuraikan apabila masalahnya dengan bercakap kita dapat
dilepaskan. menyelesaikan banyak masalah
Cara yang paling mudah sama ada kita sedar atau tidak.
adalah dengan bercakap atau Percayalah!
Kadang kala keputusan untuk berdiam diri meluahkan sebarang permasalahan.
tidak akan memberi faedah yang baik kepada
diri sendiri. Bertutur dengan komunikasi yang
jelas sebenarnya dapat menunjuk-
bagaimana pun situasinya berbeza kan aspirasi sebenar seseorang indi-
-beza bergantung pada individu vidu. Sebagai seorang manusia bi-
itu sendiri. Mungkin ada yang ce- asa perasaan tidak puas hati akan

Bersikap dan Berfikiran Positif


Memang sukar kita melakukan kesalahan. Mak- kesalahan kita sesama rakan Enam Perkara
untuk mengaku sekiranya sudnya adalah walau pun -rakan yang lain. Segera
kita tersalah kata atau sudah berusaha namun mengakui kesalahan kita
Yang Kita
perbuatan. Jangan risau mungkin tanpa kita sedari sekiranya itu lebih baik Lupa!!!
memang sudah lumrah untuk mewujudkan satu • Senyum apabila
kita begitu. Namun akan hubungan yang lebih jumpa rakan.
lebih memalukan kita harmoni. Bak kata pepatah • Terima kasih selepas
sekiranya kesalahan kita ‘takkan hilang bisa ular menerima
pertolongan.
diketahui oleh orang lain. sekiranya ia menyusur
• Ingat keluarga apa-
Dalam hal ini mungkin akar’. bila nampak gadis
kita fikir lebih baik kita B e g i t u l a h manis.
mengaku atau berterus keadaannya kita, insyaallah • Simpan duit untuk
terang. kesilapan atau kesalahan kita mungkin akan lebih kecemasan dan masa
mungkin berlaku. Apa yang depan.
Manusia telah dihormati oleh rakan-rakan
dijadikan dengan sifat perlukan kita lakukan seperjuangan. Mereka akan • Menegur rakan yang
tiada panduan.
yang lemah. Tidak adalah sedar apa kesalahan lebih selesa d engan
kita untuk mengubah • Minta maaf jika
terlepas dari melakukan keihklasan kita. melakukan kesalahan.
kesilapan. Namun ini semula kepada yang lebih
tidak bererti kita bebas baik. Ini termasuklah

HAK CIPTA TIM MULTIMEDIA MALCON WEST


13

Kapt Hairulnizam Hamid SUDUT RENUNGAN


JALAN KE SYURGA PENUH DURI…
Perjalanan ke syurga amat mudah kerana dikelilingi yang perlu kita pelajari dan dalami.
dilingkungi dengan duri dan onak. dengan kehendak syahwat. Semua Perlu kita ketahui sebelum
Manakala jalan ke neraka dikelilingi manusia memang cenderung kita melakukan sebarang ketaatan,
dengan keinginan syahwat. mengikut kehendak nafsu dan Allah sudah terlebih dulu
Demikian ditegaskan oleh Nabi syahwat. Syaitan pula sentiasa mendahului dan mengingati kita.
Muhammad saw. mengenai dua mendorong manusia mengikut hawa Kalau Allah tak gerakkan kita untuk
jalan yang ditempuhi oleh manusia. nafsu. Amat mudah melakukan beramal, kita tak akan beramal. Ini
Syurga ialah tempat kejahatan. maknanya Allah mendahului kita.
Nah, di depan kita terbentang Jangan sangka kita yang beramal,
dua jalan. Terpulang kepada kita sebenarnya Allah menggerakkan
jalan mana untuk diikuti. Tepuk kita beramal. Jadi soal pahala tak
dada dan tanyakan iman - bukan timbul. Sepatutnya kita bersyukur
tanya selera yang memang suka kerana Allah gerakkan kita beramal.
kepada nafsu. Bagaimana kita mahu
Betapa tak susah masuk mendabik dada tentang amalan kita?
syurga? Dalam satu keterangan Saidina Ali yang sudah dijamin
dinyatakan: orang jahil semuanya masuk syurga pun mengeluh kerana
binasa kecuali yang berilmu. Orang bimbang kurang amalan sedangkan
berilmu semuanya binasa kecuali perjalanan ke syurga amat jauh.
yang beramal. Orang beramal Saidina Ali memang terkenal
semuanya binasa kecuali yang dengan zuhud dan banyaknya
ikhlas. Untuk mencapai darjah melakukan amal ibadat. Bagaimana
keikhlasan perlu banyak berjuang. dengan diri kita? Saidina Ali
Ibarat mendaki bukit yang tinggi, Menggigil mengenangkan bekalan
kenikmatan dan kebahagiaan di hanya orang yang lasak saja berjaya yang sikit untuk perjalanan ke
akhirat yang dikurniakan kepada sampai ke mercu. akhirat yang jauh.
hamba-hamba Allah yang beramal Kebahagiaan di dunia belum
soleh. Neraka pula tempat azab menjadi pasport untuk ke syurga.
keseksaan disediakan untuk mereka Malahan adalah menjadi kesalahan
yang beramal tholeh (kejahatan). jika kekayaan yang didapati tidak
Untuk melayakkan diri ke diperolehi dan dibelanjakan secara
syurga, seseorang itu mestilah Islamik.
menempuh banyak ujian seperti Semua manusia inginkan hidup
melaksanakan suruhan Allah dan senang. Kesenangan di dunia hanya
rasul serta menjauhi laranganNya. sementara manakala kesenangan
Kesemua ini memerlukan semangat akhirat kekal abadi. Orang yang
dan kekuatan yang bermula dari bijak sudah tentu me milih
keimanan kepada Allah. Sudah tentu kesenangan yang hakiki bukan yang Kesimpulannya kita terpaksa
untuk mengerjakan solat, puasa, haji bersifat sementara. Hanya orang mengharung kesusahan mencari
dan amal kebajikan lain amat payah yang cetek akal saja memilih ilmu akhirat serta mengamalkannya.
kecuali bagi mereka yang beriman. kesenangan dunia dan Kesusahan dalam hal akhirat adalah
Sebab itulah Nabi mengatakan jalan mengenepikan kesenangan akhirat. rahmat. Dengan kesusahan ini Allah
ke syurga penuh dengan kesusahan. Syaitan selalu membisikkan mengampun dan meninggikan darjat
Bukan mudah untuk masuk kepada kita tentang amal kita yang kita. Dunia bukan tempat bersenang-
ke syurga. Kita kena bermujahadah banyak walaupun baru sikit benar. lenang. Kesenangan hanya di
atau berjuang melawan nafsu untuk Kita gembira apabila dipuji akhirat. Seseorang tidak diberi
melakukan kebaikan. Syaitan dan manusia. Timbul rasa ujub dan riak pahala jika tidak bersusah-payah
nafsu memang menyuruh kita yang memusnahkan pahala. Kita tak menempuh dugaan dan cabaran.
berbuat kejahatan dan tidak perasan kita sebenarnya berdosa Ingat sekali lagi pesanan Nabi
menggalakkan kita melakukan sebaliknya menyangka kita masih saw "Jalan ke Syurga dikelilingi
kebajikan. Jika kita turutkan beramal soleh. Kita mesti mengawas dengan kepayahan. Jalan ke jalan ke
kehendak syaitan sudah tentu kita dari serangan penyakit batin seperti syurga. Jauhilah kesenangan
tidak mampu melakukan sebarang ria, ujub, bongkak, sombong, dengki berbentuk nafsu syahwat kerana itu
kebajikan. yang kesemuanya merosakkan jalan ke neraka. Wallahu 'Alam.
Sebaliknya jalan ke neraka amalan. Di sini peranan ilmu tasauf

HAK CIPTA TIM MULTIMEDIA MALCON WEST


14

SUDUT RENUNGAN
KEBERKATAN SURAH AL-IKHLAS
Ketika Memulakan Kerja mengatakan bahawa Saiyidina
Ali betul.
Bacalah ayat ini sebelum anda Membaca surah Al-Ikhlas
memulakan apa-apa saja kerja sekali ganjarannya sama
kerana dengan bacaan ini akan dengan membaca 10 jus kitab
keluarlah iblis dan syaitan Al-Quran. Lalu dengan
yang berada didalam tubuh membaca surah Al-Ikhlas
kita dan juga di sekeliling sebanyak tiga kali qatamlah
kita, mereka akan berlari ke- inggal dunia, maka dia tidak Quran kerana ianya sama
luar umpama cacing kepana- akan membusuk di dalam dengan membaca 30 jus Al-
san. kuburnya, akan selamat dia Quran.
dari kesempitan kuburnya dan
Sebelum Masuk Ke Rumah para malaikat akan mem- Pahala Membacanya
bawanya dengan sayap
Sebelum anda masuk rumah, mereka melintasi titian siratul Berkata Ibnu Abbas r.a.
bacalah surah Al-Ikhlas mustaqim lalu menuju ke sy- bahawa Rasulullah SAW telah
(sebanyak 3 kali. Masuklah urga. Demikian diterangkan bersabda: Ketika saya
rumah dengan kaki kanan dan dalam Tadzikaratul (Rasulullah SAW) israk ke
dengan membaca bismillah. Qurthuby). langit, maka saya telah
Berilah salam kepada anggota melihat Arasy di atas 360,000
rumah dan sekiranya tiada Khatam al-Quran sendi dan jarak jauh antara
orang di rumah berilah salam satu sendi ke satu sendi ialah
kerana malaikat rumah akan Rasulullah SAW pernah ber- 300,000 tahun perjalanan.
menyahut. tanya sebuah teka-teki kepada Pada tiap-tiap sendi itu
umatnya: Siapakah antara terdapat padang sahara
Amalkanlah bersolat kerana kamu yang dapat khatam sebanyak 12,000 dan luasnya
salam pertama (ianya wajib) Qur'an dalam jangka masa dua setiap satu padang Sahara itu
yang diucapkan pada akhir -tiga minit? Tiada seorang seluas dari timur hingga ke
solat akan membantu kita dari sahabatnya yang men- barat.
menjawab persoalan kubur. jawab. Malah Saiyidina Um-
Apabila malaikat memberi mar telah mengatakan bahawa Pada setiap padang sahara itu
salam, seorang yang jarang ianya mustahil untuk menga- terdapat 80,000 malaikat yang
bersolat akan sukar menjawab tam Qur'an dalam begitu ce- mana kesemuanya membaca
salam tersebut. Tetapi bagi pat. surah Al-Ikhlas. Setelah
mereka yang kerap bersolat, mereka selesai membaca
amalan daripada salam yang Kemudiannya Saiyyidina Ali surah tersebut maka berkata
diucap di akhir solat akan mengangkat tangannya. mereka: Wahai Tuhan kami,
menolongnya menjawab Saiyidina Ummar bersuara sesungguhnya pahala dari
salam malaikat itu. kepada Saiyidina Ali bahawa bacaan kami ini kami berikan
Saiyidina Ali (yang sedang kepada orang yang membaca
Ketika Sakit kecil pada waktu itu) tidak surah Al-Ikhlas baik ianya
tahu apa yang dikatakannya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah S.A.W yang itu. Lantas Saiyidina Ali
bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas tiga Sabda Rasulullah SAW lagi:
membaca surah Al-Ikhlas se- kali. Rasulullah SAW Demi Allah yang jiwaku
waktu sakit sehingga dia men- menjawab dengan ditanganNya, sesungguhnya
HAK CIPTA TIM MULTIMEDIA MALCON WEST
15

SUDUT RENUNGAN
Qul Huwallahu Ahadu itu
tertulis di sayap malaikat WAKTU SEMBAHYANG
Jibrail a.s, Allahhus Somad itu PADA APRIL 2009
tertulis di sayap malaikat AT TIRI LUBNAN
Mikail a.s, Lamyalid walam
yuulad tertulis pada sayap
malaikat Izrail a.s, Walam
Date Day Fajr Sunrise Dhuhr Asr Maghrib Isha
yakullahu kufuwan ahadu
1 Fri 4:19 5:50 12:36 4:17 7:21 8:47
tertulis pada sayap malaikat
2 Sat 4:18 5:49 12:36 4:17 7:22 8:48
Israfil a.s.
3 Sun 4:17 5:48 12:36 4:18 7:23 8:49
4 Mon 4:16 5:47 12:36 4:18 7:23 8:50
5 Tue 4:14 5:46 12:36 4:18 7:24 8:51
6 Wed 4:13 5:46 12:36 4:18 7:25 8:52
7 Thu 4:12 5:45 12:35 4:18 7:26 8:53
8 Fri 4:12 5:45 12:35 4:18 7:26 8:53
9 Sat 4:10 5:43 12:35 4:18 7:27 8:55
10 Sun 4:08 5:42 12:35 4:18 7:28 8:56
11 Mon 4:07 5:41 12:35 4:18 7:29 8:57
12 Tue 4:06 5:41 12:35 4:18 7:29 8:58
Menuntut ilmu boleh di mana
13 Wed 4:05 5:40 12:35 4:18 7:30 8:59
dan dengan sesiapa sahaja
14 Thu 4:04 5:39 12:35 4:18 7:31 9:00

Nota 15 Fri 4:03 5:38 12:35 4:18 7:32 9:01


16 Sat 4:02 5:38 12:35 4:18 7:32 9:02
Jika sekiranya kawan-kawan 17 Sun 4:01 5:37 12:35 4:18 7:33 9:03
ingin mengumpul saham 18 Mon 4:00 5:36 12:35 4:18 7:34 9:04
akhirat, sampaikanlah ilmu ini 19 Tue 3:59 5:36 12:35 4:18 7:34 9:05
kepada kawan2 yang lain.
20 Wed 3:58 5:35 12:35 4:18 7:35 9:06
Sepertimana sabda Rasulullah
SAW: ’Sampaikanlah 21 Thu 3:58 5:35 12:35 4:19 7:36 9:07
pesananku walaupun satu 22 Fri 3:57 5:34 12:36 4:19 7:37 9:08
ayat'. Sesungguhnya apabila 23 Sat 3:56 5:33 12:36 4:19 7:37 9:09
matinya seseorang anak Adam 24 Sun 3:55 5:33 12:36 4:19 7:38 9:10
itu, hanya 3 perkara yang akan 25 Mon 3:54 5:32 12:36 4:19 7:39 9:11
dibawanya bersama: (1)
26 Tue 3:54 5:32 12:36 4:19 7:39 9:12
Sedekah/amal jariahnya, (2)
27 Wed 3:53 5:32 12:36 4:19 7:40 9:13
Doa anak-anaknya yang soleh
dan (3) Ilmu yang bermanfaat 28 Thu 3:52 5:31 12:36 4:19 7:40 9:14
yang disampaikannya kepada 29 Fri 3:52 5:31 12:36 4:20 7:41 9:14
orang lain. 30 Sat 3:52 5:31 12:36 4:20 7:41 9:14
…Wallahu a’lam 31 Sun 3:51 5:30 12:37 4:20 7:42 9:16

HAK CIPTA TIM MULTIMEDIA MALCON WEST


16

TACTICAL EQUIPMENT

B
A
C

D E F G

A. JAMMER MICRODIS
B. LASER RANGE FINDER VECTRONIX VECTOR 21
C. NIGHT VISION GOGGLE LUNOS
D. GPS EX TREX VISTRA
E. COMPASS PERISMATIC
F. BINOCULAR PERISMATIC 6 X 30
G. LONG RANGE BINOCULAR 20 X 120
HAK CIPTA TIM MULTIMEDIA MALCON WEST

You might also like