You are on page 1of 18

There exists limitless opportunities in every industry.

Where there is an open mind, there will always be a frontier Charles F. Kiettering (1876 1958) (Wujudnya peluang-peluang yang terbentang luas dalam setiap industri. Di mana adanya minda terbuka, di situ hadirnya sempadan baru) Sebagai seorang guru, saya berpegang kuat kepada idea bahawa seseorang guru perlu mempunyai minda terbuka supaya dapat menerokai sempadan-sempadan baru dan meningkatkan tahap professionalismenya. Hal ini adalah kerana setiap guru mempunyai kuasa untuk mempengaruhi pelajar dan mereka perlu bersedia dengan pengetahuan dan kemahiran untuk mewujudkan minda kelas pertama dalam kalangan generasi baru negara ini. Ke arah memastikan bahawa minda saya sentiasa terbuka kepada idea-idea dan pengetahuan baru dan terkini, amalan pembelajaran sepanjang hayat sentiasa menjadi budaya kerja dan amalan hidup saya

Gambar Hiasan : Guru-guru Koperasi SMK Baru Sedang bermesyuarat, mencari idea bernas untuk meningkatkan prestasi Koperasi

Saya percaya bahawa persediaan ke arah menjadi seorang guru yang cemerlang dan berkesan dari semua segi tidak hanya bermula dan berakhir dengan latihan yang saya terima dari kursus perguruan di universiti. Pengalaman saya sebelum saya mengambil kursus perguruan tersebut memang mempengaruhi persediaan saya melangkah ke dalam bidang perguruan tetapi yang lebih penting, adalah kesudian untuk sentiasa menganggap semua situasi dan pengalaman baru yang saya alami dalam kehidupan, samada baik atau buruk, adalah peluang untuk saya terus belajar dan meningkatkan tahap profesionalisme dan kemahiran saya sebagai seorang guru. Saya juga berpendapat bahawa keghairahan yang saya rasa terhadap kerjaya saya sebagai seorang guru mempengaruhi saya supaya sentiasa berinvosi untuk mencari idea-idea yang boleh digunakan di dalam bilik darjah untuk meningkatkan tahap keberkesanan

proses pengajaran dan pembelajaran. Saya sentiasa cuba berfikir di luar kotak untuk idea-idea yang lebih kreatif bagi menghasilkan keadah dan pendekatan baru yang boleh membantu membentuk akhlak mulia dan melengkapkan pelajar dengan keupayaan berfikir secara kritis, kebijaksanaan menyelesaikan masalah dan daya kreativiti yang tinggi.

Gambar Hiasan : Surat Khabar sebagai bahan bacaan selain buku-buku ilmiah

Dengan itu saya sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan saya dalam semua bidang, khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris. Perkara ini dilakukan dengan mengamalkan tabiat membaca. Bahan bacaan saya adalah luas, contohnya surat khabar, jurnal ilmiah MELTA (Malaysian English Language Teaching Association) yang mempunyai idea-idea baru berkenaan dengan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris serta hasil kajian-kajian yang berkaitan, majalah seperti the BBC Knowledge Magazine, The National Geographic dan The Times Magazine, selain maklumat yang diakses melalui internet. Antara sumber Internet yang saya sentiasa gunakan adalah Portal Guru Sarawak, Engkabang.net. Saya sering muat turun maklumat dan juga muat naik modul pengajaran dan pembelajaran yang dibina sendiri. Saya juga cuba menambahkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Bahasa Inggeris dengan melayari laman web yang berkaitan dengan kemahiran menulis dan membaca serta membaca atas talian penulisan ilmiah dan rencana-rencana dari buku, surat khabar dan juga jurnal.

Gambar hiasan..

Melalui tabiat membaca ini, saya dapat membina lagi pengetahuan diri saya tentang Bahasa Inggeris dan meningkatkan lagi penguasaan saya dalam Bahasa Inggeris selain mengikut perkembangan baru dalam penggunaan Bahasa Inggeris dalam dunia moden. Hal ini adalah penting kerana saya perlu dapat menyediakan pelajar untuk menghadapi cabaran dunia sebenar apabila mereka keluar dari alam sekolah dan masuk ke arena kerja. Istilah-istilah baru diperkembangkan tiap-tiap hari terutama dalam dunia internet dan seorang guru yang tidak dapat berhadapan dengan perubahan dalam bidang kepakarannya, tidak akan dapat membantu pelajarnya membuat persediaan yang lengkap untuk masa hadapan mereka sekiranya tandus maklumat ini.

Cg Naomi sedang memimpin guru-guru menyanyi lagu tema hari guru 2012

Saya juga menganggap kewajipan saya sebagai seorang guru adalah untuk bertindak sebagai seorang pakar rujuk dan fasilitator kepada pelajar. Dengan itu, pengetahuan baru yang saya dapat dari tabiat membaca itu saya dapat diserapkan

dalam pengajaran dan pembelajaran untuk mendedahkan pelajar kepada pengetahuan baru dan isu-isu semasa. Amalan membaca sambil meningkatkan pengetahuan juga menjadi teladan dan galakan kepada pelajar saya. Saya berkongsi majalah yang dibeli untuk dibaca oleh pelajar di sudut membaca kelas dan tajuk-tajuk tertentu dijadikan bahan perbincangan sewaktu proses pengajaran dan pembelanjaran, terutamanya dalam kelas MUET. Surat khabar juga merupakan satu sumber maklumat yang banyak digunakan untuk menghasilkan Modul pembelajaran dan pengajaran yang mengandungi maklumat semasa yang relevan kepada pelajar. Di samping itu, saya juga menyediakan dan meningkatkan diri saya sebagai seorang guru Bahasa Inggeris yang berkesan melalui jaringan komunikasi (networking) yang luas dalam kalangan guru Bahasa Inggeris dan Guru Cemerlang yang lain. Selepas berkhidmat selama lebih 25 tahun di empat buah sekolah, saya mempunyai jaringan rakan kerja guru yang senior dan berpengalaman yang merupakan pakar dalam bidang-bidang mereka sendiri. Kami sentiasa berkongsi pengalaman dan memberi sokongan antara satu sama lain supaya sentiasa peka terhadap perkembangan kurikulum dan kokurikulum yang terkini serta sentiasa meningkatkan pengetahuan dan tahap professionalisme diri.

Rakan-rakan guru juga merupakan aset penting dalam membina kerjaya

Selain itu, pengalaman saya sebagai Ketua Pemeriksa untuk kertas MUET Speaking sejak 2003 dan kertas MUET Writing pada tahun 2009 membantu saya mengetahui tentang perkembangan terbaru dalam proses penilaian. Saya juga sentiasa cuba mendapat maklumat terkini tentang perkembangan terbaru dalam penilaian kertas Writing melalui kursus dan dari pemeriksa yang berpengalaman. Proses Networking dengan guru-guru Bahasa Inggeris yang lain membolehkan saya mendapat panduan terkini tentang penilaian Bahasa Inggeris pada peringkat PMR, SPM, MUET serta untuk Ujian dan Penilian Lisan Berasaskan Sekolah.

Saya juga kerap kali menghadiri sesi latihan dalam perkhidmatan, kursus atau bengkel yang dianjuran oleh pihak sekolah, Jabatan Pelajaran, Kementerian Pelajaran atau pun pihak swasta, terutamanya kursus yang berkaitan dengan bidang kepakaran saya supaya dapat pendedahan kepada bahan yang relevan dan terkini. Penyertaan saya dalam persidangan, bengkel dan kursus yang dikelolakan oleh pihak swasta biasanya adalah atas inisiatif dan kos sendiri. Sebagai contohnya saya telah menghadiri beberapa kursus dan persidangan Bahasa Inggeris yang dianjurkan oleh MELTA, Bengkel IELTS (Intenationl English Language Testing System) anjuran the British Council, Bengkel Koir anjuran the Miri Orchestra and Choir Society dan juga Persidangan NIE (Newspaper in Education) anjuran The New Straits Times di Kuala Lumpur.

Guru yang hebat akan melahirkan ramai pelajar yang cemerlang

Pengalaman saya sebagai Jurulatih Utama (JU) untuk Kursus-kursus ETeMS semenjak 2002 dan JU Negeri Sistem Bimbingan Taulan dan English for Mathematics and Science (EMS) semenjak 2007 juga telah membantu saya meningkatkan profesionalisme diri sebagai seorang jurulatih dan fasilitator di samping memberi saya peluang meningkatkan kemahiran komputer. Saya juga telah berusaha untuk menyumbang tenaga dan pengalaman ke arah meningkatkan profesionalisme guru-guru lain. Saya telah dijemput sebagai fasilitator dan penceramah untuk Sesi Peningkatan Prestasi guru Bahasa Inggeris dan guru MUET di beberapa buah sekolah di Miri. Selain itu, saya juga telah dipertanggungjawabkan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Miri untuk menggalas tugas sebagai fasilitator dan penceramah kursus dan bengkel Bahasa Inggeris untuk guru-guru sekolah menengah di bahagian ini. Saya percaya bahawa proses membuat penyelidikan dan persediaan semasa membina bahan untuk bertugas sebagai seorang penceramah, juga membantu saya memahami bidang kepakaran saya dengan lebih mendalam dan membantu meningkatkan tahap profesionalisme dalam bidang kepakaran saya.

Gambar Hiasan : Sumber - Google : Tun Mahathir , Mantan PM Malaysia yang mempunyai idea dan pandangan yang sangat hebat.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah berkata semasa menyampaikan syarahan perdana Transformasi Minda Penyelidik Muda di University Teknologi MARA baru-baru ini, bahawa para penyelidik muda perlu mempunyai minda terbuka yang sentiasa mahu memperbaiki hasil penyelidikan atau ciptaan mereka dari semasa ke semasa dan tidak mudah berpuas hati dengan pencapaian yang mereka perolehi. Sebagai seorang guru yang dipertanggungjawabkan untuk menghasilkan penyelidik muda yang akan menjana perkembangan Negara Malaysia, kewajiban saya adalah untuk sentiasa berusaha bagi mentransformasikan minda diri saya sendiri dalam usaha meningkatkan tahap profesionalisme diri dan menjadi teladan kepada generasi muda. Terima kasih Cikgu.. Pengetua.

Cara Meningkatkan Tahap Profesional Guru


Peranan guru menjadi semakin penting, lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang banyak diperkatakan sekarang. Tanggungjawab guru kini bukan terhad seperti dulu malah semakin bertambah. Ia merupakan satu cabaran baru kepada guru bagi menentukan bahawa dalam zaman ledakan maklumat , murid lebih pandai daripada guru. Justeru itu, guru perlu menimba lebih banyak ilmu pengetahuan melalui penggunaan teknologi maklumat dan kaedah pengajaran terkini. Antara cara-cara untuk meningkatkan profesionalnya ialah yang pertama seseorang guru itu perlu memahami dan melaksanakan etika perguruan dengan mencintai profesion perguruan itu sendiri, yakni bukan bekerja untuk dapat gaji pada hujung bulan sematamata. Martabat profesion perguruan harus dilihat bukan sahaja dari segi pendapatan tetapi juga dari peranan dan sumbangannya. Kedua, guru harus mempunyai sikap ingin belajar sepanjang hayat kerana ia amat penting untuk guru itu sendiri. Ini adalah kerana dengan mengikuti latihan ikhtisas selama beberapa tahun sahaja, tidak boleh menjamin bahawa seseorang guru itu sudah terlatih untuk selama-lamanya. Sebaliknya, jika guru tidak mempunyai sikap untuk belajar dan menambah ilmu pengetahuan selepas dilatih, guru itu akan ketinggalan dan profesion keguruan mungkin akan kehilangan martabatnya. Ketiga, guru perlu mempunyai komitmen yang tinggi untuk memastikan murid-murid mendapat pendidikan yang berkualiti. Salah satu cara guru boleh meningkatkan martabat profesion keguruan ialah melalui kecemerlangan keputusan peperiksaan awam di mana masyarakat setempat membuat penilaian kepada pengajaran guru. Justeru itu, guru perlu memberikan pendidikan yang berkualiti kepada murid-murid. Akhir sekali, guru perlu mengambil peluang untuk meningkatkan diri dengan menerima lebih banyak pendedahan kepada perkembangan terkini dalam bidang pendidikan melalui latihan supaya maklumat yang diperolehi boleh disampaikan kepada lebih ramai guru yang lain. Ini adalah kerana tanggungjawab sebagai seorang guru adalah kompleks, iaitu guru bukan sahaja perlu mempertingkatkan pencapaian akademik murid tetapi juga perlu menaikkan martabat profesion perguruan.
http://kpli2u.blogspot.com/2009/05/langkah-langkah-untuk-mempertingkatkan.html http://apps1.moe.gov.my/ipba/ResearchPaper/journal/article11.pdf

1.

Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan Kemahiran ikhtisas penting bagi setiap guru kerana itu mendorong dan membantu guru menyampaikan pengajaran kepada para pelajar. Bagi memperkembangkan kemahiran, guru boleh mengikuti kursus-kursus peningkatan profesionalisme yang dianjurkan oleh jabatan. Kursus-kursus tersebut termasuklah juga Kursus Dalam Perkhidmatan dan Kursus Dalaman. Membuat penyelidikan dan penulisan

2.

Penyelidikan dan penulisan dalam pendidikan antaranya bertujuan untuk mencari kelemahan-kelemahan atau masalah yang terdapat dalam sistem pendidikan atau pengajaran seseorang guru. Contoh permasalahan yang boleh dikenalpasti dalam proses penyelidikan ialah, penggunaan bahan bantu pelajaran, strategi dan kaedah mengajar, pengurusan aktiviti berkumpulan, perancangan aktiviti pemulihan dalam pendidikan dan penyediaan lembaran kerja sebagai penilaian. Usaha ke arah perkembangan kendiri

3.

Guru perlu meningkatkan perkembangan kendiri masing-masing. Perkembangan tersebut akan melibatkan pembentukan konsep kendiri seterusnya mempengaruhi cara kerja seseorang guru. Guru yang mempunyai konsep kendiri yang baik seperti yakin, bersikap terbuka, percaya dan mempunyai nilai-nilai diri yang baik akan membantu guru tersebut melaksanakan tanggungjawabnya dengan lebih berkesan. Ini seterusnya akan meningkatkan kualiti pengajaran seseorang guru. Peka terhadap perkembangan pendidikan dan teknologi terkini

4.

Guru yang baik perlu melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran serta peka terhadap perkembangan pendidikan terkini. Mereka harus sentiasa memperkembangkan ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa mengikut perkembangan zaman. Setiap guru juga perlu bersedia menerima sebarang perubahan sistem pendidikan agar pengetahuannya selari dengan keperluan masa kini. Pembelajaran sepanjang hayat

5.

Pembelajaran sepanjang hayat membolehkan ilmu seseorang guru itu lebih dinamik. Ilmu pengetahuan akan membolehkan guru menyampaikan banyak maklumat kepada pelajar. Ini akan mewujudkan keyakinan dan kebolehpercayaan pelajar terhadap seseorang guru.

TAJUK : PERGURUAN SEBAGAI SATU PROFESION. BINCANGKAN. 1. Pengenalan Sesungguhnya para pendidik hari ini telah memainkan peranan penting di dalam merealisasikan aspirasi negara dalam mewujudkan perpaduan kaum.Pendidik pada hari ini telah membuktikan bahawa mereka telah mengimbangkan kewujudan integrasi nasional yang menjamin keamanan dan kesejahteraan negara. Guru adalah merupakan ejen kepada keberkesanan pendidikan. Kejayaan dan keberkesanan para guru terhadap tanggungjawab, kelengkapan, keilmuan dan keluhuran peribadi. Pendidik dari kaca mata Islam merupakan murabbi,muallim, muaddib, alim atau ulamak. Mereka berfungsi bukan sahaja untuk memberi kesedaran pada diri sendiri malah juga masyarakat serta tentang hubungan, komitmen dan hubungannya dengan Allah.Perpaduan kaum dapat dicapai sekiranya guru menerapkan nilai-nilai murni seperti saling menghormati antara satu sama lain tidak mengira bangsa dan agama. Sejarah tidak pernah menipu manusia dan sejarah telah membuktikan betapa golongan pendidik memainkan peranan yang penting dalam menentukan jatuh bangunnya sesebuah bangsa dan negara.Masyarakat ketika itu menjadikan guru sebagai idola dan pakar rujuk dalam segala hal. Kalau dulu guru terpaksa berhadapan dengan pihak penjajah secara terang-terangan, kini, jajahannya diterjemahkan dalam bentuk yang lain pula iaitu lebih mencabar lagi kerana ia melibatkan jajahan pemikiran, budaya dan jati diri yang perlu dihadapi secara professional dan kreatif. Kedudukan perguruan sebagai satu profesion di dalam Dasar Pelajaran Kebangsaan turut juga dipenuhi dengan cabaran-cabaran. Para pendidik telah memperkatakan mengenai profesion perguruan dari masa ke semasa. Sebelum merdeka lagi sudah ada perbincangan mengenai perkara ini iaitu sebelum Universiti Malaya hendak ditubuhkan di Singapura (1949) terdapat satu symposium mengenai Pendidikan Universiti dan Laporan CarrSaunders. Di dalam symposium tersebut perbincangan mengenai peranan universiti dan kedudukan profesion perguruan turut diadakan ( Lim Tay Boh 1948). Di antara perkara pokok yang dibangkitkan ialah keperluan guru-guru sekolah menengah untuk mendapat pendidikan tinggi supaya murid-murid yang bakal dididik nanti akan mempunyai mutu pendidikan yang baik. Pendidikan guru yang tinggi dan usaha melahirkan generasi muda yang baik merupakan cabaran yang kuat di dalam profesion perguruan bukan pada zaman dahulu sahaja tetapi juga masa kini. 2. Konsep Profesion dan nilaitaranya Sesuatu profesion yang sebenar adalah sesuatu bidang yang mempunyai ciriciri seperti kepentingan kemahiran intelek, latihan iktisas yang mencukupi, khidmat yang diperlui masyarakat, menikmati otonomi individu dan kumpulan, mementingkan mutu perkhidmatan, mempunyai tatasusila perkhidmatan atau kod etika dan mempunyai organisasi tersendiri untuk

menguruskan soal-soal yang berkaitan dengan pendidikan (Lieberman 1956). Menurut Kamus Dewan profesion ialah suatu bidang pekerjaan khasnya yang memerlukan pendidikan dan kecekapan serta kemahiran yang tinggi dan latihan yang khas.( contohnya : perundangan, perubatan, perguruan dan lain-lain.) Berdasarkan ciri-ciri profesion, Mok Soon Sang ( 1996 ) merumuskan secara ringkas konsep profesionalisme sebagai : Suatu pekerjaan yang khusus dan dijalankan oleh orang yang mempunyai kelulusan dan latihan iktisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai outonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya. Di negara kita perguruan ini lebih mirip kepada pekerjaan (vocation) daripada profesion ( Awang Had Salleh 1980 ). Nilaitara-nilaitara sesuatu profesion merupakan peraturan yang ditetapkan oleh organisasi supaya setiap ahli profesional akan mematuhinya, demi mengawal kualiti dan nilaitara perkhidmatan tersebut .Nilaitara ini menjadi garis panduan dalam usaha memastikan tingkahlaku dipatuhi oleh setiap ahlinya. 3. Aspek Keguruan Dianggap Sebagai Satu Profesion 3.1 Pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi melaluai pembelajaran teori dan latihan amali dalam sesuatu tempoh masa yang panjang. Sebelum seseorang itu menjadi guru, dia perlu menerima latihan dalam perguruan untuk menjadi seorang guru yang bertauliah. Umpananya, seorang guru mesti mempunyai Sijil Perguruan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sebelum dia boleh mengajar di sekolah kerajaan. Walaubagaimanapun, samada seseorang guru itu menerima latihan perguruan atau tidak, dia mesti mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang mata pelajaran yang hendak diajarnya.Guru juga mesti mengetahuai keadah atau cara penyampaian dalam pengajarannya supaya murid-murid dapat memahami apa yang disampaikan olehnya. Di samping itu, guru haruslah mempunyai sahsiah yang baik dan dapat dihormati serta dicontohi oleh murid. Sahsiah ini termasuklah tingkah laku dan sikap yang elok, bersabar, bermurah hati dan sentiasa bersifat tenang. Kebanyakan kualiti kecerdasan dan sahsiah guru adalah hasil daripada latihan yang membolehkan seseorang guru menguruskan pengajarannya dengan berkesan. Latihan itu termasuklah kefahaman terhadap sifat kejasmanian dan sifat psiklogi kanak-kanak serta teori penyampaian pelajaran. Selain tugas dalam bilik darjah, guru juga mempunyai peranan-peranan lain yang diharapkan oleh masyarakat. Misalnya guru diharapkan menjadi pengganti ibubapa, menjadi penasihat dan pembimbing di dalam pembentukkan sahsiah murid, menjadi kaunselor kepada murid-murid,

menjadi pengamal dan penyebar nilai kebudayaan yang elok dan seterusnya menjadi contoh sahsiah yang baik kepada masyarakat. 3.2 Mempertingkatkan Profesionalisme Sebagai seorang pendidik yang bertanggungjawab, guru hari ini perlu menyedari bahawa tugas dan amanah yang diberikan itu adalah untuk mendidik generasi yang akan menerajuai negara ini. Oleh itu kemahiran dan pengetahuan mengenai method-method pendidikan harus diperkemaskan dari semasa ke semasa . Untuk mendepani cabaran dan tuntutan daripada perubahan-perubahan kurikulum berkenaan, guru hendaklah berusaha melengkapkan diri dengan strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik. Sehubungan dengan kehendak tersebut guru harus mengikuti kursus-kursus pendidikan yang dianjurkan oleh pihak Kementerian Pendidikan , Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah. Contohnya para guru boleh mengikuti Kursus Dalam Perkhidmatan ataupun Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan.Kursus-kursus pendidikan yang dihadiri penting bagi seseorang guru untuk mempertingkatkan keupayaan dan prestasi dalam profesion pendidikan yang kian mencabar dan kompleks ini. Memandangkan keperluan pendidikan untuk menyokong usaha-usaha kerajaan, maka profesion keguruan diharapakan dapat membuat anjakan paradigma kepada budaya yang berasaskan ilmu dan pemikiran( Rohani Abdul Hamid,1998) 3.3 Berupaya Membuat Keputusan dan Menyelesaikan Masalah Serta Berfikiran Kritis dan Kreatif Profesion keguruan sememangnya bidang kerjaya yang bukan sahaja mengajar atau mendidik anak bangsa, malah lebih daripada itu. Individu yang terlibat dalam profesion keguruan sebenarnya akan terlibat sebagai pentadbir, pengurus, perancang, pelaksana, penilai, penyelia, pengawal dan sebagainya.Sebagai pentadbir ataupun pengurus, guru harus boleh membuat sesuatu keputusan dalam melaksanakan sesuatu tindakan dan menilai semula hasil sesuatu perkara yang dijalankan.Perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan juga memerlukan guru untuk menguasai kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. Pendekatan ini bukan sahaja perlu digunakan oleh guru dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah,tetapi jika perlu keadah berfikir secara kritis dan kreatif boleh diaplikasikan dalam pentadbiran,mengurus ataupun dalam perancangan sesuatu program. 3.4 Mahir Menggunakan IT Bidang pendidikan sentiasa berkembang dan mengalami perubahan mengikut tuntutan zaman, perkembangan pesat percantuman teknologiteknologi telekomunikasi dan internet serta globalisasi dunia telah banyak membawa banyak cabaran kepada kita. Kita tidak dapat menyangkal betapa cepatnya IT merubah dunia pembelajaran umpamanya muncul pembelajaran melalui online. Para guru pada hari ini telah bersikap produktif, proaktif dan responsive terhadap perkembangan kecanggihan teknologi yang telah banyak mengajar anak bangsa kita supaya menjadi satu bangsa yang maju.

Ilmu dan kemahiran dalam teknologi info-komunikasi yang dikuasai guru dapat digunakan sebagai pemankin kearah menghasilkan pendidikan yang cemerlang dan berkualiti.Sebagai pemangkin, guru menggunakan teknologi info-komunikasi bukan hanya untuk menyampaikan ilmu di dunia sematamata tetapi juga untuk meraih kepentingan ilmu akhirat kerana pendidikan berkualiti hanya akan dapat dicapai melalui keseimbangan dalam kedua-dua ilmu tersebut. Hasrat Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020, menyebabkan pembangunan negara bergerak dengan rancak. Pelbagai usaha dijalankan oleh kerajaan untuk membangunkan teknologi maklumat seperti koridor raya multimedia [ multimedia super corridor (MSC)] yang menjadi pusat telekomunikasi dan penyiaran serantau dan antarabangsa. Hal yang sama juga berlaku dalam kurikulum pendidikan di negara ini, komputer telah dijadikan sebagai satu kurikulum di sekolah. Penubuhan sekolah bestari yang berteraskan penggunaan komputer merupakan salah satu bentuk kurikulum yang memerlukan profesion keguruan tahu dan menguasai teknologi maklumat. Penggunaan komputer dalam pendidikan membawa satu reformasi serta perkembangan baru dalam pelbagai bidang pendidikan, khasnya dalam teknologi pendidikan, teori pendidikan, teori-teori pengajaran-pembelajaran, pengurusan sekolah, sistem pentadbiran pendidikan serta kemahiran dan latihan guru ( Mok Soon Sang, 1996). Dalam era teknologi maklumat seperti sekarang, kita berhadapan dengan pelbagai peralatan elektronik dalam kehidupan harian, malah kemudahan teknologi telah menjadi satu cara hidup seperti penggunaan pengangkutan berasaskan teknologi (LRT), perkhidmatan bank ( kad ATM), telekomunikasi (telefon bimbit), hiburan ( Video, VCD) dan lain-lain. Jadi rakyat negara ini harus dapat menangani kehidupan di era teknologi maklumat sehingga teknologi itu menjadi sebahagian daripada amalan biasa tanpa disedari. Oleh itu, profesion keguruan harus memperlengkapkan diri secara global dalam perkembangan penggunaan teknologi maklumat dalam kurikulum di sekolah.

3.5 Berpengetahuan dan Berdaya Fikir Serta Berakhlak Seseorang guru dalam profesion keguruan ini perlu serba tahu. Guru diharapakan dapat mambawa isu-isu semasa untuk perbincangan dan mencari penyelesaiannya bersama-sama pelajar di dalam kelas. Contohnya, di Malaysia kadar kemalangan jalan raya adalah tinggi, pendidikan memandu kereta adalah satu perkara yang dipandang serius oleh kerajaan pada masa ini. Keselamatn di jalan raya dan cara-cara memandu yang selamat dan bertimbang rasa boleh dibincangkan di dalam kelas untuk menyedarkan pelajar tentang keperluan memperbaiki situasi yang terdapat sekarang, dengan harapan mereka tidak akan berkelakuan sedemikian apabila mereka menjadi pemandu kelak. Melaluai pembacaan guru dapat menambah ilmu pengatahuan mengenai isu-isu semasa, sama ada yang berkaitan dengan kekeluargaan dan

komuniti, janayah : seperti peras ugut, pecah rumah, penculikan dan seumpamanya ; ekonomi : urusan perniagaan, jual-beli saham, hartanah dan sebagainya ; politik : hubungan negara di peringkat antarabangsa dan juga pergolakan politik sesebuah negara. Dalam hal seperti ini, guru diharapkan dapat menggunakan kebijaksanaan dan inisiatif sendiri dalam menggunakan isu-isu semasa untuk dikaji dan dibincangkan dengan pelajar. Dalam perubahan-perubahan sistem pendidikan yang semakin mencabar ini, profesion keguruan juga perlu menyediakan diri dengan amalan nilai dan akhlak yang terpuji. Dalam kurikulum pendidikan peringkat rendah dan menengah telah ditegaskan nilai-nilai murni perlu diterapkan dalam pengajaran. Pelaksanaan penerapan nilai penting untuk menyediakan para pelajar menjadi warga yang berguna kepada negara pada masa hadapan. Hal yang sama juga perlu dihayati oleh guru. Enam belas nilai murni yang disarankan dalam kurikulum pendidikan perlu dimiliki oleh guru terlebih dahulu.

4. Penutup Sistem pendidikan di negara ini akan sentiasa bergerak maju ke hadapan. Perubahan-perubahan yang dilakukan dalam kurikulum pendidikan adalah untuk memenuhi kehendak negara merealisasikan sebuah negara maju pada masa hadapan. Setiap perubahan-perubahan dalam kurikulum pendidikan yang diperkenalkan menjadi satu bentuk cabaran dalam profesion keguruan. Oleh itu adalah mustahak bagi individu yang berkecimpung dalam bidang ini sentiasa berusaha mempertingkatkan kecekapan, kebolehan prestasi dari semasa ke semasa. Jika hal ini wujud, barulah tuntutan-tuntutan dalam perubahan kurikulum itu dapat ditangani. Namun kini sejauh mana kita mengiktiraf dan memartabatkan perguruan sebagai satu profesion adalah bergantung kepada anggapan masyarakat, ini kerana masih ada lagi yang menganggap profesion perguruan sebagai kelas kedua.Adakah peranan guru semakin hilang taringnya kerana masyarakat telah mengalih pandangan kepada kerjaya yang diiktiraf sebagai professional oleh pihak kerajaan seperti doktor, peguam dan arkitek? Dalam konteks ini pihak kerajaan perlu bersungguh-sungguh dalam menjadikan profesion perguruan sebagai profesion yang unggul dan disegani ramai. Menurut Dr. Muhamad Hasan Abdul Rahman iaitu Timbalan Dekan Pelajar dan Pembangunan, Fakulti Pengajian Pendidikan Universiti Putra Malaysia (UPM) beliau menegaskan dalam usaha untuk memartabatkan profesion perguruan selain daripada peranan pihak Kementerian Pendidikan, Persatuan Perguruan dan masyarakat, para guru sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang besar dalam meningkatkan aspek keprofesionalannya dengan melengkapkan diri dengan pelbagai jenis ilmu dan kemahiran yang tinggi. Rujukan Amir Hasan Dawi, 2002. Penteorian sosiologi dan pendidikan. Tanjung Malim : Quantum Books.

Ee Ah Meng, 1994. Perkembangan dan pelaksanaan kurikulum. Kuala Lumpur : Fajar Bakti. Awang Had Salleh, 1980. Keguruan dan perguruan di Malaysia: keperihalan kini dan arah yang dituju. KONPEN V, Johor Bharu 6-8 Disember. Mok Soon Sang, 1996. Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman. Sufean Hussin, 1993. Pendidikan di Malaysia : sejarah, sistem dan falsafah. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Usaha untuk mempertingkatkan martabat profesion keguruan


Salah satu ciri sebuah negara maju dan moden ialah mempunyai ramai tenaga kerja profesional yang mampu menampung keperluan sumber manusia dunia. Dalam konteks pendidikan, guru yang profesional merupakan aset utama yang bertindak sebagai kilang yang menghasilkan produk sumber manusia yang profesional. Oleh hal yang demikian, pihak kerajaan Malaysia terutamanya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bersungguh sungguh merangka dan melaksanakan pelbagai program bagi melahirkan guru yang profesional serta menaikkan tahap profesionalisme keguruan di negara ini. Hal ini adalah selari dengan Wawasan 2020 yang hanya tinggal beberapa tahun sahaja lagi. Peranan yang diambil oleh pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha untuk mempertingkatkan martabat profesion keguruan adalah amat berat. Hal ini kerana bilangan guru di Malaysia adalah ramai dan memerlukan kos yang amat tinggi untuk menjayakan projek ini. Oleh hal yang demikian, kerajaan telah memasukkan rancangan untuk memartabatkan profesion keguruan sebagai salah satu teras dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Negara (PIPPN) yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi pada 16 Januari 2007. Teras ke lima PIPPN iaitu memartabatkan profesion keguruan telah dibahagikan kepada lima fokus utama. Lima fokus utama tersebut ialah yang pertama, menambah baik sistem pemilihan calon guru. Kedua, memantapkan latihan perguruan. Ketiga, memantapkan kerjaya guru. Keempat, menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru. Kelima, memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia. Fokus pertama dalam teras ke lima PIPPN ialah menambah baik sistem pemilihan calon guru. Secara kasarnya, hal ini boleh diterjemahkan sebagai memperketatkan syarat dan kriteria pengambilan calon guru. Program program pengambilan calon guru seperti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dan Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) akan diperketatkan syarat kelayakannya. Hal ini adalah untuk memastikan bahawa hanya calon calon yang layak sahaja yang akan mendapat tempat di Institut Pendidikan Guru (IPG). Sebagai contoh, Calon yang ingin menduduki tempat dalam Kursus Perguruan Lepasan Ijazah

(KPLI) perlu meduduki Ujian PemilihanCalon Guru Malaysia (MteST) serta perlu melepasi temu duga secara individu dan berkumpulan. Ini adalah bagi memastikan bakal bakal guru yang lahir dari IPG adalah guru guru yang berkualiti dan mempunyai tahap profesionalime yang tinggi. Fokus kedua dalam teras ke lima PIPPN ialah memantapkan latihan perguruan. Antara strategi pelaksanaan fokus kedua ini adalah menaik taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG), mereka bentuk dan menggubal kurikulum IPG secara berpusat dan mendapat kelulusan Majlis Kurikulum Pendidikan Guru, peningkatan, pemantapan dan peluasan kursus dan latihan dan yang terakhir, peluasan dan peningkatan bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D). Hal ini amat penting kerana suasana pembelajaran yang baik dan kondusif akan dapat melahirkan guru yang cemerlang dari semua aspek serta mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi. Memantapkan kerjaya guru merupakan fokus ketiga dalam teras ke lima PIPPN. Penambahbaikan perjawatan guru dan penambahan perjawatan serta peluasan naik pangkat untuk PPS di KPM/JPN/PPD/G merupakan antara strategi pelaksanaan dalam fokus ketiga ini. Melalui startegi ini kerajaan akan meningkatkan kadar kenaikkan pangkat mengikut kuota baharu. Kerajaan juga akan menambah baik norma perjawatan guru. Selain hal itu, elaun elaun untuk tugas tugas khas akan diberikan. Cuti rehat dan waktu bekerja guru juga akan disemak semula. Melalui startegi pelaksanaan ini, berkemungkinan besar hasrat kerajaan untuk meningkatkan tahap profesionalisme dalam kalangan guru akan berjaya. Fokus ke empat pula ialah menambah baik persekitaran kerja dan kebajikan guru. Melalui strategi menyediakan persekitaran kerja yang kondusif dan penempatan guru mengikut opsyen dan keperluan, mutu kerja guru guru akan meningkat. Keperluan tempat tinggal di kawasan luar bandar, pedalaman dan bandar besar akan disediakan melalui pembinaan kuarters baharu. Bilik bilik darjah juga akan dibaik pulih bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih berkesan. Penempatan guru mengikut opsyen merupakan langkah yang amat bijak. Hal ini kerana, guru guru akan lebih mudah berkomunikasi antara satu sama lain dengan lebih berkesan tentang masalah masalah P&P

dan sebagainya. Ini akan dapat meningkatkan tahap pencapaian murid sekaligus memartabatkan profesion keguruan. Faktor yang terakhir dalam teras ke lima PIPPN ialah memantapkan perancangan dan pengurusan sumber manusia. Hal ini bermaksud, sumber sumber manusia seperti guru guru baharu dan guru guru pelatih akan disediakan dengan perancangan dan pengurusan yang mantap. Untuk itu pihak IPG akan mewujudkan kerjasama dengan Institut Pengajian Tinggi (IPT) sama ada IPTA mahupun IPTS tentang latihan guru Selain hal itu, sistem maklumat guru akan ditambah baik dan dikemas kini secara total dari semasa ke semasa secara komprehensif. Selain peranan yang dimainkan oleh pihak kerajaan, pihak pihak lain juga perlulah bekerjasama dan janganlah hanya memeluk tubuh dan asyik mengkritik langkah langkah yang telah diambil kerajaan. Pihak guru itu sendiri perlulah melakukan anjakan paradigma dan memberikan sokongan yang padu atas apa sahaja usaha dalam memartabatkan profesion keguruan. Para guru perlulah berusaha untuk menyemai sifat sifat seorang guru yang profesional serta menigkatkan tahap profesionalisme mereka. Antara sifat dan kualiti profesional seorang guru seperi yang telah digariskan oleh KPM ialah suka membaca, ingin tahu, kemahiran bertutur, daya ingatan, daya usaha dan pengetahuan ikhtisas. Selain hal itu, guru juga perlulah mengelakkan diri daripada melakukan perkara perkara yang boleh mendatangkan imej buruk kepada profesionalisme keguruan. Mereka hendaklah menjaga tingkah laku mereka di mana sahaja mereka berada. Oleh hal yang demikian, usaha kerajaan untuk memartabatkan profesion keguruan tidak akan sia sia kerana mendapat sokongan daripada para guru sendiri. Kesimpulannya, segala usaha yang telah dan akan dilaksanakan oleh pihak untuk memartabatkan profesion keguruan haruslah dipuji kerana pelaksanaannya bukanlah enteng. Oleh hal yang demikian semua pihak terutamanya pihak guru di Malaysia itu sendiri haruslah menyokong segala rancangan dan projek dalam usaha memartabatkan profesion keguruan kerana dalam zaman baharu ini profesion keguruan merupakan suatu profesion yang semakin mencabar. Ditambah lagi dengan para pelajar dan murid yang semakin matang dan maju dalam menongkah arus kehidupan yang serba maju dan moden sekarang. Justeru itu semua

pihak haruslah memainkan peranan mereka agar usaha untuk memartabatkan profesion keguruan akan mencapai matlamatnya.

You might also like