You are on page 1of 3

Padang dan trek

Olahraga padang dan trek (balapan) merupakan satu koleksi acara sukan yang melibatkan
larian, lontaran dan lompatan.

A) Acara Padang

Acara-acara yang tergolong dalam acara padang ialah acara-acara lain daripada
acara balapan atau lari, dan ianya terdiri daripada acara lontar dan lompat. Melontar dan
melompat merupakan seni dan aktiviti yang terdapat pada setiap manusia yang sihat
tubuh badannya.

Berikut ialah senarai acara-acara lontar dan lompat seperti yang dipertandingkan
di kebanyakan perjumpaan sukan olahraga ini.

Bahagian Acara Penyertaan

1. Lompat Lompat jauh Lelaki / perempuan

Lompat kijang Lelaki

Lompat tinggi Lelaki / perempuan

Lompat bergalah Lelaki

2. Lontar Lontar peluru Lelaki / perempuan

Lempar cakera Lelaki / perempuan

Rejam lembing Lelaki / perempuan

Lontar tukul besi Lelaki


B) Acara Trek

Lumba lari atau acara-acara balapan merupakan bahagian penting dan utama
dalam olahraga kerana dalam acara-acara lari inilah kepantasan manusia itu diukur bagi
satu-satu jarak yang ditetapkan. Terdapat pelbagai jenis acara lari, dan biasanya jenisnya
adalah mengikut jauh dekatnya sesuatu acara itu. Berikut merupakan jenis-jenis lumba
lari yang terdapat dalam acara trek:

I. Lari jarak dekat (Lari pecut)

II. Lari jarak sederhana

III. Lari jarak jauh

IV. Lari berhalangan

V. Lari lompat pagar

VI. Lari berganti-ganti

VII. Maraton

Terdapat pelbagai jenis acara lari, ada acara khusus untuk lelaki sahaja dan ada
pula terbuka untuk lelaki dan wanita. Bagaimanapun bilangan acara dalam satu-satu
perjumpaan adakalanya berbeza. Umpamanya bagi perjumpaan olahraga peringkat
sekolah, bilangan acaranya sudah tentu lebih sedikit dibandingkan dengan bilangan untuk
sukan-sukan seperti Sukan SEA atau Sukan Olimpik.
Berikut adalah senarai lengkap acara lari yang dipertandingkan di peringkat
antarabangsa.

Bahagian Acara Penyertaan

1. Jarak dekat (pecut) 100 meter Lelaki / perempuan

200 meter Lelaki / perempuan

400 meter Lelaki / perempuan

2. Jarak sederhana 800 meter Lelaki / perempuan

1500 meter Lelaki / perempuan

3. Jarak jauh 5000 meter Lelaki / perempuan

10000 meter Lelaki

4. Lari berhalangan 3000 meter Lelaki

5. Lari lompat pagar 100 meter Perempuan

110 meter Lelaki

400 meter Lelaki / perempuan

6. Lari berganti-ganti 4 x 100 meter Lelaki / perempuan

4 x 400 meter Lelaki / perempuan

7. Marathon Lelaki / perempuan

You might also like