Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Look up keyword
Like this
91Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Sejarah Olahraga_mei Ling

Sejarah Olahraga_mei Ling

Ratings: (0)|Views: 4,554 |Likes:
Published by tan mee teng

More info:

Published by: tan mee teng on May 24, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

05/11/2014

pdf

text

original

 
Sejarah Olahraga
Sejak bertahun-tahun dahulu lagi, kekuatan dan keupayaan manusiadinilai menerusi perlakuan berlari, melompat dan melontar. Seseorang yangmempunyai ketiga-tiga kemahiran asas ini dianggap sebagai seorang yangberkedudukan tinggi pada mata masyarakat dan pemerintah. Maka, kekuatan inimenjadi sesuatu yang dikejar dan diimpikan oleh setiap individu khususnya kaumlelaki. Kemahiran-kemahiran ini diperkembangkan lalu diperbaiki dari semasa kesemasa sehingga menjadi sukan yang kemudiannya dipertandingkan.Tujuan diadakan pertandingan hanyalah semata-mata untuk mencarisiapa yang lebih pantas, melompat lebih tinggi atau melontar lebih jauh daripadayang lain. Untuk mencapai hasrat ini, setiap individu akan berusaha menandingiyang lain dan akhirnya wujud ciri-ciri ingin berjaya, ingin menumpaskan lawandan mewujudkan sifat berlumba sesama individu. Mereka yang menang akanberusaha mengekalkan kemenangan itu atau berusaha untuk meningkatkankeupayaan supaya kejayaan dapat dikekalkan. Bagi mereka yang gagal pula,sudah tentu akan berusaha dengan lebih gigih untuk menumpaskan lawan danmuncul sebagai pemenanng. Di sini mula wujud suatu pertandingan yang sudahtentu menarik dan mendapat perhatian orang ramai.Pertandingan seperti ini diteruskan dari semasa ke semasa dan semakinramai individu yang mahu mengambil bahagian untuk menguji kebolehan dankeupayaan masing-masing. Untuk mencapai kemenangan, mereka akan berlatihbersungguh-sungguh dan akan mempamerkan kebolehan dan kekuatan sebenar 
 
semasa pertandingan. Ini menjadikan pertandingan untuk menguji kebolehan itulebih menarik dan berjaya pula menarik minat orang ramai di merata dunia.Walaupun bentuk pertandingan agak berbeza, namun matlamat dan tujuannyaadalah sama.Hari ini kita dapat melihat di merata tempat di seluruh dunia, pelbagaibentuk pertandingan diadakan untuk menguji kebolehan dan kekuatan manusia,malah terdapat juga pertandingan di kalangan wanita. Inilah yang mewujudkanpertandingan ‘olahraga’ atau ‘athletics’. Sejak zaman Sebelum Masihi lagi sudahterdapat pertandingan olahraga ini, khususnya di kalangan penduduk GreekKuno.
 
Sejarah Awal
Walaupun diakui sudah terdapat pertandingan seperti yang dinyatakanpada awal bab ini sejak zaman Sebelum Masihi lagi, tetapi adalah sukar untukmengetahui dengan jelas dan tepat bila manusia menjadikan aktiviti berlari,melompat dan melontar ini sebagai satu pertandingan. Jika permulaan di GreekKuno diambil kira seperti yang dinyatakan oleh kebanyakan buku sejarah,bermakna ‘olahraga’ sudah bermula sejak 3000 tahun yang lalu. Jika pendapatini diterima, bermakna olahraga sudah tentu merupakan sukan terawal di dunia.Salah satu bukti yang kukuh untuk menjelaskan kesahihan kenyataan inidapat dilihat pada sejarah awal Sukan Olimpik Kuno. Sukan itu dipercayaibermula pada tahun 776 SM, sehingga kini sudah diakui merupakan catatanawal bermulanya olahraga sebagai satu acara sukan. Ini disebabkan olahragamerupakan acara utama sukan tersebut. Dengan kata lain, orang Greek sudahmengambil bahagian dalam pertandingan olahraga, walaupun matlamat asalolahraga mereka bukanlah menjadikan olahraga sebagai acara sukan yangdipertandingkan. Mereka lebih menganggap olahraga sebagai salah satu cabangseni melalui persembahan peserta-peserta yang mengambil bahagian.Dalam perjumpaan Sukan Olimpik Kuno, olahraga merupakan acara yangmendapat perhatian ramai. Sebuah buku tentang sejarah dan perkembangansukan iaitu The Encyclopedia of Sports ada menyatakan tentang olahraga yangbermula pada zaman Greek Kuno dan mencatatkan bahawa lompat jauhdianggap sebagai acara pertama yang dipertandingkan dalam sukan tersebut.

Activity (91)

You've already reviewed this. Edit your review.
1 hundred reads
1 thousand reads
Perrie Sigan liked this
arie5677 liked this
Nor Hafiza Jamel liked this
imaniran_irfan liked this
Wen Yi Low liked this
oshin89 liked this
babyuma liked this
Nurul 'ain liked this

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->