You are on page 1of 3

Hakikat Seorang Wanita

Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, fikiran dan
perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tiada dalam
.syurga? Namun adam tetap rindukan hawa

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi
seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan
bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, Kerana
.mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah

Didiklah mereka dengan panduan darinya. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta,
kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana
nantinya mereka akan semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di
.situlah punca kekuatan dunia

.Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu

.Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman

.Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab.
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Ia bukan
...diskriminasi Allah.Sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan
menghiburkan. Tanpa iman, ilmu dan akhlak, mereka tidak akan lurus, Bahkan akan semakin
...membengkok. Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya

Bila wanita menjadi derhaka,pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara. Lelaki pula janganlah
mengharapkan ketaatan semata-mata! Tapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum wanita
menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya. Jinakkan diri kepada Allah. Nescaya akan jinaklah
segala-galanya di bawah pimpinanmu. Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-
.Zahra' Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah

Cinta

Semua orang petah berbicara mengenai cinta, tetapi bagaimanakah memperolehi cinta yang
terunggul? Untuk mendapat cinta manusia yang tulus lagi sejati, carilah dan kahwinilah
manusia yang mencintai Allah dan Allah jua menyintainya supaya terisi makna cinta yang
sebenar. Sabda Nabi SAW: Amalan yang paling disukai Allah ialah mencintai kerana Allah
dan membenci kerana Allah Riwayat Ahmad

Berpasangan dan cinta adalah naluri dan nafsu, otak mengawalnya. Jika biarkan cinta kuasai
diri hingga merosakkan hidup, nescaya diburu penyesalan sepanjang hayatnya. Setiap
pasangan perlu belajar menggemari kegemaran pasangannya dan memperbanyakkan ciri-ciri
persamaan antara keduanya bagi melancarkan hubungan dan komunikasi mereka. Untuk
saling memahami, seseorang perlu meluahkan rasa hati. Silapnya kita sering menganggap
.bahawa yang meluahkan rasa isi hati itu sebagai pendendam dan celupar

Keintiman pasangan dilihat sejauh mana perkongsian citarasa, fikiran, perasaan, tingkah laku,
hasrat dan keputusan antara mereka. Keputusan sepakat membawa berkat. Pasangan yang
tidak ada rasa sepakat, tiada saling bergantungan dan tiada rasa tanggungjawab adalah antara
.petanda bahawa keintiman antara mereka semakin berkurangan

Kualiti perhubungan antara pasangan dapat dilihat daripada kualiti komunikasi sama ada
positif atau negatif. Kuasai teknik berhubung supaya maksud anda difahami. Bersikap terlalu
kritis terhadap pasangan menyebabkan hilang keseronokan dalam perhubungan malah timbul
kebosanan. Kritikan biar berhikmah agar ia tak tersinggung. Ingatlah bahawa hati wanita
terletak di mulut, kerana mereka gemar meluahkan perasaan dengan kata-kata. Mulut lelaki
.pula berada di hati, kerana mereka lebih suka memendam rasa

Sikap cemburu itu pula tandanya sayang, akan tetapi cemburu yang berlebihan adalah antara
petanda curiga serta ingin menguasai pasangannya. Cemburu biar kena pada tempatnya.
Pasangan yang bahagia menggunakan alasan untuk membela antara satu sama lain. Manakala
.pasangan yang tidak bahagia berusaha mencari alasan untuk saling tuduh-menuduh

Pasangan yang selalu hendak menang, pentingkan emosi serta egois akan burukkan lagi
perhubungan apabila berlaku krisis. Usah pentingkan diri tapi banyakkan toleransi. Jika setiap
pasangan mengharapkan cinta mereka saling berbalas, berlumba-lumbalah mencari kasih
.sayang dan carilah keredhaan Allah, itu adalah sebaik-baik pengharapan

Cintailah siapa yang kamu cintai, tapi suatu hari nanti kamu akan berpisah dengannya, tetapi
!mencintai Tuhan kekal buat selamanya. Selami keikhlasan pasangan anda seadanya

Cinta Sejati

Bertepuk sebelah tangan sahaja tidak akan berbunyi. Bercinta dengan yang tidak mencintai,
akan menyebabkan seseorang itu kecewa dan merana . Itulah lumrahnya apabila bercinta
dengan manusia. Sebaliknya bercinta dengan Allah,Tuhan yang Maha Pencinta atau'Al
Waduud' itu, cinta kita pasti akan berbalas. Bahkan ia diberi penghargaan dan disambut
.dengan baik

Cinta Allah yang Maha Pencinta tidak memilih siapa, rupa, gaya dan bagaimana keadaannya.
CintaNya boleh direbut oleh sesiapa sahaja, asalkan rajin berusaha untuknya. Cinta yang tidak
pernah luput walau sesaat malahan terus berkekalan. Berbeza dengan manusia yang
hanyacinta pada yang disukai dan diminati. Cintanya pula bermusim dan tidak kekal. Sewaktu
.disenangi dicintai, bila jemu atau benci tidak lagi dicintai malah ditinggalkan

Cinta manusia juga terhad dan ada kepentingan. Isteri cintakan suami kerana suami tempatnya
bergantung. Ibu mencintai anak kerana anak itulah penghiburnya di kala sunyi. kawan
menyayangi kawan kerana dapat berkongsi merasai senang dan susahnya hidup. Pengikut
.sayangkan ketua kerana ketua menjadi penaungnya

Namun Allah yang Maha Pencipta mencintai hamba-hambanya tanpa ada kepentingan apa-
apa. Allah hanya melebihkan kecintaanNya kepada orang-orang yang mencintaiNya, sebagai
ganjaran buat hambaNya itu.. Allah akan murka kepada orang yang mengingkariNya, yang
.sombong dan memang tidak mahu langsung mencintaiNya

.Cinta Seindah Yang Diucap

Semua orang boleh mengaku dan berikrar bahawa dia mencintai Allah. Tapi tindak-tanduknya
dapat mencerminkan apakah dia benar-benar mencintaiNya. Dan Allah sendiri lebih tahu
siapakah diantara hamba-hambanya yang benar-benar mencintaiNya. Orang yang benar-benar
mencintai Allah sanggup berbuat apa sahaja keranaNya. Kalau terhadap orang yang dikasihi,
suami dan lain-lain diberikan perhatian dan tumpuan, Sanggup berkorban apa sahaja, pastilah
terhadap Allah lebih-lebih lagi. Malah sanggup pula bersusah payah bangun malam untuk
bertemu dan bercakap-cakap dengan kecintaannya. Sedang orang lain seronok bergaul bebas
dengan kekasih hati, dia bermujahadah (melawan kehendak nafsu) menolak ajakan
.kekasihnya kerana mengutamakan larangan Allah SWT yang kasihNya lebih utama

.Tanda Cinta

Tanda seseorang itu mencintai Allah ialah dia beriman kepada Allah, bertaqwa, berkorban
untukNya dengan melakukan kebajikan, sabar, bertaubat,membantu kerja-kerja menegakkan
agama melakukan ibadah yang fardhu dan rajin mengerjakan ibadah-ibadah sunat. Dia
berkasih sayang dengan sesama manusia dan saling bersilaturrahim kerana Allah, dengan
menjaga batas-batasnya, saling beri-memberi kerana Allah demi keredhaanNya. Tidak kerana
yang lain.Allah melimpahkan kecintaanNya dan menempatkan orang-orang yang dicintaiNya
.itu pada kedudukan yang tinggi dan mulia di Akhirat

Allah isytiharkan cintaNya di dalam Al-Quran kepada orang yang sungguh-sungguh


.beribadah berbuat kebaikan danberakhlak mulia

:Diantaranya Allah berfirman

(.Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang sabar." ( Surah: Ali Imran,Ayat:146"

( Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebajikan." ( Surah Ali-Imran,Ayat: 134"

Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan mencintai orang-orang yang"
( mensucikan diri." ( Surah: Al-Baqarah. Ayat: 222

.Untungnya Orang Bercinta

Beruntunglah orang yang bercinta dengan Allah kerana mendapat perhatian,cinta dan kasih
sayangNya. Istimewanya orang yang bercinta dengan Allah dan mendapat balasan cintaNya,
seluruh isi langit dan bumi akan turut mencintainya. Dia menjadi kekasih Allah manakala
orang yang mencintainya turut mendapat kecintaan daripada Allah pula. Orang yang
mendapat kecintaan Allah hidup bahagia dan tenang ketika di dunia lagi. Di Akhirat Allah
akan berikan kebahagian yang abadi. Begitulah istimewanya orang yang bercinta dengan
Tuhan yang Maha Pencinta itu. Kita pasti tidak mahu gagal dalam bercinta. Agar cinta kita
berbalas, bercintalah denganNya,Tuhan yang Maha Pencinta itu dengan curahan cinta agung.
Pasti akan mendapat balasan cinta yang istimewa dariNya. Usahkan di Akhirat, di dunia lagi,
.terasa di hati balasan cintaNya

Rasulullah pernah bersabda :- Cintailah sesuatu itu sekadar saja. Berkemungkinan ia akan
menjadi kebencianmu pada suatu seketika Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja..
.berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika

‫نور اسيه‬

You might also like