6.
Guru haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan setiap muridnya.
7.
Guru haruslah memberi perhatian dan pengajaran untuk semua murid tidak kirabangsa dan agama atau kepercayaan.
8.
Guru haruslah bertugas sebagai 'pengganti ibubapa' dalam usaha membentuktingkah laku murid ke arah matlamat yang diterima oleh masyarakat.
9.
Guru haruslah mendidik dan mengambil tindakan secara adil terhadap semuamurid tidak kira bangsa, warna kulit, jantina, bahasa, agama, kepercayaan politik,tempat asal, keturunan, daya intelek dan lain-lain.
10.
Guru haruslah mengesan, menerima perbezaan individu di kalangan muridnyadan membimbing mereka memperkembangkan potensi mereka dari segi jasmani,intelek, daya cipta dan lain-lain.
11.
Guru haruslah menghormati hak setiap murid supaya maklumat sulit mengenaidiri murid tidak diberitahu kepada orang atau agensi yang tidak berkenaan.
12.
Guru tidaklah harus bertingkah laku terhadap muridnya begitu rupa yang bolehmembawa jatuhnya darjat profesion perguruan.
13.
Guru tidaklah harus menanam sikap yang boleh merosakkan kepentingan murid,masyarakat atau negara.
14.
Guru haruslah menanamkan sikap yang baik terhadap semua muridnya supayamereka dapat berkembang menjadi warganegara yang taat dan berguna.
15.
Guru tidaklah harus menyatakan atau membuat sesuatu yang bolehmengurangkan keyakinan diri murid dan ibubapa terhadapnya.
16.
Guru haruslah bertingkahlaku begitu rupa supaya menjadi contoh baik atau 'rolemodel' kepada muridnya.
17.
Guru tidak harus menerima apa-apa bayaran daripada muridnya untuk pelajaranatau pengajaran tambahan yang dijalankan semasa waktu sekolah atau cutisekolah melainkan bayaran yang disahkan.
18.
Guru tidaklah harus mengiklankan dirinya untuk kerja tuisyen atau pengajaran