You are on page 1of 8

HIKAYAT SERIBU SATU

MALAM
Ciri-ciri Hikayat 1001 Malam
1. Dari segi isi cerita
Dari segi isi cerita menceritakan pemaisuri Shahar Zad bercerita
berbagai-bagai cerita kepada suaminya Raja Shah Riar untuk
mengelakkan dibunuh oleh suaminya yang menganggap
kesemua wanita ada curang kepada suaminya.

Shahar Zad juga bercerita bagi menyedarkan suaminya bahawa


tidak semua wanita curang terhadap suaminya.
Shahar Zad bercerita selama 1001 malam atau selama 3 tahun
sehingga Raja Shah Riar insaf daripada perbuatannya.

2. Struktur isi cerita


Struktur isi cerita terbahagi kepada 2 bahagian iaitu bahagian
pertama pokok cerita dan bahagian kedua ialah cerita sisipan.
Cerita pokok dalam cerita ini ialah Hikayat Seribu Satu Malam.
Manakala cerita sisipan ialah cerita yang terdapat dalam cerita
pokok itu yang diceritakan oleh Shahar Zad seperti :
1. Kisah Saudagar dengan Jin Ifrit
2. Nasib Ibu Tiri Yang Kejam
Selain dari itu cerita sisipan yang lain seperti Mulut Gatal Badan
Binasa
dan Jin Ifrit Bahlul Terpedaya.
Cerita pokok terletak di bahagian pendahuluan dan dibahagian
peleraian atau kesudahan cerita. Manakala di bahagian tengah
ceritanya terletak cerita sisipan.

3. Watak dan perwatakan


Watak-watak dalam cerita terdiri dari watak manusia dan watak
binatang.
Watak manusia pula terdiri dari kalangan istana dan watak
rakyat biasa. Contohnya watak-watak manusia ialah Raja Shah
Riar , Raja Shah Zaman, Shahar Zad, Menteri dan sebagainya.
Watak binatang diberi sifat-sifat personifikasi iaitu boleh bertutur
dan bertindak seperti manusia. Contoh watak binatang ialah
lembu, keldai, ayam jantan, jin ifrit dan anjing.
Persoalan Di Dalam Hikayat 1001 Malam
1. Ikatan kasih sayang dan persaudaraan
Raja Shah Riar dan Raja Shah Zaman saling berkasih sayang.
Apabila rindu akan saudaranya, Raja Shah Riar telah menjemput
adindanya itu keistana dan apabila melihat adindanya
berdukacita baginda mengajaknya berburu. Mereka kemudianya
sama-sama mengembara untuk mencari pengalaman.

2. Kecurangan
Persoalan ini dipaparkan menerusi isteri Raja Shah Zaman dan
Raja Shah Riar. Kedua-dua permaisuri ini telah menduakan
suami mereka dengan menjalin hubungan sulit dengan para
hamba semasa suami masing-masing tiada di istana. Sebagai
akibatnya,mereka telah dibunuh oleh suami masing-masing.

3. Dendam
Selepas mengalami dan melihat sendiri kecurangan isterinya dan
kemudiannya kecurangan isteri jin ifrit. Raja Shah Riar telah
berdendam terhadap semua wanita. Baginda telah membunuh
setiap isteri yang dikahwininya bagi melunaskan rasa
dendamnya itu.
4. Pengorbanan
Shahar Zad telah menawarkan diri untuk diperisteri oleh Raja
Shah Riar walaupun ditentang oleh ayahnya,seorang menteri
yang dipertanggungjawabkan oleh Shah Riar mencarikan isteri
untuknya. Beliau mengambil tindakan ini supaya ayahnya itu
terlepas daripada kemurkaan Raja Shah Riar serta untuk
membebaskan dan menggantikan gadis-gadis lain daripada
kekejaman raja itu.
5. Kebijaksanaan
Shahar Zad telah mengatur satu strategi yang berkesan untuk
mengelakkan dirinya daripada dibunuh oleh Raja Shah Riar.
Beliau yang bijak dan terpelajar serta banyak membaca buku,
telah memanfaatkan kelebihannya itu dengan menampilkan
sebuah cerita yang agak aneh sehingga menarik minat Raja
Shah Riar untuk mendengar sambungan cerita itu pada malam
yang berikutnya sekali gus menyelamatkan nyawanya daripada
dibunuh oleh raja itu.
6. Persahabatan dan semangat setiakawan
Keldai memperlihatkan semangat setiakawan yang tinggi
dengan berusaha membantu lembu yang teruk bekerja. Dia
telah memberikan satu cadangan yang nyata memberi manfaat
kepada lembu walaupun cadangan itu kemudiannya
menyusahkan dirinya pula.
7. Jujur dan amanah
Saudagar yang hendak dibunuh oleh jin ifrit telah
memperlihatkan sikap jujur dan amanahnya. Dia telah meminta
Jin Ifrit menangguhkan dahulu hasratnya untuk membunuhnya
semata-mata untuk membolehkannya memulangkan amanah
orang. Apabila beroleh kesempatan itu, dia segera pulang untuk
melaksanakan amanah itu dan kemudiannya kembali semula
menemui Jin Ifrit sebagaimana yang dijanjikannya.
Unsur dan Pengaruh dalam Cerita 1001 Malam
1. Latar tempat
Terdapat nama negeri yang dikaitkan dengan nama-nama
negara Islamiaitu Samarkand. Adajuga disebut biji kurma yang
dikaitkan dengan negara di Timur Tengah.

2. Nama-nama Watak
Banyak nama watak dalam cerita ini yang terdiri daripada
nama-nama Islam seperti Shah Zaman, Shah Riar, Shahar Zad,
Masood dan lain-lain.
3. Pemakaian nama “Allah” dalam pertuturan
Shah Zaman ada mengucapkan “Demi Allah, bencana yang
menimpa diriku lebih ringan dari bencana ini ….”

4. Ibadat dalam Islam


Saudagar yang membawa kijang telah mengorbankan seekor
lembu bagi melaksanakan ibadat korban pada Hari Raya Haji
seperti yang diceritakan dalam “Kisah Nasib Ibu Tiri Yang
Kejam”.
5. Kepercayaan bahawa manusia sebagai makhluk Allah
Keempat-empat saudagar yang sedang menanti kedatangan Jin
Ifrit dikatakan sebagai makhluk Allah.

6. Konsep sihir
Amalan sihir memang wujud dalam pemahaman agama Islam
tetapi bertentangan dengan ajaran Islam dan berdosa besar.
Penggunaan sihir terdapat dalam cerita “Nasib Ibu Tiri Yang
Kejam.
7. Kewujudan Jin
Kewujudan makhluk ini selari dengan kepercayaan dalam agama
Islam. Jin merupakan makhluk yang jahat kerana menyesatkan
manusia. Kewujudan jin diceritakan jahat kerana menyesatkan
manusia. Kewujudan jin diceritkan dalam “Kisah Saudagar dan
Jin Ifrit”
8. Konsep Amanah
Konsep ini merupakan amalan yang wajib dilaksanakan oleh
setiap umat Islam kerana hadis ada mengatakan bahawa orang
yang tidak amanah tergolong sebagai orang yang munafik.
Saudagar dalam “Kisah Saudagar dan Jin Ifrit” digambarkan
sangat menitikberat soal amanah ini hingga beliau telah
meminta Jin Ifrit menangguhkan hukuman bunuh ke atasnya.
Beliau kemudianya datang semula menemui Jin Ifrit

You might also like