• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
PENGAKUAN BERSUMPAH ......saya diliwat - Mior Abd Razak bin YahyaHaHaHaH.. Aku FIRAUNNNNDatuk Seri Anwar Ibrahim telah didakwa dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atastuduhan melakukan seks di luar tabii atau homoseksual. Antara saksi utama yang memberiketerangan dalam kes ini adalah dua personaliti sepermainan beliau.Di kalangan kita hari ini masih menyangsikan dan mempertikaikan keterangan dan pengakuansaksi-saksi yang diketengahkan. Sebaliknya ramai suara-suara yang menuntut keadilan danketelusan badan kehakiman negara dalam pengendalian kes Datuk Seri Anwar Ibrahim danselanjutnya menuduh adanya konspirasi menjatuhkan beliau dari arena politik tanahair.Pengakuan Mior Abdul Razak bin Yahya ini bukannya satu rekaan. Ianya satu pengakuan yangdibuat sendiri secara sukarela dan sedar tanpa paksaan di hadapan Majistret Jalan Raja, KualaLumpur pada 23 September 1998 dan diakui kebenarannya.Marilah kita sama-sama fikirkan dan renungkan kebenarannya dan selanjutnya menilai sama adaDatuk Seri Anwar Ibrahim sesuai untuk memimpin generasi akan datang, bangsa, negara dan agamamenuju ke alaf baru.
Pengakuan Mior Abdul Razak bin Yahya
Pada jam 4.23 petang, satu ASP Maszely bin Minhad (G 9179) dari D4 Bukit Aman, membawaseorang tahanan bernama Mior Abdul Razak bin Yahya (IC 670826-08-5497) untuk membuat pengakuan di hadapan saya. Bersamanya ialah detective Lans Kpl R/F 101568 Md. Yusof bin Daud.Saya mempersilakan Mior duduk di hadapan saya di kamar Majistret 10C, Jalan Raja, KualaLumpur. Encik Mior masuk ke dalam kamar saya tanpa bergari. Saya kemudian mengarahkankedua-dua pegawai polis tadi keluar dari kamar saya. Mereka pun berbuat demikian. Pintu kamar saya ditutup. Sekarang tinggal saya dan En. Mior sahaja, di dalam kamar saya.Encik Mior memakai baju T warna biru-putih, seluar biru dan selipar. Saya kemudian mengarahkanProcess Server mahkamah 10C, masuk. Encik Dollah bin Yussof IC 530809-10-6247 pun masuk kedalam kamar saya untuk berada bersama-sama saya semasa Encik Mior buka baju. Saya kemudianmeminta Encik Mior buka baju T, seluar dan juga seluar dalam untuk memastikan beliau tidak adaapa-apa kecederaan di badan akibat dipukul. Saya didapati tiada apa-apa kesan kecerderaan di badan En. Mior. Tiada lebam, atau apa-apa pun. En Dollah telah menyaksi semua ini. Saya
 
kemudian mengarah En. Dollah keluar daripada kamar saya. Sekarang saya bersama En. Mior sahaja dalam kamar 10C.Saya kemudian mengemukakan beberapa soalan seperti berikut kepada En. Mior.Q : Bolehkah saudara beri nama dan butir-butir mengenai saudara?A : Nama saya Mior Abdul Razak bin Yahya, berumur 31 tahun. No I/C yangLama A 0929761. Yang I/C No. baru saya tak ingat. Pekerjaan saya ialahtukang jahit dan pereka fashion.Q : Bilakah awak ditangkap?A : Saya ditangkap pada hari Sabtu, 19.9.98 pukul 4.30 petang.Q : Di manakah awak ditangkap?A : Saya ditangkap di rumah No. 61, Jalan Cempaka 14, Taman Cempaka,Ampang, Selangor.Q : Awak ditangkap oleh siapa?A : Saya ditangkap oleh empat pegawai polis yang berpakaian biasa. Namamereka saya tak tahu.Q : Selepas ditangkap ke mana awak pergi?A : Saya dibawa ke Bukit Aman.Q : Di dalam perjalanan ada apa-apa yang berlaku?A : Tiada apa-apa berlaku.Q : Berapa lama awak ditahan di Bukit Aman?A : Saya ditahan di Bukit Aman sehingga hari ini, 23/9/98. Saya ditahan 5hari termasuk hari Sabtu.Q : Awak tahu siapa saya?A : Majistret, saya tahu.Q : Kepada siapa awak mula-mula mengatakan niat awak hendak membuat pengakuan ini?A : Kepada pegawai polis yang membawa saya tadi, ASP Maszely.Q : Bila awak mula-mula hendak membuat pengakuan?A : Pada hari Sabtu. Selepas ditangkap iaitu pada 19/9/98. Tetapi sebelumditangkap saya ada niat untuk membuat pengakuan.Q : Adakah sesiapa yang mengugut atau memukul atau berjanji apa-apamenyuruh atau memberi dorongan kepada kamu untuk membuat pengakuan ini?A : Tidak. Saya membuat pengakuan ini secara sukarela. Tanpa apa-apa paksaan atau dorongan.Q : Fikir betul-betul?A : Masih sanggup beri pengakuan.Q : Sekarang masih ada masa, jika awak ingin bertukar fikiran untuk 
 
membuat pengakuan ini?A : Saya masih dengan sukarela hendak membuat pengakuan ini.Q : Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memberi amaran kepadakamu, bahawa apa-apa percakapan atau pengakuan yang awak berikankepada saya boleh digunakan terhadap awak dalam perbicaraan awak kelak?A : Saya faham betul. Saya masih hendak membuat pengakuan secarasukarela.Q : Adakah awak pasti?A : Saya pasti.En. Mior Abdul Razak bin Yahya Di hadapan sayat.t t.tI/C No. 670826-08-5497 ANANTH NAMASIVAYAMMajistret, KL (23/9/98)Daripada jawapan-jawapan yang telah diberi kepada saya oleh En. Mior ke atas soalan-soalan saya,dan dari perhatian saya dari segi sifat, wajah muka dan keberkerjasama En. Mior, saya berpuas hati beliau membuat pengakuannya dengan sukarela tanpa dipaksa, diugut, dipujuk ataupun dijanjikanapa-apa untuk membuat pengakuan ini.t.t
MIOR ABDUL RAZAK BIN YAHYA
Di hadapan saya,t.t
ANANTH N.V
 Majistret, KL (23/9/98)
Kenyataan pengakuan dibuat oleh En. Mior di hadapan saya.
Q : Sekarang awak sedia untuk memberitahu saya mengenai apa-apa yanghendak awak katakan?A : Saya sedia. Saya membuatnya secara sukarela. Saya membuatPengakuan seperti berikut :Saya berasal daripada Kampung Aji Bota Kiri, Perak. Saya berasal dari keluarga yang sederhana.Kelulusan saya setakat SPM, Pangkat 2. Saya datang ke KL untuk tujuan belajar pada 1989, penghujung. Saya tak ingat bulan.Saya tinggal bersama abang saya di alamat Blok C-2, Ampang Hilir, Selangor. Oleh kerana masalahkewangan saya bekerja di Kampung Pandan sebagai pencuci rambut di saloon, selama 3 bulan.
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...