Masalah / Fokus Kajian
Masalah yang sering pelajar hadapi ialah apabila mereka sukar memahami petikan bahasaMelayu klasik akibat ketidakfahaman pelajar terhadap beberapa perkataan dalam petikantersebut. Sebagai contoh,
arakian
,
alkisah
,
hatta
dan lain-lain. Kajian ini memfokus kepada permasalah pelajar terutamanya pelajar tingkatan lima dalam memahami kosa kata klasik.
Rasional Kajian
Rasional kajian ini dijalankan kerana pelajar tingkatan lima masih lagi tidak dapat menguasaidan memahami Bahasa Melayu Klasik serta sering gagal di dalam ujian apabila menjawabsoalan yang melibatkan perkataan-perkataan kosa kata klasik.
Objektif Kajian
•
Untuk meningkatkan kefahaman pelajar-pelajar tingkatan lima dalam Bahasa MelayuKlasik dengan menggunakan kaedah ‘think pair share’.
•
Untuk membantu pelajar menguasai kosa kata klasik dan mengaplikasikannya dalam penulisan.
•
Untuk menyelidik faktor-faktor yang menyokong dan menghalang usaha-usahamembantu pelajar-pelajar lemah dalam penguasaan Bahasa Melayu Klasik.
Metodologi Kajiana)Reka bentuk kajian
Penyelidikan ini akan menggunakan kaedah Kajian Tindakan dengan berdasarkan pelan tindakan lima peringkat langkah:Peringkat Langkah Pertama:Tinjauan isu dan masalah yang dikaji iaitumasalah pemahaman petikan Melayu klasik dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.Peringkat Langkah Kedua:Perancangan menggunakan kaedah pembelajaran “Think Pair Share” ke atas pelajar.Peringkat Langkah Ketiga:Pelaksanaan Tindakan.Peringkat Langkah Keempat:Pemerhatian Tindakan
Leave a Comment