3
Bahagian 1Pendahuluan
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru tidak dapat tidak mesti berkomunikasidengan murid kerana melalui komunikasilah guru dapat menyampaikan pengajaran dandidikan. Dengan erti kata yang lain, pencapaian objektif pengajaran adalah bergantungkepada sejauh mana keberkesanan komunikasi guru dengan murid. Semakin baik komunikasi berlaku semakin banyak pula objektif pengajaran yang dapat di capai.Olehsebab itu guru digesa supaya menggunakan alat-alat bantu mengajar terutama alat-alatyang menggunakan berbagai pancaindera seperti alat-alat yang menggunakan warna danbentuk yang menarik, demikian juga alat-alat yang dapat didengar dan dirasa.Dengan jalan ini murid-murid dapat membina konsep-konsep dengan tepat. Selain dari itu merekadapat mengaitkan konsep-konsep yang baru dengan pengalaman-pengalaman yang barudan dengan itu proses pembelajaran akan menjadi lebih terang dan bermakna.
Definisi Alat Bantu Mengajar
Tidak ada satu takrifan yang khusus bagi menjelaskan maksud sebenar alat bantumengajar . walau bagaimana pun, pada keseluruhannya ramai pendidik yang bersetujubahawa penggunaan bahan bantu pengajaran dalam situasi pengajaran dan pembelajaranmelibatkan penggunaan deria penglihatan dan pendengaran seseorang pelajar.Atan Long (1982:174) berpendapat,bahan-bahan pengajaran dan alat bantu mengajar adaberbagai-bagai.Bahan-bahan itu mungkin dalam bentuk buku,carta atau slaid yangdipancarkan pada layer. Alat-alat yang menyokong penyampaian pembelajaran diberinama
‘
Alat Bantu Mengajar
’
.Sebenarnya alat Bantu mengajar bukanlah merupakan sesuatu yang tersisih daripadaproses pengajaran dan pembelajaran.Alat Bantu mengajar ialah satu bahagian yang padudalam proses tersebut.Alat itu bertujuan menambah kelancaran perhubungan antara gurudengan pelajar dan sebaliknya,pelajar sesama pelajar dan membantu mempercepatkanproses pemahaman mereka (Noraziah Abd.Hamid,1981)