iii
ABSTRAK
(Kata kunci: kaedah hafazan, keberkesanan)Pendidikan al-Quran merupakan suatu cabang ilmu yang fundamental kepadaumat Islam. Ia meliputi pengajian dan pendidikan bacaan (
qira’a
t), kaedah-kaedah hafazan, pengkajian penterjemahan dan tafsir, pengkajian hukun-hukumdan sebagainya. Sehubungan dengan itu, kajian ini cuba memberikan fokusutama kepada kaedah hafazan al-Quran dan keberkesanannya. Kajian ini jugacuba memaparkan sejarah dan perkembangan pembelajaran kaedah hafazan,hukum-hukumnya serta kepentingan dan kebaikan menghafaz al-Quranberdasarkan sumber-sumber dari ayat-ayat al-Quran dan as-Sunnah. Kajian ini juga menyentuh beberapa aspek perbandingan di antara pendidikan tahfizmoden dan tradisional di Malaysia seperti dari kacamata pendidikan,infrastruktur, lokasi, perhubungan, pentadbiran, syarat kemasukan, peperiksaandan persijilan, serta pengiktirafan para lulusan tahfiz dari institusi awammahupun swasta. Penyelidikan ini juga cuba meneltiti kaedah-kaedah hafazanbaru (
dars jadid
) serta kaedah mengekalkan hafazan (
sabiq
) dan kaedahmengulang bacaan iaitu (
taqrir/muraja’ah
). Data-data yang diperolehi seperti:latarbelakang para pelajar, pendapat para pelajar tahfiz, pendapat para gurutahfiz mengenai masalah, faktor yang mempengaruhi daya hafazan danpengekalan hafazan serta kaedah yang paling berlkesan untuk melaksanakanhafazan; kesemuanya dianalisis secara terperinci. Hasil penelitian ini diharapdapat melahirkan satu modul pengajaran dan pembelajaran kaedah hafazan yangsistematik dan berkesan dan seterusnya melahirkan institusi tahfiz al-Quranyang tersusun dan moden. Ini akhirnya akan melahirkan lebih ramai hafiz danhafizah yang berkualiti dan berwibawa.Penyelidik :Ustaz Abdul Hafiz bin Haji Abdullah (Ketua)Prof. Madya Ajmain bin SafarUstaz Mohd Ismail bin MustariUstaz Azhar bin MuhammadUstaz Idris bin IsmailEmail :abhafiz@utm.my Tel : 07-5535046Vot : 71871