/  4
 
30 Tanda Anda Jatuh CintaRasa jatuh cinta sukar digambarkan mahu pun diucapkan dengan kata-kata. Siapa yang jatuh cinta akansentiasa diusik perasaan. Semua menjadi indah dan membahagiakan.1. Sukar melelapkan mataBiasanya anda jarang mengalami masalah untuk tidur. Kali ini, sejak bertemu dan berkenalan dengannyaingatan anda kepada si dia kian menebal hingga mengganggu tidur anda.2. Perasaan sentiasa berdebarPerasaan anda sentiasa berdebar-debar jika bertembung dengan si dia di jalan. Malah anda jadi kelam kabutdan menggelabah apabila dia menghampiri anda.3. Suka ambil tahuAnda semakin berminat untuk ambil tahu tentang latar belakang dan perkembangan si dia. Anda tekunmendengar cerita mengenai si dia dan sering bertanya tentang si dia dari kawan-kawannya.4. Resah gelisahHati anda merasa resah dan gelisah bila si dia tidak kelihatan. Anda tercari-cari kalau-kalau terlihat kelibatbayangnya.5. Dihinggapi cemburuAnda mula merasa cemburu bila si dia berbual dan melayan kehadiran orang lain sekalipun kawan-kawannya. Ikutkan hati anda, biarlah dia berbual dan melayan anda seorang. Sikap anda itu ketarakelihatan sehingga disedari kawan-kawan anda sendiri.6. Hobi baru, termenungBila tidak melakukan sesuatu, anda segera termenung. Fikiran anda jauh melayang dan pancaindera andatertutup untuk menyedari hal-hal yang berlaku di sekeliling anda. Di mata anda terbayang-bayang wajah sidia dan anda berada di sampingnya.7. DatingAda sahaja alasan anda ajukan kepadanya untuk berjumpa. Kemudian secara terang, anda tawarkan keluarbersama. Kesempatan yang terluang atau di hari cuti pasti anda habiskan untuk dating. Kadang-kadanganda buat temujanji lagi di waktu malam sekalipun baru petang tadi anda berdua sudah berjalan-jalan. (carinahas)8. Rindu.Anda tidak dapat mengawal perasaan. Setiap saat mengingati si dia, bagaikan terdengar suaranya sayup-sayup di telinga. Apapun yang dipandang akan mengingatkan anda kepada si dia. Anda ingin berjumpa danmelihat wajahnya.9. Bergayut di telefonSekalipun bayaran telefon mahal, anda sanggup menghabiskan masa berjam-jam sehingga terjejas masatidur anda hanya untuk berbual kosong dengan si dia. Anda tidak peduli kalau bil meningkat atau perlu belikad telefon banyak-banyak. Yang penting dapat dengar suaranya untuk melepaskan rindu. Lagipun andabaru lena tidur setelah mendengar suara si dia.
 
10. Berubah citarasaKehadiran si dia berjaya mengubah citarasa anda tentang pelbagai perkara. Sejak kebelakangan ini, andalebih berminat untuk menghayati senikata lagu-lagu berirama sentimental yang bertemakan percintaan.Sebelum ini anda lebih gemar mendengar irama rock, heavy metal dan hip hop.11. Memberi hadiahAnda memberi si dia hadiah padahal hari lahirnya masih jauh. Anda peka dengan perkembangan semasanyasupaya dapat dijadikan alasan untuk memberikan hadiah. Malah, tiap bulan anda memberikannya hadiahsekalipun harus berbelanja besar. Yang pasti, anda akan memberikan hadiah yang paling istimewa di harilahirnya nanti.12. Awal ke tempat kerjaSejak menaruh minat kepadanya, anda lebih bersemangat rozin13. Lebih rajinPrestasi kerja anda semakin men ingkat jika dibandingkan sebelum ini. Anda jadi lebih semangat, kreatif dan berfikiran positif. Perkembangan anda yang membanggakan itu disenangi kawan-kawan dan majikan.14. Menjaga penampilanPenampilan anda tidak lagi ringkas dan sederhana. Meskipun anda lelaki, anda akan mengunjungi salonkecantikan untuk potongan rambut yang bergaya dan rawatan muka. Pakaian anda berubah corak menjadilebih menjurus kepada fesyen mutakhir. Wajah berhias dengan mekap hingga nampak mempersona. Darirambut ke hujung kaki anda cantik menawan dan segak bergaya.15. Defensif Maknanya anda melakukan pembelaan. Pantang orang lain salah cakap atau sekadar mengusik, anda akanmempertahankan si dia meskipun sampai anda marah dan timbul permusuhan. Ada masanya percakapanmereka itu ada kebenarannya, tetapi anda tetap bersikap defensif.16. MerajukSedikit salah, sedikit silap anda lekas merajuk. Anda sanggup tidak makan tengahari atau tidak menegursapa selagi si dia tidak menegur dan meminta maaf. Anda juga terus merajuk sehingga dia berkali-kalimemujuk.17. Mudah bersalah sangkaAnda mudah merasa hampa lalu kecewa jika kemahuan atau permintaan anda tidak dipenuhi. Misalnya sidia tidak hadir temujanji, anda sangka dia mungkir janji. Anda anggap dia tidak memberi perhatian dantidak mempunyai perasaan.18. Sentiasa kata 'Ya'Apa pun katanya, pendapatnya dan permintaannya, anda jawab dengan 'Ya'. Anda sentiasa akur danmenurut sekalipun ada di antara permintaannya yang keterlaluan dan pendapatnya kurang anda senangi.19. Sanggup berkorban
 
Untuk si dia sanggup bersusah payah melakukannya semuanya. Dengan rela hati anda jadi pemanduperibadinya, jadi orang suruhan, meluangkan diri anda untuknya di hari cuti dan memenuhi setiappermintaannya.20. Jadi orang lainTiba-tiba anda jadi pelakon yang terbaik kerana mahu memenuhi cirri-ciri peribadi yang menjadi idaman sidia. Di depannya anda seorang romantik dan berlemah lembut sekaipun kenyataannya anda seorang yangkasar dan mudah marah. Demi si dia, anda sanggup berubah menjadi orang lain.21. PrihatinAnda bukan hanya ambil tahu malah sentiasa menghulurkan tangan membantu. Anda akan pastikan si diatidak mengalami sebarang masalah dalam kehidupan sehariannya dan menjamin kebajikan dankeselamatannya.22. BerkhayalPotret wajah si dia jadi teman setia di waktu keseorangan. Ada masanya anda habiskan masa hanyamerenung wajahnya di potret sambil berangan-angan jauh. Berkhayal seperti itu anda rasa bahagia.23. Inginkan persamaanSejak mengenali si dia anda berusaha mengikuti kegemaran dan citarasa untuk mempamerkan andameminatnya. Anda akan mengemari filem dan lagu Hindustan, masakn barat dan meniru setiap tingkahlakunya. Anda mahukan wujud persamaan anda dengan si dia.24. Sumber ilhamKata-katanya menjadi pendorong semangat. Anda sedari bahawa anda mempunyai kemampuan untukmelangkah jauh dan mengejar cita-cita anda. Rupanya anda ada kelebihan tersendiri yang baru anda sedari.Si dialah yang membuka minda anda. Dialah sumber ilham anda.25. Pasang impianAnda sering termenung membayangkan impian masa depan anda bersama dia. Selalu berdua ke manasahaja, lalu mendirikan rumahtangga, mempunyai sejumlah anak yang comel dan tinggal dalam sebuahrumah idaman bersama. Anda dan dia sama-sama susah dan senang dalam menjayakan cita-citasekeluarga.26. Suka memujiDari pendiam anda jadi seorang yang ramah mesra dan suka memuji. Anda peka dengan penampilan si diadan lekas memberikan pujian dan sanjungan. Hati anda rasa berbunga-bunga dapat memuji dan apalagikalau dia merasa bangga dan senang hati oleh puji-pujian anda.27. Mulut manisAnda hanya berkata hal-hal yang baik sahaja ketika bersamanya. Anda akan bersetuju dan mendukungpercakapannya sekaipun tidak anda sukai. Tujuannya kerana anda tidak mahu menyinggung perasaan.Tambahan anda tidak mahu menjejaskan perhubungan yang baru berputik itu.

Share & Embed

More from this user

Add a Comment

Characters: ...