You are on page 1of 28

KEMAHIRAN MEMBACA

PERINGKAT-PERINGKAT PEMAHAMAN MEMBACA Pemahaman membaca bermaksud suatu sistem yang merekod segala maklumat secara kontekstual dalam pemikiran pembaca. Setiap konsep membentuk satu set minda atau dikenali sebagai mind of fail dalam pada waktu yang sama, pembinaan makna berlaku. Pengalaman lalu, sedia ada menggabungkan pengalaman baru,memberi kekuatan kepada pemahaman makna yang sebenar. Terdapat empat peringkat pemahaman bacaan, iaitu: Peringkat Lateral (Penubuhan makna) Peringkat Interptretasi (Pentafsiran makna) Peringkat Inferens (Perumusan makna) Peringkat Menilai (Penilaian makna)

Ciri-ciri Penubuhan Makna (iii) Memahami makna perkataan sebagaimana yang digunakan dalam ayat atau konteks tertentu. (ii) Mengecam dan memahami makna perkataan yang membawa erti yang sama atau berlawanan. (iii) Mengenal dan mengecam ayat-ayat topik, isi-isi penting dan sampingan dalam perenggan. (iv) Memahami dan mengecam urutan idea dan peristiwa sesuatu petikan. (v) Mengenal pasti dan memahami bahasa kiasan, perumpamaan, simpulan bahasa dan bidalan. (vi) Mengecam dan memahami makna perkataan, frasa, ayat dan perenggan sama ada dalam prosa atau puisi.

Ciri-ciri Pentafsiran Makna (iii) Memahami maksud idea atau isi yang tersurat atau isi yang tersirat dalam bahan bacaan. (ii) Mengenali hubungan sebab dan akibat serta dapat mengenal pasti bahan yang dibaca berdasarkan isi dan jalan cerita. (iii) Membuat andaian tentang masa, tempat, dan nada sesuatu bahan yang dibaca. (iv) Menggabungkan pengetahuaan sedia ada dengan bahan bacaan untuk dibuat bandingan. (v) Memahami makna perkataan atau rangkai kata dalam pelbagai situasi. (vi) Membuat ramalan dan memahami tujuan penulisan sesuatu tulisan bahan yang dibaca.

Ciri-ciri Perumusan Makna (iv)Rumusan yang terdapat dalam bahan bacaan menjadikan pengetaahuan sedia ada semakin berkembang. Bahan atau teks dapat dirumus selepas proses pembacaan. (ii) Makna dapat ditafsirkan sendiri oleh pembaca sebagai satu proses minda. (iii) Merumus makna luaran dan makna dalaman. Makna luaran makna yang disepakati oleh pembaca. Makna dalaman pula makna yang penulis sahaja yang boleh merumuskan. (iv) Perumusan merupakan satu tindakan mengambil satu keputusan dari pelbagai sudut. (v) Perumusan dapat mengubah tingkah laku pembaca.

Ciri-ciri Penilaian Makna (iii) Pembentukan pendapat peribadi berdasarkan maklumat yang terdapat dalam teks. (ii) Memberikan alasan atau sebab mengapa sesuatu isu itu dipilih. (iii) Mampu membuat keputusan atau rumusan terhadap bahan yang telah dibaca. (iv) Mengenal pasti bahan bacaan yang dibaca mengandungi propaganda, prasangka atau emosi lain. (v) Dapat membezakan antara fakta dan pendapat. (vi) Menganalisia bahan yang dibaca dari pelbagai sudut kandungan.

TEKNIK-TEKNIK KHUSUS BACAAN DAN PEMAHAMAN

Terdapat beberapa teknik membaca dan tujuan membaca. Teknik-teknik ini boleh dijalankan dalam bilik darjah. Penggunaan teknik ini bergantung kepada situasi, kecerdesan pelajar, dan tujuan pembelajaran membaca. Berikut beberapa teknik membaca:
6. 8. 10. Teknik Membaca SQ3R Teknik Membaca KWLH Teknik Directed Reading Thingking Activity (DR-TA) (Aktiviti Membaca Berfikir Terarah)

Teknik Membaca SQ3R Teknik ini digunakan pada tahap pelajar berpencapian baik dan mahir membaca. Tujuan menggunakan teknik ini untuk menguji pemahaman pelajar berdasarkan bahan atau teks yang dibaca untuk menyelesaikan tugasan. SQ3R bacaan secara kritis yang dipelopori Robinson (1941). S-SURVEY (Tinjau) Pelajar membaca secara pantas untuk mendapatkan gambaran awal tentang isi bacaan mengikut pemahamannya sendiri. Pelajar bebas dalam erti kata menanggap apa yang dibaca. Pelajar hanya memfokuskan/menumpukan bahan/teks kepada tajuk umum/besar, sub-tajuk, gambar, simbol, ilustrasi, grafik, pemenggalan teks. Teknik bacaan yang sesuai ialah teknik skimming dan scanning.

Q-QUESTION (penyoalan / pertayaan)


Pelajar menyenaraikan beberapa isi soalan (intipati) yang terkandung

dalam teks. Soalan berdasarkan apa yang ingin diketahui oleh pelajar tentang topik/isu dalam teks. Soalan juga berupa penyenaraian siri soalan yang berkaitan dengan tugasan yang diberi. Soalan juga berupa panduan kepada jawapan yang sebenar. Dalam masa yang sama pelajar sendiri mencari jawapan peramalan jawapan yang paling relavan.

R-READ (Baca) Pelajar dikehendaki membaca secara serius dan memberi tumpuan
kepada teks yang dibaca. Dalam masa yang sama pelajar cuba mencari jawapan kepada soalan yang disenaraikan tadi. Dalam masa yang sama juga, pelajar boleh menyenaraikan soalan tambahan. Sepanjang masa membaca, pelajar boleh menaakul maklumat yang terdapat dalam petikan teks/bahan bacaan. Di samping itu pelajar boleh bertukar-tukar fikiran dengan sama ada menerima atau menolak konsep maklumat yang dibaca. Hal ini bererti pelajar tidak semestinya menerima semua maklumat yang terdapat dalam teks.

R-RECITE (Imbas kembali)

Setelah pelajar membaca keseluruhan teks/bahan, pada peringkat ini pelajar dikehendaki mengingat kembali semua/sebahagian maklumat yang terdapat dalam teks.

Pelajar menyenaraikan maklumat yang berkaitan dengan soalan atau tugasan. Seterusnya pelajar dapatlah menjawab semua soalan tugasan berdasarkan maklumat dalam teks. Di samping itu pelajar juga boleh memberikan jawapan kepada soalan asal sebelum merujuk jawapan yang terdapat teks. Pelajar boleh membandingkan ketepatan jawapan mereka.

R-REVIEW (Baca semula)

Pada peringkat ini, pelajar dikehendaki membaca semula soalan dan jawapan yang ditulis/dicatat. Peringkat ini adalah untuk pengesahan kepada jawapan yang ada pada peringkat recit (imbas kembali) di atas. Pastikan bahagian tertentu sudah dijawab berdasarkan fakta dan maklumat dalam teks. Pelajar jangan tertinggal maklumat atau fakta dalam tugasan pada peringkat question / pertanyaan. Melalui proses teknik SQ3R, pelajar memperoleh maklumat yang tepat, cepat, dan dapat menyelesaikaan tugasan secara berkesan.

Teknik Membaca KWLH


Proses membaca dengan teknik KWLH, pelajar boleh mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan apa yang dibaca. Ini bermaksud pelajar berdasarkan pengetahuan sedia ada, mengimput pengetahuan baharu selepas proses pembacaannya. Dalam proses pembelajaran, pengetahuan sedia ada (PSA) amat penting untuk meningkatkan keupayaan pemahaman, pengetahuan dan maklumat bahan / teks yang dibaca. Daripada teknik ini, pelajar dapat menentukan apa yang diperoleh daripada pembacaannya dan seterusnya menentukan apakah sumber bahan yang perlu dibaca lagi.

K W L H bermaksud:
K (know) Apa yang sudah diketahui (sebelum membaca)- catat pengetahuan sedia tentang tajuk atau topik bahan bacaan. W (what) Apa yang hendak diketahui (sebelum membaca) catat apa yang ingin diketahui tentang tajuk atau topik bahan bacan. L (learned) Apa yang telah diketahui (selepas membaca) catat isi penting daripada tajuk atau topik yang dibaca. H (how) Bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan (untuk bacaan seterusnya) catat bagaimana untuk mendapat maklumat tambahan selepas membaca teks/tajuk tersebut.

Apakah tujuan teknik KWLH diterapkan dalam pengajaran? Tujuannya ialah: (iv)Pelajar dapat mengaitkan pengetahuan sedia ada dengan bahan atau teks yang beri untuk proses pengajaran dan pembelajaran. (ii) Pelajar sendiri dapat menentukan apa yang diperoleh daripada bahan atau teks yang sediakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. (iii) Pelajar dapat menentukan maklumat tambahan yang perlu dicari daripada sumber lain, selain sumber yang telah sediakan. (iv) Pelajar dapat mengetahui apa yang diperoleh daripada bahan yang sedang berikan (semasa).

Teknik Directed Reading Thingking Activity (DR-TA) ( Aktiviti Membaca Berfikir Terarah) Teknik DR-TA, diperkenalkan oleh Russel Stauffer, (1969/1975). Menurut beliau teknik ini membolehkan pelajar membina satu set tujuan apabila mereka membaca bahan bacaan (teks, imej,simbol,grafik), lalu memproses idea dan menguji jawapan dengan mengambil bahagian dalam pusingan membaca. Mereka boleh meramal dan mengesahkan sari pati / isi maklumat yang dibaca.

Pendekatan yang digunakan ialah dengan cara guru membimbing pelajar: (i) Menggerakkan pemikiran pelajar: Apakah pendapat anda (pelajar) tentang petikan/tajuk/buku teks yang dibaca...: (ii) Menggerakkan pemikiran (mencabar idea) pelajar: Mengapakah anda (pelajar) berpendapat begitu ... (iii) Mengumpulkan bukti: pelajar dikehendaki membuktikan hujah atau idea mereka berdasarkan pemahaman mereka.

Tujuan teknik DR-TA: (iii) Memberi peluang kepada pelajar untuk membaca bahan bacaan/teks secara kritis dan reflektif. (ii) Menghala-tujukan tujuan pelajar membaca bahan bacaan/teks. (iii) Mengaktifkan pandangan dan fikiran pelajar tentang topik yang akan dibaca. (iv) Meminta pelajar mengenal pasti, mengasimilasasi maklumat, dan memaham bahaan bacaan/teks yang dibaca. (v) Guru mengkaji bahan bacaan berdasarkan tujuan membaca. (vi) Guru membuat penilaian terhadap bahan bacaan yang dibaca oleh pelajar. (vii) Guru dan pelajar boleh membuat rumusan, pertimbangan, penilaian, dan membuat keputusan terhadap bahan yang dibaca.

Fasa I ialah hasilan / produk DR-TA iaitu peluasan dan pemurnian pendapat dan pemikiran murid. Langkah-langkah dalam Fasa 1 Langkah 1: Memperkenalkan teks yang akan dibaca. (ix)Guru menggalakkan pelajaar membuat ramalan teks / hipotesis tentang judul cerita, melalui perbincangan kelas. (ii) Guru membuat pengesahan tentang ramalan pelajar. Ramalan yang tidak tepat disanggah. (iii) Mencatat segala ramalan.

Soalan guru: (iii)Pada pendapat anda, apakah isi kandungan cerita yang telah ditunjukkan, atau (ii) Pada pendapat anda, apakah maksud gambar yang dipaparkan/tayangkan. (iii) Mengapa anda berpendapat sedemikian? Jelaskan/tafsirkan. (iv) Pada pendapat anda mengapakah perkara itu terjadi? (v) Anda sudah meramal. Yang manakah pada pendapat anda ramalan yang paling baik / benar. Hujahkah / berikan sebab.

Penggunaan Teknik DR-TA secara Individu : Selepas pembacaan, pelajar berkongsi hasil dengan membuat poster, laporan, berdrama, dan menjalankan aktiviti yang sesuai. Pelajar menyimpan rekod cerita yang dibaca, aktiviti selepas pembacaan, dan kecekapan-kecekapan yang diperoleh untuk melihat perkembangan dan pencapaian.

Kelebihan teknik DR-TA


Teknik ini mempunyai beberapa kelebihan dalam pelaksanaan pengajaran bacaan dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. (v) Tugas guru sebagai pemudah cara/fasiltator semasa soal jawab, bukan penilai. (ii) Ketika situasi bacaan, berlangsung pelajar membaca sambil berfikir. Oleh itu, teknik ini menggalakkan supaya pelajar sedar tentang proses membaca dan membuat ramalan. (iii) Pelajar memperoleh konsep membaca, strategi metakognitif dan dapat berkomunikasi makna. (iv) Menggalakkan pelajar menggunakan klu konteks untuk memahami makna dalam frasa atau perkataan. (v) DR-TA suatu teknik yang melibatkan semua pelajar mencapai satu pencapaian yang dikehendaki.

Perancangan Aktiviti Membaca 3. Aktiviti membaca perlukan perancangan yang teliti dan sebaikbaiknya agar pelajar tidak terbeban dengan pembacaan yang sukar dan tidak bermotivasi. 5. Perancangan harus menelti dengan tahap pelajar. Tahap pelajar rendah sesuai dengan bahan bacaan yang bersifat mudah dibaca. Mudah dibaca bermaksud, jumlah suku kata, perkataan, ayat sesuai dengaan peringkat pelajar. Sebagai contoh pelajar mesti menguasai perkataan yang hampir dengan rutin mereka. Perkataan yang tinggi, sukar disebut, abstrak, bombastik boleh mematikan minat dan kecekapan pelajar untuk menjadi pembaca yang baik. 7. Masa membaca yang dicadangkan kepada pelajar juga mesti sesuai. Kesesuaian bermaksud guru tidak menekan dengan masa senggang pelajar untuk membaca. Masa yang secukupnya wajar diberi kepada pelajar untuk membaca dan memahami isi bahan bacaan.

Memilih/Membina dan Menggunakan Bahan Pengajaran Kemahiran Membaca

Guru mesti memilih dan membina bahan pengajaran kemahiran membaca yang boleh menarik minat. Pemilihan bahan yang berkaitan dengan isu semasa wajar diberi keutamaan. Isu semasa membantu pengetahuan sedia ada pelajar untuk menguasaipembacaan seterusnya. Tanpa pengetahuan sedia ada, pelajar akan gagal menguasai kecekapan memaham, menaakul dan berkomunikasi dengan baik. Bahan berupa grafik, gambar berwarna, bentuk huruf daan latar belakang teks atau bahan bacaan perlu diambil kira. Hal ini kerana, pelajar akan menjadi minat, tertarik, mudah memaham dengan bahan yang mereka sukai. Contohnya ilustrasi kartun dalam teks boleh menjanakan atau mencapahkan idea pelajar.

Menilai
Proses membaca dapat dirumuskan sebagai perlakuan yang kompleks. Hasil pembacaan ialah pemahaman apa yang dibaca daripada pengecaman daan penyebutan huruf ,perkataan dan ayat.
Penilaian pengajaran kemahiran membaca antara lain ialah: (vii)Membolehkan pelajar mengenal huruf, menyebut nama huruf, menyebut perkataan yang dibentuk daripada jalinan huruf-huruf. Dengan perkataan lain, murid dapat mengeja, menyebut perkataan dan membunyikan keseluruhan ayat yang lengkap. (ii) Guru melatih pelajar membaca dengan sebutan, nada dan intonasi yang betul berdasarkan teks yang dibaca. Hal ini dapat melahirkan pelajar menguasai bacaan dengan baik. (iii) Guru melatih pelajar membaca senyap dan pantas untuk memahami bahan bacaan. Pelajar yang hanya membaca tanpa memahami isi kandungan yang dibaca sebenarnya tidak menguasai kemahiran membaca dengan baik. Fungsi membaca ialah memahami isi kandungan yanag dibaca. Justru, pelajar messti tahu, faham dan dapat menaakul bahan bacaan.

(iv) Pelajar dapat memetik isi-isi penting bahan yang dibaca dengan cepat, pantas,tepat dan menyatakan semula isi bahan bacaan kepada orang lain dengan menggunakan ayat yang betul dan mudah difahami. (v) Guru juga perlu melatih pelajar membina kebiasaan menuturkan ayat yang gramatis sebagaimana dalam bahan bacaan. (vi) Apabila pelajar dapat menguasai kemahiran membaca dengan baik, guru dapat menanam minat membaca dalam kalangan pelajar. Pemupukan minat membaca memberi kuasa intelek kepada pelajar dengan pengetahuan baru sepanjang masa. (vii) Melalui kemahiran membaca, kita boleh menilai peluasan perbendaharaan kata dalam pelbagai konteks. Keupayaan pelajar berkomunikasi tertakluk kepada banyak mana perbendaharaan kata ada dalam mindanya.

(viii) Penilaian daripada kemahiran membaca dapat merujuk kepada masa hadapan iaitu penyelesaian masalah sendiri dan masyarakat. Masyarakat banyak pada masa hadapan bergantung kepada individu yang berpengeetahuan tinggi. Pengetahuan tinggi dapaat dicapaai melalui bahan bacaannya. (ix) Kita dapat mengenali dan menghayati keindahan bahasa dan keseniaan bahasa. Dalam konteks ini, pencapaian bahasa yang bermutu adalah melalui pembacaan inddividu. (x) Kemahiran membaca boleh mengujudkan suasana santai, hiburan, dan kelegaan daripada tekanan. Penilaian sebegini wajar dilihat secara umum, sebagai matlamat akhir tujuan membaca.

You might also like