• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
[PENYERTAAN & SUMBANGAN PEMBINAAN MODAL INSAN]
 
May 15, 2009IQ CLASS MANAGEMENT | Nota untuk peserta
    P   a   g   e
    1
PENYERTAAN DAN SUMBANGAN AJK DALAM PEMBINAAN MODAL INSAN
Oleh: Kamarul Azami b. Mohd Zaini
Pembinaan modal insan merupakan agenda utama dan besar yang diperbincangkan diperingkatnasional. Pelbagai pandangan dan isu yang diketengahkan serta diperbahaskan dalam usaha bagimenjamin modal yang dibangunkan ini akan memacu kemajuan dan pembangunan Malaysia pada masa-masa akan datang. Tidak dapat kita nafikan ia adalah penting dan perlu diutamakan. Sehingga hari ini,pelbagai latihan, program dan kursus dijalankan bagi mencapai objektif ini. Era teknologi sertakepesatan pembangunan yang terlalu pantas menjadikan manusia perlu lebih diberikan perhatian bagimenyahut cabaran dunia baru globalisasi hari ini. Modal insan ini perlu diberikan keutamaan agarnegara kita tidak ketinggalan dalam isu kemahiran serta pengetahuan yang berkaitan. Namun, dalamenak melayani peredaran teknologi yang semakin berkembang, hampir-hampir kita melupakan asas-asasbenar yang patut dimiliki oleh insan. Kita sibuk memberikan pelbagai pengetahuan dan kemahirankepada mereka ini. Sibuk mengejar kemajuan dunia luar yang sangat pesat sehingga terpinggirkeperluan yang menjadi tunjung warisan zaman berzaman bagi masyarakat di Malaysia. Dek keranakepesatan dan kesibukan ini, kemajuan negara hari ini diperoleh bersama cabaran besar yang perludigalas oleh semua rakyat. Namun adakah mereka prihatin dan menyedari keadaan ini?Adakah mereka mula berfikir mengapa setiap hari dapat kita dengari pelbagai rungutan darimasyarakat setempat tentang keruntuhan akhlak dikalangan remaja? Bagaimana di zaman yang serbamoden ini, dengan pelbagai kemudahan dan ruang keamanan, terdapat kes ragut yang bukan sahajameragut barangan milik peribadi, malah nyawa mereka sekali? Isu kecurian, pecah rumah, pecahamanah serta penyelewangan yang berlaku hampir setiap hari dilaporkan di dalam akhbar, adakah kitasemua merasakan itulah sahaja permasalahan yang berlaku (di dalam akhbar) atau banyak lagi yangtidak dapat kita selongkar atau ketahui? Persoalan ini perlu ada dilubuk pemikiran atau di dalam hatikita yang sentiasa mengharapkan keamanan dan keharmonian dalam bermasyarakat. Persoalannya,adakah kita punya rasa prihatin ini? Apakah punca semua ini berlaku? Adakah usaha-usaha pihakberkuasa untuk membangunkan modal insan ini adalah pilihan yang salah atau tidak diterima baik olehmasyarakat? Tidak kurang juga kita dapat membaca dan mendengar berita tentang kejayaan-kejayaanyang dicapai oleh anak-anak Malaysia. Tetapi pernahkah kita ketahui disebalik seorang yang berjaya itu,berapa ramai yang gagal dan apa yang berlaku kepada mereka yang gagal ini? Mungkin mereka itu jugaadalah dari kalangan ahli keluarga kita. Jadi apa yang kita lakukan? Firman Allah s.w.t di dalam Al-Quranbermaksud;
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman",sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” 
(Surah Al-Ankabut; ayat 2 dan 3)Itulah peringatan yang Allah berikan kepada kita sebagai manusia, bahawasanya, bagaimana kitaboleh mengakui bahawa kita ini beriman (yang terbaik) sedangkan kita belum diuji. Apabila pembinaanmodal insan ini semakin pesat dan semakin maju, maka bertambahlah tugas dan tanggungjawab kita.Sebagaimana kata-kata ‘Spiderman’ di dalam kisahnya dipawagam, “great power comes with greatresponsibility”. Adakah kita telah bersedia? Usaha untuk menjadi generasi yang terbaik bukanlah idea
 
[PENYERTAAN & SUMBANGAN PEMBINAAN MODAL INSAN]
 
May 15, 2009IQ CLASS MANAGEMENT | Nota untuk peserta
    P   a   g   e
    2
baru, sebaliknya Allah telah memperkenan serta menyebutkannya di dalam Al-Quran Al-Karim yangbermaksud;
“Kamu adalah ummat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf,dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulaitu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.” 
(Surah Ali-Imran; ayat 110)Maka, Allah telah memberikan peranan dan tanggungjawab kepada kita sebagai manusiadaripada ayat di atas. Pesanan Allah s.w.t, untuk kita menjadi ummat yang terbaik sebagaimana yangdiperjuang dan dilaungkan oleh banyak pihak melalui pembinaan dan pembangunan modal insan adalahmelalui 3 ciri yang patut diberikan keutamaan dan diperbincangkan dengan meluas. Pertama; menyuruhkepada yang makruf dan kedua; mencegah dari yang mungkar. Mungkin kita sama-sama teringatpepatah melayu ada menyebutkan; “jangan jaga tepi kain orang”, “cakap siang pandang-pandang, cakapmalam dengar-dengar” dan sebagainya. Mengapa pepatah ini kerap bermain dibibir-bibir orang-oranglama? Inilah yang cuba diterapkan oleh masyarakat ‘kampung’ dahulu iaitu berpesan untuk berbuatkebaikan dan pada masa yang sama memperingatkan juga mereka bahawa, apa yang dilakukan ituadalah perkara yang mungkar. Hebat bukan?Namun, Allah peruntukkan satu lagi keperluan yang menjadi tunjang kepada 2 perkara tadi iaituberiman kepada Allah. Maka, dalam pembinaan modal insan dan melahirkan generasi dan ummat yangterbaik ini, sudah tentulah ia memerlukan perjuangan, perjalanan yang berliku dan wajib menghadapipelbagai mehnah dan tribulasi sebelum sampai kepada penghujungnya. Usaha pembinaan modal insanini sudah berlaku berjuta-juta tahun dahulu bermula dari zaman para nabi dan rasul dan sehinggalahhari ini.
Muhammad bin Abdullah; Tokoh Pembinaan Modal Insan
Keberjayaan sesuatu tamadun bergantung kepada banyak faktor dan perkembangan daripelbagai sudut. Untuk menjadi ummat yang cemerlang, gemilang dan terbilang, juga mempunyaiperanan dan tanggungjawab yang amat besar, unik dan terlalu luar biasa. Marilah kita mulakan denganmembuang kebiasaan seperti kata-kata yang kerap menjadi zikir kita seperti “oklah tu”, “cukuplah”,“biasalah”, “ada la jugak” dan banyak lagi yang kita sama-sama dapat rakamkan.Keadaan dan perkataan inilah yang menjadikan masyarakat kita sentiasa ‘
membetulkan perkarayang biasa
’. Akhirnya setiap kesilapan dan kesalahan dalam masyarakat menjadi biasa. Usaha untukmembina ummat mempunyai lapisan dan setiap lapisan mempunyai peranan dan tanggungjawabmasing-masing. Lapisan pertama dan menjadi tunjang pengukuhannya adalah merupakan setiapindividu peribadi yang bersama-sama di dalamnya. Perjuangan Rasulullah adalah bermula denganmembina dan mengukuhkan keyakinan peribadinya terhadap apa yang dipercayainya. Maka bermulalahsejarah baginda bersendirian di gua bagi mencari kebenaran yang jauh di dalam dirinya.Kemudian, dilanjutkan pula kepada lapisan kedua yang menjadi pengukuh dan pelindung kepadaasas yang pertama iaitu keluarga. Maka, pulangnya baginda ke rumahnya dalam keadaan yang amatmenggigil seolah-olah kesejukan dan ditambah dengan perasaan gementar, maka ditenangkan oleh
 
[PENYERTAAN & SUMBANGAN PEMBINAAN MODAL INSAN]
 
May 15, 2009IQ CLASS MANAGEMENT | Nota untuk peserta
    P   a   g   e
    3
isterinya Siti Khadijah. Apabila diberitakan kepada isterinya, maka jadilah Siti Khadijah sebagai wanitapertama memeluk Islam. Kemudian diikuti dengan sanak-saudara terdekat dengan baginda seorangdemi seorang.Selepas mendapat sokongan dan dokongan daripada sanak-saudara terdekat, maka Rasulullahmemulakan usaha dakwah dan perjuangannya ke medan yang lebih besar iaitu masyarakatsetempatnya. Akhirnya, apabila berlakuhijrah baginda ke Madinah, pembinaanummat ini bermula dengan pesat diMadinah. Maka lahirlah ramai pejuangyang gagah dari segi jasmani, bebas emosi,teguh rohani serta kukuh intelektualmereka.
 
Peranan Kita Di Sini
Maka, ingatlah kata-kata Allahdalam firmannya yang bermaksud;
“Demi Masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat-menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menepati kesabaran.” (Surah Al-Asr; ayat 1 hingga 3) 
 Wajarlah kita memainkan peranan kita bermula daripada saat ini. Apa yang perlu dilakukan ialahperbaikilah diri kita dan pada masa yang sama kita perlu mengisi keperluan dan tanggungjawabterhadap keluarga, masyarakat serta bangsa kita. Jika bukan kita siapa lagi dan jika bukan sekarang bilalagi? Marilah kita bersama-sama untuk memperbaiki diri sebagaimana yang telah dipesan oleh SaidinaAli karamallahu wajhah;1.
 
Tanamkanlah perasaan takut kepada Allah yang Maha Agung;2.
 
Sentiasalah beramal dengan apa yang terkandung di dalam Al-Quran;3.
 
Buatlah persiapan untuk menghadapi mati;4.
 
Serta pugarkan sifat redha dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t sekalipun sedikit.Perubahan ini bukan sahaja harus dilakukan kepada diri sendiri sahaja kerana sabda baginda di dalamsebuah hadis yang bermaksud;
“Tidak sempurna iman seseorang itu sehingga ia kasihkan saudaranya sebagaimana ia kasih dirinya sendiri.” 
 Atas sebab perlunya kasih sayang ini dalam masyarakat maka, mantan Perdana Menteri Malaysia telahmeletakkan nilai ini dalam cabaran yang ketujuh Wawasan 2020nya iaitu;
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...