• Embed Doc
  • Readcast
  • Collections
  • CommentGo Back
Download
 
Peranan Mahasiswa dan Kepedulian Sosial: Teras Pembinaan Tamadun Khaira Ummah
Oleh: Kamarul Azami b. Mohd ZainiSetiausaha AgungPersatuan Kebajikan dan Pendidikan Islam Wilayah Persekutuan dan Selangor Darul Ehsan(PEPIAS)Untuk: Tamrin Jundiy PKPIM UniSel (8 November 2008)Terdapat persoalan yang perlu kita jawab bersama, mengapa anda ingin jadi mahasiswa?Persoalan ini mungkin pernah ditanya ketika dibangku sekolah lagi. Tetapi pernahkah soalan iniditanya ketika kita sudah bergelar mahasiswa? Apabila persoalan ini dilontarkan ramai yangmenjawab dengan spontan, kerana saya ingin menjadi orang berjaya. Saya ingin jadi orang yangberjasa, berkerjaya, punya masa depan yang cerah serta ramai juga kerana menginginkankehidupan yang mewah.Apabila disingkap kewujudan mahasiswa di Malaysia, apakah tujuan Malaysia melahirkanseramai-ramainya graduan universiti dalam dan luar negara adalah tidak lain dan tidak bukanuntuk melahirkan seramainya tenaga mahir dalam sektor-sektor pekerjaan, baik dari segikakitangan awam mahupun swasta. Ini jelas apabila Malaysia sudah berada seiring dengannegara-negara membangun dan maju. Akhirnya, secara tidak langsung,
telah terbina dalamminda mahasiswa dan dalam jiwa-jiwa mereka berhala-berhala besar
, yang apabila belajar,menjadi mahasiswa, yang memenuhi hati mereka ialah gaji besar, rumah besar, kereta besarserta kehidupan yang mewah.
Peranan 1: Mahasiswa Perlu Trampil dan Wibawa
 Ketrampilan mahasiswa merupakan satu persoalan yang besar yang patut kita fikirkanbersama. Bagaimanakah ketrampilan mahasiswa yang wibawa? Adakah dengan berpakaian jubah bertopi pada hari graduasi atau sekadar sama seperti orang lain?Mahasiswa harus trampil dengan ciri-ciri hebat sebagaimana kita lihat sarjana-sarjana hebatIslam pada satu zaman dahulu. Mereka bukan sahaja menjadi 'icon' bahkan model sehinggakanmereka disebut-sebut namanya sehingga hari ini. Ketrampilan mereka bukan sahaja dari sudutpenampilan peribadi seorang tokoh akademik, tetapi wibawa mereka membawa tanggungjawabdan amanah seorang yang berprinsip serta berpegang kepada tali Allah.Ketrampilan tokoh-tokoh ini lahir dari prinsip keagamaan mereka yang sangat kuat.Kefahaman agama yang mendalam serta meluas. Apa sahaja pengamalan dan kajian merekaakan berasaskan kepada Al-Hak dan kepada-Nya lah mereka akan memohon petunjuk dan
 
pembelajaran. Sejak dari kecil lagi mereka telah berada hampir dengan agama mereka iaituIslam. Maka tidak hairanlah jika kita lihat hari ini, ramai diantara kita bergelar sarjana, tetapipencapaian kita sangat jauh ketinggalan dari apa yang mereka perolehi. Kita wajar dan wajibpercaya bahawa,
ketrampilan yang hebat datang dari kelompok manusia yang berfikir tidakhenti-henti dan mencari kebenaran tentang Yang Maha Pencipta
.Kemudian itulah akan wujud wibawa dalam diri setiap anak cucu nabi Adam yang hidup didunia ini. Apabila Al-Ilah ini telah bertapak dalam hati, hanya DIAlah yang berhak atas manusia,maka apa sahaja yang dilakukan, belajar, bekerja, berfikir, bersosial dan sebagainya hanyalahkerana Allah.
Wibawa ini lahir dari jiwa bersih, ikhlas, sifat patuh dan taat yang sangattinggi pada agama serta perasaan rendah diri
kepada sesiapa sahaja yang melihatnya.Wibawa ini berpunca dari sifat hamba manusia kepada Sang Penciptanya. Wibawa ini akanmenjadikan seorang mahasiswa yang sentiasa prihatin terhadap persekitarannya. Mengapabegitu? Inilah bukti kata-kata Allah di dalam Al-Quran yang bermaksud:
"Kamu umat terbaik yang dilahirkan dari kalangan manusia. Mengajak kepada perkara kebaikan dan mencegah dar perkara yang mungkar dan beriman kepada Allah".
Apabila kata-kata Allah ini dinilai dengan akal manusia, siapa yang selayaknya digelar umatterbaik? Adakah kita tidak mahu menjadi sebahagian dari mereka? Inilah cabarannya, menjadimahasiswa yang trampil dan wibawa, mampu untuk menjadi yang terbaik dikalangan yangterbaik serta sentiasa prihatin terhadap persekitarannya, mengajak kepada kebaikan danmencegah dari yang mungkar serta beriman kepada Allah.
Peranan 2: Cintakan Ilmu dan Kasihkan yang Berilmu
Firman Allah di dalam Al-Quran:
"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan. Menciptakan manusia dari tanah".
Ilmu merupakan asas pembentukan jatidiri kita sebagai manusia. Ilmu tidak terhad kepadahal-hal yang berkaitan dengan peperiksaan kita sahaja bahkan apa sahaja yang mungkinmenjadi pengetahuan dan iktibar untuk kita. Satu soalan kita perlu lontarkan untuk diri kita,kenapa kita belajar?Tujuan belajar ialah untuk mengeluarkan diri kita dari keadaan jahil, bodoh atau tidak tahu.Maka, dimana sahaja apabila kita mendengar, melihat, memahami, mahupun mempelajari, kalau
 
ia baru, dan kita baru tahu, maka itulah ertinya belajar. Belajar ini sangat penting terutama untukpendokong agama, pendakwah muda pada hari ini. Ia juga berkaitan dengan pembudayaan ilmu.Cintakan ilmu bermakna sentiasa dan berkeinginan untuk belajar, belajar dan belajar. Setiapruang waktu yang ada akan diisikan dengan aktiviti pembelajaran. Sebagai mahasiswa, cintakanilmu sahaja tidak mencukupi kerana setiap ilmu yang diperolehi, perlu diamalkan, diajarkan dandisebarkan. Maka barulah keberkatan pada ilmu tadi hadir dalam diri kita. Ilmu tidak berkuranganapabila dicurahkan kepada orang lain, ia bertambah dan akan terus bertambah.Ilmu juga, bukan sahaja berkaitan dengan pengamalan. Setiap ilmu perlu ada gurunya danguru itu perlu dirapati dan dikasihi. Inilah yang digelarkan sebagai pembudayaan ilmu.Menghadiri kelas adalah sumber ilmu, kuliah di masjid juga sumber ilmu, bermuzakarah jugasumber ilmu. Pembudayaan ini lebih mudah jika dilakukan dalam bentuk usrah. Usrah,mempunyai elemen lengkap dalam proses kita untuk membudayakan ilmu. Kita berkongsi,bersama beramal serta bersama menuju kepada sumber ilmu.
Peranan 3: Menjadi Ajen Perubah
Apakah perasaan yang digambarkan apabila anda tamat belajar sebagai graduan? Gembirabukan? Selepas Nabi Adam, dianugerahkan ilmu oleh Allah s.w.t, maka darjatnya diangkat, lebihmulia dari semua penciptaan-Nya. Ilmu menjadikan darjat kita lebih tinggi. Tetapi pernah tidakkita terfikir, bahawa setiap ilmu yang kita ada, jika tidak kita amalkan, kita tegakkan, kita sebarkanakan berdosa? Wajarlah sebenarnya kita berfikir, apabila menjadi graduan, semakin banyak ilmukita, maka semakin banyaklah tanggungjawab kita kepada masyarakat. Ilmu ini diperolehi setiapmasa, maka, mungkinkah kita mampu untuk kumpulkan semuanya dan sampaikan semuanyaserentak?Pastinya kita ingat sebuah hadith yang sabdanya bermaksud:
"Terputuslah dunia apabila mati seorang anak Adam itu kecuali 3 padanya iaitu; (1) doa anak yang soleh, (2) sedekah jariah dan (3) ilmu yang bermanfaat".
Bayangkan jika, esok malaikat Izrail datang bertamu, adakah kita telah mempunyai anakyang soleh untuk mendoakan kita? Banyakkah sedekah kita yang telah keluarkan kepadamereka yang selayaknya? Adakah ilmu-ilmu kita telah kita manfaatkan atau orang lain mendapatmanfaat darinya? Seorang mahasiswa, dengan yang ilmu yang penuh didada, perlumengaplikasikan ilmu itu kepada masyarakat sekitarnya, bermula dari keluarga sendiri. Menjadi
of 00

Leave a Comment

You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...
You must be to leave a comment.
Submit
Characters: ...