You are on page 1of 1

Koperasi Usahawan Muda Pulau Pinang Berhad (KUMuda)

d/a Pusat Internet Desa Balik Pulau (PIDBP), Pejabat Pos Malaysia Berhad,11000 Balik Pulau, Pulau Pinang
TELEFON & FAKS: (04) 866-2706, Email: ija@balikpulau.org, Website: http://kumpp.blogspot.com

No. rujukan tuan :


No. rujukan kami: KUMPP-AGG-jemp1-09’(01)
Tarikh : 10hb Mei 2009

Kepada para usahawan sedia ada dan bakal –bakal usahawan,

Dato’/Y.B./Tuan/Puan/Cik,

JEMPUTAN KE MAJLIS PENUBUHAN KOPERASI USAHAWAN MUDA PULAU PINANG BHD.


Dengan sukacita dan rasa berbesar hati, kami selaku jawatankuasa penaja menjemput tuan ke majlis perasmian
penubuhan koperasi yang tersebut di atas seperti berikut :

Tarikh : 30hb Mei 2009 (Sabtu )


Masa : 2.00 Ptg
Tempat : Dewan Mesyuarat,
Koperasi Usahawan Kampung Bhd (KUKAM),
Jalan Baru Kg. Perlis Balik Pulau , Pulau Pinang .

2. Untuk makluman Tuan, penubuhan ini adalah usulan lanjutan bagi cadangan dan persetujuan untuk
menubuhkan sebuah koperasi usahasama semasa program bagi “DIALOG PEMBANGUNAN USAHAWAN &
SOSIO-EKONOMI BERSAMA YB FARID”, anjuran Kelab Usahawan Sosial, Pusat Internet Desa Balik Pulau
yang telah diadakan pada 2hb April 2009 di Kassim Mustafa. Di harap dengan penubuhan ini, segala isu dan
masalah yang diperbangkitkan dapat diselesaikan melalui penubuhan koperasi ini dan juga media tempatan iaitu
INFOBIZ.

3. Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Yang Berhormat Sr. Haji Muhamad Farid bin Haji
Muhd. Saad, Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Daerah Barat Daya Pulau Pinang.

3. Atucara :

2.00 petang Ketibaan Dan Pendaftaran Peserta


2.30 Petang Ucapan Aluan Pengerusi Penaja
Ucapan Dan Perasmian Oleh Yang Berhormat Sr. Hj. Muhamad Farid Bin Hj. Muhd. Saad,
Pengerusi Majlis Pembangunan Daerah Barat Daya, Pulau Pinang
Jamuan Teh Dan Jalinan Rangkaian
Majlis Mesyuarat Agung Dengan Agenda Berikut:
Melantik Pengerusi Mesyuarat
Penerangan Berhubung Koperasi Oleh Pihak Suhanjaya Koperasi Malaysia
Persetujuan Penubuhan Koperasi
Penerimaan Undang-Undang Kecil Koperasi
Permohonan Bagi Mendaftarkan Koperasi
Pemilihan Anggota Lembaga Pengarah Koperasi
Tangguhan Majlis.

Sekian. Kerjasama dan sokongan padu Tuan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

S.K.
Siti Huraizah Abdul Rahman, Setiausaha Penaja Tn. Hj. Muhd. Noor Yusof, Pengerusi Penaja

You might also like