Welcome to Scribd, the world's digital library. Read, publish, and share books and documents. See more
Download
Standard view
Full view
of .
Save to My Library
Look up keyword
Like this
386Activity
0 of .
Results for:
No results containing your search query
P. 1
Akhlak Dan Moral Dalam Islam

Akhlak Dan Moral Dalam Islam

Ratings:

4.5

(4)
|Views: 25,686 |Likes:
Published by KaromiRahman

More info:

Categories:Types, Research
Published by: KaromiRahman on May 28, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC or read online from Scribd
See more
See less

04/12/2014

 
AKHLAK DAN MORAL1.AKHLAK1.1DEFINISI AKHLAK
Mengikut Kamus Dewan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka,mentakrifkan akhlak sebagai budi pekerti, kelakuan, watak, pengetahuanberkaitan kelakuan dan tingkah laku manusia dan sebagainya sama ada baikatau jahat.Manakala perkataan akhlak menurut Bahasa ialah: Perkataan akhlakberasal daripada perkataan (al-akhlaaku) iaitu kata jama’ daripada perkataan (al-khuluqu) bererti tabiat,kelakuan, perangai, tingkahlaku, matuah, adat kebiasaan,malah ia juga bereti agama itu sendiri.
.
Perkataan (al-khulq) ini di dalam Al-Quran hanya terdapat pada dua tempat sahaja, antaranya ialah: 
Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai akhlak yang amat mulia. ( 
 Al-Qalam:4
 ).
 Sementara perkataan (al-khalqu) bererti kejadian, ciptaan, dan jugabermaksud kejadian yang indah dan baik
.
Apabila dirujuk kepada kejadianmanusia, ia bermaksud struktur tubuh yang badannya yang indah dan seimbang.Jika dirujuk kepada kejadian alam semesta, ia juga membawa erti kejadian atauciptaan yang indah, tersusun rapi, menurut undang-undang yang tepat. Di dalamAl-Quran terdapat 52 perkataan (Al-khalqu) yang merujuk kepada kejadianmanusia, alam sarwajagat dan lain-lain kejadian. Antara lain firman Allahsubhaanahu wa taaala: 
Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya siang dan malam, bahtera yang belayar di laut membawa yang berguna bagi manusia,dan apa yang Allah turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Diamenghidupkan bumi sesudah matinya (kering), dan dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antaralangit dan bumi, sungguh (terdapat) tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum
1
 
yang memikirkan.Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih penggantian malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang beraqal.(Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk atau dalamkeadaan baring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (lantas berkata): Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha suci Engkau maka peliharalah kami daripada siksaan neraka. ( 
 Ali- Imran:190 
 )
.Manakala pengertian akhlak dari segi istilah pula ialah sifat yang tertanamdi dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang danmudah tanpa pemikiran, penelitian dan paksaan
.
Ibn Miskawaih, ahli falsafahIslam yang terkenal mentakrifkan akhlak itu sebagaikeadaan jiwa yangmendorong ke arah melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian.Imam Ghazali RadiAllahuanhu mengatakan:
 
akhlak ialah suatu keadaanyang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan perbuatan-perbuatan dengansenang tanpa memerlukan pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yangterkeluar itu baik dan terpuji menurut syarak dan akal, perbuatan itu dinamakanakhlak yang mulia. Sebaliknya apabila terkeluar perbuatan yang buruk, iadinamakan akhlak yang buruk.
1.2PENGERTIAN AKHLAK MENURUT ISLAM
Islam mempunyai dua sumber iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yangmenjadi pegangan dalam menentukan segala urusan dunia dan akhirat. Kedua-dua sumber itulah juga yang menjadi sumber akhlak Islamiyyah. Prinsip-prinsipdan kaedah ilmu akhlak Islam semuanya didasarkan kepada wahyu yang bersifatmutlak dan tepat neraca timbangannya.Apabila melihat perbahasan bidang akhlak Islamiyyah sebagai satu ilmuberdasarkan kepada dua sumber yang mutlak ini, dapatlah dirumuskandefinisinya seperti berikut: 
Satu ilmu yang membahaskan tatanilai, hukum-hukum dan prinsip-prinsiptertentu bagi mengenalpasti sifat-sifat keutamaan untuk dihayati dan diamalkan
2
 
dan mengenalpasti sifat-sifat tercela untuk dijauhi dengan tujuan membersihkan jiwa berasaskan wahyu Ilahi bagi mencapai keredhaan Allah (Ridwaanullah)
.Manakala akhlak pula dapatlah kita rumuskan sebagai satu sifat atausikap keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia dalamusaha membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah.Dengan kata lain, akhlak ialah suatu sistem yang menilai perbuatan zahir dan batin manusia baik secara individu, kumpulan dan masyarakat dalaminteraksi hidup antara manusia dengan baik secara individu, kumpulan danmasyarakat dalam interaksi hidup antara manusia dengan Allah, manusiasesama manusia, manusia dengan haiwan, dengan malaikat, dengan jin dan juga dengan alam sekitar.
1.3SKOP DAN RUANG LINGKUP AKHLAK DALAM ISLAM
Dalam hidup ini ada dua nilai yang menentukan perbuatan manusia iaitunilai baik dan buruk (
good and bad)
, betul dan salah
(true and false).
Penilaian iniberlaku dalam semua lapangan kehidupan manusia. Apakah yang dimaksudkandengan baik dan buruk, betul dan salah, benar dan palsu itu? Apakah alatpengukur yang menentukan sesuatu perbuatan itu baik atau buruk, betul atausalah, benar atau palsu? Persoalan-persoalan inilah yang akan dijawab oleh ilmuakhlak.Matlamat hidup manusia berbeza antara individu dengan individu lain. Adayang menjadikan kebendaan, harta benda sebagai matlamat yang diburu dalamkehidupan. Ada pula yang menjadikan kebesaran ataupun kekuasaan, ada yangmencari nama dan kemasyhuran. Ada juga yang berusaha mencai ilmupengetahuan dan ada pula golongan yang memandang remeh terhadapkehidupan tersebut, sebaliknya bersifat zuhud di dunia; memadai dengankehidupan yang sederhana. Mereka lebih menumpukan peningkatan rohaniyyahdengan mementingkan persoalan hidup akhirat.
3

You're Reading a Free Preview

Download
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->