You are on page 1of 20

LITERASI BAHASA (WAJ 3104)

NAMA PENSYARAH

AHLI KUMPULAN

PUAN SAKILA BINTI DOLLAH

YUVARANI SHATYAWATHI

Definisi Fonetik
Menurut Prof.Emeritus Dr.Abdullah Hassan
Fonetik ialah kajian mengenai bunyi-bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat

Fonetik ialah ilmu bahasa/ linguistik yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat :


Fonik ialah kaedah mengajar membaca dengan melatih pelajar menghubungkaitkan bunyi tertentu dengan lambang tertentu.

Apa itu kaedah fonetik?


Kaedah fonetik menekan penguasaan hubungkait di antara huruf-huruf dan bunyi-bunyinya.
Bunyi huruf diperkenalkan terlebih dahulu dan diikuti dengan membunyikan suku kata. Huruf juga tidak dieja tetapi terus dibunyikan, contohnya (a)

Sebagai contoh :

Sebutan sagu terus disebut sebagai (sa) + (gu) dan seterusnya sebagai sagu

Kajian telah menunjukkan bahawa otak manusia membaca dengan membunyikan bunyi huruf-huruf bukan membunyi nama-nama huruf. Perkataan bahasa Melayu merupakan gabungan bunyi-bunyi hutuf secara langsung. Mengajar membaca menggunakan kaedah fonetik adalah antara yang terbaik. Kaedah fonetik hanya mensyaratkan kanak-kanak mengenal dan mengingathanya 25 huruf dan bunyinya sahaja. Berbeza dengan kaedah suku kata atau mengeja yang mana kanak-kanak perlu mengenal nama huruf atau mengingat berpuluh-puluh pola suku kata yang sangat membebankan kanak-kanak.

Kaedah fonetik amat mudah, cepat, lancar dan sejiwa dengan kanak-kanak seawal usia 3 tahun.
Hal ini kerana mereka hanya perlu mengingat simbol huruf dan bunyinya sahaja.

Ada empat kelebihan guru menggunakan kaedah fonetik dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, iaitu :

Murid dapat mengaitkan huruf yang dilihat dengan bunyi. Mengurangkan bebanan kepada memori murid-murid. Tidak perlu perkenalkan semua huruf vokal dan konsonan sekali gus. Penggunaan asosiasi bunyi dan gambar dapat mempercepat proses mengingat.

Kelemahan Kaedah Fonetik


Ada empat kelemahan kaedah fonetik, iaitu :
Tidak sesuai untuk murid-murid slow learner. Sesuai untuk murid-murid pandai. Murid perlu membuat persiapan awal sebelum membaca. Murid mengetahui bunyi dan bentuk huruf terlebih dahulu. Hanya sesuai untuk murid-murid yang telah mahir menyebut dan boleh mengingat bunyi huruf yang telah diajarkan.

Dengan menggunakan bahan bantu belajar, pelajar dikehendaki melaksanakan latihan/aktiviti berikut : a) Latihan/aktiviti membunyikan huruf a-z Contoh : i. Membunyikan huruf vokal : a i u

ii. Membunyikan huruf konsonan


k d m s r g t l n

Kemudian, selesai membunyikan kesemua huruf, pelajar dikehendaki melaksanakan latihan.aktiviti berikut :

b) Latihan mengasosiasikan benda dengan bunyi huruf.


contoh :

Membatang suku kata bermaksud murid mengeja dengan menyebut satu demi satu huruf yang membentuk suku kata.

Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai, pelajar dikehendaki melaksanakan latihan/aktiviti berikut :
a) Latihan membatang suku kata Contoh :

b)Latihan membatang suku kata guna kad perkataan tanpa bergambar Contoh :

Ka + ki = kaki
Gu + si = gusi

Da + du = dadu
Ma + ta = mata

Ta + li = tali

Su + du = sudu

Membaca frasa bermaksud perbuatan menyebut antara dua dan tiga perkataan yang letaknya berturutan tetapi tidak mempunyai subjek dan predikat. Manakala membaca ayat bermaksud menyebut satu kumpulan perkataan yang diucapkan dengan intonasi tertentu dan dalamnya terkandung satu idea atau kenyataan yang lengkap. Latihan ini merupakan merupakan peringkat lanjutan yang perlu dilalui murid setelah dapat menguasai kemahiran membatang suku kata. Dengan menggunakan bahan bantu belajar yang sesuai, pelajar dikehendaki melaksanakan latihan/aktiviti berikut : a) Latihan membaca frasa. contoh :
Ini kuda Kuda Ali Lari laju

b) Latihan membaca ayat yang lengkap. contoh :

Ini kuda Ali Kuda Ali lari laju

Setelah pelajar mahir melaksanakan latihan dan langkahlangkah dalam kaedah fonetik, dengan kreativiti tersendiri pelajar dikehendaki : a) Membina bahan bantu belajar bagi melaksanakan langkah-langkah kaedah fonetik. b) Menggunakan bahan bantu tersebut untuk melaksanakan kaedah fonetik seperti yang telah dipelajari.

Rumusan
Kaedah fonetik menekankan penguasaan murid terhadap hubungan antara huruf dengan bunyinya.

Kaedah ini memerlukan mereka mengingat bentuk huruf dan bunyinya tanpa perlu menghafal nama-nama huruf berkenaan.
Kaedah ini bermula dengan memperkenalkan huruf vokal dan diikuti dengan proses memperkenalkan huruf konsonan, membatang suku kata dan pembentukan perkataan.

SEKIAN TERIMA KASIH!!!

You might also like